Menegur Pakaian Imam Yang Terdapat Najis Ketika Solat



Soalan:
Ketika imam sedang solat jemaah, makmum terlihat pakaian imam terkena najis. Bagaimanakah caranya makmum hendak menegur imam?

Jawapan:
Syarat sah solat adalah mereka yang bersih daripada najis. Ia merangkumi kebersihan badan, kebersihan tempat dan kebersihan pakaian bagi menunaikan solat. Firman Allah SWT:

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
“Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.” (Surah Al-Muddatthir: 4)

Mengikut pandangan daripada Ulama’ Syafieyah, kalangan mereka amat mementingkan kebersihan pakaian dalam menunaikan solat. Bahkan jika pakaian yang tercemar dengan najis dan tidak ada cara untuk mencuci kerana tidak ada air atau berada dalam keadaan darurat, maka dia perlu menunaikan solat tanpa memakai pakaian tersebut. Hal ini sebagaimana yang dinukilkan di dalam kitab Al-Mu’tamad yang ditulis oleh Sheikh Dr. Muhammad Al-Zuhaili:

وَإِنْ كَانَ عَلَى الثَّوَابِ نَجَاسَةً غَيْرَ مُعَفَّوْ عَنْهَا, وَلَمْ يَجِدْ مَا يَغْسِلُهُ بِهِ , فَيَجِبُ أَنْ يُصَلِّيَ عَرِّيَانًا فِي الأَصَحِّ
“Dan sekiranya pakaian bernajis maka tidak ada pengecualian, dan tidak ada air untuk dibasuhnya, maka wajib dan sah untuk menunaikan solat secara bertelanjang.” (Rujuk kitab Al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie, m/s 203)

Dalam mengulas isu ini, kami menukilkan sebuah hadis yang menceritakan hal yang mirip kepada soalan yang ditanya. Daripada Abu Sa'id al-Khudri, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

بَيْنَمَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّي بِأَصْحَابِهِ إِذْ خَلَعَ نَعْلَيْهِ فَوَضَعَهُمَا عَنْ يَسَارِهِ فَلَمَّا رَأَى ذَلِكَ الْقَوْمُ أَلْقَوْا نِعَالَهُمْ فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم صَلاَتَهُ قَالَ ‏"‏ مَا حَمَلَكُمْ عَلَى إِلْقَائِكُمْ نِعَالَكُمْ ‏"‏ ‏.‏ قَالُوا رَأَيْنَاكَ أَلْقَيْتَ نَعْلَيْكَ فَأَلْقَيْنَا نِعَالَنَا ‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِنَّ جِبْرِيلَ صلى الله عليه وسلم أَتَانِي فَأَخْبَرَنِي أَنَّ فِيهِمَا قَذَرًا ‏"‏ ‏.‏ وَقَالَ ‏"‏ إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلْيَنْظُرْ فَإِنْ رَأَى فِي نَعْلَيْهِ قَذَرًا أَوْ أَذًى فَلْيَمْسَحْهُ وَلْيُصَلِّ فِيهِمَا
Ketika Rasulullah SAW menjadi imam kepada para sahabat di dalam solat, Baginda membuka selipar dan meletakkan disisi kirinya; maka apabila jemaah melihat keadaan tersebut, mereka juga turut membuka selipar. Selepas selasai menunaikan solat, Baginda bertanya: “Apa yang menyebabkan kamu semua membuka selipar?” Maka para jemaah menjawab: “Kami melihat kamu membuka selipar, maka kami membuka selipar kami.” Rasulullah SAW berkata: “Sesungguhnya, malaikat Jibrail a.s. telah datang kepadaku dan memberitahu bahawa terdapat kekotoran di selipar tersebut. Jika sesiapa yang datang ke masjid, dia perlu melihat, jika ada kekotoran terdapat pada seliparnya, maka dia perlu membersihkannya sebelum mendirikan solat.” (Hadis riwayat Abu Daud, No. 650)

Maka daripada hadis tersebut jelas dinyatakan bahawa imam yang memakai pakaian yang terkena najis perlu ditanggalkan dengan kadar segera jika ditegur atau menyedari sendiri. Nabi SAW pernah menyatakan di dalam sebuah hadis:

إِذَا نَابَكُمْ شَىْءٌ فِي الصَّلاَةِ فَلْيُسَبِّحِ الرِّجَالُ وَلْيُصَفِّحِ النِّسَاءُ
“Jika terjadi sesuatu di dalam solat maka tegurlah, bagi lelaki dengan bertasbih dan wanita dengan tepukan.” (Hadis riwayat Abu Daud, No. 941)

Menerusi pandangan Mazhab Maliki diantara ulama’nya Imam al-Hattab menyatakan terdapat 2 cara makmum untuk menegur imam yang terdapat najis pada pakaiannya ketika solat jemaah:

اذا رأى المأموم نجاسة في ثواب الإمام أراه اياها إن قرب فإن بعد كلمة
“Jika makmum melihat najis pada pakaian imam, maka tunjukkan ke arah najis atau memberi isyarat kepada imam jika makmum tersebut berdekatan, sekiranya jauh maka ditegur dengan perkataan.” (Rujuk Mawahib al-Jalil li Syarah Mukhtasar Khalil, m/s 2/481)

Kesimpulan berkenaan isu ini, sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi:

وَلَا تَجُوزُ الصَّلَاةُ خَلْفَ الْمُحْدِثِ لِأَنَّهُ لَيْسَ مِنْ أَهْلِ الصَّلَاةِ
“Dan tidak boleh bersolat di belakang orang yang berhadas kerana ia bukan daripada kalangan ahli solat.” (Rujuk Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab, m/s 4/256)

Adalah satu keperluan kepada makmum untuk menegur imam jika terdapat najis pada pakaian imam. Jika imam tersebut tidak maklum dengan teguran daripada makmum tersebut maka diwajibkan kepada makmum tersebut untuk berniat mufaraqah dan solat secara bersendirian.

Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/menegur-pakaian-imam-yang-terdapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Subhanallah Ketika Umat Islam Sedang Menunaikan Solat Jumaat Perhatikan Apa Yang Mereka Lakukan

Subhanallah Ketika Umat Islam Sedang Menunaikan Solat Jumaat Perhatikan Apa Yang Mereka Lakukan

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 614 hits
Menerusi siaran langsung itu dunia dapat melihat masyarakat New Zealand bersatu padu menentang kegan4san yang kini menjadi sejarah hitam buat mereka Hal ini kerana sewaktu khutbah dibaca ketika solat Jumaat ribuan hadir bukan hanya dikalang...
Rahsia Sujud Ketika Solat

Rahsia Sujud Ketika Solat

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 324 hits
RAHSIA SUJUD KETIKA SOLAT 1 Sujud melibatkan 5 anggota badan yang bertumpu pada bumi dahi hidung kedua telapak tangan lutut dan kedua hujung jari kaki 2 Sujud adalah konsep merendahkan diri memuji Allah SWT dan memohon segala macam hajat ke...
Sah Ke Tak Tu Laju Je Ha Kisah Krew Kabin Airasia Dikecam Ketika Solat

Sah Ke Tak Tu Laju Je Ha Kisah Krew Kabin Airasia Dikecam Ketika Solat

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 473 hits
Sah Ke Tak Tu Laju Je Ha Kisah Krew Kabin AirAsia Dikecam Ketika Solat Bila bercakap tentang ibadah kepada Allah SWT setiap insan yang hidup di dunia ini wajib sujud kepada Allah Tak kiralah tua muda kaya miskin berkemampuan atau tidak anda...
Wanita Ini Tak Pernah Solat Sehari Dalam Hidupnya Ketika Dia Pergi Allah Swt Tunjukkan Janjinya

Wanita Ini Tak Pernah Solat Sehari Dalam Hidupnya Ketika Dia Pergi Allah Swt Tunjukkan Janjinya

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 821 hits
Sudah menjadi kebiasaan saat ini jika kita lihat para wanita umumnya tidak solat Seringkali kita berfikiran positif mungkin mereka sedang dalam haid Wahai para suami selidik lah amalan solat isterimu Kadang mereka letih dengan urusan harian...
Orang Buta Menjadi Imam Solat

Orang Buta Menjadi Imam Solat

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 332 hits
Soalan Apakah hukumnya seorang yang buta menjadi imam solat dan bagaimana pula dengan kebersihan pakaian mereka dari najis Jawapan Dalam isu menjadi imam terdapat beberapa petunjuk dari Nabi S A W dalam menjelaskan kriteria atau ciri ciri y...
Penganut Kristian Sepakat Jaga Masjid Ketika Umat Islam Solat

Penganut Kristian Sepakat Jaga Masjid Ketika Umat Islam Solat

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 907 hits
Biarpun berlainan agama penduduk Kristian New Zealand mengambil inisiatif menjaga perkarangan masjid ketika umat Islam menunaikan ibadah Menerusi perkongsian pengguna Facebook dikenali Trip Kekawan sekumpulan penganut Kristian di negara Kiw...
Amalkan 3 Doa Ini Dalam Solat Ketika Sujud Terakhir Insya Allah Besar Manfaatnya

Amalkan 3 Doa Ini Dalam Solat Ketika Sujud Terakhir Insya Allah Besar Manfaatnya

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 758 hits
Sujud membawa maksud perbuatan meletakkan dahi hidung kedua dua telapak tangan kedua dua lutut dan kedua dua perut anak jari jari kaki pada keadaan serentak di lantai dengan tujuan tertentu kerana Allah S W T pada waktu dan masa masa terten...
Hadith Palsu Berkaitan Solat 5 Waktu

Hadith Palsu Berkaitan Solat 5 Waktu

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 367 hits
Soalan Apakah status hadith ini Meninggalkan satu kali solat Subuh akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun bersamaan dengan 60000 tahun di dunia Meninggalkan satu kali solat Zohor dosanya sama seperti membunuh 1000 orang Islam Menin...
Viral Infographic On Solat Hajat For Streram Not True

Viral Infographic On Solat Hajat For Streram Not True

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 321 hits
RANTAU POLLS PKR secretary general Saifuddin Nasution Ismail today dismissed as untrue a viral infographic on social media of a solat hajat and Yasin recital for Pakatan Harapan candidate for the Rantau by election Dr S Streram He said it w...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Top Ways To Monetize Your Domains

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nabila Razali Kongsi Wajah Anak Pertama Nik Muhammad Bin Nik Iruwan

All Her Hard Work Dr Sheikh Muszaphar Luah Bangga Anak Terpilih Program Sukan Bakat Olimpik

Cara Selamat Membekukan Dan Mencairkan Daging Qurban Tanpa Menjejaskan Kualiti

Sedekah Yang Baik Adalah Pada Adik Beradik Sendiri

Salam Aidiladha 2025

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah