Nuh Travel And Tours Jalin Kerjasama Strategik Bersama Saudia Saudi Tourism Authority Emirates Dan Dubai Tourism
NUH TRAVEL AND TOURS JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA SAUDIA, SAUDI TOURISM AUTHORITY, EMIRATES DAN DUBAI TOURISM | Assalammualaikum semua! Industri pelancongan antarabangsa semakin menjadi pilihan apabila agensi pelancongan bertauliah NUH Travel & Tours berjaya menjalin kerjasama bersama syarikat penerbangan dan badan pelancongan negara tersebut. Ini membuktikan statistik dari rakyat Malaysia gembira melancong apabila agensi pelancongan tip top menyediakan tentatif program dan paling lega adalah tiada penerbangan lewat atau batal pada saat akhir.
Pelbagai kisah penerbangan jemaah Umrah dan Haji yang melalui keadaan di mana penerbangan tertangguh berjam-jam. Selain dari menunggu lama, ada juga jemaah yang nekad mengambil pakej transit penerbangan. Walaupun ia jimat, tetapi penat berganda-ganda. Bayangkan kalau jemaah itu sudah berusia. Nak uruskan bagasi, nak berjalan ke terminal yang jauh. Transit pula di lapangn terbang negara yang luas dan rabun untuk membaca penanda arah. Perkara ini sangat meletihkan.
NUH Travel & Tours berusaha menyediakan penerbangan terus dari Malaysia ke destinasi pilihan anda dan tidak merumitkan mana-mana pihak. Jalinan kerjasama ini memberi peluang kepada kita mengembara dan mengambil iktibar dari perjuangan Nabi & Rasul yang kita sayangi. Non Muslims juga boleh menaiki penerbangan Saudia dan Emirates. Kedua-dua syarikat ini banyak destinasi penerbangan di seluruh dunia.
Nuh Travel and Tours umum kerjasama strategik bersama Saudia, Saudi Travel Authority, Emirates, dan Dubai Tourism untuk membangunkan produk Umrah dan Pelancongan Muslim yang kompetitif untuk Rakyat Malaysia. Nuh Travel and Tours merupakan penyedia utama perkhidmatan pelancongan dan ziarah untuk umat Islam melakar sejarah dengan kerjasama yang dimeterai dalam dua acara berprestij di Hotel Royale Chulan Damansara, menandakan era baharu dalam pengalaman pelancongan dan umrah untuk umat Islam di Malaysia.
Acara ini dihadiri oleh wakil-wakil terkemuka dari Saudia, Saudi Tourism Authority, Emirates, Dubai Tourism, dan Nuh Travel and Tours. Kerjasama ini merupakan satu langkah signifikan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kami, sambil menawarkan produk pelancongan dan umrah ziarah yang lebih kompetitif dan sesuai untuk semua lapisan rakyat Malaysia. Inisiatif ini direka khas untuk memenuhi keperluan pelancong Muslim dengan lebih baik dan menyeluruh.
Tuan Hj Abdul Halim Aliumar, Ketua Pegawai Eksekutif NUH Travel and Tours berkata, “Kami amat berbangga kerana Saudia, Saudi Tourism Authority, Emirates, dan Dubai Tourism telah memilih untuk menjadi rakan strategik kami. Kerjasama ini bukan sahaja akan meningkatkan mutu perkhidmatan kami, tetapi juga membolehkan kami memperkenalkan pakej-pakej pelancongan dan umrah yang lebih mampu milik, fleksibel, dan sesuai dengan kehendak serta trend terkini rakyat Malaysia. Bersama-sama, kami akan menetapkan piawaian baharu dalam industri pelancongan Muslim.”
Beliau juga menambah, “Kerjasama ini akan memberi pelanggan kami peluang untuk menikmati pengalaman yang lebih menyeluruh dalam menunaikan ibadah umrah dan melawat Saudi melalui pakej baharu kami, 'Lawat Saudi 6 Kota'. Pakej ini direka untuk memberikan jemaah umrah peluang melawat tempat-tempat bersejarah dan sirah di Saudi.
Di samping itu, kerjasama kami dengan Emirates dan Dubai Tourism membolehkan pelanggan menikmati pakej pelancongan ke serata Eropah dengan harga yang lebih kompetitif serta ziarah ke Kota Dubai bagi penerbangan Umrah Ziarah Dubai, menawarkan mereka pengalaman yang memenuhi keperluan ibadah dan juga kehendak melancong bersama keluarga.”
SAUDIA DAN SAUDI TRAVEL AUTHORITY MAHU DESTINASI DI ARAB SAUDI MENJADI KEMBARA ROHANI YANG LEBIH LUAS
Terbang Terus dengan SAUDIA ke lebih 90 destinasi di seluruh. Asia, Afrika, Eropah, Timur Tengah, dan Amerika Utara.
Encik Azman Bin Ahmad, Head of Sales, SAUDIA Airlines
Tuan Mohammad Adam Jalalel Din; Ketua Pegawai Operasi NUH Travel and Tours menzahirkan rasa bangga dan kegembiraan mereka atas kerjasama ini. "Pakej-pakej yang disediakan oleh NUH Travel & Tours adalah dari pengalaman kami merealisasikan banyak trip pelancongan. Walaupun harga mampu milik, kami tidak akan menurunkan kualiti dari pemilihan syarikat penerbangan.
Tuan Hj Abdul Halim Aliumar, Ketua Pegawai Eksekutif NUH Travel and Tours
Ustaz Imam Muda Hassan, Penasihat Agama Umrah Imani, NUH Travel & Tours
EMIRATES AIRLINES DAN DUBAI TOURISM BERSEDIA MEMBAWA PENGEMBARAAN ISTIMEWA KE LOKASI TERBAIK DI DUBAI
Sehingga Mac 2023, Emirates mengendalikan penerbangan ke 133 destinasi di 85 negara merentasi enam benua dari habnya di Dubai.
Tuan Hj Abdul Halim Aliumar, Ketua Pegawai Eksekutif NUH Travel and Tours
Tuan Mohammad Adam Jalalel Din; Ketua Pegawai Operasi NUH Travel and Tours
Cik Olive Ng, Travel Trade Marketing Manager, Dubai Tourism
Encik Arif Afendi, Pengarah Mal Central Travel Sdn Bhd
PAKEJ UMRAH 6 KOTA SAUDI MEMPERKENALKAN TARIKAN TERKINI DI ARAB SAUDIArab Saudi dikenali dengan lokasi yang sangat dekat buat umat Islam. Jika kebiasaannya jemaah hanya melawat Madinah dan Mekah, kali ini NUH Travel and Tours memperkenalkan pakej 6 kota paling terkenal di Saudi dalam satu pakej istimewa! Anda akan melawat Mekah, Madinah, Jeddah, Badr, Al-Ula, dan Taif
Riyadh Boulevard
Riyadh city at dusk
Ain AlJammah & Hasat AlDabal
AlUla Maraya
Pemandangan udara jalan yang berliku-liku melalui pergunungan Al Baha
At-Turaif
Kereta kabel merentasi banjaran gunung di Taif
Karavan unta di padang pasir Arab
Diriyah, tempat kelahiran negara Saudi pertama dan tapak warisan UNESCO.
Jeddah Old Souk
Pemandangan Khaybar Aeriel
Mada'in Saleh, AlUla
Bangunan bertingkat di Al Balad
Bahagian Luaran Nujuma Arial
Old Town AlUla
Gurun Riyadh
Pembeli di Taif Souq
Pemandangan Udara St Regis di The St. Regis Red Sea Resort
Pesona Al-Balad, Jeddah
The St. Regis Red Sea Resort - Vila Dune 1 Bilik Tidur - Bahagian Luaran
Pelancong menikmati perkelahan tradisional Badwi
Bangkai Kapal di Pulau Abu Tair
KUNJUNGI NUH TRAVEL AND TOURS DI MATTA FAIR
Sempena kerjasama ini, Nuh Travel and Tours turut melancarkan promosi khas sempena MATTA Fair yang akan berlangsung dari 6 hingga 8 September di MITEC. Sebanyak 12 booth akan dibuka di MITEC dan menawarkan pelbagai promosi menarik, antaranya:
Pakej Umrah 6 Kota Saudi bermula dari RM7,990 dengan penerbangan Saudia, termasuk lawatan ke 6 kota paling terkenal di Saudi seperti Mekah, Madinah, Jeddah, Badr, Al-Ula, dan Taif.Pakej Umrah Ziarah Milan + Switzerland bermula dari RM12,990 dengan penerbangan Saudia, termasuk penginapan di Menara Jam di Mekah dan peluang untuk lawatan percuma ke Mount Titlis bernilai RM600.Pakej Umrah Ziarah Dubai bermula dari RM8,090, termasuk lawatan ke Kota Dubai dan penginapan di hotel Menara Jam di Mekah. Pakej ini menggunakan penerbangan Emirates.Pakej Pelancongan Muslim Swiss-Milan bermula dari RM6,990 dengan penerbangan Emirates.
Promosi ini akan berakhir pada 9 September dan tempat adalah terhad. Penerbangan sehingga Disember 2025 kini dibuka untuk tempahan, dan pendaftaran untuk promosi ini boleh dimulakan sekarang. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari laman sesawang kami di www.nuhtravel.com.my. Bagi mengelakkan kesesakan di MITEC, pelanggan juga boleh melawat laman web kami dan berhubung dengan perunding serta wakil jualan kami secara dalam talian
MATTA FAIR akan berlangsung bermula 6 Sep - 8 Sep 2024; 10 Pagi - 10 Malam di MITEC, Kuala Lumpur dan NUH Travel & Tours berada di Booth 2P59 Tingkat 2. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk mendapatkan Promosi, Diskaun dan Cabutan Bertuah bernilai sehingga RM 20,000!
www.nuhtravel.com.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2024/08/nuh-travel-and-tours-jalin-kerjasama.html