Pameran Saudi Welcome To Arabia Peluang Kenali Sejarah Kepelbagaian Budaya Dan Keindahan Landskap Bumi Saudi


 
Baru-baru ini AlongMurni (AM) berkesempatan hadir ke Pameran Pelancongan Saudi bertempat di Pusat Beli Belah IOI Putrajaya. Bermula pada 28 Ogos hingga 1 September, pameran ini menawarkan peluang untuk lebih mengenali sejarah, kepelbagaian budaya dan keindahan landskap bumi Arab Saudi melalui pertunjukan secara maya dan pameran berinteraktif.

PAMERAN 'SAUDI, WELCOME TO ARABIA' 
PELUANG KENALI SEJARAH, KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN KEINDAHAN LANDSKAP BUMI SAUDI Sepanjang pameran berlangsung, AM berpeluang merasai sendiri kemeriahan dan keunikan acara-acara kebudayaan seperti membuat Misbaha, melawat stesen Zamzam serta menonton persembahan hebat artis kebudayaan Arab Saudi. Antara pakej menarik, aktiviti dan peluang yang terdapat sepanjang Pameran ‘Saudi, Welcome to Arabia’.

PERIHAL PAMERAN ‘SAUDI, WELCOME TO ARABIA’ ‘Saudi, Welcome to Arabia’ adalah sebuah jenama pengguna yang didedikasikan bagi berkongsi Arab Saudi dengan seluruh dunia dan menjemput para pelancong untuk menerokai negara indah ini. Peranan jenama ini adalah untuk menaikkan industri pelancongan negara ini melalui pelbagai kempen kesedaran dan menyalurkan segala maklumat dan sumber secara komprehensif kepada pelancong supaya mereka dapat merancang dan menikmati pengembaraan yang bermakna. Sebagai sebuah destinasi yang paling pesat berkembang, Arab Saudi, jantung Tanah Arab, adalah sebuah destinasi yang amat menarik untuk dikunjungi sepanjang tahun.

NIKMATI TAWARAN TERBAIK DENGAN 15 PAKEJ MENARIK Bagi pengunjung yang datang, mereka berpeluang menikmati 15 pakej pengalaman destinasi baharu daripada 13 agensi pelancongan Umrah dan Ziarah terkemuka Malaysia yang menawarkan tawaran eksklusif untuk pengalaman menakjubkan meneroka Arab Saudi. Promosi istimewa ini termasuklah:

💥Ikhlas Com Travel Sdn Bhd (Ikhlas.com) sedang memperkenalkan platform terbaharu mereka, khusus untuk Pelancong Bebas (Free Independent Travelers-FITs), di mana mereka menyusun sendiri perjalanan mereka yang melangkaui kembara pengisian rohani. Nikmati diskaun istimewa sebanyak RM1,067 serta dapatkan mata ganjaran 1,067 AirAsia Big Points. 

💥Saudia memberikan tawaran beli satu tiket, dapatkan potongan 50% untuk tiket kedua.

💥In Saff Travel membuka peluang untuk anda memenangi kereta, motosikal atau emas melalui cabutan bertuah bila anda membeli sebuah pakej.

💥Rayhar Travel menawarkan potongan RM500 untuk pakej kembara rohani dan ziarah ke 5 bandar Arab Saudi - Jeddah, Mekah, Taif, Madinah and AlUla.

💥Apple Vacations memberikan diskaun untuk pelanggan awal sebanyak RM1,000 dan tambahan RM500 untuk setiap pelanggan.

💥Tabung Haji Travel Services (THTS) menawarkan pemberian diskaun sehingga RM1,000.

💥Iman World memberikan diskaun RM200 untuk pakej ke AlUla, Riyadh, dan Jeddah, termasuk pakej F1 Jeddah baharu serta cabutan bertuah.

PELANCONGAN FLEKSIBEL DENGAN ‘BELI SEKARANG, BAYAR KEMUDIAN’ Mengimpikan pengembaraan merentasi Arab Saudi tapi risaukan kosnya? Jangan bimbang! Banyak agensi pelancongan di Pameran Pelancongan Saudi ini menawarkan pilihan Beli Sekarang, Bayar Kemudian, supaya kita boleh merancang percutian impian tanpa rasa tertekan dengan kewangan. Nikmati pelan bayaran fleksibel yang ditawarkan dan jadikan angan-angan satu kenyataan!

TEROKAI KEINDAHAN ARAB SAUDI Jeddah, pusat kebudayaan Arab Saudi, gabungan lama dan baharu yang menakjubkan. Lawati Al-Balad salah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO sambil melihat kemeriahan Corniche, dan singgahlah ke Al Alawi dan Souk Al Baghdadiyah yang sibuk dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan.

Imbau kembali sejarah 1,400 tahun yang lalu dengan melangkah masuk ke Masjid Al Shafei, masjid tertua di Jeddah. Untuk rasai keenakan makanan tempatan, nikmati sajian lazat di AlSaedei Bakery, yang berusia 200 tahun dan terkenal dengan roti gandum penuhnya yang menyelerakan.

Untuk melalui pengalaman kontemporari, kunjungi teamLab Borderless Museum, yang terulung di Timur Tengah. Selami dunia berinteraktif dan paparan seni digital yang canggih untuk rasai pengalaman hebat, sekali dalam seumur hidup anda.
Dengan hanya memandu selama 3 jam setengah, kita akan tiba di AlUla daerah yang kaya dengan sejarah dan keunikan dengan lebih 200,000 tahun tinggalan warisan. Terokai Tapak Warisan Dunia UNESCO tersebut, dan jangan lupa singgah ke Maraya; bangunan bercermin terbesar di dunia.

Kunjungi keindahan alam semula jadi Elephant Rock, dan alami pengalaman mendebarkan menyusuri gurun safari, dan nikmati kecantikan kem padang pasir bila tiba waktu malam. Menambah tarikan AlUla, di situ juga terletaknya dua Tempat Terhebat Dunia yang tersenarai dalam majalah TIME 2024: Dar Tantora The House Hotel dan Shaaran Nature Reserve, yang menawarkan tempat tinggal serta pengalaman menakjubkan untuk sesiapa sahaja yang mengunjunginya.

Riyadh, ibu negara Arab Saudi yang gemilang, pusat pelancongan untuk mereka yang mencari suasana kemewahan, hiburan dan sukan. Manjakan diri anda dengan pusat beli belah terkemuka di VIA Riyadh dan anda pasti terpegun melihat pelbagai keindahan sajian yang lazat dan eklektik.

Sebagai sebuah hab permainan, Riyadh wajib dikunjungi oleh peminat tegar yang gemarkan pelbagai jenis permainan. Bagi yang teruja untuk tingkatkan adrenalin mereka, terapunglah di ketinggian 300-meter dalam Sky Bridge di Kingdom Centre dan saksikan pemandangan indah yang menakjubkan.

Taif, oasis pergunungan yang dingin dan menawan, adalah tempat terbaik untuk anda yang mahukan cabaran dan ketenangan. Terkenal dengan ladang bunga ros, di Taif anda boleh mendaki, menunggang basikal dan bermain sukan air. Nikmati aktiviti bersama keluarga seperti berpiknik di taman Alruddaf Park, memetik strawberi, dan menjelajah susur galur sejarah Taif di Al-Shareef Museum atau kunjungi Taif Rose Factory. Dengan pelbagai tempat menarik dan cuaca yang mendamaikan, Taif menjanjikan percutian keluarga yang sempurna.
Hanya dua jam ke utara Madinah, Khaybar adalah tempat bersejarah yang sungguh menarik. Terkenal dengan sejarah Peperangan Khaybar, daerah ini padat dengan warisan budaya dan sejarah dahulu kala. Terokai tapak arkeologi dan runtuhan purba untuk menggali kisah silam di rantau ini. Oasis yang subur, dikelilingi oleh landskap yang begitu dramatik sememangnya menjanjikan ketenangan sambil mempelajari warisan tradisional dan seni ketukangan tempatan.

JADIKAN IMPIAN KE ARAB SAUDI SUATU REALITI Mengunjungi Arab Saudi kini lebih mudah, lancar dan selamat. Dengan peningkatan 28% kekerapan penerbangan daripada tahun 2023 hingga 2024, termasuk perjalanan baharu Air Asia dari Kuala Lumpur ke Madinah, dan perjalanan baharu Syarikat Penerbangan Malaysia dari Johor Bahru ke Madinah – penerbangan terus ke Arab Saudi yang pertama seumpamanya, selain dari melalui pintu utama yang berpusat di Terminal 1 KLIA (KUL), menjadikan perjalanan untuk ke Arab Saudi kini lebih mudah diakses.

Inisiatif Visa semakin berkembang baik dengan program eVIsa yang kini meliputi 66 buah negara. Rakyat Malaysia boleh menggunakan peluang menggunakan 96-jam Visa Persinggahan percuma atau pilih untuk pengesahan eVisa, yang sah sehingga 90 hari. Visa untuk perniagaan dan ibadah Umrah turut tersedia. Untuk meningkatkan akses dan keterhubungan, kapasiti penerbangan juga telah meningkat di seluruh Air Asia X, Syarikat Penerbangan Malaysia, Batik Air, dan SAUDIA, dengan penerbangan terus ke Jeddah, Madinah, Taif, dan Dammam juga kini telah tersedia.

Untuk maklumat lanjut, log masuk ke https://www.visitsaudi.com

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2024/08/pameran-saudi-welcome-to-arabia-peluang-kenali-sejarah-kepelbagaian-budaya-dan-keindahan-landskap-bumi-saudi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Meneroka Kembara Arab Saudi Lawat Pameran Pelancongan Saudi Di Putrajaya

Meneroka Kembara Arab Saudi Lawat Pameran Pelancongan Saudi Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 166 hits
Hi Korang Pameran Pelancongan Saudi yang pertama seumpamanya diterajui oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi Bermula dari 28 Ogos hingga 1 September raikan Hari Kebangsaan Malaysia dengan tawaran eksklusif seperti beli satu tiket SAUDI...
Saudi Travel Fair Pameran Pelancongan Saudi Di Ioi City Mall Putrajaya

Saudi Travel Fair Pameran Pelancongan Saudi Di Ioi City Mall Putrajaya

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 239 hits
Saudi Travel Fair Pameran Pelancongan Saudi di IOI City Mall Putrajaya Assalamualaikum semua Selamat Hari Merdeka buat semua pembaca blog sis Cuti sempena Har Merdeka ni korang ke mana Ha ada ke yang datang ke Putrajaya untuk sambutan Hari ...
Pameran Pelancongan Saudi Berkongsi Diversiti Kemasyarakatan Dan Destinasi Menarik Di Arab Saudi

Pameran Pelancongan Saudi Berkongsi Diversiti Kemasyarakatan Dan Destinasi Menarik Di Arab Saudi

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 309 hits
PAMERAN PELANCONGAN SAUDI BERKONGSI DIVERSITI KEMASYARAKATAN DAN DESTINASI MENARIK DI ARAB SAUDI Assalamualaikum semua Baru baru ini Ruby berkesempatan ke Pameran Pelancongan Saudi bertempat di IOI City Mall Putrajaya Acara perasmian yang d...
Pensyarah Ipg Ini Kongsi 10 Tip Skor Subjek Sejarah

Pensyarah Ipg Ini Kongsi 10 Tip Skor Subjek Sejarah

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 94 hits
Subjek Sejarah sering kali dianggap sukar dan membebankan oleh pelajar terutamanya apabila melibatkan proses menghafal tarikh dan fakta penting Namun begitu sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan Sejarah sebagai subjek wajib lulus da...
Sejarah Penubuhan Abim

Sejarah Penubuhan Abim

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 66 hits
Sebelum solat Jumaat semalam saya kunjung ziarah Datuk Dusuki Ahmad bekas ahli parlimen Tumpat Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bergerak cergas dalam politik ditahun 70an hingga 90an beliau pernh dilantik jadi Setiausaha Parlimen...
Guna Cara Permainan Video Yang Mengasyikkan Dalam Membentuk Budaya Kerja Syarikat Perniagaan Anda

Guna Cara Permainan Video Yang Mengasyikkan Dalam Membentuk Budaya Kerja Syarikat Perniagaan Anda

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 299 hits
Ada satu permainan video yang bernama 1948 Anda perlu tembak semua kapal terbang musuh satu persatu dan elakkan dari terkena peluru yang dilepaskan oleh kapal terbang musuh Saya mula belajar permainan tu selepas habis peperiksaan SPM di ked...
Menelusuri Jejak Sejarah Keajaiban Museum Kepresidenan Republik Indonesia Raya

Menelusuri Jejak Sejarah Keajaiban Museum Kepresidenan Republik Indonesia Raya

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 145 hits
Museum Kepresidenan Republik Indonesia Raya merupakan salah satu tempat yang menyimpan kekayaan sejarah dan budaya bangsa yang tak ternilai nbsp Di dalam museum ini pengunjung dapat menjelajahi berbagai koleksi yang merangkum perjalanan pan...
Melancong Ke Paser Yuk Wisata Sejarah Ke Museum Sadurengas

Melancong Ke Paser Yuk Wisata Sejarah Ke Museum Sadurengas

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 101 hits
Museum Sadurengas terletak di Kecamatan Pasir Belengkong Kabupaten Paser yang merupakan bekas rumah kediaman salah seorang Sultan Pasir
Brics Ekonomi Israel Diseret Merudum Pasti Al Hamdulillah

Royal Addendum On Najib S House Arrest Only Hearsay Stresses Saifuddin

Tested American Metal S The Disciple Sonic Infused Whiskey

Tiada Tangan Ghaib Yang Pilih Semuanya Ikut Prosedur Dan Aturan Tak Pasti Jang

The Disciple A Mixed Metal Harley Bobber With El Knucklehead Power

The Incredible Tale Of The Talking Tortoise A Fifth Century Ethiopian Exploration Of Wisdom And Humility

Aquarius Career Horoscope December 2021

Court Affirmed Addendum Hearsay Najib Unqualified For House Arrest


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online

Resepi Sos Hijau Vietnam Roll Paling Lemak dan Berkrim

Biodata Terkini Sheila Abdull Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Mungkinkah

Biodata Terkini Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Keranamu Kekasih


Curi Curi

Night We Held Between By Noor Abed

Filem Bisikan Dosa

Titah Adendum Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat

Cara Buat Stok Ibu Sambal Dah Siap Senang Nak Buat Macam Macam Lauk Sambal

Ayam Kampung Khasiat Dan Perbezaan Dengan Ayam Bandar