Makan Di Kome Thai


 Assalamualaikum...
SEJAK beberapa hari ni, Sk agak sibuk di pejabat. Tapi, bagus jugak sibuk, yang penting bukan BDR. Kerja normal maka rasa rutin lebih tersusun dan mudah diatur. Pagi masuk pejabat, petang balik. Lepas tu baru fikir pasal rumah. Kalau BDR, asyik nak memikir pasal rumah sebab dah depan mata, hahaha. Lepas tu, kalau nak makan kena masak, dah ambil paling kurang setengah jam untuk buat persediaan. Padahal, lepas waktu tengahari tulah masa yang paling sibuk nak terima laporan, masukkan maklumat dalam laporan kita pulak dan nak hantar ke bos. Jadi, bila betul-betul dah duduk dalam pejabat, rasa lebih efisyen la gitu.. kununnnn.. hahahah.

Okey, cerita pasal makan, Sk nak ajak anda ke Kome Thai yang terletak di Taman Nusantara, Gelang Patah. Dekat jer dengan rumah, rasanya dalam sepuluh minit perjalanan jer. Dulu, di sini ada satu restoran lain yang tak pernah kami singgah tapi baru-baru ni terasa nak singgah bila nampak ia dah bertukar papan tanda perniagan dan ada display LED yang memaparkan menu-menu di sini. Sinonim dengan namanya, Kome Thai, kebanyakan menu yang dipaparkan adalah masakan Thai, jomlah kita


Terliur Sk tengok menu-menu speciality di restoran ini
Harganya pun agak berpatutan jika nak dibandingkan dengan restorannya yang agak ekslusif juga. Masa ni, Sk berdua jer dengan Pak Inche, Iman tak ikut sebab dia kata nak study untuk kuiz esoknya. Pelik betul, kata ada cuti semester khas enam minggu tapi masih perlu hadir beberapa kuiz. Tapi, tak apolah nak, apo nak buat, kita ni mentimunnnnnn..


Ruang dapur restoran atau ruang khas membancuh minuman dan kaunter bayaran. Bergantung-gantungan buah-buahan palsu dan buahan sebenar diletakkan tersusun dalam bakul atas table top. Juga pelbagai jenis sos dan perisa minuman yang popular di negara gajah putih. Haiii.. rindunya negara gajah putih ni


Sudut yang mempamerkan barangan rare. Tertarik pulak tengok almari kaca tu. Terasa segar mata tengok wallpaper corak batu bata putih dengan hamparan rumput palsu yang dibentang. Di luar restoran juga ada beca dan basikal tua tapi lupa nak ambil gambarnya


Ice Lemonade dan Lemon Soda untuk Sk. Ini salah satu faktor kenapa semakin bam bam akhir-akhir ini. Terlalu banyak minum air manis. Padahal dulu-dulu minum air kosong, elok aje. Di rumah pulak, berbungkus-bungkus beli minuman tiga dalam satu. Ni pun baru sampai dua bungkus Old Town White Coffee hasil dari promosi Old Town Shopee bulan lepas. Aduyai, tak diminum rasa rugi pulak, kahhhh


Dah sampai pun makanannya. Alkisah rupanya Pak Inche siangnya dah makan Nasi Beriyani Power di Batu Pahat, tak cakap dia pergi BP sebab urusan kerja. Tapi tak apolah, dah selamat balik pun. Jadi, sebab dah makan nasi beriyani dia tak nak makan nasi, nak cari yang ringan-ringan jer. Dalam gambar ni Mee Celup. Boleh pilih nak bihun atau kuey teow. Dia punya sup tu sebiji macam sup mee di Boat Noodle. Aduh, telan-telan ailio menaip ni haaah. Dagingnya pun lembut jer dikunyah. Kalau tak makan daging, boleh minta ayam atau kalau nak campur pun boleh, katanya. Cuma tak tahulah kalau campur, masihkah harganya RM6


Pulut Mangga. Kalau pergi kedai yang jual pulut mangga, jarang jumpa yang menepati selera 100%. Kadang, pulut tak okey, pulut okey, santan tak okey, tapi yang ni memang sama sebiji macam pulut mangga yang dulu-dulu Sk selalu beli di gerai masakan Thai di Danga Bay yang dah lama ditutup. Cuma yang ni satu warna jer, kalau tempat Sk selalu beli tu ada warna hijau jugak yang ada aroma daun pandan. 

Suki Kering.. ini pertama kali SK cuba menu ni. Suki tu suhun. Terdapat dua pilihan masakan ni iaitu Kering atau Basah dan Sk pilih Suki Kering. Sedap wehhhh... sedap sangat. Macam bihun goreng tomyum rasa dia. Biasa kalau kita goreng bihun atau mee letak sayur sawi, kan.. tapi yang ni dia letak sayur kangkung. cuma disebabkan dia guna suhun, teksturnya agak melekat sikit antara satu sama lain. Pak Inche tak nak makan ni, jamah pun tak nak sebab dia kata tak suka suhun, bagusssssssss.. hahaha


Sampai pulak serentak dengan Sotong Stim Limau. Yang ni lagilahhhh, hampir saja Sk nak minta nasi sepinggan, hahahah. Padahal dah makan nasi tengahari tu, huhu. Pehhh, nasib tak mintak nasi, lah. Sotong ni lembut dan sos limau tu memang sedap sangat. Sk cakap Pak Inche, mesti Siakap Stim Limau dia pun sedap, rasa macam nak datang lagi esok. (Malas masak la tuuuu)
Di sebabkan ini restoran baru, jadi SK tak jumpa alamatnya tapi kemungkinan ia adalah cawangan Kome Thai di Setia Tropika.. yang ni Sk tak pernah pergi

Nanti kalau pergi lagi, Sk tengok alamatnya ya, huwa huwa huwa





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/12/makan-di-kome-thai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Goreng Kunyit Masak Thai Makan Dengan Nasi Panas Memang Ngam

Ayam Goreng Kunyit Masak Thai Makan Dengan Nasi Panas Memang Ngam

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 778 hits
Anak anak kalau lauk ayam semua suka Memang boleh makan bertambah Tak kisahlah cara masakannya yang macam mana sekalipun Biasa kalau dah tak ada idea ayam goreng kunyit pun dah cukup untuk mereka Letak kicap dengan nasi panas memang ngam Ta...
Jumpa Tulang Guru Sekolah Disyaki Makan Daging Manusia

Jumpa Tulang Guru Sekolah Disyaki Makan Daging Manusia

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 467 hits
Berlin Polis Jerman menahan seorang lelaki berumur 41 tahun kerana disyaki memakan daging manusia atau kanibalisme selepas penemuan tulang manusia tanpa isi di pinggir bandar Berlin
Nak Anak Mudah Belajar Malam Pastikan Anak Makan Malam Sebelum Maghrib Seperti Nabi Saw Sarankan

Nak Anak Mudah Belajar Malam Pastikan Anak Makan Malam Sebelum Maghrib Seperti Nabi Saw Sarankan

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 347 hits
Mendidik anak memang mencabar Apa lagi bagi mama pama yang memiliki anak ramai dan kesemuanya aktif Anak terlalu aktif lasak dan hyperaktif selalu menjadikan kita takut untuk membawanya ke mana mana sahaja Bukan aktif saja tapi nakal malah ...
Puding Oreo Berkrim Guna 4 Bahan Jer Berebut Anak Dapat Makan Sejuk Sejuk

Puding Oreo Berkrim Guna 4 Bahan Jer Berebut Anak Dapat Makan Sejuk Sejuk

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 539 hits
Ibu penat sekalipun nak masak untuk anak tetap akan hidangkan menu yang best Tambah tambah musim sekarang semua berkumpul di rumah lagilah dapur tu asyik meriah je Masak apa sekalipun mesti akan habis Maklumlah anak tengah membesar semua se...
Resipi Sambal Totok Jawa Dengan Petai Rangup Makan Nasi Panas Panas Padu

Resipi Sambal Totok Jawa Dengan Petai Rangup Makan Nasi Panas Panas Padu

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 612 hits
Jika selera untuk makan nasi semakin berkurangan menu ringkas berlaukkan ikan goreng sudah cukup membuatkan selera bangkit Pun begitu menu ringkas hilang serinya tanpa sambal yang menaikkan rasa Mahukan rasa ringkas tetapi padu dan power Sa...
Lepas Suap Bubur Anak Muntah Rupanya Sebelum Tu Dia Dah Makan Span Sofa

Lepas Suap Bubur Anak Muntah Rupanya Sebelum Tu Dia Dah Makan Span Sofa

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 669 hits
Semua anak anak kecil ada satu sifat ingin mencuba walaupun tindakannya itu bahaya Mereka belum faham kesan di sebaliknya jika sesuatu berlaku atau memudaratkan dirinya Jadi ibu bapa perlulah sentiasa berhati hati Kadang perkara yang kita t...
Resipi Roti Hamlet Kaya Tangkap Leleh Bila Makan 4 Bahan Saja Dah Buat Anak Kenyang

Resipi Roti Hamlet Kaya Tangkap Leleh Bila Makan 4 Bahan Saja Dah Buat Anak Kenyang

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 640 hits
Bersarapan dengan nasi lemak aneka mi dan bijirin dengan susu seakan sudah terlalu bosan untuk anak anak kita Roti dengan sapuan kaya juga sudah membuatkan anak jemu Cuba kelainan dengan Roti Hamlet Kaya ini yang cukup menarik sebagai hidan...
Makan Di Farhana Steamboat Corner Kota Masai

Makan Di Farhana Steamboat Corner Kota Masai

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 1550 hits
Makan di Farhana Steamboat Corner Kota Masai Makan makan sebelum PKPD bermula lagi Tapi umi baru nak up cerita ni dalam tempoh PKPD Tapi takpe kalau korang nak rasa steamboat yang ada di Farhana Steamboat Corner Kota Masai ni boleh je Janji...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka