Negara Tetap Perlukan Rafizi Walaupun Kerajaan Semasa Tidak Pedulikannya




Hari ini barangkali merupakan hari yang benar-benar menggembirakan buat Rafizi Ramli.

Ini berikutan beliau kini bebas sepenuhnya daripada beban perundangan setelah Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pembebasannya di bawah Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan atau BAFIA.

“Pagi ini Peguam Negara melalui Timbalan Perdakwa Raya (DPP) telah menarik balik notis rayuan yang difailkan sebelum ini. Notis rayuan itu telah ditandatangani oleh Tommy Thomas sendiri (Peguam Negara).

“Ini bermakna keputusan melepaskan dan membebaskan Rafizi oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu adalah kekal. Kini Rafizi lepas dan bebas sepenuhnya,” jelas peguam Rafizi, Ahmad Nizam Hamid.

Begitu pun, kegembiraan bekas Naib Presiden PKR dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu tentunya tidak dikongsi sepenuhnya oleh penyokong-penyokong beliau dalam PKR serta mereka yang rasa terhutang budi dengan banyak sumbangannya selama ini dalam usaha menumbangkan UMNO dan BN.

Rata-rata mereka rasa terkilan dan kecewa dengan keputusan yang dibuatnya beberapa hari lalu untuk bersara sepenuhnya daripada politik.

Kata mereka, keputusan itu adalah mengejutkan dan tidak sepatutnya diambil, lebih-lebih lagi dalam suasana politik semasa sekarang memperlihatkan keberadaan Rafizi dalam PKR khususnya, masih lagi diperlukan.

Rafizi selama ini banyak membuka mata masyarakat berhubung pendedahannya dalam kes NFC, Tabung Haji, 1MDB, Yapeim dan beberapa skandal yang lain.

Dalam semua pendedahannya itu, Rafizi telah berjaya mengemukakan fakta-fakta yang mengejutkan, sekaligus menyebabkan rakyat semakin sedar betapa bobroknya kerajaan yang ditadbir oleh BN dan perubahan mesti dilakukan.

Dalam PRU14 lalu pula, meskipun dilarang bertanding kerana dijatuhi hukuman di bawah Akta BAFIA kerana mendedahkan skandal NFC, Rafizi tetap bekerja keras berkempen ke seluruh negara bersama trak bergeraknya.

Harus diakui, melalui trak bergerak dan beberapa siri pendedahan skandal dalam BN itulah yang tidak harus dinafikan turut sama menyumbang kepada kemenangan PH dan seterusnya hari ini berjaya menjadi kerajaan.

Maka itu, meskipun sumbangan dan peranan Rafizi seolah-olah tidak dihagai oleh kerajaan PH hari ini, sebaliknya mereka yang pernah menolak Tun Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sebelum PRU14 lalu lebih diberikan laba jawatan dan kedudukan, beliau tidak seharusnya mudah mengalah, lemah dan patah semangat.

Dunia memang selalu begitu, kaca lebih menyerlah cahayanya berbanding permata.

Lagi pun, mereka yang masih menyokong dan menghargai sumbangannya tidak pernah sama sekali melupakannya.

Dengan usianya yang masih muda, Rafizi ada masa depan yang cerah di hadapannya, lebih daripada itu, berbanding ramai pemimpin dan menteri yang ada sekarang, negara lebih memerlukan kebolehannya berbanding mereka itu.

Oleh itu, Rafizi harus menilai kembali keputusan bersara yang dibuatnya itu agar dalam dia gembira kerana bebas dan lepas sepenuhnya, ramai yang lain juga dapat bergembira sama dengan sumbangan dan khidmat baktinya kepada masyarakat.

Tidak lama lagi, peranan beliau pasti akan lebih diperlukan dalam negara ini. (ShahbudinHusin 13/12/2019)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/negara-tetap-perlukan-rafizi-walaupun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asb Kegagalan Kerajaan Ph Tadbir Dan Urus Ekonomi Negara Tok Mat

Asb Kegagalan Kerajaan Ph Tadbir Dan Urus Ekonomi Negara Tok Mat

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 527 hits
Agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera yang rendah tahun ini dan dalam sejarah jelas membukti keadaan ekonomi negara amat teruk Pelabur dan pakar pakar ekonomi mengatakan bahawa ekonomi negara sedang dan telah merudum Keadaan ini mungkin...
Pau2019 Ph Terbukti Gagal Urus Ekonomi Negara Bukan Kerajaan Berjiwa Rakyat Dr Zahid

Pau2019 Ph Terbukti Gagal Urus Ekonomi Negara Bukan Kerajaan Berjiwa Rakyat Dr Zahid

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 473 hits
Kerajaan Pakatan Harapan tidak dapat menjamin masa depan yang gemilang bagi rakyat dan mungkin dapat memulihkan ekonomi negara dalam masa yang singkat berikutan kepincangan pentadbirannya Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berka...
Jom Makan Angin Sambil Cari Modal Berniaga Tak Ada Duit Hutang Kerajaan Pusat

Jom Makan Angin Sambil Cari Modal Berniaga Tak Ada Duit Hutang Kerajaan Pusat

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 443 hits
Oleh Miqdada ZakariaDapat duit Pinjaman dari kerajaan Pusat terus pergi makan angin Mudah gila bawa islam Lepas makan angin Makan angin Lepas makan angin Makan angin Lepas tu baru makan angin pulak Last sekali cukup bulan beranak Tu je la c...
Kerajaan Pakatan Harapan Tajaan Dap Takut Dedahkan Kebenaran Skandal Terowong Ghaib Legasi Lim Guan Eng

Kerajaan Pakatan Harapan Tajaan Dap Takut Dedahkan Kebenaran Skandal Terowong Ghaib Legasi Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 357 hits
Kenapa SPRM tak siasat skandal terowong ghaib peninggalan Lim Guan Eng Sebenarnya SPRM dah siasat pun Kalau tak percaya cuba google dan tengok kenyataan SPRM 9 bulan dahulu Ceritanya begini
Lebih Baik Dari Kerajaan Nabi Sulaiman

Lebih Baik Dari Kerajaan Nabi Sulaiman

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 302 hits
Satu kisah yang diceritakan oleh Imam al Qalyubi rahimahullah dalam karya beliau an Nawaadir pada kisah yang ke 194 di halaman 174 bahawa satu ketika Nabi Sulaiman bin Daud alaihimas salam lalu dengan tunggangannya di hadapan seorang pengge...
Wang Rm254 112 24 Dari Akaun Umno Sabah Kini Hak Kerajaan

Wang Rm254 112 24 Dari Akaun Umno Sabah Kini Hak Kerajaan

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 338 hits
Wang RM254 112 24 yang dibekukan daripada akaun bank milik Badan Perhubungan Umno Sabah yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad kini menjadi harta kerajaan Malaysia Keseluruhan jumlah wang yang ...
Sejarah Umat Islam Di Khianati Kerajaan Sepanyol

Sejarah Umat Islam Di Khianati Kerajaan Sepanyol

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 770 hits
Pada tahun 1482 berlaku satu perang antara Kerajaan Islam Sepanyol dan Ratu Isabella yang mengetuai pasukan tentera Perancis England dan Ireland Perang 10 tahun ini berakhir selepas Granada yang menjadi tanah terakhir umat Islam di Eropah d...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Happy Deepavali 2025

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Marjeena Cafe Parit Buntar

Sunyi Sepi Jam 2 00 Pagi Bahagia Klik Blog

Best Middle Eastern Braised Beef Recipe

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali