Netizen Desak Al Jazeera Mohon Maaf Laporan Sampah
Siti Hafidah 	
Malaysia layan baik pendatang adakah negara lain sebagus ini?									  	 	   

		 			 			BANGI – Facebook Al Jazeera menjadi medan netizen melepaskan geram selepas  agensi berita media antarabangsa itu mengambil ‘jalan selamat’ menutup  ruang komen di Youtube berhubung laporan bertajuk ‘Locked Up in  Malaysia’s Lockdown’.
Laporan dokumentari Al Jazeera berdurasi  25 minit 50 saat itu mendakwa, terdapat isu perkauman di negara ini  ketika mengendalikan pandemik COVID-19.
Video yang disiarkan di saluran rasmi Youtube Al Jazeera English kelmarin turut mencetuskan kemarahan rakyat di negara ini.
Tinjauan Ismaweb.net mendapati, rata-rata  pengguna Facebook mendesak, Al Jazeera segera memohon maaf kepada  rakyat Malaysia atas dakwaan perkauman yang dilemparkan.
Menerusi ruang komen Facebook Al Jazeera,  pengguna media sosial dikenali Mohd Naharrudin Ibnu Megat menggesa,  media antarabangsa itu mendidik semula wartawan mereka sebelum  menyampaikan maklumat.
“Pertama, selidik secara menyeluruh  setiap maklumat yang diterima sebelum menerbitkannya. Kedua, sentiasa  mendengar dari dua pihak yang terlibat dalam berita yang konflik, bukan  satu pihak (terutamanya pendatang tanpa izin? Serius?)
“Adakah anda benar-benar menganggap  pendatang tanpa izin menderita di sini? Datang sini lakukan wawancara  tentang bagaimana buruknya pendatang asing mempengaruhi Malaysia dan  cuba menemu ramah orang tempatan di sini .. satu pihak. Lihat bagaimana  keadaannya,” tulis beliau.
Sementara Ivan Lim pula meminta, Al  Jazeera melaporkan fakta dan tidak menghina kerajaan Malaysia dalam  menangani COVID-19 dengan mereka cerita palsu.
“Kami rakyat Malaysia menuntut permohonan  maaf kerana melaporkan tuduhan palsu berhubung layanan buruk kerajaan  terhadap pendatang,” demikian pula tuntu Hafiz Hilmi Md Rijani.
Selain itu, John Wick juga menuntut Al  Jazeera meminta maaf kepada Malaysia kerana membuat berita palsu  mengenai negara ini dalam memerangi COVID-19
“…Al Jazeera tidak tahu mengenai Malaysia, kamu hanya mahu TV kamu popular dan bukannya membuat berita benar,” katanya.
Syazwan Hatta pula secara sinis meminta  Al Jazeera tidak cemburu cara rakyat Malaysia menangani masalah pandemik  global dengan menyebarkan berita palsu dan ‘sampah’.
Farah Nadia Abdul Razak mahu agensi  berita itu membuat perbandingan dengan layanan diberikan kepada  pendatang asing di negara lain ketika menghadapi pandemik COVID-19 ini.
“Cuba tengok sikit negara lain boleh  layan macam ini ke bagi tempat tinggal makan percuma, negara lain pasti  kena hantar balik terus tahu,” katanya. 			 		
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/netizen-desak-al-jazeera-mohon-maaf.html