Ohzarina Kenapa Jadi Pemalu Dan 11 Cara Atasinya



 Kalau difikirkan kembali, pelik juga ada orang yang menjadi begitu pemalu hingga sukar untuk diajak bersembang. Mengapa keadaan ini boleh berlaku? Itulah persoalan yang acap kali ditanya kepada teman jika ada antara kamu yang berdepan dengan mereka yang mempunyai karakter sebegini. 

Mengikut teori dan kajian umum, si pemalu bermula daripada anak kecil yang suka menyendiri dan lebih suka melakukan sesuatu di dalam biliknya sendiri. Perasaan malu adalah perasaan gelisah dialami seseorang terhadap pandangan orang lain atas dirinya.


Ada mengaitkan personaliti ini sebagai sesuatu yang hati-hati, curiga dan sebagainya, namun sebenarnya ia adalah masalah dalam diri yang dipanggil konflik rasa yakin.

Pada umumnya sejak lahir manusia memiliki sedikit perasaan malu. Namun apabila perasaan itu berubah menjadi semacam, rasa takut berlebihan maka hal itu akan menjadi suatu fobia atau takut mengalami tekanan daripada orang lain atau takut menghadapi masyarakat.

Individu yang pemalu selalu menghindar daripada keramaian dan tidak dapat secara aktif bergaul dengan temannya lain. Sifat pemalu dapat menjadi masalah cukup serius sebab akan menghambat kehidupan anak, misalnya dalam pergaulan, pertumbuhan harga diri, belajar dan penyesuaian diri.

Umumnya ciri mereka yang pemalu adalah terlalu sensitif, ragu-ragu, murung dan sukar bergaul. Jadi mereka perlu diberi bantuan.

Punca mereka menjadi pemalu adalah kerana unsur keturunan. Sejak lahir mereka dilihat agak sensitif dan kemungkinan hal itu terjadi kerana pembawaan ibu yang ketika sedang mengandung mengalami tekanan jiwa. Namun ini juga belum dapat menjadi suatu bukti kuat apakah kelak anak yang sensitif itu akan menjadi seorang pemalu.

Alasan kedua yang mengatakan sebab mereka menjadi pemalu adalah kerana zaman kanak-kanak mereka kurang gembira. Ada sebahagian mereka ini mengalami hal-hal kurang menyenangkan pada masa kanak-kanaknya. Misalnya orang tua sering berpindah-randah, bercerai, meninggal, dipaksa pindah sekolah atau dihina oleh teman dan sebagainya.

Semua pengalaman itu mengakibatkan terganggunya hubungan sosial mereka dengan lingkungan pembesaran, suka menghindar atau mundur dan tidak berani bergaul dengan orang tidak dikenal.

Mungkin juga pemalu ini disebabkan faktor ketiganya iaitu kurang bermasyarakat. Sifat pemalu akan terjadi apabila anak hidup dengan latar belakang di mana ia diabaikan oleh kedua-dua ibu bapanya atau dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang mengasingkan diri, terlalu dikekang sehingga mereka tidak dapat mengalami hubungan sosial normal dengan masyarakat.

Keempat pula punca mereka menjadi pemalu mungkin disebabkan perasaan rendah diri. Mungkin perasaan malu itu timbul kerana mereka pendek, bersikap kaku atau punya kebiasaan jelek, lalu berusaha untuk menutupinya dengan cara menyendiri atau menghindari pergaulan dengan orang lain.

Kerana kurang rasa percaya diri dan beranggapan dirinya tidak sebanding dengan orang lain, ia tidak suka memperlihatkan diri di mana-mana majlis kemasyarakatan atau sosial.
Ada juga mengatakan punca mereka menjadi pemalu adalah kerana pandangan orang lain yang merasuk ke dalam dirinya sejak kecil. Mungkin orang dewasa sering mengatakan yang mereka pemalu, bahkan guru dan teman juga berpendapat sama, sehingga akhirnya ia benar-benar menjadi seorang pemalu. Atasi rasa malu

1. Orang-orang dengan sifat pemalu secara naluri menyimpan kesedaran kalau diri mereka terlewat daripada orang lain. Sifat pemalu biasanya membuat seseorang kehilangan kesempatan, kurang mendapat kesenangan dan terpinggir daripada hubungan sosial.

Sifat pemalu dapat membawa banyak kerugian tapi bagi kamu yang memiliki sifat ini, tak perlu berkecil hati kerana pada dasarnya ada banyak cara untuk mengusir jauh-jauh sifat yang merugikan ini. Sebenarnya formula daripada rasa malu terdiri daripada ‘terlalu berpusat pada diri sendiri’ dicampur dengan rasa gugup.

Apa kata kita lakukan transformasi bagi membuang jauh sikap ini dengan tingkatkan rasa penghargaan kendiri. Iaitu dengan cara menerima diri tanpa syarat. Kita dapat menerima diri kita terutamanya keadaan fizikal sedia ada dengan reda dan kita patut bersyukur atas kejadian fizikal kita yang mengandungi hikmah yang nikmatnya tidak terhitung banyaknya. Dengan cara ini kita akan mula menyayangi, menerima dan menghormati diri kita.

2. Harga diri juga dapat ditingkatkan melalui cara penampilan diri kita iaitu cara kita berpakaian. Imej pakaian kamu menjadikan kamu begitu teruja dan akan mengikiskan rasa malu kerana penampilan berpakaian yang mengakibatkan kita rasa rendah diri.

Belajarlah cara berpakaian mengikut situasi tertentu agar kamu kelihatan menarik dan anggun. Dengan cara ini kamu tidak akan malu dengan penampilan diri yang baru.

3. Jika kamu malu untuk berkomunikasi maka kamu hanya perlu belajar cara yang betul untuk meningkatkan kelancaran pertuturan dan mesej penyampaian kamu secara lisan dan bukan lisan. Bukan lisan adalah seperti nada suara, mimik muka, gerakan tangan, kaki, bahu dan badan kamu serta jarak sesuai.

Penyampaian mesej berkesan akan meningkatkan penampilan diri kamu. Mereka akan kagumi kamu dan seterusnya keyakinan baru ini meningkatkan rasa percaya diri yang dapat menghilangkan rasa malu.

4. Hentikan mengkritik diri kamu secara negatif sebaliknya kritikan perlu dibuat sebagai panduan untuk membina kredibiliti kamu. Sebagai contoh kamu mengkritik diri kamu sukar untuk mudah mesra, jadi kamu perlu bertanya pada suara hati kamu bagaimanakah caranya saya dapat meningkatkannya.

Apa saja bicara diri yang menidakkan kebolehan kamu maka kamu perlu bertanya dan terus bertanya agar kamu dapat meningkatkannya.

5. Jaga setiap kata-kata bicara negatif sama ada dari diri kamu atau pun bicara luaran yang menidakkan kebolehan kamu. Setiap kali berlaku penafian kebolehan kamu maka apa yang perlu dilakukan adalah berikan cabaran pada diri kamu ialah ucapkan terima kasih dan mulai perbaiki dan tingkatkan diri kamu pada mana-mana kelemahan yang ada.

Cari cara-cara bagaimana kamu dapat meningkatkan diri kamu dan seterusnya laksanakan program tersebut.

6. Iktiraf segala pencapaian kamu walau sekecil manapun. Ulangi ucapan kata-kata pujian dan syukur pada Allah atas pencapaian kejayaan kamu sendiri. Sebutkan selalu sehingga melekat di sanubari kamu.

7. Bicara diri positif dapat meningkatkan rasa percaya diri bagi mengikis rasa malu. Katakan pada diri kamu secara berulang-ulang apabila ada sesuatu perkara yang ingin kamu lakukan yang kamu pasti dan mesti melakukan.

8. Bergaul selalu dengan orang-orang berjaya bukan untuk dibuat perbandingan yang boleh menjadikan kamu semakin malu, tetapi belajar dan perhatikan personaliti orang berjaya sebagai panduan kepada kamu membina rasa hebat diri.

9. Atasi rasa malu adalah dengan melakukan raptai mental agar kamu sentiasa dapat ‘melihat’ diri kamu yang hebat dan dikagumi oleh orang sekeliling. Buat latihan berulang kali pada setiap perkara yang kamu ingin lakukan.

Lihat dulu peristiwa tersebut sebagaimana yang kamu inginkan agar kamu dapat melakukan yang terbaik apabila situasi itu kamu lakukan nanti.

10. Berikan cabaran pada diri kamu untuk melakukan perkara yang kamu takut kerana inilah cara terbaik untuk kamu atasi rasa malu. Pengalaman hebat yang kamu lalui akan dapat membina rasa percaya diri bagi atasi rasa malu.

