Nostalgia 8 Kenangan Yang Pasti Korang Rindu Raya Tahun Ini Mak Nak Balik Kampung



Bila sebut pasal hari raya, sudah pasti korang akan terkenang raya zaman dahulu berbanding sekarang. Maklumlah, kemeriahan raya zaman dahulu lebih meriah jika dibandingkan dengan sekarang. Lebih-lebih lagi tahun ini, apabila semua masyarakat di Malaysia dinasihatkan duduk di rumah dan tidak dibenarkan merentasi negeri untuk balik kampung.

Kali ini kami mahu kongsikan 8 kenangan raya zaman dulu-dulu yang semua orang rindukan. Rasa macam nak putar kembali masa tersebut. Bestnya!

1. Ziarah banyak rumah & rumah terbuka

Foto: Google
Sejak dari kecil sehinggalah dewasa, setiap kali tibanya Hari Raya sudah pasti mak ayah akan bawa anak-anaknya pergi ziarah rumah sanak saudara, jiran mahupun kenalan. Ini kerana, hari tersebutlah semua orang dapat berkumpul dan bersembang bersama-sama. Selain itu, sewaktu Hari Raya juga ramai individu akan mengadakan rumah terbuka dan menjemput para tetamu menikmati pelbagai juadah yang telah disediakan. Kadang-kadang dalam otak dah fikir nak makan juadah apa setiap rumah. Betul tak?

2. Gotong royong kemas rumah & buat juadah raya

Foto: Google
Kalau balik kampung setiap kali raya, sudah pasti masing-masing sibuk membahagikan tugas siapa yang akan kemas rumah dan siapa yang akan masak. Kalau yang kena kemas rumah, mesti dari pagi sampai berbuka korang akan mengemas. Mana taknya, nak pasang langsir, cuci tingkap dan bersihkan halaman rumah. Manakala yang masak pula, dapur boleh dikatakan tempat untuk korang duduk hampir setiap masa. Apabila tibanya malam raya pula, korang pasti akan teringat momen bakar lemang, anyam ketupat dan kacau dodol di depan rumah sambil anak-anak kecil bermain bunga api. Rindunya!

3. Main mercun
Foto: Google
Bermain bunga api atau mercun antara kenangan paling indah terutama zaman kanak-kanak. Jika berkunjung ke bazar Ramadan, kalau nampak saja bunga api dan mercun tak sah kalau tak minta untuk dibelikan. Siap buat mercun sendiri pun ada sekiranya tak dapat.

Namun begitu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengharamkan perjualan mercun yang membahayakan orang awam. Hanya bunga api jenis ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’ dibenarkan kerana tidak mengandungi bahan membakar yang boleh membahayakan keselamatan. Buat korang yang sempat bermain mercun tu, mungkin itulah kenangan yang paling dirindukan.

4. Berbual sampai tengah malam

Foto: Google
Tidur beramai-ramai sudah menjadi satu tradisi sekiranya balik kampung. Tapi sebelum nak tidur tu, korang mesti akan bersembang pelbagai topik sampai tengah malam. Setahun sekali jumpa, mesti korang nak tahu perkembangan masing-masing tidak kiralah soal kerjaya, jodoh, kewangan, isu semasa, hiburan mahupun kenangan raya-raya sebelum ini. Topik yang dibincangkan tu pasti akan berlarutan sehingga semua mengantuk. Ada sesetengah tu siap kena paksa untuk tidur oleh mak ayah sebab esok pagi nak pergi solat raya. Kan!

5. Teruja pakai baju baru & bergambar

Foto: Google
Kalau korang ingat, zaman kanak-kanak dan remaja mesti korang akan mempunyai perasaan tidak sabar nak pakai baju raya. Kalau dah beli baju raya, mesti setiap hari nak cuba baju raya sehinggakan ada mak ayah sanggup sanggup beli saat akhir. Bayangkan beli sebulan awal, 30 hari la cuba baju raya. Ada pula antara kita tak sempat tunggu Hari Raya, dah rasmi dulu. Punyalah terlebih excited! Siapa macam ini baik mengaku cepat!

Lepas tu, korang juga mesti tak sabar nak tengok baju raya sepupu-sepupu korang dan nak ambil gambar bersama. Kalau yang perempuan, sudah pasti penuh gambar dalam telefon tu!

6. Dah pakai lawa-lawa, duit raya jangan lupa!

Foto: Google
Kalau tak pusing satu kampung cari duit raya dengan kawan-kawan memang tak sah bila tibanya musim perayaan. Dah macam buat road tour masuk rumah ke rumah satu kampung demi mencari duit raya dan menghitung siapa dapat paling banyak. Kadang-kadang, kuih yang dihidang pun tak sempat dijamu sebab dalam fikiran korang mesti cepatlah tuan rumah bagi duit raya. Betul tak? Paling best kalau tuan rumah tu bagi duit raya yang paling banyak amaunnya, sudah pasti tahun seterusnya korang akan serbu rumah tersebut terlebih dahulu.

7. Kuih raya buatan ibu

Foto: Google
Meskipun kuih raya mudah dibeli zaman sekarang, kuih buatan ibu juga pasti menjadi kegemaran anak-anak. Lebih-lebih lagi kuih tradisional yang mempunyai pelbagai bentuk dan rasa. Korang yang perempuan, mesti rindu nak berbual-bual dengan ibu sambil buat kuih lepas terawih kan. Sambil buat sambil merasa juga! Anak lelaki pula, korang mesti tunggu kuih siap untuk dimakan. Kadang-kadang belum hari raya dah setengah balang habis.

8. Memori kad raya

Foto: Google
Apabila usia sudah semakin meningkat, memori membaca kad raya pasti terdetik dalam pemikiran korang. Korang mesti rindu nak dapat kad raya daripada kenalan mahupun insan tersayang. Maklumlah, kad raya kan ada pelbagai jenis siap ada bunyi lagu lagi! Paling penting ucapan dan pantun dalam kad tu mesti membuatkan korang tersenyum dan gembira.

credit:ohbulan

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/05/8-kenangan-yang-pasti-korang-rindu-raya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolong Jangan Balik Kampung Kalau Sayang Mak

Tolong Jangan Balik Kampung Kalau Sayang Mak

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 356 hits
Pesanan dramatis Fauziah Nawi DRAMATIS Fauziah Nawi memuatnaik video untuk para peminat dan follower beliau di media sosial Facebook meminta agar kita semua berada di rumah dan tidak pulang ke kampung untuk berhari raya Pesanan Fauziah atau...
Ketot Nak Raya Kat Kampung

Ketot Nak Raya Kat Kampung

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 1473 hits
Telefilem Ketot Nak Raya Kat Kampung disiarkan pada hari raya pertama jam 4 30 petang di TV2 JUDUL KETOT NAK RAYA KAT KAMPUNGWAKTU SIARAN Ahad 24 Mei 2020 4 30 petangSIARAN TV TV2 PENULIS SKRIP Shah RizalPENGARAH Fadzly AminaldunPRODUKSI In...
Lagu Di Hari Yang Mulia Dari Senario Ni Buat Peminat Terubat Rindu Tak Sabar Nak Raya

Lagu Di Hari Yang Mulia Dari Senario Ni Buat Peminat Terubat Rindu Tak Sabar Nak Raya

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 575 hits
small Cover image via Instagram senariounion span span small Kebanyakan 90s kids pasti ingat kumpulan pelawak Senario Suatu ketika dahulu kumpulan pelawak terkenal Senario pernah mencetuskan fenomena dalam industri hiburan tanah air br br p...
Hiburan 5 Persediaan Yang Korang Pasti Tak Boleh Miss Setiap Kali Menjelang Hari Raya

Hiburan 5 Persediaan Yang Korang Pasti Tak Boleh Miss Setiap Kali Menjelang Hari Raya

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 454 hits
Pejam celik pejam celik tak lama lagi Ramadhan bakal tiba dan selepas sebulan berpuasa kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pula Pastinya ramai yang sudah memulakan persediaan untuk memastikan sambutan Hari Raya pada tahun ini lebih ber...
Jiran Habaq Anak Dia Nak Balik Raya Macam Mana Nak Report Dm Puan Ini Kepada Polis Cuit Hati Netizen

Jiran Habaq Anak Dia Nak Balik Raya Macam Mana Nak Report Dm Puan Ini Kepada Polis Cuit Hati Netizen

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 593 hits
Sebelum ini Menteri Kanan Datuk Ismail Sabri Yaakob pernah kepada orang ramai membuat aduan terhadap sebarang pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan kepada pihak berkuasa Patuh dengan arahan seorang wanita dipercayai tinggal di Kedah membu...
Berani Bukan Sekadar Kad Raya Kanak Kanak 11 Tahun Ini Siap Offer Nak Bekerjasama Dengan Dr Zulkifli

Berani Bukan Sekadar Kad Raya Kanak Kanak 11 Tahun Ini Siap Offer Nak Bekerjasama Dengan Dr Zulkifli

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 746 hits
Baru baru viral di media sosial mengenai satu kiriman kad dan kuih raya daripada seorang kanak kanak berusia 11 tahun yang diberikan khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Dr Zulkifli Mohamad al Bakri Kiriman tersebut te...
Kalau Nak Balik Kampung Balik Sebagai Manusia Berguna Bukan Balik Sebagai Pengkhianat Negara

Kalau Nak Balik Kampung Balik Sebagai Manusia Berguna Bukan Balik Sebagai Pengkhianat Negara

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 499 hits
Kalau nak balik kampung balik sebagai manusia berguna Bukan balik sebagai pengkhianat negara Mak tak pernah ajar anak anak mak langgar undang undang Kiriman whatsapp mak menghentikan
Buasir Otak Tv Raya Tak Dapat Balik Kampung

Buasir Otak Tv Raya Tak Dapat Balik Kampung

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 920 hits
Bila raya tahun ni ramai tak dapat balik kampung rentas negeri sebab arahan kerajaan tapi ada pula yang boleh balik guna kabel Jom tonton animasi ini
Sebab Tak Boleh Balik Raya Lepas Raya Nanti Nak Melarikan Diri

Sebab Tak Boleh Balik Raya Lepas Raya Nanti Nak Melarikan Diri

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 468 hits
Tahun ni tak macam biasa tak boleh balik raya jadi saya decide untuk ubat kedukaan ni dengan hati terbuka untuk larikan diri lepas raya Ni apa pulak ni pasal nak larikan diri pulak Haha sebenarnya lepas raya nak sambung aktiviti larian je s...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids