Dilarang Solat Dan Dipaksa Makan Babi Pendedahan Lelaki Ini Buat Ramai Terkej Ut
Orang Islam yang ditahan di ‘kem pendidikan semula’ di China dilarang solat dan dipaksa makan babi selain dilarang menyimpan janggut.
Pendedahan itu dibuat bekas tahanan, Omir Bekali yang mendakwa tindakan ke atas etnik Uighur dan kumpulan minoriti Islam lain di wilayah Xinjiang itu bertujuan untuk mengurangkan kepercayaan agama mereka.
” Mereka memanggil kami ‘pelajar’ dan dipaksa beratur menghadap dinding dan menyanyikan lagu kebangsaan selama 30 minit pada setiap pagi. Saya tidak mahu ikut arahan mereka, namun terpaksa kerana sudah lali. Walaupun selepas setahun, ia masih terngiang-ngiang dalam kepala saya,” katanya.
Gambar – Bekali menunjukkan bagaimana dia dirantai di ‘kem tahanan’ yang menempatkan lebih sejuta orang Islam di China.
Bekali dilahirkan di Xinjiang dan berpindah ke Kazakhstan atas urusan kerja pada 2006.
Menurutnya, dia ditahan apabila kembali ke wilayah itu pada Mac 2017 dan dipenjarakan atas dakwaan membiayai keganasan.
Selepas tujuh bulan, dia dipindahkan ke ‘kem pendidikan semula’ di Karamay di mana dia turut dirantai.
” Setiap Jumaat, tahanan akan dipaksa makan daging babi dan kami dilarang solat atau menyimpan janggut yang didakwa sebagai simbol ekstremisme. Satu-satunya bahasa yang dibenarkan di kem itu adalah bahasa cina.
” Apabila saya enggan mengikut arahan mereka, saya akan dipaksa berdiri selama lima jam sebelum ditempatkan dalam kurungan seorang diri dan tidak diberi makan selama 24 jam,” ujarnya.
Jelasnya lagi, tekanan psikologi yang dihadapi mereka adalah sangat besar dan hampir memakan dirinya sendiri.
” Hidup saya berada dalam tekanan, tidak boleh tidur dan otak saya terus menerus berfikir tanpa henti,” katanya dalam temubual berasingan pada tahun lalu.
Lebih sejuta etnik Uighur ditahan di kem terbabit di wilayah Xinjiang yang didakwa oleh Beijing kononnya sebagai langkah untuk memerangi keganasan dan ekstremisme.
Kebimbangan negara antarabangsa terhadap keadaan di pusat kemudahan itu menyebabkan Sweden pada Khamis lalu mengumumkan ia akan memberikan status pelarian kepada pencari suaka Uighur.
Awal minggu lalu, China bertindak balas dengan mengeluarkan laporan panjang tentang penahanan 13,000 p3ngg4nas selain menumpaskan ratusan ‘geng p3ngg4nas’ di Xinjiang.
Sehingga kini, Beijing menggelar kem itu sebagai ‘asrama’. – The Independent
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : sinarharian
The post Dilarang Solat Dan Dipaksa Makan Babi. Pendedahan Lelaki Ini Buat Ramai Terkej.ut appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suaraviral.org/dilarang-solat-dan-dipaksa-makan-babi-pendedahan-lelaki-ini-buat-ramai-terkej-ut/