Saudi Travel Fair Pameran Pelancongan Saudi Di Ioi City Mall Putrajaya


Saudi Travel Fair : Pameran Pelancongan Saudi di IOI City Mall Putrajaya | Assalamualaikum semua... Selamat Hari Merdeka buat semua pembaca blog sis. Cuti sempena Har Merdeka ni korang ke mana?? Ha, ada ke yang datang ke Putrajaya untuk sambutan Hari Merdeka?? Jika ada, apa kata korang luangkan sedikit masa untuk datang ke IOI City Mall untuk menjengah ke Pameran Pelancongan Saudi ataupun Saudi Travel Fair. Ada pelbagai hadiah dan tawaran menarik tau. Nak tahu apa? Sila baca sampai habis.



Tentang ‘Saudi, Welcome to Arabia’
‘Saudi, Welcome to Arabia’ adalah sebuah jenama pengguna yang didedikasikan bagi berkongsi Arab Saudi dengan seluruh dunia dan menjemput para pelancong untuk menerokai negara indah ini. Peranan jenama ini adalah untuk menaikkan industri pelancongan negara ini melalui pelbagai kempen kesedaran dan menyalurkan segala maklumat dan sumber secara komprehensif kepada pelancong supaya mereka dapat merancang dan menikmati pengembaraan yang bermakna. Sebagai sebuah destinasi yang paling pesat berkembang, Arab Saudi, jantung Tanah Arab, adalah sebuah destinasi yang amat menarik untuk dikunjungi sepanjang tahun. 


Saudi Travel Fair
Bermula dari 28 Ogos hingga 1 September, jom raikan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67 dengan meneroka dan mengembara ke Arab Saudi di Saudi Travel Fair anjuran oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (Saudi Tourism Authority, STA). Pameran Pelancongan Saudi ini diadakan di IOI City Mall, Putrajaya dan menawarkan peluang untuk lebih mengenali sejarah, kepelbagaian budaya dan keindahan landskap bumi Arab Saudi



Terokai keindahan Arab Saudi
Jika dimurahkan rezeki, Arab Saudi merupakan destinasi pilihan sis untuk dikunjungi. Dah lama teringin nak menjejakkan kaki ke sana untuk melihat sendiri bumi Arab. Jadi ketika melawat ke Saudi Travel Fair ini sis dapat mengetahui lebih lanjut mengenai beberapa destinasi yang menarik di Arab Saudi seperti :
1) Jeddah
Pusat kebudayaan Arab Saudi, gabungan lama dan baharu yang menakjubkan. Lawati Al-Balad salah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO sambil melihat kemeriahan Corniche, dan singgahlah ke Al Alawi dan Souk Al Baghdadiyah yang sibuk dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan. Imbau kembali sejarah 1,400 tahun yang lalu dengan melangkah masuk ke Masjid Al Shafei, masjid tertua di Jeddah. Untuk rasai keenakan makanan tempatan, nikmati sajian lazat di AlSaedei Bakery, yang berusia 200 tahun dan terkenal dengan roti gandum penuhnya yang menyelerakan


Untuk melalui pengalaman kontemporari, kunjungi teamLab Borderless Museum, yang terulung di Timur Tengah. Selami dunia berinteraktif dan paparan seni digital yang canggih untuk rasai pengalaman hebat, sekali dalam seumur hidup


2) Riyadh
Ibu negara Arab Saudi yang gemilang, pusat pelancongan untuk mereka yang mencari suasana kemewahan, hiburan dan sukan. Manjakan diri anda dengan pusat beli belah terkemuka di VIA Riyadh dan anda pasti terpegun melihat pelbagai keindahan sajian yang lazat dan eklektik. Sebagai sebuah hab permainan, Riyadh wajib dikunjungi oleh peminat tegar yang gemarkan pelbagai jenis permainan. Bagi yang teruja untuk tingkatkan adrenalin mereka, terapunglah di ketinggian 300 meter dalam Sky Bridge di Kingdom Centre dan saksikan pemandangan indah yang menakjubkan



3) Taif
Oasis pergunungan yang dingin dan menawan, adalah tempat terbaik untuk mereka yang mahukan cabaran dan ketenangan. Terkenal dengan ladang bunga ros, di Taif anda boleh mendaki, menunggang basikal dan bermain sukan air. Nikmati aktiviti bersama keluarga seperti berpiknik di taman Alruddaf Park, memetik strawberi, dan menjelajah susur galur sejarah Taif di Al-Shareef Museum atau kunjungi Taif Rose Factory. Dengan pelbagai tempat menarik dan cuaca yang mendamaikan, Taif menjanjikan percutian keluarga yang sempurna


4) Khaybar
Hanya dua jam ke utara Madinah, Khaybar adalah tempat bersejarah yang sungguh menarik. Terkenal dengan sejarah Peperangan Khaybar, daerah ini padat dengan warisan budaya dan sejarah dahulu kala. Terokai tapak arkeologi dan runtuhan purba untuk menggali kisah silam di rantau ini. Oasis yang subur, dikelilingi oleh landskap yang begitu dramatik sememangnya menjanjikan ketenangan sambil mempelajari warisan tradisional dan seni ketukangan tempatan


5) AlUla
Dengan hanya memandu selama 3 jam setengah, kita akan tiba di AlUla daerah yang kaya dengan sejarah dan keunikan dengan lebih 200,000 tahun tinggalan warisan. Terokai Tapak Warisan Dunia UNESCO tersebut, dan jangan lupa singgah ke Maraya; bangunan bercermin terbesar di dunia. 

Kunjungi keindahan alam semula jadi Elephant Rock, dan alami pengalaman mendebarkan menyusuri gurun safari, dan nikmati kecantikan kem padang pasir bila tiba waktu malam. Menambah tarikan AlUla, di situ juga terletaknya dua Tempat Terhebat Dunia yang tersenarai dalam majalah TIME 2024: Dar Tantora The House Hotel dan Shaaran Nature Reserve, yang menawarkan tempat tinggal serta pengalaman menakjubkan untuk sesiapa sahaja yang mengunjunginya


Nikmati Tawaran Terbaik dengan 15 Pakej Menarik
Bukan setakat dapat mengetahui info mengenai Arab Saudi malah di Saudi Travel Fair ini juga kita dapat meneroka 15 pakej pengalaman destinasi baharu daripada 13 agensi pelancongan Umrah dan Ziarah terkemuka Malaysia, di mana setiap satu menawarkan tawaran eksklusif untuk pengalaman menakjubkan meneroka Arab Saudi. Promosi istimewa ini termasuklah :
👉 Ikhlas Com Travel Sdn Bhd (Ikhlas.com) sedang memperkenalkan platform terbaharu mereka, khusus untuk Pelancong Bebas (Free Independent Travelers-FITs), di mana mereka menyusun sendiri perjalanan mereka yang melangkaui kembara pengisian rohani. Nikmati diskaun istimewa sebanyak RM1,067 serta dapatkan mata ganjaran 1,067 AirAsia Big Points.  👉 Saudia memberikan tawaran beli satu tiket, dapatkan potongan 50% untuk tiket kedua
In Saff Travel membuka peluang untuk anda memenangi kereta, motosikal atau emas melalui cabutan bertuah bila anda membeli sebuah pakej
👉 Rayhar Travel menawarkan potongan RM500 untuk pakej kembara rohani dan ziarah ke 5 bandar Arab Saudi - Jeddah, Mekah, Taif, Madinah and AlUla. 👉 Apple Vacations memberikan diskaun untuk pelanggan awal sebanyak RM1,000 dan tambahan RM500 untuk setiap pelanggan
👉 Tabung Haji Travel Services (THTS) menawarkan pemberian diskaun sehingga RM1,000
👉 Iman World memberikan diskaun RM200 untuk pakej ke AlUla, Riyadh, dan Jeddah, termasuk pakej F1 Jeddah baharu serta cabutan bertuah


Keterhubungan dan Visa
Tahu tak bahawa mengunjungi Arab Saudi kini lebih mudah, lancar dan selamat tau. Dengan peningkatan 28% kekerapan penerbangan daripada tahun 2023 hingga 2024, termasuk perjalanan baharu Air Asia dari Kuala Lumpur ke Madinah, dan perjalanan baharu Syarikat Penerbangan Malaysia dari Johor Bahru ke Madinah – penerbangan terus ke Arab Saudi yang pertama seumpamanya, selain dari melalui pintu utama yang berpusat di Terminal 1 KLIA (KUL), menjadikan perjalanan untuk ke Arab Saudi kini lebih mudah diakses. 

Inisiatif Visa juga semakin berkembang baik dengan program eVIsa yang kini meliputi 66 buah negara. Rakyat Malaysia boleh menggunakan peluang menggunakan 96-jam Visa Persinggahan percuma atau pilih untuk pengesahan eVisa, yang sah sehingga 90 hari. Visa untuk perniagaan dan ibadah Umrah turut tersedia. Untuk meningkatkan akses dan keterhubungan, kapasiti penerbangan juga telah meningkat di seluruh Air Asia X, Syarikat Penerbangan Malaysia, Batik Air, dan SAUDIA, dengan penerbangan terus ke Jeddah, Madinah, Taif, dan Dammam juga kini telah tersedia. 

Jadikan Impian Ke Arab Saudi Suatu Realiti 
Ha, menarik kan tawaran di atas. Mana la tahu kan suatu hari nanti impian ke Arab Saudi menjadi realiti. Ketika berkunjung ke Saudi Travel Fair ni pun sis dah terasa bagaikan di Arab Saudi dah. Mana taknya, dekorasi booth pun dah Arabic Theme dah. Kat sini juga boleh menikmati kepelbagaian budaya Arab Saudi dan pemandangan menakjubkan melalui pertunjukan secara maya, pameran berinteraktif dan aktiviti kebudayaan seperti di stesen Misbaha dan Zamzam di samping banyak lagi pameran diversiti budaya Arab Saudi yang membuatkan sis terpegun




Lebih menarik siap ada tawaran eksklusif beli satu tiket SAUDIA, dan dapat potongan 50% untuk tiket kedua tau serta banyak hadiah-hadiah hebat akan diberikan. Memang best laaa.. Untuk ketahui lebih lanjut, layari www.VisitSaudi.com




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dikbee.com/2024/08/saudi-travel-fair-pameran-pelancongan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Visit Saudi Di Ioi Mall Putrajaya

Visit Saudi Di Ioi Mall Putrajaya

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 260 hits
Saya ni kan Kalau cerita pasal Saudi mesti terfikir tentang umrah dan haji di Mekah dan Madinah sahaja Sebenarnya umrah atau ziarah Saudi ini bukannya sahaja di kawasan Mekah dan Madinah sahaja Meneroka Kembara Arab Saudi Lawat Pameran Pela...
Hiburan Pengunjung Boleh Solat Jumaat Di Musolla Ioi City Mall Putrajaya Mulai 6 September Akan Datang

Hiburan Pengunjung Boleh Solat Jumaat Di Musolla Ioi City Mall Putrajaya Mulai 6 September Akan Datang

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 126 hits
Pusat membeli belah terkemuka IOI City Mall di Putrajaya berkongsikan berita baik apabila kini pengunjung lelaki sudah boleh menunaikan solat Jumaat di situ Menerusi solat Jumaat pertama bakal diadakan pada 6 September akan datang bermula d...
Meneroka Kembara Arab Saudi Lawat Pameran Pelancongan Saudi Di Putrajaya

Meneroka Kembara Arab Saudi Lawat Pameran Pelancongan Saudi Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 178 hits
Hi Korang Pameran Pelancongan Saudi yang pertama seumpamanya diterajui oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi Bermula dari 28 Ogos hingga 1 September raikan Hari Kebangsaan Malaysia dengan tawaran eksklusif seperti beli satu tiket SAUDI...
Paris Baguette Opens Its 6th Store In Malaysia At Ioi City Mall

Paris Baguette Opens Its 6th Store In Malaysia At Ioi City Mall

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 192 hits
A call for celebration Paris Baguette is offering complimentary pairs of its Bear Madeleines The first Paris Baguette in Malaysia at Pavilion Kuala Lumpur opened in January 2023 Paris Baguette a beloved global bakery caf chain known for its...
Pameran Pelancongan Saudi Berkongsi Diversiti Kemasyarakatan Dan Destinasi Menarik Di Arab Saudi

Pameran Pelancongan Saudi Berkongsi Diversiti Kemasyarakatan Dan Destinasi Menarik Di Arab Saudi

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 330 hits
PAMERAN PELANCONGAN SAUDI BERKONGSI DIVERSITI KEMASYARAKATAN DAN DESTINASI MENARIK DI ARAB SAUDI Assalamualaikum semua Baru baru ini Ruby berkesempatan ke Pameran Pelancongan Saudi bertempat di IOI City Mall Putrajaya Acara perasmian yang d...
Langkawi Travel Fair Di Datum Jelatek Kuala Lumpur Tarik Pelancong Ke Langkawi

Langkawi Travel Fair Di Datum Jelatek Kuala Lumpur Tarik Pelancong Ke Langkawi

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 132 hits
Datum Jelatek bakal menjadi lokasi acara Tahunan Langkawi Travel Fair yang bakal diadakan khusus untuk mengembalikan semula Pulau Langkawi sebagai lokasi perlancongan paling utama di negara kita Langkawi Travel Fair yang diadakan pada 16 18...
Rai Hari Kemerdekaan Ke 67 Dan Hari Malaysia Di Alamanda Putrajaya Dan Mesra Mall Kemaman

Rai Hari Kemerdekaan Ke 67 Dan Hari Malaysia Di Alamanda Putrajaya Dan Mesra Mall Kemaman

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 217 hits
RAI HARI KEMERDEKAAN KE 67 DAN HARI MALAYSIA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN Assalammualaikum semua Ganjaran hebat dan pelbagai aktiviti patriotik yang menarik menanti para pengunjung Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ...
Nuh Travel And Tours Jalin Kerjasama Strategik Bersama Saudia Saudi Tourism Authority Emirates Dan Dubai Tourism

Nuh Travel And Tours Jalin Kerjasama Strategik Bersama Saudia Saudi Tourism Authority Emirates Dan Dubai Tourism

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 269 hits
NUH TRAVEL AND TOURS JALIN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA SAUDIA SAUDI TOURISM AUTHORITY EMIRATES DAN DUBAI TOURISM Assalammualaikum semua Industri pelancongan antarabangsa semakin menjadi pilihan apabila agensi pelancongan bertauliah NUH Trav...
Pameran Saudi Welcome To Arabia Peluang Kenali Sejarah Kepelbagaian Budaya Dan Keindahan Landskap Bumi Saudi

Pameran Saudi Welcome To Arabia Peluang Kenali Sejarah Kepelbagaian Budaya Dan Keindahan Landskap Bumi Saudi

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 156 hits
Baru baru ini AlongMurni berkesempatan hadir ke Pameran Pelancongan Saudi bertempat di Pusat Beli Belah IOI Putrajaya Bermula pada 28 Ogos hingga 1 September pameran ini menawarkan peluang untuk lebih mengenali sejarah kepelbagaian budaya d...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage