Orang Buta Menjadi Imam Solat



Soalan:
Apakah hukumnya seorang yang buta menjadi imam solat dan bagaimana pula dengan kebersihan pakaian mereka dari najis?

Jawapan:
Dalam isu menjadi imam, terdapat beberapa petunjuk dari Nabi S.A.W dalam menjelaskan kriteria atau ciri-ciri yang perlu ada kepada seseorang itu. Antaranya adalah seperti yang disebutkan dalam sebuah riwayat daripada Abu Mas’ud al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ فَإِنْ كَانُوا فِي السُّنَّةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً فَإِنْ كَانُوا فِي الْهِجْرَةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ سِلْمًا
“Yang menjadi imam kepada sesebuah kaum itu adalah mereka yang paling mahir terhadap Kitab Allah (al-Quran). Sekiranya mereka setanding dalam bacaan maka (dahulukan) yang paling berilmu tentang al-Sunnah (untuk menjadi imam). Sekiranya pengetahuan mereka terhadap Sunnah itu sama maka yang menjadi imam adalah mereka yang paling awal berhijrah. Sekiranya mereka sama dalam berhijrah pula dahulukanlah mereka yang paling awal memeluk agama Islam.” [Riwayat Muslim (673)]

Dalam hadis di atas, baginda S.A.W memberikan beberapa kriteria utama yang menjadikan seseorang itu didahulukan untuk menjadi imam solat. Kami ringkaskan beberapa ciri tersebut seperti berikut:

Yang paling mahir terhadap al-Quran
Maksud perkataan أَقْرَؤُهُمْ itu boleh difahami dengan dua pengertian. Iaitu maksud yang pertama ia merupakan individu yang paling banyak menghafal al-Quran. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar beliau berkata:

لَمَّا قَدِمَ الْمُهَاجِرُونَ الْأَوَّلُونَ الْعُصْبَةَ -مَوْضِعٌ بِقُبَاءٍ - قَبْلَ مَقْدَمِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم ، كَانَ يَؤُمُّهُمْ سَالِمٌ مَوْلَى أَبِي حُذَيْفَةَ ، وَكَانَ أَكْثَرَهُمْ قُرْآنًا
“Ketika mana golongan Muhajirun yang terawal sampai di ‘Ushbah -iaitu sebuah kawasan di Quba’- sebelum ketibaan Rasulullah S.A.W, yang menjadi imam kepada mereka pada ketika itu adalah Salim yang merupakan maula kepada Abu Huzaifah, dan beliau merupakan individu yang paling banyak menghafal al-Quran dari kalangan mereka.” [Riwayat al-Bukhari (692)]

Ini merupakan antara dalil paling jelas dalam menyebut bahawa kelayakan paling utama yang menjadikan seseorang itu berhak didahulukan menjadi imam dalam solat adalah hafalan al-Quran yang banyak.

Manakala maksud yang kedua dari perkataan أَقْرَؤُهُمْ adalah individu yang paling baik bacaan al-Qurannya. Dari sudut dia merupakan seorang yang meraikan tajwid yang betul serta makhraj huruf dalam pembacaan al-Quran.

Manakala beberapa ciri lain yang disebutkan adalah:

Yang paling berilmu tentang Sunnah Nabi S.A.W.Yang paling awal berhijrah.Yang paling awal memeluk Islam.
Manakala dalam hadis riwayat Imam al-Tirmizi, Nabi S.A.W menyebut:

فَأَكْبَرُهُمْ سِنًّا
“Yang paling tua umurnya.” [Riwayat al-Tirmizi (235)]

Manakala Imam al-Nawawi dalam syarahan beliau ke atas hadis Abu Mas’ud al-Ansari menambah satu lagi ciri yang menjadi keutamaan dalam menjadi imam solat iatu faktor kewarakan seseorang. Kata beliau:

ولنا وجه اختاره جماعة من أصحابنا : أن الأورع مقدم على الأفقه والأقرأ لأن مقصود الإمامة يحصل من الأورع أكثر من غيره
“Dan kami mempunyai suatu pendapat yang dipilih oleh sekumpulan dari kalangan ashab kami (al-Syafi’eyyah) yang menyebut bahawa individu yang paling warak didahulukan ke atas orang yang faqih dan lebih mahir tentang al-Quran. Ini kerana tujuan dari menjadi imam itu akan terhasil lebih banyak dari orang yang warak berbanding selainnya.“ [Rujuk Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (5/300)]

Berdasarkan beberapa ciri di atas, jelas menunjukkan bahawa tidak ditetapkan ciri-ciri fizikal seseorang itu untuk menjadi imam seperti ciri berbadan besar atau kecil, celik atau buta, berkulit putih atau gelap, sebaliknya Nabi S.A.W menitik beratkan ciri-ciri yang telah disebutkan di atas.

Bahkan terdapat beberapa riwayat yang secara jelas menunjukkan keharusan orang buta untuk menjadi imam, tambahan pula dia mempunyai kemahiran dan hafalan al-Quran yang lebih banyak berbanding orang yang celik. Antaranya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم اسْتَخْلَفَ ابْنَ أُمِّ مَكْتُومٍ يَؤُمُّ النَّاسَ وَهُوَ أَعْمَى
“Sesungguhnya Nabi S.A.W pernah menggantikan Ibn Ummi Maktum menjadi imam kepada orang ramai dalam keadaan dia merupakan seorang yang buta.” [Riwayat Abu Daud (595)]

Justeru ini merupakan petunjuk yang jelas bahawa Nabi S.A.W memberikan kebenaran untuk seorang yang buta itu menjadi imam di dalam solat. Bahkan boleh dikatakan bahawa para ulama mazhab bersepakat akan sahnya orang buta menjadi imam dalam solat.

Kata Imam Ibn Qudamah: “Adapun orang buta maka kami tidak mengetahui terdapatnya khilaf (perbezaan pandangan) terhadap sahnya dia mengimamkan solat. Melainkan apa yang dihikayatkan daripada Anas bin Malik beliau berkata: “Tidak ada keperluan kepada mereka (untuk menjadi imam).” Daripada Ibn Abbas beliau berkata: “Bagaimana aku ingin menjadi imam pada mereka (orang-orang yang celik) sedangkan mereka yang membetulkan kedudukan aku untuk menghadap ke arah kiblat?” Yang sahihnya, Ibn Abbas pernah mengimamkan solat dalam keadaan beliau buta.” [Rujuk Al-Mughni, Ibn Qudamah (2/13)]

Manakala Imam al-Nawawi pula berkata: “Pendapat yang sahih di sisi ashab (ulama al-Syafi’eyyah) menyatakan bahawa orang yang celik dan orang yang buta adalah sama (dari sudut dibolehkan menjadi imam solat) sebagaimana yang telah dinaskan oleh Imam al-Syafi’e. Dan mereka telah bersepakat bahawa tidak dimakruhkan terhadap perbuatan orang buta menjadi imam kepada orang yang celik.” [Rujuk al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (4/181)]

Penutup

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa hukum orang buta menjadi imam kepada orang-orang yang celik adalah dibolehkan dan solatnya adalah sah. Lebih-lebih lagi sekiranya orang buta tersebut merupakan individu yang lebih banyak menghafal al-Quran serta elok tajwid dan makhraj hurufnya.

Berkenaan dengan isu kebersihan pakaian dari najis pula, seperti yang kita ketahui dalam perbahasan fekah ada menyebutkan bahawa ‘ain najis itu dapat dikenalpasti dengan tiga perkara iaitu, warna, rasa, atau bau. Meskipun orang buta tidak dapat melihat warna najis, namun deria bau masih boleh mengesan najis yang ada pada pakaian, badan atau tempat solat. Sekiranya ketiga perkara ini tidak didapati pada dirinya, maka ia kembali kepada hukum bersih dan sucinya diri orang buta tersebut daripada najis. Wallahua’lam.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kepada kita semua kefahaman yang tepat dalam beragama. Ameen.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/orang-buta-menjadi-imam-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menegur Pakaian Imam Yang Terdapat Najis Ketika Solat

Menegur Pakaian Imam Yang Terdapat Najis Ketika Solat

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 297 hits
Soalan Ketika imam sedang solat jemaah makmum terlihat pakaian imam terkena najis Bagaimanakah caranya makmum hendak menegur imam Jawapan Syarat sah solat adalah mereka yang bersih daripada najis Ia merangkumi kebersihan badan kebersihan te...
Panduan Lengkap Solat Tahajjud

Panduan Lengkap Solat Tahajjud

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 1110 hits
Original Content Apa Itu Solat Tahajjud Solat sunat tahajud atau sembahyang tahajud dikenali sebagai solat malam Ia dilakukan pada waktu malam selepas tidur Waktu solat tahajjud adalah selepas daripada waktu isyak sehingga terbit fajar Pali...
Ibu Bapa Perlu Amal 7 Doa Ini Supaya Anak Dengar Kata Dan Rajin Solat Sejak Kecil

Ibu Bapa Perlu Amal 7 Doa Ini Supaya Anak Dengar Kata Dan Rajin Solat Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 508 hits
Doa ibu untuk anak tiada hijabnya Justeru dalam apa jua keadaan sentiasa doakan anak anak Malah tatkala mereka melakukan perkara yang tidak disenangi adalah lebih baik terus mendoakan kebaikan daripada mengeluarkan kata kata kesat Dalam pad...
Adakah Sah Solat Jenazah Di Atas Kubur

Adakah Sah Solat Jenazah Di Atas Kubur

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 325 hits
Soalan Adakah sah solat jenazah dilakukan atas kubur Jawapan Sah solat jenazah di atas kubur Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW daripada Abi Hurairah R A katanya Bahawasanya seorang lelaki kulit hitam atau perempuan kulit hitam yang biasa...
Solat Tetapi Dalam Waktu Yang Sama Menidakan Hak Hamba Allah Yang Lain Nauzubillahminzalik 9297

Solat Tetapi Dalam Waktu Yang Sama Menidakan Hak Hamba Allah Yang Lain Nauzubillahminzalik 9297

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 426 hits
Berita atau kisah di bawah adalah antara gambarannya In Syaa Allah kita tidak akan dan memang tidak pernah berbuat hal yang sedemikian rupa Apa hukum parkir sesuka hati untuk solat Jumaat Ini jawapannya Astro Awani Mac 25 2019 21 42 MYTIa j...
10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah Swt

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah Swt

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 975 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rasulullah S A W telah bersabda yang bermaksud Sesiapa yang memelihara solat maka solat itu sebagai cahaya baginya petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya ...
Bolehkah Solat Jumaat Di Atas Kapal Besar

Bolehkah Solat Jumaat Di Atas Kapal Besar

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 475 hits
Soalan Saya bekerja sebagai tentera laut Setiap bulan saya akan belayar ke laut untuk urusan kerja Kebetulan waktu belayar hari Jumaat Adakah saya boleh menunaikan solat Jumaat di atas kapal Jawapan Kami cuba memahami isu anda dan mereka ya...
Dilarang Solat Dan Dipaksa Makan Babi Pendedahan Lelaki Ini Buat Ramai Terkej Ut

Dilarang Solat Dan Dipaksa Makan Babi Pendedahan Lelaki Ini Buat Ramai Terkej Ut

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 435 hits
Orang Islam yang ditahan di kem pendidikan semula di China dilarang solat dan dipaksa makan babi selain dilarang menyimpan janggut Pendedahan itu dibuat bekas tahanan Omir Bekali yang mendakwa tindakan ke atas etnik Uighur dan kumpulan mino...
Cara Khusyuk Dalam Solat

Cara Khusyuk Dalam Solat

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 362 hits
Solat merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar iaitu perbuatan salah dan terlarang Seseorang itu perlu memahami kesan solat terhedap pembentukan peribadi manusia Solat juga dapat memberi ketenang...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba