Orang Asing Kuasai Ekonomi Pm Tidak Percaya Melayu Bodoh


Diterbitkan  pada 09 December 2018
Tun Dr Mahathir Mohamad dianugerahkan Tokoh Bumiputera Unggul 2018 atas sumbangannya kepada pembangunan kaum Melayu dan Bumiputera. ― Picture by Mukhriz Hazim
SHAH ALAM, 9 Dis ― Kaum Melayu dan Bumiputera perlu berusaha lebih kuat untuk menjayakan diri supaya mampu menandingi kaum-kaum lain di negara ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

Ini kerana, kata beliau, hakikatnya ketika ini kaum Melayu dan Bumiputera ramai hidup susah dan menetap di luar bandar meskipun memiliki kuasa politik.

“Di negara kita sendiri kita telah berundur jauh dari bandar serta tinggal di luar bandar dan rata-rata kebanyakan daripada kita adalah keluarga miskin.

“Ya, hari ini kita berkuasa dalam bidang politik, dengan kuasa ini kita boleh beri sedikit bantuan kepada kaum Melayu, Bumiputera, fikirkanlah tetapi kalau kita tiada kuasa politik dan kita tidak diberi keistimewaan bermakna kita akan jadi lebih daif daripada sekarang,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan, Kerjaya dan Usahawan Muda Bumiputera (Putra) 2018 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, malam tadi.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Pengerusi Putra Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan Naib Canselor UiTM Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said.

Dr Mahathir menarik perhatian meskipun menetap di negara sendiri dan diberi bantuan namun kaum Melayu dan Bumiputera masih ketinggalan di belakang.

“Selain itu kita lihat orang asing yang dahulunya datang ke negara kita jauh lebih maju kerana mereka berusaha, mereka bekerja kuat, mereka belajar dalam pelbagai bidang dan berpelajaran. Kita dapati mereka sekarang kuasai ekonomi negara kita, apakah sebabnya?

“Apakah orang Melayu bodoh? Saya tidak percaya, kerana mereka ada kebolehan sama dengan orang lain tetapi kepintaran sahaja tanpa usaha tidak akan hasilkan kejayaan. Kita cekap, kita pintar, kita pandai tetapi jika tiada usaha tidak akan berjaya.

“Kalau kita sedar kita ketinggalan dan berasa malu kenapa ketinggalan di negara sendiri maka tentulah kita akan berusaha untuk menjayakan diri kaum kita supaya menjadi sama dengan kaum-kaum lain. Kalau kita ketinggalan di belakang kita kena lari lebih kuat daripada orang di depan,” katanya.

Perdana menteri dalam pada itu turut mengingatkan kaum Melayu dan Bumiputera supaya sentiasa bersyukur kerana hidup di negara yang aman dan harmoni.

Beliau berkata untuk membalas rasa kesyukuran itu, kaum Melayu dan Bumiputera perlu menjaga negara ini sebaik-baiknya.

“Inilah perasaan yang perlu ada pada kita, yang pertama kena rasa malu sebab ketinggalan dan kita akan kerja lebih kuat untuk atasi kelemahan kita. Kalau kita diberi peluang untuk belajar kuasai ilmu, kita kena balas balik nikmat yang kita terima secara percuma.

“Kedua, perasaan sayang kepada negara mesti ada pada kita. Kita tidak suruh jadi tentera, tidak suruh berkorban nyawa tetapi hanya suruh kita berusaha untuk bangunkan negara kita, untuk jaga keamanan di negara ini,” katanya.

Sementara itu, menjawab pertanyaan penonton mengenai pendirian kerajaan untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Dr Mahathir berkata meskipun rakyat negara ini terdiri daripada berbilang kaum namun kejayaan atau kedudukan setiap kaum itu tidak sama.

Atas faktor itu, perdana menteri berkata negara ini tidak boleh menerima ICERD.

“Kalau kita tidak beri peluang kepada orang Melayu peluang lebih daripada kaum lain, kalau kita percaya kita mesti beri apapun secara sama, equality, maka yang sudah cekap akan lebih berjaya dan tidak cekap jadi lebih mundur.

“Sebab itu kita tidak boleh terima ICERD kerana ia tidak beri hak kepada kita untuk membezakan layanan bagi kaum-kaum di Malaysia sebab mereka tidak berada di taraf yang sama dan kita tidak akan pinda perlembagaan kita,” katanya.

Pada majlis itu juga, Dr Mahathir dianugerahkan Tokoh Bumiputera Unggul 2018 atas sumbangannya kepada pembangunan kaum Melayu dan Bumiputera, dan anugerah itu disampaikan oleh Mohd Rafiq

 ― Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/12/orang-asing-kuasai-ekonomi-pm-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sumpah Melayu Memang Bodoh Kecoh Isu Beli Kondom Untuk Family Planning Dekat Ig Post Doktor

Sumpah Melayu Memang Bodoh Kecoh Isu Beli Kondom Untuk Family Planning Dekat Ig Post Doktor

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 652 hits
Baru baru ni doktor selebriti Dr Shazril Shaharuddin ada muat naik pasal isu kepentingan menggunakan kondom untuk mengelakkan HIV dekat Instagram Bila sebut tentang seks mesti semua segan silu atau fikir eh tak sopan la cakap pasal benda ni...
P Raya Tempatan Dap Ingat Melayu Terlalu Bodoh Cina Bersungguh2 Dikata Pas Dapat Untung

P Raya Tempatan Dap Ingat Melayu Terlalu Bodoh Cina Bersungguh2 Dikata Pas Dapat Untung

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 772 hits
10 DISEMBER 2018 PERDANA MENTERI BUAT KEPUTUSAN TIDAK AKAN LAKSANAKAN PILIHANRAYA TEMPATAN Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan tidak akan diadakan kerana ia berkemungkinan boleh mewujudkan konflik berasas...
Rasuah Dan Orang Melayu

Rasuah Dan Orang Melayu

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 223 hits
Rasuah Dan Orang Melayu Saya tidak tahu sama ada memperasuahan ialah satu perkataan dalam bahasa Melayu Tetapi sama ada perkataan ini ada atau tidak perbuatan memperasuahan memang kerap dilakukan dalam masyarakat manusia Maknanya ialah perb...
Ayat Al Malau Al A La Dalam Al Quran Tiada Kena Mengena Dengan Orang Melayu

Ayat Al Malau Al A La Dalam Al Quran Tiada Kena Mengena Dengan Orang Melayu

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 328 hits
Perkataan Al Malau al A la di dalam al Quran tidak mungkin membawa maksud Melayu kerana berasal dari dua perkataan al Mala dan al A la yang merujuk kepada malaikat kata Mufti negeri Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin Manakala perkataan...
Rasuah Sudah Jadi Nilai Hidup Budaya Orang Melayu Tun Mahathir

Rasuah Sudah Jadi Nilai Hidup Budaya Orang Melayu Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 330 hits
Astro Awani MAHATHIR Apa sahaja sanggup dibuat jika disogok dengan wang atau pemberian yang diminati Gambar fail BERNAMA KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa bimbangnya terhadap segelintir masyarakat masa kini...
Syiria Diperintah Kafir Laknatullah Umat Islam Disembelih Melayu Bangkit 8815

Syiria Diperintah Kafir Laknatullah Umat Islam Disembelih Melayu Bangkit 8815

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 661 hits
Viral Foto Lusinan Sekumpulan Pemuda Suriah Dirantai Tentara Rezim di Damaskus Ini Faktanya Rabu 5 Desember 2018 12 48Foto Foto peuda Suriah dirantai yang dibagikan oleh para aktivis KIBLAT NET Damaskus Sebuah foto sekelompok pemuda Suriah ...
Muka Mat Salleh Tapi Speaking English Loghat Melayu Video Anak Diana Danielle Berbahasa Inggeris Curi Tumpuan Peminat

Muka Mat Salleh Tapi Speaking English Loghat Melayu Video Anak Diana Danielle Berbahasa Inggeris Curi Tumpuan Peminat

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 1591 hits
Baru baru ini tular perkongsian kisah anak sulung Diana Danielle Chemad atau nama sebenarnya Muhammad yang bersunat pada umur 5 tahun Kisah anak sulung Diana itu mendapat reaksi yang positif daripada netizen kerana keberaniannya di umur mud...
Pertahan Hak Melayu Tun Hamid

Pertahan Hak Melayu Tun Hamid

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 409 hits
Wartawan Watan Online Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad meminta peserta perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum pada Sabtu ini supaya menjaga tingkah laku ag...
23 Mei 1946 Hari Kemarahan Melayu Johor Menentang Malayan Union

23 Mei 1946 Hari Kemarahan Melayu Johor Menentang Malayan Union

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 955 hits
DEMO DALAM SEJARAH Demonstrasi menentang Malayan Union di Johor Bahru Pada bulan Mei 1946 dua orang ahli Parlimen British Capt L D Gammans dan Lt Col Rees Williams telah melawat Malaya atas jemputan UMNO untuk melihat sendiri bantahan rakya...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal