Tolong Jangan Balik Kampung Kalau Sayang Mak
Wartawan SuaraMerdeka Pesanan dramatis Fauziah Nawi DRAMATIS Fauziah Nawi memuatnaik video untuk para peminat dan follower beliau di media sosial Facebook meminta agar kita semua berada di rumah dan tidak pulang ke kampung untuk berhari raya.
Pesanan Fauziah atau mesra dengan panggilan Ibu Fauziah dalam kalangan sesetengah wartawan hiburan amat bertepatan kerana dalam keadaan wabak yang melanda negara hari ini, seluruh rakyat Malaysia harus berhati-hati dan berwaspada.
https://www.facebook.com/fauziah.nawi.5/videos/2949992578452724/
“Tak payah balik. Mak okay. Janganlah degil. Dah berapa tahun kita selalu sambut raya bersama, kan. Kali ini aje tak.
“Nyawa itu lebih penting. Insya-Allah, nanti kita dapat bersama,” antara dialog Fauziah dalam video berdurasi 50 saat.
Beliau turut mengingatkan agar kita semua jaga kebersihan dan selalu cuci tangan.
Peringatan menjaga jarak sosial turut disebut oleh Ibu Fauziah.
Jadi, tidak perlu untuk kita meloloskan diri dengan pulang ke kampung kerana ia tidak akan membawa sebarang kebaikan sebaliknya menundang kemudaratan.
Apatah lagi dengan kes COVID-19 yang timbul, baru-baru ini. Semuanya gara-gara pulang ke kampung tanpa menyedari, turut membawa sekali, wabak yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Kerajaan mengumumkan, hari raya nanti, tiada rumah terbuka atau kumpul beramai-ramai tetapi sekadar maksima 20 orang dalam satu masa didalam sesebuah rumah.
Itupun mengikut saiz rumah yang diduduki. Justeru bagi mengelakkan timbul kluster yang sebenarnya boleh dielakkan, dinasihatkan agar kita semua duduk di rumah masing-masing da nada banyak lagi cara untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kaum keluarga, sanak saudara.
Janganlah kita mengikut hati dan degil untuk berhari raya seperti tahun-tahun lepas. Hanya sekali ini kita berkorban rasa dan kasih untuk diam kekal di rumah. – SM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/tolong-jangan-balik-kampung-kalau.html