Laporan Al Jazeera Dr Noor Hisham Pertahan Penahanan Warga Asing


Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mempertahankan penahanan warga asing tanpa dokumen di tengah-tengah wabak Covid-19.
Ia selepas pihak berkuasa membidas laporan Al Jazeera berhubung penahanan warga asing ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Memberi respons berkenaan perkara itu di Twitter, Noor Hisham menegaskan warga asing tanpa dokumen perlu ditahan.
“Kita tidak pernah mengalu-alukan warga asing tanpa izin ke negara kita,” katanya.
Menjawab ciapan seorang pengguna Twitter yang menyuarakan kekecewaan berhubung keadaan dalam tahanan, yang menyebabkan warga asing terdedah kepada jangkitan Covid-19, beliau berkata:
“Sejumlah yang anda rujuk itu ialah warga asing tanpa dokumen.
“Pastinya lebih baik berbanding jika mereka berada dalam komuniti,” katanya.
Ia menunjukkan sentimen yang sama dengan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini mempertahankan langkah menahan warga asing di pusat tahanan Imigresen yang sesak, memandangkan mereka masuk ke negara tanpa izin.
Bagaimanapun, dilaporkan sejumlah warga India yang masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial tetapi terkandas apabila penerbangan mereka untuk kembali ke India dibatalkan, turut ditangkap dalam serbuan dan telah ditahan Imigresen sejak awal Mei.
Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia berkata mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk membawa pulang mereka yang ditahan.
Pada 12 Jun lalu, seorang warga India yang masuk ke Malaysia menggunakan dokumen sah tetapi terkandas ketika PKP meninggal dunia selepas lebih sebulan dalam tahanan.
Ketika dalam tahanan, dia disahkan positif Covid-19 pada 26 Mei, 22 hari selepas disahkan bebas daripada wabak itu ketika ujian awal yang dilakukan terhadap semua penduduk Malayan Mansion di Kuala Lumpur. Dia ditahan pada 8 Mei.
Terdahulu, Noor Hisham berkata mangsa, iaitu Zeawdeen Kadar Masdan yang berusia 67 tahun, mengalami consolidation, iaitu kesan sampingan daripada jangkitan paru-paru dan juga kesan sampingan Covid-19, tetapi punca kematian hanya akan diketahui selepas bedah siasat.
‘Pastikan tempat tinggal pekerja tak sesak’
Pada Mei, Wakil Khas PBB untuk hak asasi warga asing Felipe Gonzales Morales berkata, tangkapan terhadap golongan itu akan mencetuskan ketakutan kepada mereka untuk membuat pemeriksaan kesihatan, pada masa sama penjarakan sosial mungkin tak dapat diamalkan di pusat tahanan.
Sebelum serbuan, Ismail Sabri memberi jaminan status Imigresen tidak menjadi pertimbangan apabila warga asing tampil ke depan untuk menjalani ujian.
Selepas serbuan, Malaysia merekodkan peningkatan kes baru secara mendadak – iaitu 277 ke dalam satu hari – dan kebanyakannya dikesan di pusat tahanan Imigresen.
Lebih daripada 700 tahanan disahkan positif, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang disahkan positif ketika menjalani ujian sebagai syarat akhir untuk dihantar pulang.
Penularan itu sudah dapat dikawal dengan kebanyakan tahanan telah pulih.
Dalam pada itu, Noor Hisham turut mengulang semula gesaannya berhubung pengawalan sempadan negara dan agar majikan memastikan tempat tinggal pekerja bersih dan membolehkan amalan penjarakan sosial.
“Dalam pendekatan pencegahan dan kawalan penularan Covid-19, kita perlu meningkatkan dan mengetatkan kawalan sempadan.
“Virus tidak membeza-bezakan antara pengembara berdokumen atau tanpa dokumen.
“Semua ketibaan termasuk warga Malaysia yang pulang perlu menjalani ujian dan dikuarantin,” katanya lagi.
Mkini
The post Laporan Al Jazeera, Dr Noor Hisham pertahan penahanan warga asing appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/07/laporan-al-jazeera-dr-noor-hisham-pertahan-penahanan-warga-asing/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Kenneth Jawab Fitnah Warga Asing Dan Laporan Bias Al Jazeera

Dr Kenneth Jawab Fitnah Warga Asing Dan Laporan Bias Al Jazeera

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 408 hits
Foto Friends Of Adham BabaSusulan laporan yang bias daripada Al Jazeera dan fitnah yang dilemparkan oleh warga asing yang berada di Malaysia seorang doktor warga tempatan yang bernama Dr Kennneth telah menerangkan apa sebenarnya yang Keraja...
Laporan Al Jazeera Imigresen Minta Kerjasama Orang Awam Kesan Warga Bangladesh

Laporan Al Jazeera Imigresen Minta Kerjasama Orang Awam Kesan Warga Bangladesh

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 576 hits
Astro Awani Warga Bangladesh ini sedang dikesan bagi membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959 63 Foto Jabatan Imigresen KUALA LUMPUR Jabatan Imigresen Malaysia meminta kerjasama orang awam untuk menjejak seorang warga Bangladesh bagi ...
Menteri Kanan Cabar Al Jazeera Tunjuk Negara Mana Beri Kebebasan Kepada Warga Asing

Menteri Kanan Cabar Al Jazeera Tunjuk Negara Mana Beri Kebebasan Kepada Warga Asing

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 327 hits
Memandangkan Menteri Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pun dah keluarkan kenyataan mengenai isu ini jadi marilah kita bersama mempertahankan fakta yang sebenar Sekarang sedang kecoh di media sosial yang membuatkan rasa tidak puas h...
Kami Dilayan Seperti Anjing Warga Asing Muncul Dalam Video Al Jazeera Tutup Akaun Fb

Kami Dilayan Seperti Anjing Warga Asing Muncul Dalam Video Al Jazeera Tutup Akaun Fb

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 581 hits
Semalam viral video laporan dokumentari berkaitan penularan wabak COVID 19 yang dilihat cuba memburukkan mengadu burukkan Malaysia di mata dunia Tindakan yang kurang profesional media Al Jazeera menyebabkan rakyat Malaysia naik angin yang r...
Pihak Berkuasa Buru Warga Asing Ditemubual Al Jazeera

Pihak Berkuasa Buru Warga Asing Ditemubual Al Jazeera

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 331 hits
Warga Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir menunjukkan klip video operasi Imigresen di Kuala Lumpur PETALING JAYA Pihak berkuasa sedang mengesan seorang lelaki warga Bangladesh yang ditemubual media antarbangsa Al Jazeera dalam berita yang m...
Jabatan Imigresen Cari Warga Asing Muncul Dalam Dokumentari Al Jazeera Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Jabatan Imigresen Cari Warga Asing Muncul Dalam Dokumentari Al Jazeera Minta Orang Ramai Salur Maklumat

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 316 hits
Jabatan Imigresen Malaysia mencari lelaki warganegara Bangladesh yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera baru baru ini Menerusi kenyataan media jabatan berkenaan mereka meminta orang ramai memberikan maklumat lelaki warga Bangladesh berken...
Jangan Hantar Anak Ke Tadika Jika Tak Sihat Ini Pesanan Datuk Noor Hisham Untuk Parents

Jangan Hantar Anak Ke Tadika Jika Tak Sihat Ini Pesanan Datuk Noor Hisham Untuk Parents

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 306 hits
Kerajaan membenarkan pembukaan semula semua prasekolah dan Tadika di seluruh negara bermula esok 1 Julai 2020 Bagaimanapun menurut Menteri Kanan Dato Ismail Sabri guru guru dan pelajar perlu mematuhi prosedur operasi standard yang telah dit...
Imigresen Batal Permit Kerja Warga Bangladesh Ditemubual Al Jazeera Kata Polis

Imigresen Batal Permit Kerja Warga Bangladesh Ditemubual Al Jazeera Kata Polis

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 655 hits
Jabatan Imigresen sedang mengesan Md Rayhan Kadir 25 untuk membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959 63 PETALING JAYA Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata Jabatan Imigresen sudah membatalkan permit kerja seorang lelaki Banglade...
Terima Kasih Rakyat Malaysia Dr Noor Hisham Tersenyum Bahagia Umumkan Kejayaan Hari Ini

Terima Kasih Rakyat Malaysia Dr Noor Hisham Tersenyum Bahagia Umumkan Kejayaan Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 658 hits
Hari ini merupakan hari bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia berikutan tiada kes baru COVID 19 melibatkan penularan tempatan kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Berikutan itu beliau menzahirkan rasa bersyukur dan ...
We789 9 May We789 100 Top 95 By Kay

Boonlert1688 11 May Boonlert1688 Top 34 By Gwendolyn

Makan Makan Di Camden Market

Bun Cheese Gula Gebu Gebu

Why You Should Upgrade To The Huawei Freebuds 6 Today

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Didakwa Terima Rasuah Range Rover Sport

Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025

Konsert Elite Jadi Perhatian Ramai Peminat Tetap Setia Sokong Walau Harga Tiket Jadi Perbualan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Maal Hijrah 1447 Semoga Takdir Hidupmu Lebih Baik

Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Lirik Lagu Gelora Jiwa Meronta Asmara Tomok Siti Nordiana

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

Flat Peach Selepas Viral

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa