2 Kali Makan Tengahari Kat Paparich Nusentral
Nampak sangat dah tak tahu nak makan apa kan....macam dah takde pilihan sangat.. SA lak bila dah PKPB ni macam makin malas nak bawak bekal. Lepas tu melilau pening fikir tak tau nak makan apa kan..dah la kerja ikut rotation 3 hari kerja dan 2 hari work from home. Lagi la malas nak fikir pasal nak bawak bekal...giler pemalas kan? hahahha...
So 2 hari SA repeat makan kat Paparich NuSentral, Jumaat ngan Isnin. Tau mahal makan kat sini tapi sini jer yang selesa dan tak ramai orang. Tambah- tambah makanan dia masak fresh bukan ready made dan paling penting sedap.
Amik gambar kat Tisu je...janji ada..
Kuew Teow Beef Noodles...sedap...makan ngan cili tu lagi sedap...ni makan hari Jumaat rasanya.
Hari kedua makan Nasi Goreng Seafood, banyak giler seafood dia...best!!ni lunch Hari Isnin
Bila balik kerja petang tu rasa kenyang sangat..hahaha...tersandar ko.
Bila la kita semua dapat lepas bebas makan dan beriadah macam dulu- dulu kan...rindu sangat nak menjalani kehidupan seperti biasa..bebas kemana- mana...memang la ada hikmah semua ni jadi...tapi tu la..PKPB macam takde pape pun. Yang kerja tu dah memang la kerja kan..yang lain- lain bebas kemana- mana macam takde apa- apa...itu yang tak faham..apapun harap kita bebas dari semua ni soonest...tak larat la nak hadap pakai mask hari- hari...terkurung...dan macam- macam benda tak leh buat..blom kira yang tak dapat jumpa mak ayah berbulan- bulan dah kan....tapi ada jer yang sewenang- wenang kesana kesini macam takde apa yang berlaku...tak tahu la nak kata tak prihatin ke apa...kalau jadi apa- apa dan kalau diorang terkena virus tu tak ke menyusahkan orang lain jugak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2020/12/2-kali-makan-tengahari-kat-paparich.html