Pembatalan Kongres Cina Dap Mula Mengaum Mencari Mangsa




Sewaktu mengomen kenyataan Hanipa Maidin yang menyanggah keputusan polis memohon perintah mahkamah untuk membatalkan Kongres Cina anjuran Dong Jiao Zong malam 27 Disember lalu, saya ada bertanya: “Tidakkah kenyataan Hanipa (selaku Timbalan Menteri Undang-Undang) ini akan membuka laluan kepada pemimpin DAP, khususnya yang berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri, untuk menjadi lebih berani dalam mengkritik tindakan polis ini?”
Seperti betul juga nampaknya telahan ini bila semakin ramai pemimpin DAP berbuat begitu, bermula dari kenyataan taiko besarnya, Lim Kit Siang, pada 28 Disember yang menyebut pihak polis tidak sepatutnya membatalkan kongres itu dan polis perlu berlaku adil dengan bertindak ke atas mereka yang dikatakan tanpa mempunyai sebarang sebab mengugut untuk membuat kacau atas isu kongres itu.
Hari ini, 30 Disember, pula, didahului oleh kenyataan SUHAKAM yang “berharap agar pihak polis akan membuat siasatan sepenuhnya terhadap ancaman keganasan”, dua Menteri DAP pula sudah bersuara, iaitu:
(1) Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang berkata: “DAP kecewa dengan keputusan polis untuk menghalang kongres Dong Jiao Zong kerana sekiranya kita percaya dengan kebebasan bersuara dalam Malaysia baharu ini, jadi tiada sebab untuk menghentikan kongres berkenaan. Sebagai contoh, jika Kongres Maruah Melayu diberi kebenaran untuk diteruskan, ini juga sepatutnya dibenarkan.”
(2) Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo, yang berkata: “Ancaman serius telah dibuat terhadap Dong Jiao Zong. SKMM telah telah memanjangkan perincian-perincian yang perlu dalam kes ini kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Tindakan mesti dibuat dalam kes ini. Pihak polis dan Peguam Negara diharap bertindak dalam perkara ini secepat mungkin.”
Lihatlah sahaja bagaimana kerana adanya Timbalan Menteri Melayu yang mengkritik pihak polis, dan kerana tiadanya Menteri dan Timbalan Menteri Melayu yang mempertahankan pihak polis, melainkan beberapa orang pemimpin biasa BERSATU, maka Menteri bukan Melayu kini telah bukan sahaja turut mengkritik pihak polis malah menekan pihak polis dan Peguam Negara supaya mengambil tindakan ke atas mereka yang didakwa mengugut Dong Jiao Zong.
Siapakah pihak-pihak yang didakwa mengugut Dong Jiao Zong ini? Hanya Gobind Singh Deo dan SKMM, selain pihak polis yang dikatakan menerima laporan SKMM, yang tahu.
Apakah ini akan membawa kepada pendakwaan terhadap pihak-pihak tertentu? Hanya Peguam Negara yang tahu kerana kuasa mendakwa adalah budi bicara mutlak beliau.
Solid dan tidak berselindung lagi DAP di dalam membela Dong Jiao Zong nampaknya hingga langsung tiada bayangan mengenai kesalahan yang mungkin ia turut lakukan.
Dr. Kamarul Yusoff




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/12/31/pembatalan-kongres-cina-dap-mula-mengaum-mencari-mangsa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mca Pemuda Dap Pertikai Arahan Pembatalan Kongres Jawi Dong Jiao Zong

Mca Pemuda Dap Pertikai Arahan Pembatalan Kongres Jawi Dong Jiao Zong

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 607 hits
BERITAMCA menyuarakan bantahannya terhadap pembatalan kongres anjuran Dong Jiao Zong berhubung tulisan Jawi yang dijadual berlangsung esok Menyifatkannya sbagai diskriminasi setiausaha agungnya Chong Sin Woon membangkitkan penganjuran Kongr...
Kongres Cina Manifestasi Keangkuhan Tiada Sempadan

Kongres Cina Manifestasi Keangkuhan Tiada Sempadan

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 360 hits
MOHD LUTTFI BIN ABDUL KHALID Alasan institusi pendidikan Cina wujud sejak merdeka adalah bodohHANYA tiga muka surat tulisan Jawi sudah cukup untuk menggerakkan kumpulan kumpulan pendesak rasis cauvinis Dong Zong untuk menandakan satu perhim...
Kongres Cina Berani Kata Tak Serang Kaum Lain Kepala Bapak Kau

Kongres Cina Berani Kata Tak Serang Kaum Lain Kepala Bapak Kau

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 485 hits
Jika saya ada kuasa sudah lama saya tarik kerakyatan pengkhianat ini JADILAH Cina Malaysia yang memahami Melayu dan Bumiputera kerana itu tanggungjawab kamu selaku pendatang asal usul sejarahnya bukan jadi lebih Cina daripada China atau Cin...
Dap Parti Memperjuangkan Kepentingan Kaum Cina

Dap Parti Memperjuangkan Kepentingan Kaum Cina

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 326 hits
Tindakan Lim Guan Eng yang mendakwa diri dan DAP sebagai parti pejuang Cina akan menguatkan lagi persepsi bahawa belia dan partinya adalah pejuang cauvinis Cina yang anti perpaduan Malah kenyataan Setiausaha Agung DAP itu juga akan mengukuh...
Kongres Cina Apa Respon Parti Melayu

Kongres Cina Apa Respon Parti Melayu

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 570 hits
UMNO PAS dan Bersatu utamakan undi atau bela budaya kebangsaanBANGI Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia Haji Aminuddin Yahaya menyifatkan sokongan pihak tertentu terhadap penganjuran Kongres Organisasi Cina pada 28 Disember ini ...
Persidangan Pertubuhan Cina Lebih Elok Daripada Kongres Maruah

Persidangan Pertubuhan Cina Lebih Elok Daripada Kongres Maruah

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 387 hits
MalaysiaGazette Ong Chiow Chuen SEREMBAN Persidangan pertubuhan Cina yang dijadualkan pada 28 Disember merupakan satu program aman yang lebih elok berbanding Kongres Maruah Melayu kata Pengerusi Gabungan Persatuan Guru Guru Sekolah Cina Mal...
Kongres Cina Harap Kerajaan Bertindak Sekat Sebelum Situasi Makin Parah

Kongres Cina Harap Kerajaan Bertindak Sekat Sebelum Situasi Makin Parah

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 387 hits
Pas kesal dengan sikap segelintir masyarakat Cina yang enggan menerima sukatan pengajian tulisan Jawi dalam mata pelajaran bahasa Malaysia di sekolah rendah vernakular Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat Dr Ahmad Fakhruddin Sheik...
Dap Kecewa Polis Halang Kongres Djz Tapi Benarkan Kongres Maruah Melayu

Dap Kecewa Polis Halang Kongres Djz Tapi Benarkan Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 521 hits
KOW GAH CHIE DAP hari ini melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pihak polis menghalang Kongres Organisasi Cina yang dianjurkan Dong Jiao Zong bagi membincangkan isu Jawi Sebaliknya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pihak berkuasa i...
Stop Questioning Tamil Tigers Probe Lawyer Haniff Tells Dap Leaders

Stop Questioning Tamil Tigers Probe Lawyer Haniff Tells Dap Leaders

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 565 hits
Lawyer Haniff Khatri Abdulla says DAP leaders such as P Ramasamy and Lim Kit Siang should not be making public comments on Sosma GEORGE TOWN Lawyer Haniff Khatri Abdulla today said the DAP s attacks on police investigations linked to the Li...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sedapnya Paru Goreng Kunyit

Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers