Netizen Cina Gelar Tunku Azizah Nenek Sihir Rasis
fazleen safina  Sebuah laman Facebook dengan tulisan Mandarin jadi medan 'hina' permaisuri                          

BANGI– Sebuah halaman di Facebook baru-baru ini dipercayai menjadi medan  netizen dalam kalangan orang Cina, apabila bertindak biadab menghina  Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan  panggilan ‘nenek sihir rasis’
Difahamkan, pengguna dikenali sebagai  Nengtung Ting mencerca, Tunku Azizah susulan tindakan baginda yang  menggunakan tulisan jawi di Twitter sebagai langkah untuk memperkasakan  tulisan berkenaan
“Nenek sihir yang rasis,” kata Ting dalam tulisan mandarin
Tidak cukup dengan itu, seorang lagi  pengguna Yee Nyet Tan mendesak, Tunku Azizah supaya membuat permohonan  tulisan jawi dijadikan sebagai sebuah warisan
“Pergilah mohon sebagai warisan. Bodoh!” herdiknya
Pada masa sama, Mc Tan juga menempelak  tindakan baginda, selain menggesa supaya tidak memaksa kaum Cina untuk  mempelajari tulisan jawi
“Kalau begitu, suruhlah orang Melayu belajar dengan baik dan hafal. Janganlah paksa orang Cina belajar,” katanya
“Kenapa anda mahu paksa bangsa lain belajar budaya anda?” soal Leek Hok Hing
Chin Chze Wui yang membalas komen berkenaan berkata: “Untuk asimilasi budayakan anda semua,”
Terdahulu, Timbalan Menteri Pendidikan,  Teo Nie Ching dipetik sebagai berkata, pelaksanaan tulisan jawi dalam  subjek Bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah vernakular hanya boleh  dilaksanakan dengan majoriti mudah 51 peratus ibu bapa serta Persatuan  Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersetuju
Jelasnya, pengajaran tulisan jawi di  satu-satu sekolah akan dijalankan jika 51 peratus atau lebih borang yang  diterima daripada ibu bapa menyatakan persetujuan
Sebelum ini, Tunku Azizah di laman  Twitter juga mempersoalkan sama ada kedudukan Kementerian Pendidikan  Malaysia (KPM) atau PIBG yang lebih berkuasa untuk menentukan silibus  pengajaran tulisan jawi di sekolah vernakular
Kenyataan baginda itu turut mendapat kecaman dalam kalangan netizen Cina
Johnson Chong yang dengan bangganya  menjawab persoalan baginda berkata, bahawa PIBG adalah pihak  bertanggungjawab memantau pelajaran murid-murid dan bukannya pengajaran  tulisan jawi
“Apa pendapat anda? Kenapa pencapaian  akademik orang Cina lebih baik daripada Bumiputera? Kerana PIBG yang  berfungsi, bukan jawi,” katanya
“Lebih baik PIBG yang berkuasa agar  pelajar boleh menguasai ilmu baru, lebih mudah bersatu dan pengajaran  guru meningkat,” tulis Siewwal Wong
PAUTAN BERKAITAN:  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3640693015971626&id=1226644360709849
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/netizen-cina-gelar-tunku-azizah-nenek.html