Adakah Sah Solat Jenazah Di Atas Kubur



Soalan:
Adakah sah solat jenazah dilakukan atas kubur?

Jawapan:
Sah solat jenazah di atas kubur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW, daripada Abi Hurairah R.A, katanya:

أَنَّ رَجُلًا أَسْوَدَ - أَوِ امْرَأَةً سَوْدَاءَ - كَانَ يَقُمُّ الْمَسْجِدَ ، فَمَاتَ ، فَسَأَلَ النَّبِيُّ عَنْهُ فَقَالُوا مَاتَ ، قَالَ أَفَلَا كُنْتُمْ آذَنْتُمُونِي بِهِ ، دُلُّونِي عَلَى قَبْرِهِ - أَوْ قَالَ قَبْرِهَا - فَأَتَى قَبْرَهَا فَصَلَّى عَلَيْهَا
Bahawasanya seorang lelaki kulit hitam –atau perempuan kulit hitam– yang biasa membersihkan masjid telah mati. Maka Nabi SAW bertanya tentangnya, lalu sahabatnya menjawab dia telah mati. Nabi SAW berkata: “Mengapa kamu tidak memberitahuku tentangnya? Bawalah aku ke kuburnya.” Nabi SAW lalu datang ke kuburnya dan solat ke atasnya. [Riwayat al-Bukhari (458)]

Hukum solat jenazah di kubur adalah dibolehkan jika seseorang itu tidak sempat untuk menyembahyangkannya di masjid atau tempat lainnya. Ini berdasarkan sebuah hadis Nabi SAW daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma:

مَاتَ إِنْسَانٌ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَعُودُهُ فَمَاتَ بِاللَّيْلِ فَدَفَنُوهُ لَيْلاً، فَلَمَّا أَصْبَحَ أَخْبَرُوهُ فَقَالَ ‏ “‏ مَا مَنَعَكُمْ أَنْ تُعْلِمُونِي ‏”‏‏.‏ قَالُوا كَانَ اللَّيْلُ فَكَرِهْنَا ـ وَكَانَتْ ظُلْمَةٌ ـ أَنْ نَشُقَّ عَلَيْكَ‏.‏ فَأَتَى قَبْرَهُ فَصَلَّى عَلَيْهِ.
Telah mati seseorang yang Rasulullah SAW selalu menziarahinya maka matinya pada waktu malam dan dikebumikan juga pada waktu malam. Apabila subuh, mereka memberitahu Rasulullah SAW maka berkata Rasulullah SAW: “Apa yang menghalang kalian dari memberitahuku?” Mereka berkata: “Sudah malam dan gelap dan kami tidak mahu menyusahkan kamu.” Rasulullah SAW telah pergi ke kuburnya dan menyembahyangkannya. [Riwayat Al-Bukhari (1247), Ibn Majah (1530)]

Al-Imam Badruddin al-‘Aini (wafat 855H) Rahimahullah di dalam kitabnya ‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari dalam mensyarahkan hadis di atas menukilkan beberapa pendapat yang mengatakan boleh solat jenazah di kubur. Antaranya Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad dan Ishak bin Rahawaih. Begitu juga dengan Abdullah bin al-Mubarak yang mengatakan sekiranya jenazah telah dikebumikan dan tidak disolatkan lagi, maka solat di atas kubur. (Lihat ‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari, 8/26)

Begitu juga dengan hadis Nabi SAW daripada Abi Hurairah RA:

أَنَّ امْرَأَةً، سَوْدَاءَ كَانَتْ تَقُمُّ الْمَسْجِدَ – أَوْ شَابًّا – فَفَقَدَهَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَسَأَلَ عَنْهَا – أَوْ عَنْهُ – فَقَالُوا مَاتَ ‏.‏ قَالَ: ‏”أَفَلاَ كُنْتُمْ آذَنْتُمُونِي”‏ ‏.‏ قَالَ: فَكَأَنَّهُمْ صَغَّرُوا أَمْرَهَا – أَوْ أَمْرَهُ – فَقَالَ ‏”‏دُلُّونِي عَلَى قَبْرِهِ”‏ ‏.‏ فَدَلُّوهُ فَصَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ قَالَ:‏ إِنَّ هَذِهِ الْقُبُورَ مَمْلُوءَةٌ ظُلْمَةً عَلَى أَهْلِهَا وَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُنَوِّرُهَا لَهُمْ بِصَلاَتِي عَلَيْهِمْ‏”.
Sesungguhnya terdapat seorang wanita (ataupun pemuda) kulit hitam yang selalu membersihkan masjid dan Rasulullah SAW lama tidak melihatnya maka ditanyakan soalan tentangnya dan mereka berkata bahawa dia telah mati. Berkata Rasulullah SAW: “Mengapa kalian tidak memberitahuku, seakan kalian meremehkan urusannya.” Kemudian Rasulullah SAW menyuruh agar ditunjukkan kuburnya lalu Rasulullah SAW solat di situ kemudian berkata: “Sesungguhnya kubur ini dipenuhi dengan kegelapan ke atas ahlinya dan Allah ‘Azza wa Jalla menyinarinya dengan solatku ini ke atas mereka.” [Riwayat Muslim (956)]

Al-Khattabi berkata: “Padanya jelas menunjukkan harus solat atas kubur bagi sesiapa yang tidak sempat solat jenazah sebelum dikebumikan.” (Lihat Ma'alim al-Sunan, 1/315)

Kami nukilkan beberapa pandangan dari tokoh ulama’ dalam membicarakan mengenai hukum ini. Antaranya:

Pertama: Al-Imam al-Mawardi (wafat 450H) Rahimahullah menukilkan perbahasan ini di dalam kitabnya al-Hawi al-Kabir dengan menyebut: “Barangsiapa yang tidak berkesempatan untuk solat (jenazah) dikalangan wali (si mati) ataupun selainnya, maka disolatkan kali kedua sebelum dikebumikan dan selepas dikebumikan di kubur dan itulah yang paling utama bahkan al-Syafi’e memakruhkan solat sebelum dikebumikan kerana takut akan rosaknya mayat.” Ini merupakan pendapat sebahagian Sahabat seperti Ali, Umar, Ibn Umar, Abu Musa dan ‘Aisyah Radhiyallahu’anhum. Manakala dikalangan tabi’en seperti al-Zuhri dan selainnya, dikalangan fuqaha’ seperti al-Auza’ie, Ahmad dan Ishak. (Lihat al-Hawi al-Kabir, 3/59).

Kedua: Di dalam al-Majmu’, al-Imam al-Nawawi (wafat 676H) Rahimahullah menyebut: “Jika hadir sesiapa yang belum sempat untuk solat ke atas jenazah selepas dikebumikan atau berkehendakkan solat ke atas jenazah di negeri yang lain dibolehkan dan tiada khilaf padanya.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 5/247)

Ketiga: Begitu juga di dalam mazhab Hanbali seperti yang telah dinukilkan oleh Ibn Qudamah al-Maqdisi (wafat 620H) Rahimahullah iaitu bagi siapa yang terlepas solat jenazah sehingga telah dikebumikan, maka solat dikuburnya dan dibolehkan untuk solat di situ selama satu bulan. Begitulah pendapat ahli ilmu dari kalangan Sahabat Nabi SAW dan selain mereka dan itu juga pendapat al-Auza’ie dan al-Syafi’e. (Lihat al-Mughni, 2/381)

Justeru, selapas nukilan daripada pendapat para ulama’, kami nyatakan di sini bahawa solat jenazah di atas kubur jika tidak sempat melakukannya sebelum dikebumikan adalah harus dan dibolehkan. Bahkan dinyatakan oleh Syeikh Daud al-Fatoni sah mengerjakan solat jenazah di atas kubur dan memadai solat di atas kubur walaupun jenazahnya sudah reput, jika jenazah itu belum lagi disembahyangkan dengan syarat kuburnya belum pernah digali sebelum itu. (Lihat Furu’ al-Masa’il, hlm. 560)

Semoga dengan pencerahan dan penjelasan ini, maka terjawablah sudah isu berkaitan solat jenazah di atas kubur bagi sesiapa yang terlepas solat bersama sebelum dikebumikan.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/adakah-sah-solat-jenazah-di-atas-kubur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlukah Solat Jenazah Ke Atas Mereka Yang Membunuh Diri

Perlukah Solat Jenazah Ke Atas Mereka Yang Membunuh Diri

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 259 hits
Soalan Bolehkah kita solat ke atas jenazah yang mati kerana membunuh diri Kerana ada hadith yang jelas menyebut mereka yang membunuh diri tempatnya di neraka Jawapan Membunuh diri merupakan salah satu dosa besar dan Nabi Muhammad SAW telah ...
Terkini Solat Jenazah Ghaib Buat Allahyarham Haziq Mangsa Tragedi Christchurch

Terkini Solat Jenazah Ghaib Buat Allahyarham Haziq Mangsa Tragedi Christchurch

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 305 hits
KUALA LUMPUR Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menunaikan solat Jumaat sempena Majlis Peringatan Hari Polis ke 212 di Masjid Sallehin Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur Kuala Lumpur MalaysiaGazette com Online News P
Solat Jenazah Ghaib Haziq Di Masjid Seluruh Negara Esok

Solat Jenazah Ghaib Haziq Di Masjid Seluruh Negara Esok

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 412 hits
MASJID di seluruh negara diminta mengadakan solat jenazah ghaib untuk Muhammad Haziq Mohd Tarmizi 17 yang disahkan meninggal dunia dalam insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch New Zealand Menteri di Jabatan Perdana Menteri D...
Solat Jenazah Ghaib Kepada Muslim Terkorban Di Christchurch

Solat Jenazah Ghaib Kepada Muslim Terkorban Di Christchurch

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 212 hits
Soalan Bolehkah kita solat jenazah ghaib kepada warga Muslim New Zealand yang meninggal dunia baru baru ini Jawapan Solat jenazah ghaib adalah solat yang dilakukan ke atas mayat yang tidak ada pada tempat tersebut seperti mayat yang berada ...
Bolehkah Solat Jumaat Di Atas Kapal Besar

Bolehkah Solat Jumaat Di Atas Kapal Besar

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 454 hits
Soalan Saya bekerja sebagai tentera laut Setiap bulan saya akan belayar ke laut untuk urusan kerja Kebetulan waktu belayar hari Jumaat Adakah saya boleh menunaikan solat Jumaat di atas kapal Jawapan Kami cuba memahami isu anda dan mereka ya...
Sah Ke Tak Tu Laju Je Ha Kisah Krew Kabin Airasia Dikecam Ketika Solat

Sah Ke Tak Tu Laju Je Ha Kisah Krew Kabin Airasia Dikecam Ketika Solat

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 439 hits
Sah Ke Tak Tu Laju Je Ha Kisah Krew Kabin AirAsia Dikecam Ketika Solat Bila bercakap tentang ibadah kepada Allah SWT setiap insan yang hidup di dunia ini wajib sujud kepada Allah Tak kiralah tua muda kaya miskin berkemampuan atau tidak anda...
Solat Jenazah Ghaib Akan Diadakan Selepas Solat Jumaat Esok

Solat Jenazah Ghaib Akan Diadakan Selepas Solat Jumaat Esok

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 361 hits
Esok seluruh masjid di seluruh negara disaran untuk melakukan solat jenazah ghaib selepas solat Jumaat bagi adik Muhammad Haziq Mohd Tarmizi 17 tahun yang dilaporkan telah terkorban dalam serangan pengganas di Christchurch New Zealand Ini d...
Bakal Pengantin Kongsi Cara Solat Jenazah Di Facebook Sebelum Maut Kemalangan

Bakal Pengantin Kongsi Cara Solat Jenazah Di Facebook Sebelum Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 834 hits
BAKAL pengantin maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh jentera bomba di persimpangan lampu isyarat Batu 4 Jalan Kuala Krai di Wakaf Che Yeh Kota Bharu petang tadi Dalam kejadian 6 05 petang tadi Muhammad Afifi A...
Teknik Penipuan Pembayaran Atas Talian

Teknik Penipuan Pembayaran Atas Talian

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 243 hits
1 Buat SCHEDULED PAYMENT2 Pilih tarikh bayaran 3 hari akan datangContoh Pembeli beritahu akan bank in hari ni 9 Oktober 2018 Tapi masa pembayaran atas talian dibuat dia pilih SCHEDULED PAYMENT dan pilih tarikh 12 Oktober 2018 3 Ini bermakna...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage