Nak Pergi Mana Cuti Sekolah Ni
Nak pergi mana cuti sekolah ni?
Aku ringkaskan, sesetengahnya sudah ditulis dalam ni.
1. Perlis
Pernah pergi Kuala Perlis ja sebab nak naik feri ke Langkawi 😀 tapi pernah lalu di ladang kenaf. Pemandangn pagi di Perlis sangat cantik kalau tahu mana nak pergi.
Tasik Timah Tasoh.
2. Baling, Kedah
Bukan sebab MB dia Sanusi tapi Baling memang cantik. Ada hotel Bayu kalu hang suka duduk hotel, homestay tepi sawah pun ada, homestay menghadap Sungai Baling pun ada, penginapan di Kolam Air Panas Ulu Legong pun ada. Tu lagi ngam!
Bawa passport boleh masuk Betong masat masat teruih....pi Ayerweng time subuh sepie ka..
White water rafting di Sungai Sedim. Dah pernah tulis dah. Best giler! 45 minit dari Baling.
Dekat dengan pekan Baling ja ni.
3. Pulau Pinang
Tak dan nak tulis yang terbaharu tapi boleh berseronok di Bertam Resort. Tak duduk sana pun takpa tapi kalau stay di Bertam Resort lagi bagus, makan pun sedap. Hebat chef dia.
Naik basikal di bandar warisan dunia Georgetown satu kenangan manis seisi keluarga.
Pergilah ronda-ronda Balik Pulau sekali. Walaupun tidak lagi asli seperti dahulu tetapi masih laidback. Naik kuda pun boleh.
4. Ipoh, Perak
Boleh tengok bangunan lama tinggalan Inggeris seperti Stesen Keretapi Ipoh dan bangunan mahkamah.
Kita tak pernah tengok kapal korek kan? Jom ke Tanjung Tualang!
Boleh menikmati suasana damai di Taiping.
Makan makan...
5. Sekinchan, Selangor
Pemandangan sawah padi yang melaut. Sekichan mengeluarkan lebih banyak padi daripada Kedah Jelapang Padi iaitu lima kali setahun.
Lajak ke Sky Mirror di Kuala Selangor.
Makan makan dan bergambar di Homestay Banghuris yang banyak buluh tu.
6. Negeri Sembilan.
Berkelah dan bermalam di hutan simpan Kenaboi.
Yang gagah boleh hiking Gunung Berembun.
Bawa anak-anak bersukan di X Park Sendayan.
Sekadar bersantai boleh ke Muzium Seri Menanti, Galaeri Tuanku Jaafar, 'naik itik' di Taman Tasik Seremban.
7. Melaka
Macam macam ada...
8. Johor
Tanjung Piai- titik paling selatan semenanjung Malaysia.
Bawa anak-anak main di Legoland tapi aku rasa lebih seronok jika bermalam di Johor Bahru.
Melawat ladang nanas.
Berehat di Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Rawa di Mersing.
9. Pahang
Cameron Highland toksah pi lah time cuti sekolah, buang masa atas jalan je. Pergi Taman Negara lebih baik.
Naik Bukit Fraser ke...sejuk.
10. Terengganu
Semua pulau di Teregganu best.
Makan best.
Corak batik cantik dan pelbagai.
Aku tak suka Draw Bridge tu apooo tak berseni lansung.
11. Kelantan
Ramai suka pergi JJCM tapi aku tak minat. Manis.
Berkelah atau memanjat Gunung Stong. Wajib gunakan malim gunung ya. Pemandangan indah air terjun Jelawang tiada di tempat lain.
Berakit di sungai.
Menggua di geotapak Kompleks Gua Ikan di Dabong.
Mandi manda di air terjun Mawar di Jeli. Digelar juga air terjun pengantin sebab berpasangan. Air terjun pun berdua, ko je single eh tibahhhh...
12. Kota Kinabalu, Sabah
Sebenarnya di Kota Kinabalu biasanya je tapi ia base untuk ke sana sini. Dari Jesselton Point Ferry Terminal kita boleh ke Taman Negara Tuanku Abdul Rahman yang merangkumi lima buah pulau iaitu Pulau Gaya, Manukan, Sapi, Mamutik dan Sulug. Boleh pilih nak pergi semua atau sebahagian saja.
Nak pergi Pulau Labuan pun boleh naik feri dari jeti ni. Alang-alang dah ke KK kan, lajaklah ke Labuan satu malam.
Dua setengah jam dari Kota Kinabalu kita boleh sampai di Kundasang, kawasan pergunungan yang sejuk dan indah. Nak jalan-jalan ke semua tarikan pelancongan di sini perlukan dua malam baru puas.
13. Sarawak
Orang yang sukakan eko-pelancongan dan budaya wajib ke Sarawak.
Nak tengok orang utan pun ada di Kuching, tak jauh dari lapangan terbang (tapi nasiblah, kadang nate tu tak mau keluar pula).
Caving di Mulu National Park, Gua Niah dan lain-lain. Sarawak takde bangunan gah kecuali bangunan Dewan Undangan Negeri yang ikonik di Kuching tu tapi masuk je hutan akan jumpa pelancongan asing. Kita pun kena jadi seperti mereka menghargai hutan sendiri.
Banyak tempat yang pernah ditulis walau banyak lagi masih dalam otak hahah...sila gunakan butang "search" di atas sana.
Selamat bercuti!!
Malaysia is truly asia...
.
© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruggedmom.com/2023/08/nak-pergi-mana-cuti-sekolah-ni.html