11. Letak peringatan dalam diri yang setiap orang adalah hebat dan unik. Sentiasa rasakan kamu orang penting dan sesiapa saja orang yang kamu temui adalah penting. Jadi dengan cara ini kamu tidak akan rasa malu kerana harga diri kamu sudah ditingkatkan dari masa ke semasa.

Akhir sekali, berdoalah pada Allah untuk hindari rasa malu dalam diri kamu. Insya-Allah kamu dapat menyelesaikannya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohzarina.blogspot.com/2014/04/ohzarina-kenapa-jadi-pemalu-dan-11-cara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ohzarina 7 Cara Kempiskan Perut

Ohzarina 7 Cara Kempiskan Perut

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 361 hits
Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai Perubahan fizikal seperti perut buncit kadang kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai ...
Ohzarina Cara Tidur Untuk Ibu Mengandung

Ohzarina Cara Tidur Untuk Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 1088 hits
12 Cara Tidur Yang Betul Untuk Ibu Mengandung1 Posisi tidur mengiring ke kiriMemandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam 2 Mandi air ...
Ohzarina Cara Pasangan Nikmat Orgasma Bersama

Ohzarina Cara Pasangan Nikmat Orgasma Bersama

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 479 hits
Dianggarkan lebih 10 peratus wanita yang aktif melakukan hubungan seks kurang mencapai nikmat orgasma Sedangkan untuk merangsangnya bukanlah sesuatu yang sukar Semuanya boleh dipelajari kerana pokok pangkalnya adalah hati Para suami seharus...
Ohzarina 8 Cara Hilangkan Tekanan Anda

Ohzarina 8 Cara Hilangkan Tekanan Anda

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 344 hits
Tidak ada seorang pun terkecuali daripada ditimpa masalah Tekanan dan gangguan minda pasti buatkan hidup sengsara Cara mudah untuk hilangkan tekanan anda 1 Bersolat dan berdoaBagi yang beragama Islam cara inilah jalan terbaik untuk kita mem...
Ohzarina Cara Menjadi Penganggur Yang Berjaya

Ohzarina Cara Menjadi Penganggur Yang Berjaya

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 496 hits
Apa yang nak dikongsikan adalah perkara yang dapat anda lakukan untuk menjana pendapatan walaupun hanya dilakukan di rumah Jangan sekat kreativitiJika dilihat banyak peluang pekerjaan ditawarkan tetapi graduan tidak pandai mengambil peluang...
Ini Cara Paling Ringkas Untuk Masak Kek Batik Mudah Dan Sedap Wajib Cuba Terliurnya Tengok Coklat Ganache

Ini Cara Paling Ringkas Untuk Masak Kek Batik Mudah Dan Sedap Wajib Cuba Terliurnya Tengok Coklat Ganache

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 722 hits
Kek batik coklat antara menu yang sering menjadi pilihan orang ramai ketika jamuan Cara yang ringkas dan mudah menarik minat orang ramai untuk mencuba resepi ini Menerusi Masak Apa Hari Ni seorang wanita berkongsi resepi kek batik yang muda...
Hiburan Bukan Mimpi Tapi Realiti Ini Cara Mudah Dapatkan Kulit Berseri Bak Bidadari

Hiburan Bukan Mimpi Tapi Realiti Ini Cara Mudah Dapatkan Kulit Berseri Bak Bidadari

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 337 hits
Hidup di sebuah bandaraya seperti Kuala Lumpur cukup memenatkan terutamanya untuk golongan wanita Seawal 6 pagi dah kena bangun bersiap siap untuk ke pejabat Sekiranya tiada overtime paling awal boleh merehatkan diri di rumah pun selambat j...
Cara Memakai Kanta Lekap Yang Betul

Cara Memakai Kanta Lekap Yang Betul

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 275 hits
Memakai kanta lekap sudah menjadi trend di kalangan rakyat Malaysia Ada yang memakai kanta lekap kerana rabun dan ada juga yang memakai kata lekap kerana inginkan warna mata yang menarik Namun penggunaan kanta lekap memerlukan penjagaan yan...
New Zealand Ajar Dunia Pas Umno Bagaimana Cara Menghormati Manusia

New Zealand Ajar Dunia Pas Umno Bagaimana Cara Menghormati Manusia

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 400 hits
AZAN Jumaat akan berkumandang di setiap saluran radio dan TV di New Zealand esok Esok wanita di seluruh New Zealand akan memakai tudung tanda simpati terhadap umat Islam New Zealand berikutan pembunuhan kejam oleh pengganas Australia yang m...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda