Sebab Tak Boleh Balik Raya Lepas Raya Nanti Nak Melarikan Diri
Tahun ni tak macam biasa tak boleh balik raya jadi saya decide untuk ubat kedukaan ni dengan hati terbuka untuk larikan diri lepas raya
Ni apa pulak ni pasal nak larikan diri pulak. Haha sebenarnya lepas raya nak sambung aktiviti larian je sebenarnya sebab dah dekat 2 bulan tak lari dan PKP dh dilonggarkan so dah boleh keluar joging
Sedar tak sedar masuk hari ni bila saya cek aktiviti dari smartwatch Amazfit Bib ni sedar-sedar dah masuk 66 hari tanpa aktiviti larian kat luar sejak PKP.
Masa PKP hanya buat senaman dalam rumah buat body weight dan skipping je. Rindu pula dengan aktiviti larian luar sambil berjoging di stadium, taman sambil tengok pokok-pokok dan alam sekitar
Sekarang ni dah PKPB dan kerajaan pun dah bagi kelonggaran boleh buat aktiviti joging, tapi dalam bulan puasa ni memang tak dapat nak joging lelah nanti. Bulan puasa ni 'joging' dan buat marathon untuk amal ibadat dengan baca quran dan tarawih je lah
Dasat juga ketahanan bateri smartwatch Amazfit ni, hampir 70 hari baterinya tahan lama sebab dalam tempoh PKP memang tak pakai. Biasa saya selalu guna bateri tahan 30 hari jugak. Terbaiklah smartwatch ni walau dah 2 tahun guna. Sekarang dh ada jam Amazfit versi baru yang lebih accurate dari segi heart rate dan walking steps
Harap virus cepat hilang, lepas raya nak on balik aktiviti lari-lari ni. Cuma terkilan juga semua event running yang dah register dari awal tahun semua dah cancel. Event larian yang besar-besar macam Standard Chartered Marathon, Kuching Marathon, Borneo Marathon semua of course la cancel juga.
Hari tu dah semangat buat persediaan untuk event lari 5km dan 10km dan dah bayar awal pun tiba-tiba ada virus covid 19 pula huhu takpalah boleh fokus latihan drill dan tingkatkan stamina dulu.
We'll come back stronger dan faster
Ok cukup cerita pasal lari, jom fokus amal ibadat bulan Ramadhan. Kalau boleh lari 5km 10km takkan tak boleh buat tarawikh 20 rakaat dan baca Quran sampai khatam Ramadhan ni kan?? Bukan berpeluh pun bila baca Quran. Suatu keinsafan..
Salam Ramadhan dan salam nuzul Quran...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikguzim.blogspot.com/2020/05/sebab-tak-boleh-balik-raya-lepas-raya.html