Rakyat Pahang Terguris Hati Netizen Cina Cerca Raja Permaisuri


Terlalu kurang ajar, sombong langsung tidak punya budi bahasa
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
15/01/2020


BANGI, 19 Jamadilawal 1441H, Rabu – Seluruh rakyat di negeri Pahang yang mencintai keamanan berasa amat terguris hati dengan kenyataan netizen berbangsa Cina yang menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah di media sosial.

Baru-baru ini, dilaporkan bahawa terdapat sebuah halaman di Facebook dipercayai menjadi medan hinaan dalam kalangan orang Cina ditemui, bahkan ada yang bertindak biadab mencerca Tunku Azizah dengan panggilan ‘nenek sihir rasis’.

Difahamkan, pengguna dikenali sebagai Nengtung Ting mengeluarkan kenyataan sedemikian susulan tindakan baginda yang menggunakan tulisan jawi di Twitter sebagai langkah untuk memperkasakannya.

Sebelum ini, Tunku Azizah di laman Twitter juga mempersoalkan sama ada kedudukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang lebih berkuasa untuk menentukan silibus pengajaran tulisan jawi di sekolah vernakular.

Kenyataan baginda itu turut mendapat kecaman dalam kalangan netizen Cina.

Kesal dengan situasi itu, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, tindakan pemilik akaun Facebook Nengtung Ting dan beberapa pengguna lain di media sosial dengan mengeluarkan kenyataan berbaur cercaan dan penghinaan terhadap baginda adalah sesuatu yang amat biadab.

“Kenyataan mereka terlalu kurang ajar dan sombong. Mereka tidak mencerminkan sikap rakyat Malaysia yang sebenar dan mereka langsung tidak mempunyai budi bahasa.

“Penghinaan memanggil ‘nenek sihir rasis’ kepada raja kami adalah sama seperti menghina kami dan menjatuhkan maruah diri kami yang taat setia kepada tuanku.

“Kami semua di negeri Pahang kini terguris hati,” katanya dalam satu kenyataan.

Ekoran itu, beliau menggesa tindakan segera diambil ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

“Kami mahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) jangan berlengah dengan membuang masa tanpa mengambil tindakan tegas ke atas mereka,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/01/rakyat-pahang-terguris-hati-netizen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Perlu Sahut Perjuangan Raja Permaisuri Agong Martabatkan Jawi

Rakyat Perlu Sahut Perjuangan Raja Permaisuri Agong Martabatkan Jawi

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 695 hits
SEJAK 28 Disember lalu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mula menggunakan tulisan Jawi dalam ciapan di akaun Twitter baginda Sejak itu pengikut setia Twitter baginda terpaksa pula mempelajari huruf dan tulisan J...
You Apa Pun Bukan Individu Serang Raja Permaisuri Agong Cetuskan Kemarahan Rakyat

You Apa Pun Bukan Individu Serang Raja Permaisuri Agong Cetuskan Kemarahan Rakyat

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 570 hits
Seringkali Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengutarakan pendapatnya melalui akaun Twitter miliknya tentang isu isu terkini dalam negara dan umum mengatahui bahawa Tuanku amat menyokong segala usaha untuk...
Duit Poket Tak Sampai Rm3 Lelaki Pinjam Motor Berhimpit Anak Beranak Demi Beras Dan Susu Runtun Hati Netizen

Duit Poket Tak Sampai Rm3 Lelaki Pinjam Motor Berhimpit Anak Beranak Demi Beras Dan Susu Runtun Hati Netizen

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 500 hits
Setiap daripada kita pastinya pernah melalui pahit getir ujian dan cabaran dalam hidup Salah satunya apabila diuji dengan kesusahan sehingga terpaksa melalui hidup dengan serba kekurangan Tambahan pula jika terpaksa menanggung keluarga di t...
Makanan Paling Teruk Netizen Malaysia Panas Hati Wartawan Mat Salleh Hina Nasi Lemak

Makanan Paling Teruk Netizen Malaysia Panas Hati Wartawan Mat Salleh Hina Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 571 hits
Di Malaysia memang kaya dengan pelbagai jenis juadah makanan tetapi antara makanan paling favourite sepanjang zaman adalah nasi lemak Baru baru ini nasi lemak menjadi trending di Twitter gara gara satu tweet berbaur kritikan terhadap makana...
Sunyi Tanpa Ciapan Raja Permaisuri Agong Nyahaktif Twitter

Sunyi Tanpa Ciapan Raja Permaisuri Agong Nyahaktif Twitter

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 319 hits
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup terkenal di Twitter kerana cukup spontan menyatakan pendapat dan memuat naik aktiviti harian Namun begitu menerusi tinjauan ke akaun Twitter milik baginda akaun chem...
Permaisuri Raja Keraton Agung Sejagat Ternyata Bukan Istrinya

Permaisuri Raja Keraton Agung Sejagat Ternyata Bukan Istrinya

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 368 hits
Totok Santosa dan Fanni Aminadia bukanlah warga Purworejo Keduanya memiliki KTP Jakarta dan indekos di Yogyakarta
5640 Ppim Sokong Seruan Raja Permaisuri Agong Ppim 09 01 2020

5640 Ppim Sokong Seruan Raja Permaisuri Agong Ppim 09 01 2020

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 471 hits
PPIM menyokong seruan di Twitter milik Raja Permaisuri Agong Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi sejak 28 Disember lalu demi memperkasakan martabat tulisan warisan tersebut Mulai hari ini say...
Selesaikan Masalah Ekonomi Punca Rakyat Tak Puas Hati

Selesaikan Masalah Ekonomi Punca Rakyat Tak Puas Hati

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 278 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berterus terang mengenai masalah yang membelenggu pentadbiran Pakatan Harapan sehingga kalah dalam pilihan raya kecil Kimanis Sabah Menurutnya masalah ekonomi rakyat yang gagal diselesaikan oleh PH setelah setahun...
Makanan Pun Beli Sendiri Nah Telatah Adik Sumayyah 1st Day Sekolah Cuit Hati Netizen

Makanan Pun Beli Sendiri Nah Telatah Adik Sumayyah 1st Day Sekolah Cuit Hati Netizen

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 1051 hits
Hampir sebulan lebih bercuti semalam dan hari ini bermulanya sesi persekolahan baru untuk para pelajar di Malaysia Sudah pasti pelbagai ragam dan karenah mencuit hati di laman media sosial dengan telatah kanak kanak Sudah tentu setiap ibu b...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Mendaki Rawang Bypass

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank