Niat Nak Tidurkan Anak Sudahnya Mak Pun Tertidur Sekali Ada Bahayanya


Tertidur dengan anak mungkin sudah terbiasa bagi kita. Namun hakikatnya, ada waktunya hal sebegini boleh mengundang bahaya pada anak kita, lebih-lebih pada bayi yang baru dilahirkan. Ada waktunya dek kerana keletihan kita tidak sedar kita telah merisikokan bayi kita. Ini bahaya.
Adakah tidur bersama bayi selamat?
Tidak dapat dinafikan, berbanding negara Barat, kebanyakan ibu bapa di Malaysia, khususnya, lebih banyak mengamalkan tabiat untuk tidur sekatil dengan bayi. Tetapi perbuatan tidur bersama si manja melibatkan perkongsian tempat tidur sama sekali tidak disokong oleh pakar.
Berdasarkan kajian, berkongsi katil dengan bayi menunjukkan peningkatan kadar SIDS lebih tinggi. Malahan risiko SIDS lebih mendadak jika anda seorang perokok, mengambil sebarang ubatan yang menyukarkan anda untuk bangun mahupun meminum alkohol sebelum waktu tidur.

Tindakan tidur bersama bayi pramatang atau bayi kurang berat lahir mahupun bayi berusia 4 bulan ke bawah juga adalah lebih berisiko.
Walau bagaimanapun, ada pakar yang tidak bersetuju dengan perkara ini. Berdasarkan penyelidikan, Profesor di University of Notre Dame, Dr James McKenna berpendapat perkongsian tempat tidur adalah selamat jika tiada faktor berbahaya.
Kajian melibatkan bayi berusia lebih 3 bulan mendapati tidur sekatil mungkin dapat melindungi mereka. Namun, AAP tetap menegaskan risiko bayi berkongsi katil dengan ibu bapa tetap berbahaya tidak kira apa jua keadaannya.

Manfaat tidur bersama bayi
Bagi sesetengah keluarga, amalan tidur bersama dengan si manja mungkin tidak sesuai. Tetapi ia mempunyai banyak kelebihan. Antaranya:
* Ibu bapa akan dapat tidur yang lebih lama dan berkualiti.
* Bayi yang tidur bersama ibu bapa akan lena lebih cepat dan lama. Biasanya bayi akan merengek apabila mahu menyusu. Tetapi jika berada berdekatan dengan ibu, proses penyusuan dapat dilakukan segera tanpa sempat bayi terjaga dengan sepenuhnya.
* Ibu dapat melakukan penyusuan dengan lebih mudah memandangkan si manja berhampiran.
* Penyusuan badan pada waktu malam dapat membantu mengekalkan kuantiti bekalan susu ibu.
* Tidur di bilik yang sama dengan bayi mengurangkan risiko SIDS sebanyak 50%.
* Ada kajian menunjukkan bayi yang tidur bersama ibu bapa akan mempunyai hubungan emosi lebih kuat.
* Bayi yang terjaga malam akan menyebabkan tempoh penyusuan menjadi lama.
* Tidak ada kebimbangan perpisahan waktu malam (nighttime separation anxiety).
* Kurang masalah semasa waktu tidur.
* Rasa bahagia apabila bangun di sebelah bayi yang sedang tersenyum!

Panduan aspek keselamatan ketika co-sleeping
Sekiranya anda masih mahu co-sleeping dengan si kecil, walau atas alasan apa sekali pun, berikut adalah cadangan bagi mengurangkan risiko bahaya. Ibu bapa harus ingat perkongsian katil atau sofa dengan bayi, akan masih meletakkan mereka pada risiko kematian berkaitan tidur.
Membiarkan bayi tidur di katilnya sendiri atau tempat yang terpisah dengan anda adalah cara paling selamat. Ini panduan tidur bersama bayi melibatkan aspek keselamatan:
1. Elakkan daripada tidur pada permukaan yang sama dengan bayi jika anda mengambil sebarang ubatan atau ubat penenang, meminum alkohol atau sekiranya anda terlalu letih.
2. Jangan tidur dengan bayi di katil yang sama jika anda seorang perokok.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyatakan bayi yang terdedah kepada asap rokok selepas kelahiran mempunyai risiko lebih tinggi untuk SIDS.
3. Jangan tidur di katil yang sama dengan bayi jika anda merokok semasa tempoh kehamilan.
Kajian pada tahun 2019 menunjukkan risiko SIDS menjadi 2x ganda apabila ibu merokok semasa mengandung.
4. Andai berkongsi tempat tidur, sebagai aspek keselamatan, sebaiknya letakkan bayi di sisi sebelah anda dan bukannya di antara anda dan pasangan.
5. Bayi yang berusia kurang daripada setahun tidak boleh dibiarkan berkongsi katil dengan adik-beradiknya atau bayi lain.
6. Jangan tidur di atas sofa atau kerusi sambil menggendong si kecil.

7. Sekiranya ingin meletakkan bayi yang tidur, pastikan posisi tidur mereka dalam keadaan berbaring dan bukan meniarap. Ini terutamanya jika bayi yang dibedung dengan selimut.
8. Jika rambut anda panjang, ikat rambut agar tidak melilit leher si manja tanpa disedari.
9. Ibu bapa yang mempunyai masalah obesiti mungkin akan berdepan kesukaran untuk menentukan jarak rapat mereka dengan bayi.
Jadi, dicadangkan untuk tidur pada katil yang berbeza dengan si manja.
10. Pastikan tiada bantal, selimut atau cadar longgar yang boleh menutupi wajah, kepala atau leher bayi.
11. Pastikan tiada ruang antara bayi dan katil yang boleh menyebabkan mereka terperangkap tanpa anda sedari.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Sumber: hellodoktor.com
The post Niat Nak Tidurkan Anak, Sudahnya Mak Pun Tertidur Sekali, Ada Bahayanya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/niat-nak-tidurkan-anak-sudahnya-mak-pun-tertidur-sekali-ada-bahayanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Main Sekejap Fokus Dah Kemana Ini Aktiviti Yang Boleh Mak Ayah Buat Di Rumah Nak Tahu Tahap Fokus Anak

Anak Main Sekejap Fokus Dah Kemana Ini Aktiviti Yang Boleh Mak Ayah Buat Di Rumah Nak Tahu Tahap Fokus Anak

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 427 hits
Membuat aktiviti aktiviti menarik di rumah bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak anak malah ia juga dapat membantu si kecil untuk belajar dan meneroka Namun pasti sukar untuk dapatkan fokus daripada mereka kan Ada y...
Nak Anak Bijak Tapi Mak Ayah Selalu Tersalah Langkah Betulkan 2 Perkara Ni Dulu

Nak Anak Bijak Tapi Mak Ayah Selalu Tersalah Langkah Betulkan 2 Perkara Ni Dulu

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 435 hits
Ibu bapa mana yang tidak mahu anaknya bijak dalam serba serbi Malah untuk pastinya anak bijak dan cemerlang awal awal lagi kita sudah mencari tadika yang dirasakan cukup baik untuk anak kita menimba ilmu Hakikatnya ilmu asas bermula dari ru...
Ada Benda Menumpang Dalam Anak Patung Nak Bertuan Ibu Ini Kongsi Pengalaman Seram

Ada Benda Menumpang Dalam Anak Patung Nak Bertuan Ibu Ini Kongsi Pengalaman Seram

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 414 hits
Lazimnya patung menjadi pilihan ibu bapa kerana mereka yang ada anak kecil memerlukan permainan untuk merangsang perkembangan anak anak Biasa kita dengar ada sesuatu suka menumpang dalam pantung mainan yang cukup sifatnya bertujuan untuk me...
Kalau Anak Tanya Apa Nak Cakap Mula Dengan Batuk Isteri Pergi Bersama Kandungan

Kalau Anak Tanya Apa Nak Cakap Mula Dengan Batuk Isteri Pergi Bersama Kandungan

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 378 hits
Kegembiraan bakal menyambut orang baru bertukar sedih sekelip mata apabila kelahiran yang dinantikan meragut keceriaan dalam rumah tangga yang dibina sejak 2015 setelah isteri tercinta dan bayi dalam kandungan di jemput ilahi Sebelum ini pe...
Ada Anak Bini Lagi Nak Test Janda Wanita Ini Sekolahkan Rakan Lelaki Gatal

Ada Anak Bini Lagi Nak Test Janda Wanita Ini Sekolahkan Rakan Lelaki Gatal

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 786 hits
Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya diuji dengan pelbagai ujian Ada yang diuji dengan wang ringgit ada pula dengan kesetiaan atau dengan perpisahan Hati pasangan mana yang tidak remuk apabila terbongkar sikap pasanagan yang diperca...
Jangan Mudah Label Anak Lembab Mungkin Dia Alami Disleksia Kalau Anak Ada Ciri Ini Mak Ayah Kena Buat Sesuatu

Jangan Mudah Label Anak Lembab Mungkin Dia Alami Disleksia Kalau Anak Ada Ciri Ini Mak Ayah Kena Buat Sesuatu

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 352 hits
Kadang risau bila ada anak yang mengalami masalah sukar mengenal huruf lambat dapat membaca menulis mendengar dan sebagainya Apakah tanda tanda ini menunjukkan anak kita mempunyai penyakit atau masalah pembelajaran Tanda tersebut mungkin di...
Kalau Anak Takut Nak Ke Tadika Taska Jangan Biarkan Cari Puncanya

Kalau Anak Takut Nak Ke Tadika Taska Jangan Biarkan Cari Puncanya

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 401 hits
Ramai yang bertanya mengenai isu anak anak tidak mahu ke tadika kerana cikgu tersangat garang marah marah dan kuat menghukum fizikal dan kata kata kasar Ini jawapan Ibu Rose Anak anak kecil tidak pandai menyorok perasaan mereka Terutama jik...
Nak Bantu Anak Bercakap Guna Makanan Pun Boleh Pakar Ini Jelaskan Caranya

Nak Bantu Anak Bercakap Guna Makanan Pun Boleh Pakar Ini Jelaskan Caranya

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 343 hits
Perkataan pertama yang keluar daripada mulut anak buatkan mama papa rasa sangat teruja Tapi ada juga sesetengah kanak kanak yang mempunyai masalah lambat bercakap Hal itu sering membuatkan ibu bapa risau Sebenarnya ada banyak cara untuk ran...
Lambatnya Anak Nak Merangkak Ini 6 Tip Mama Boleh Praktis Lagi Cepat Dia Merangkak

Lambatnya Anak Nak Merangkak Ini 6 Tip Mama Boleh Praktis Lagi Cepat Dia Merangkak

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 299 hits
Perkembangan anak mengikut umur sememangnya cukup penting bagi membolehkan semua anggota fizikal dapat berfungsi dengan baik Bagi seorang bayi melengkapkan proses meniarap merangkak dan seterusnya melalui fasa berjalan adalah satu perkemban...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri