Solat Tetapi Dalam Waktu Yang Sama Menidakan Hak Hamba Allah Yang Lain Nauzubillahminzalik 9297



Berita atau kisah di bawah adalah antara gambarannya... In Syaa Allah kita tidak akan dan memang tidak pernah berbuat hal yang sedemikian rupa. 

Apa hukum parkir sesuka hati untuk solat Jumaat? Ini jawapannya
Hasimi Muhamad, Astro Awani |  Mac 25, 2019 21:42 MYT
Ia jelas bukan lesen kepada umat Islam untuk semborono meletakkan kenderaan di bahu jalan sehingga mendatangkan kesusahan kepada pengguna jalan raya yang lain. -Gambar hiasanMENJELANG tengah hari pada setiap Jumaat, umat Islam berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat yang diwajibkan seminggu sekali kepada kaum Adam yang beragama Islam.

Dalam kesungguhan untuk mendapat tempat terbaik di dalam rumah Allah itu, mencari tempat letak kereta juga merupakan satu misi yang sukar.

Dalam keadaan 'terdesak' itulah, ada kalangan mereka memilih untuk meletakkan kenderaan dengan sesuka hati.

BUKAN 'LESEN' BESAR

Ia jelas bukan ‘lesen’ kepada umat Islam untuk meletakkan kenderaan di bahu jalan secara semberono sehingga mendatangkan kesusahan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Mengulas mengenai tabiat buruk itu, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan menegaskan bahawa meletakkan kenderaan sesuka hati untuk solat Jumaat adalah berdosa.

Ini kerana, menurut beliau, perbuatan tersebut secara jelas memberikan kesusahan dan mengganggu orang awam.

“Menyusahkan orang lain, ia jatuh hukum dosa. Maksudnya apabila seseorang itu buat ‘double parking’ dan dia telah menyusahkan urusan orang lain dan itu dosa.

“Sebab apa jatuh dosa, (kerana) ia merosakkan atau menganggu orang lain. Bayangkan Nabi (Muhammad) SAW berkata mengambil buah duri atau mengambil duri-duri di tengah jalan itu sedekah.

“Apatah lagi orang yang sengaja meletakkan (kenderaan sesuka hati di bahu jalan), lagi berdosa,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Isnin.

Beliau memetik hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang berbunyi, "Barang siapa yang memudahkan orang lain, maka Allah akan memudahkan dirinya sendiri; sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyusahkannya urusannya."

Bagaimanapun, PU Rahmat berkata isu ‘lapuk’ ini yang sudah berlarutan lebih 10 tahun perlu dilihat secara menyeluruh, dan orang ramai tidak boleh menunding jari kepada si pemilik kenderaan semata-mata.

TOLERANSI AGAMA

Jelasnya, sikap prihatin sesama masyarakat tanpa mengira agama adalah tunjang utama dalam memastikan perkara ini boleh diatasi dengan baik.

Katanya, isu pokok seperti kurangnya kawasan parkir di kawasan-kawasan masjid juga perlu dikaji dan diambil serius.

“Kita sebagai manusia, atau Muslim khususnya, kena fikir mengenai orang lain kerana kita ada satu keterikatan atau tanggungjawab.

“Kita kena faham orang pun ada masalah, kalau kita menambah masalah orang lain dengan parkir semberono, ia akan menyusahkan orang lain.

“Sebab kawasan masjid tidak mempunyai keluasan parkir yang cukup, jadi benda ini kita kena sama-sama fikirkan,” katanya.

Tegasnya, jangan disebabkan perkara sedemikian, ibadat yang sepatutnya mendapat keberkatan dan ganjaran pahala daripada Allah bertukar menjadi sia-sia.

Beliau memberi contoh situasi di Australia di mana penganut Islam dan Kristian begitu bertolak ansur sehingga mereka saling berkongsi kawasan parkir apabila mahu menunaikan ibadat.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/apa-hukum-parkir-sesuka-hati-untuk-solat-jumaat-ini-jawapannya-202135?

'Berdosa tapi buat juga' - Tun M kesal umat Islam terlibat rasuah
Adie Sufian Zulkefli, Astro Awani |  Mac 25, 2019 21:25 MYT
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan Amanat Khas kepada para penjawat awam negeri Kedah di Wisma Darul Aman hari ini. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan rasa kesal khususnya terhadap individu beragama Islam yang terlibat dalam gejala rasuah walaupun amalan itu secara jelas ditegah oleh agama.

Katanya, ramai yang menekankan tuntutan agama untuk melakukan perkara wajib serta menjauhkan perkara yang dilarang, tetapi tidak ambil berat betapa besarnya dosa akibat rasuah.

"Di sinilah kita perlu melihat semula apakah sistem nilai kita, di mana kesedaran bahawa rasuah dan salah guna kuasa itu jijik dan dibenci oleh Islam dan nilai-nilai sejagat.

"Tanpa kesedaran ini, kita akan terus melakukan rasuah dan salah guna kuasa dan turut tidak berasa hina atau memandang hina kepada mereka yang melakukannya," kata beliau ketika menyampaikan Amanat Khas kepada para penjawat awam negeri Kedah di Wisma Darul Aman hari ini.

BACA: 'Saya pun kecewa dengan dia orang' - Tun M komen kenyataan Nurul Izzah

Dr Mahathir turut mengingatkan penjawat awam supaya mengikis mentaliti materialistik, suka jalan mudah dan ingin cepat kaya kerana ia boleh membawa kepada amalan rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.

Tambah beliau, rakyat juga seharusnya mempunyai kesedaran tentang bahaya gejala rasuah terhadap keutuhan dan kemajuan sesuatu bangsa.

Katanya, selain daripada usaha, program dan peraturan untuk mengekang amalan rasuah dan salah guna kuasa, kesedaran juga merupakan perkara utama dalam mengatasi 'penyakit' tersebut.

"Sesuatu bangsa, sejarah telah menunjukkan betapa empayar-empayar Islam yang begitu gah jatuh dan musnah. Ia tidak bermula dengan perbuatan musuh-musuh Islam, sebaliknya ia bermula dengan dengan salah guna kuasa dan rasuah.

"Apabila rasuah dan salah guna kuasa berleluasa, maka kekuatan empayar-empayar ini semakin hari semakin berkurangan sehingga musuh-musuh Islam berjaya menakluk dan menjatuhkan mereka," tambahnya.

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.
Berdosa tapi buat juga - Tun M kesal umat Islam terlibat rasuah | Astro Awani

Nasihat dari Ustadz Adi Hidayat bagi yang Ingin Menikah
by Saad SaefullahORANG dewasa itu harus menikah. Itu adalah kebutuhan. Bagi Anda yang masih sendirian, menikah tentu menjadi obsesi dalam kehidupan.

Selain itu, memang dalam Islam, menikah juga diperintahkan. “Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” [QS. Adz Dzariyaat (51):49].

BACA JUGA: Beredar Foto Teuku Wisnu Duduk di Bawah Ustaz Adi Hidayat, Ini Kata Netizen 

Tapi, dalam praktinya, ternyata menikah juga seringkali tidak gampang. Ada saja kendalanya. Sambil terus berdoa, ada baiknya Anda yang merencanakan menikah tahun ini mendengarkan tausiyah dari Ustadz Adi Hidayat, Lc., MA., soal pernikahan ini. Video ini diambil dari akun Lampu Islam.Net di YouTube.
https://www.islampos.com/nasihat-dari-ustadz-adi-hidayat-bagi-yang-ingin-menikah-140825/?

'Saya malu, tapi telur itu telah menyatukan dunia' - EggBoy akhirnya bersuara
Agensi | Diterjemahkan oleh: Faris Danial Razi 
 Mac 25, 2019 16:52 MYT
Insiden memecahkan telur ayam di kepala Anning membuatkan Connolly terkenal dan dipuji kerana keberaniannya. - Gambar fail
REMAJA Australia, William Connolly yang kini digelar 'EggBoy' mengakui dirinya berasa malu dengan perhatian yang diterima selepas popular dengan klip video tularnya itu.

Conolly yang berasal dari Hampton, Melbourne, menjadi subjek perbualan di internet selepas dia memecahkan telur ayam di kepala Senator Fraser Anning, yang mengaitkan kejadian serangan pengganas di Christchurch itu secara langsung berpunca daripada orang Islam sendiri.

Semasa ditemu bual dalam program The Project Australia, Connolly telah mendedahkan faktor yang mendorongnya untuk berbuat demikian.

Jelas Connolly, yang menyifatkan dirinya pro-kemanusiaan berbanding cenderung pada politik, berkata dia telah mendengar Anning bercakap selama sejam sebelum membuat keputusan untuk memecahkan telur itu di kepalanya.

"Saya fikir ia adalah salah serta memalukan," ujarnya.

Dia juga mengakui bahawa perbuatannya itu tidak seharusnya dilakukan.

"Saya tidak jangka dia akan membalas, saya sangka saya dapat berjalan keluar terus dari situ. Saya tidak sangka perkara itu 'meledak' menjadi besar.

"Malah ia 'meledak' sepenuhnya hingga ke tahap yang memalukan kerana terlalu banyak perhatian netizen dituju kepada insiden telur itu berbanding isu mangsa yang terkorban.

“Saya sedar apa yang saya buat bukan perkara yang betul (untuk dicontohi). Namun, telur itu telah menyatukan manusia, dan sumbangan dana sudah dikumpulkan, puluhan ribu dolar telah dikumpul untuk mangsa-mangsa itu," ujarnya.  

Sementara itu, Connolly juga menerusi akaun Twitter menyatakan bahawa dia melancarkan dana untuk mangsa serangan masjid di Christchurch.






Will connolly@Willconnolly_au
Friends and all my well wishers
In few hours launching my first OFFICIAL fundraiser , please be connected , generous and help me spread the word#eggboy #NewZealand #IndonesiaCallsObservers for the fairness of the presidential election#WalkingDead #charity
1422:51 PM - Mar 25, 2019
84 people are talking about thisTwitter Ads info and privacy
BACA: "The Eggboy boleh jadi calon menantu"- Nancy Lee Grahn

Dalam program yang sama, sedutan temu bual dengan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern juga ditayangkan.

Ardern berkata, dirinya mengambil masa untuk memproses hakikat bahawa penyerang dalam insiden di Christchurch adalah warga negara Australia yang tinggal di New Zealand.

"Itu berita yang memerlukan masa untuk diproses, tapi berpegang kepada fakta bahawa penyerang itu bukan warga New Zealand, itu membantu mereka untuk memproses apa yang telah berlaku di sini," katanya.

Apabila ditanya sama ada serangan tersebut adalah luar biasa kerana komuniti yang sering dianggap sebagai pencetus masalah kini telah menjadi mangsa, Ardern menjawab "itu bukan kali pertama terjadi".

"Kita perlu mengakui bahawa sasaran sebegini pernah berlaku sebelum ini. Ini bukan pertama kali. Oleh sebab itulah, istilahnya jelas - ini adalah serangan pengganas," tegas Ardern.Saya malu, tapi telur itu telah menyatukan dunia - EggBoy akhirnya bersuara | Astro Awani

Jacinda sekali lagi lawat Nazril Hisham
Sinar Harian |  Mac 22, 2019 11:11 MYT
Jacinda Ardern meluangkan masa melawat Nazril Hisham di Hospital Christchurch, New Zealand. Foto ihsan Rahasnan melalui Sinar HariaCHRISTCHURCH: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sempat meluangkan masa melawat Nazril Hisham Omar di Hospital Christchurch, pagi Jumaat waktu tempatan.

Rahasnan Abdul Rashid, 57 tahun, abang kepada Nazril Hisham berkata, Ardern meluangkan masa beberapa minit bertanyakan khabar kepada adiknya dan juga ahli keluarganya.

Perdana menteri negara Oceania itu sebelum ini pernah melawat rakyat Malaysia tersebut namun sebelum ini keadaan bapa kepada empat anak itu tidak begitu stabil.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan, anak sulung Nazril Hisham, Mohd Haiqal Daniel, 20 tahun, memaklumkan ayahnya yang sedang dirawat di hospital itu nampak semakin ceria berbanding kelmarin.

Menerusi mesej Whatsapp kepada Sinar Harian, Mohd Haiqal menyatakan ayahnya mungkin akan pulih dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah dia nampak lagi ceria hari ini. InsyaAllah dalam masa terdekat dia boleh start rehab (proses pemulihan),” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Nazril Hisham akan menjalani satu lagi pembedahan bagi merawat kecederaan di bahagian kaki dan belakangnya.

Kakak mangsa, Rosimah Abd Rashid, 56 tahun, berkata sebelumnya Nazril Hisham telah dua kali menjalani pembedahan sejak dimasukkan ke Hospital Christchurch.

Jacinda sekali lagi lawat Nazril Hisham | Astro Awani

Kelompok Advokasi Muslim Prancis Tuntut Facebook dan Youtube terkait Siaran Aksi Teror di Selandia Baru
by Eneng SusantiPARIS — Sebuah kelompok advokasi Muslim Prancis menuntut Facebook dan Youtube terkait siaran langsung (live) aksi teror di dua masjid kota Christchurch, Selandia Baru, Jumat (15/3/2019). Mereka menyayangkan siaran tersebut bisa lolos dari pengawasan dua raksasa sosial media itu.

Selain Advokat Muslim, Dewan Agama Islam Prancis juga meminta Facebook dan Youtube melarang segala konten berbentuk terorisme, kekerasan untuk disiarkan.

BACA JUGA: Pasca Teror di Selandia Baru, India Larang Game Online PUBG 

“Atau yang cenderung melanggar martabat manusia dan bertanggung jawab untuk dilihat oleh anak di bawah umur,” tulis salinan dari tuntutan yang diajukan di Paris seperti dilansir NYPost, Selasa (26/3/2019).

Sebelumnya, Jumat (15/3/2019), Seorang warga Australia yang diketahui sebagai penganut paham supremasi kulit putih, Brenton Tarrant (28), menyiarkan kebrutalannya terhadap jamaah shalat Jumat di Masjid An Noor dan Linwood, Christchurch. Dia merekam aksi penembakan membabi buta itu dengan kamera GoPro yang dipasang pada helmnya. Aksi itu menewaskan 50 orang dan melukai puluhan lainnya.

Video aksi teror berdurasi hampir satu jam itu disiarkan secara live dan telah disaksikan lebih dari empat ribu kali. Disinyalir video tersebut sempat disalin oleh pengguna Facebook sebelum diblokir. 

BACA JUGA: Penghormatan terhadap Tragedi di Christchurch, Media Selandia Baru Tampilkan ‘Salam’ di Laman Depan

Sebelumnya, Facebook Selandia Baru diketahui telah menghapus 1,5 juta video serangan secara global dalam 24 jam pertama sejak serangan tersebut. Itu termasuk 1,2 juta yang diblokir selama tahap unggah.

Perdana Menteri Selandia Baru mengecam perusahaan-perusahaan media karena tidak lebih bertanggung jawab dengan konten yang mereka izinkan. Bank-bank terbesar di negara itu juga menarik iklan mereka dari Facebook dan Google. []

SUMBER: NY POST
https://www.islampos.com/kelompok-advokasi-muslim-prancis-tuntut-facebook-dan-youtube-terkait-siaran-aksi-teror-di-selandia-baru-140822/?
Penjawat awam perlu bersabar, 'ikat perut' - Tun MHasimi Muhamad, Astro Awani |  Mac 25, 2019 11:59 MYT
Dr Mahathir berkata, kerajaan sedang merangka banyak rancangan dan proses pemulihan sedang berjalan dengan baik. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMARKUALA LUMPUR: Perdana Menteri berharap penjawat awam boleh bersabar dalam menghadapi kesusahan dan bersedia untuk ‘mengikat perut’ bersama demi mengembalikan kesejahteraan negara.

Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, usaha tersebut penting kepada langkah pemulihan ekonomi negara, yang seterusnya membuka laluan kepada kegemilangan Malaysia di persada dunia

Katanya, peralihan kuasa politik daripada kerajaan lama kepada Malaysia Baharu selepas memenangi Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) lalu tidak mencukupi dalam usaha mengatasi hutang negara yang mencecah RM1 trillion, sebaliknya ia perlu kerjasama daripada semua pihak.

"Seluruh rakyat, termasuk anggota kerajaan perlu ikat perut sedikit supaya kita dapat kurangkan perbelanjaan bagi membayar hutang.

“Amatlah penting, penjawat awam faham sejarah kita dan apa yang sedang dilakukan oleh pemerintah yang baharu ini, supaya mereka dapat menghulurkan kerjasama yang erat demi kepentingan negara (dan) supaya negara kita ini akan berada sekali lagi ke arah negara maju pada 2025,” katanya pada Majlis Perhimpunan Perdana CUEPACS bersama Perdana Menteri, di Universiti Putra Malaysia, di sini pada Isnin.

Turut hadir Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda.

Katanya, kerajaan sedang merangka banyak rancangan dan proses pemulihan sedang berjalan dengan baik, dan ekonomi negara pastinya akan pulih sekurang-kurangnya dalam jangka masa  tiga tahun.

Jelas Dr Mahathir, apabila hutang negara sudah berjaya dilunaskan maka pendapatan akan meningkat dan itu boleh digunakan untuk membantu meningkatkan kos sara hidup rakyat di semua peringkat sektor.

Susulan itu, katanya kerajaan mengalu-alukun sikap Cuepacs yang tidak bertindak ganas sehingga membolehkan hubungan yang erat terus terjalin dengan pihak pemerintah.

“Inilah cara kita bukan dengan ganas, dengan tindakan liar yang boleh rosakkan negara kita. Kalau sudah rosak, sudah tentu kita tidak akan ada wang yang cukup untuk menampung pendapatan penjawat awam.

“Negara kita aman dan stabil dengan itu kita boleh usaha untuk memulihkan negara dengan usaha yang boleh membuahkan hasil dengan cepat,” katanya.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/penjawat-awam-perlu-bersabar-ikat-perut-tun-m-202080?

'Saya pun kecewa dengan dia orang' - Tun M komen kenyataan Nurul Izzah
Adie Sufian Zulkefli, Astro Awani |  Mac 25, 2019 19:28 MYT
DR MAHATHIR: Takpalah banyak orang kecewa, saya pun kecewa dengan dia orang. -Gambar failALOR SETAR: "Takpalah banyak orang kecewa, saya pun kecewa dengan dia orang."

Itu reaksi perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang menzahirkan rasa kecewa dengan prestasi semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam wawancaranya bersama akhbar Singapura, The Straits Times, Nurul Izzah meluahkan rasa kecewanya dengan kerajaan PH yang gagal menunaikan janji dan gagal menggerakkan agenda reformasi sepertimana sepatutnya.

Dalam kenyataan itu, Nurul Izzah meluahkan isi hati beliau yang sukar bekerja dengan bekas diktator yang dakwanya telah menyebabkan pelbagai kerosakan, bukan sahaja dalam kehidupan keluarganya, malah pemerintahan negara.

Dalam wawancara itu, Nurul Izzah turut mengumumkan hasratnya untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya selepas penggalnya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh tamat.

Nurul Izzah sebelum ini membuat kejutan apabila meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) setelah tidak bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir yang mahu mengekalkan Datuk Seri Ronald Kiandee sebagai Pengerusi PAC.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tindakan kesemua Ahli Parlimen pembangkang yang juga merupakan ahli PAC meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta, Dr Mahathir secara ringkas menjawab: "Tak apalah, dia nak letak jawatan, letaklah. Itu dia punya hal."

Dr Mahathir ditemui selepas Majlis Amanat Khas Perdana Menteri kepada penjawat awam Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Isnin.

http://www.astroawani.com/berita-politik/saya-pun-kecewa-dengan-dia-orang-tun-m-komen-kenyataan-nurul-izzah-202134?




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/03/solat-tetapi-dalam-waktu-yang-sama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalkan 3 Doa Ini Dalam Solat Ketika Sujud Terakhir Insya Allah Besar Manfaatnya

Amalkan 3 Doa Ini Dalam Solat Ketika Sujud Terakhir Insya Allah Besar Manfaatnya

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 715 hits
Sujud membawa maksud perbuatan meletakkan dahi hidung kedua dua telapak tangan kedua dua lutut dan kedua dua perut anak jari jari kaki pada keadaan serentak di lantai dengan tujuan tertentu kerana Allah S W T pada waktu dan masa masa terten...
Video Perlahan2 Allah Mula Tunjukan Hikmah Remaja New Zealand Sudah Mula Belajar Mengenai Solat

Video Perlahan2 Allah Mula Tunjukan Hikmah Remaja New Zealand Sudah Mula Belajar Mengenai Solat

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 628 hits
Perlahan2 Allah Mula Tunjukan Hikmah Remaja New Zealand Sudah Mula Belajar Mengenai Solat Walaupun sudah hampir 3 minggu berlalu namun kejadian tembakan yang berlaku di Masjid Al Noor Christchurch yang mengorbankan 50 nyawa masih lagi segar...
Jam Tangan Mengingati Allah Dan Didik Diri Disiplin Awali Solat

Jam Tangan Mengingati Allah Dan Didik Diri Disiplin Awali Solat

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 426 hits
Bismillah Dalam kesibukan kita menongkah arus dunia adakalanya kita alpa akan panggilan yang Maha Esa Mungkin bukan semua tetapi tiada di antara kita yang sempurna Saya juga begitu Kesibukan kerja bersosial dan keluarga mahupun dengan hanya...
10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah Swt

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah Swt

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 975 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Rasulullah S A W telah bersabda yang bermaksud Sesiapa yang memelihara solat maka solat itu sebagai cahaya baginya petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya ...
Awalnya Nangis Gak Mau Ditinggal Ketika Si Cowok Pulang Ternyata Ceweknya Menikah Sama Pria Lain

Awalnya Nangis Gak Mau Ditinggal Ketika Si Cowok Pulang Ternyata Ceweknya Menikah Sama Pria Lain

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 338 hits
Ditinggal pacar pergi merantau untuk kerja atau menempuh pendidikan tentu sangatlah berat karena tak bisa bertemu sesuka hati Selain itu tak semua orang bisa sukses menjalankan hubungan jarak jauh atau LDR ini Bagi mereka yang tak kuat bisa...
Wanita Ini Tak Pernah Solat Sehari Dalam Hidupnya Ketika Dia Pergi Allah Swt Tunjukkan Janjinya

Wanita Ini Tak Pernah Solat Sehari Dalam Hidupnya Ketika Dia Pergi Allah Swt Tunjukkan Janjinya

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 787 hits
Sudah menjadi kebiasaan saat ini jika kita lihat para wanita umumnya tidak solat Seringkali kita berfikiran positif mungkin mereka sedang dalam haid Wahai para suami selidik lah amalan solat isterimu Kadang mereka letih dengan urusan harian...
Disabilitas Harus Dapat Hak Pendidikan Dan Kerja Yang Sama

Disabilitas Harus Dapat Hak Pendidikan Dan Kerja Yang Sama

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 245 hits
Disabilitas Harus Dapat Hak Pendidikan dan Kerja yang Sama Daerah Istimewa Yogyakarta menjadi salah satu provinsi yang berkomitmen untuk memberikan keramahan terhadap penyandang disabilitas Diharapkan semangat itu dapat diikuti oleh daerah ...
Pengganas Xsebut Pula Dia Xberhak Malah Allah Mengharamkan Membunuh Orang Lain 9310

Pengganas Xsebut Pula Dia Xberhak Malah Allah Mengharamkan Membunuh Orang Lain 9310

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 316 hits
Pada Orang Beriman Inilah Bentuk Tipu Daya Dajjalby AKAN hadir ke tengah tengah kita sosok bermata satu yang ingin menggoyahkan keimanan seseorang Sifat buruknya membuat ia memiliki lafadz kaafir di keningnya Dan hanya orang orang beriman s...
Solat Zuhur Di Masjid Lain Miss Universe Nz Kongsi Detik Cemas Insiden Christchurch

Solat Zuhur Di Masjid Lain Miss Universe Nz Kongsi Detik Cemas Insiden Christchurch

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 394 hits
Berikutan insiden serangan pengganas di Christchurch New Zealand pada Jumaat lalu ternyata satu peristiwa hitam dan memberi impak besar buat umat Islam Ini kerana kejadian tersebut mengorbankan seramai 50 nyawa yang berada di dalam Masjid A...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities