Nak Minda Anak Kekal Cergas Fokus Boleh Buat Aktiviti Ini Di Rumah


Anak yang aktif melakukan aktiviti akan merangsang mindanya menjadi cerdas dan fokus. Dengan aktiviti ini ia mendidik anak-anak ini berfikir dan menyelesaikan masalah. Tidak dinafikan, kanak-kanak pada usia lima dan enam tahun telah sedia aktif.
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)

Namun dengan teknologi dan gajet yang ada pada hari ini, mereka mungkin tidak seaktif yang disangka. Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk memberi motivasi kepada anak-anak?
Untuk memastikan masa aktif si kecil menyeronokkan, kenal pasti apa aktiviti terbaik untuk kumpulan umur anak anda dan beri keutamaan untuk sesuatu yang menggembirakan.

Fahami kemahiran yang ada pada anak anda juga boleh menjadi kunci untuk mengekalkan keseronokan sesuatu aktiviti. Melambung bola bersama atau bermain sepak bola mungkin menjadi kemahiran yang terpendam dalam diri si kecil. Biarkan dia mengasah bakatnya itu dengan bermain bersama-sama. Bukan mereka sahaja yang mengeluarkan peluh, malah anda juga boleh kekal sihat dengan aktiviti sebegini.
Aktiviti luar
Jangan biarkan anak anda terperap di rumah dengan gajet di tangan atau menonton televisyen seharian di rumah sahaja. Permainan dan peralatan tidak perlu mewah. Kanak-kanak menikmati permainan yang mudah seperti menangkap dan membaling; bermain dengan raket plastik dan bola; menari dan jatuh serta bangun sendiri.
Kanak-kanak prasekolah melatih kemahiran seperti melompat, mengimbangi pada satu kaki, membaling dan menangkap bola; mengayuh basikal roda tiga dan bermain tali skipping yang mana kebaikan itu akan dimanfaatkan untuk kegunaan pada masa kini dan juga masa hadapan.
Apabila kanak-kanak belajar kemahiran asas tersebut, ia membina keyakinan dan besar kemungkinan mereka akan terus aktif secara fizikal sehingga dewasa. Sebuah organisasi sukan dan pendidikan fizikal menyarankan kanak-kanak prasekolah mendapat sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal berstruktur (dibimbing oleh orang dewasa) sehari.
Masa lapang
Berikan sedikit kebebasan untuk anak anda juga boleh memberi motivasi kepada kanak-kanak prasekolah menjadi aktif. Walaupun beberapa aktiviti fizikal hendaklah distrukturkan dan dipimpin oleh ibu bapa atau penjaga, mereka juga perlu mendapat sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal bebas setiap hari.
Menggalakkan bermain aktif yang bebas, bermaksud membiarkan anak-anak memilih aktiviti dan membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan. Sudah tentu semuanya dalam persekitaran yang selamat dan diselia. Ini termasuk meneroka laman belakang rumah, berkebun, berjalan di sekitar taman permainan atau bermain dengan anak patung di dalam rumah.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik. Kanak-kanak sentiasa memerhatikan gerak geri anda, maka jadilah contoh yang baik dengan bersenam secara teratur. Anak akan jadikan anda sebagai panduan dan akan mengikut apa yang anda buat secara semula jadi.
Cara lain galak aktiviti fizikal
Hadkan masa menonton televisyen dan bermain dengan gajet. Dengan cara ini, anak-anak akan mencari satu aktiviti lain yang lebih bermanfaat. Tidak salah untuk dedahkan kepada mereka dengan teknologi masa kini, namun anda perlu pastikan aplikasi dan permainan atau tontonan sesuai dengan usia.
Pastikan ia menyeronokkan. Membantu mencari aktiviti anak anda suka dan kemudian menawarkan banyak peluang untuk dinikmati oleh mereka tentu mengujakan. Bermain sorok-sorok atau mengejar mereka di sekitar rumah pastinya menimbulkan keterujaan. Atau anda juga boleh menunggang basikal bersama di taman pasti eratkan lagi hubungan dengan anak-anak.
Menyelia rapat kebolehan fizikal anak-anak seperti memanjat ke puncak gelongsor di taman permainan atau bergayut di palang yang ada mungkin melebihi keupayaan mereka untuk menilai apa yang selamat dan apa yang berbahaya. Begitu juga, mereka tidak tahu bila masanya untuk berehat pada hari yang panas. Cara ini sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak berseronok di luar sambil memastikan mereka dalam keadaan selamat. Jangan lupa minuman, snek berkhasiat dan pelindung matahari juga ya!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
The post Nak Minda Anak Kekal Cergas & Fokus Boleh Buat Aktiviti Ini Di Rumah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-minda-anak-kekal-cergas-fokus-boleh-buat-aktiviti-ini-di-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Tahu Cara Terbaik Untuk Mengajar Anak Anda Menghafal Sifir Dengan Lebih Berkesan Di Rumah

Nak Tahu Cara Terbaik Untuk Mengajar Anak Anda Menghafal Sifir Dengan Lebih Berkesan Di Rumah

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 398 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kini anda mampu mendorong anak anda untuk menghafal sifir SERTA menguasai Matematik dengan lebih mudah tanpa sebarang paksaan Mengajar anak anda menghafal sifir di rumah merupakan satu tugasan yang sangat...
Kandungan Wawa Dah Nak Masuk 7 Bulan Kalau Boleh Aeril Nak Cukupkan 5 Anak

Kandungan Wawa Dah Nak Masuk 7 Bulan Kalau Boleh Aeril Nak Cukupkan 5 Anak

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 286 hits
Pelakon yang juga suami kepada Wawa Zainal Aeril Zafrel berkongsi berita gembira mengenai kehamilan keempat isterinya setelah peminat membuat teka teki Ini berikutan satu gambar yang dikongsikan ketika sambutan hari lahir anak sulungnya bar...
Ibu Menyusu Nak Anak Lebih Bijak Boleh Amalkan Pemakanan Ini

Ibu Menyusu Nak Anak Lebih Bijak Boleh Amalkan Pemakanan Ini

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 258 hits
Sebarang makanan untuk ibu menyusui adalah amat penting terutama dalam tempoh dua hingga tiga minggu terawal Inilah waktunya tubuh anda mula menghasilkan susu ibu dan anda perlu mengamalkan pengambilan vitamin untuk ibu menyusu Hal ini kera...
Nak Suap Apa Apa Pada Anak Orang Minta Izin Dulu Hormati Pendirian Si Ibu

Nak Suap Apa Apa Pada Anak Orang Minta Izin Dulu Hormati Pendirian Si Ibu

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 411 hits
JANGAN SUAP Ehhh buat apa tu hentikan tangan anda di situ dan JANGAN SUAP bayi dengan makanan yang tinggi garam dan gula Setiap hari ada sahaja keluh kesah ibu ibu yang memperjuangkan makanan sihat untuk anak tetapi sayangnya perjuangan ibu...
Vaksin Pfizer Boleh Digunakan Anak 12 17 Tahun

Vaksin Pfizer Boleh Digunakan Anak 12 17 Tahun

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 235 hits
Dalam surat disebutkan bahwa vaksin Covid 19 Comirnaty dapat diberikan pada anak kelompok usia 12 sampai 17 tahun dengan pemberian dua dosis yaitu 0 3 ml secara intramuskular dalam interval waktu minimal 21 hari
Bosan Duduk Rumah Ketika Pkp Jom Main Game Percuma Dengan Anak Anak Di Plays Org

Bosan Duduk Rumah Ketika Pkp Jom Main Game Percuma Dengan Anak Anak Di Plays Org

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 434 hits
Mesti ramai yang stress dengan PKP kan Nak rentas daerah tak boleh apatah lagi nak rentas negeri Aku sendiri dah hampir setahun tak balik kampung kerana pandemik Covid 19 ni Rindu kat mak ayah di kampung memang tak terkata Tapi nak buat mac...
Anak Perhati Je Tingkah Laku Kita Semua Dia Nampak Nak Ambil Tahu Jaga Pandangan Mata Anak

Anak Perhati Je Tingkah Laku Kita Semua Dia Nampak Nak Ambil Tahu Jaga Pandangan Mata Anak

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 304 hits
Jangan difikirkan anak kecil kita tidak tahu apa apa Ketika menonton televisyen misalnya jika ada aksi yang kurang senang dan tidak sepatutnya dilihat anak beritahulah mereka Elakkan pandangan mata anak anak kita Bukan di televisyen sahaja ...
Idea Tip Ibu Ni Ajar Anak Anak Mengaji Memang Terbaik Mula Mula Nak Rebut Sticker Lama Lama Anak Teruja

Idea Tip Ibu Ni Ajar Anak Anak Mengaji Memang Terbaik Mula Mula Nak Rebut Sticker Lama Lama Anak Teruja

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 475 hits
Bila diajak untuk sama sama mengaji anak mulalah buat alasan Penat mengantuk dan sebagainya sudah menjadi alasan biasa dari mulut anak anak kecil kita Jangan putus asa sebaliknya kuatkan hati untuk terus membimbing anak kita Idea ibu ini ya...
Sayang Jangan Tutup Kilang Dulu Ya Wawa Zainal Hamil Anak Keempat Aeril Zafrel Nak Cukupkan 5

Sayang Jangan Tutup Kilang Dulu Ya Wawa Zainal Hamil Anak Keempat Aeril Zafrel Nak Cukupkan 5

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 402 hits
Tahniah Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bakal timang anak keempat tak lama lagi Tahniah Wawa kini hamil enam bulan TIDAK mahu terus membuatkan netizen berteka teki pelakon Aeril Zafrel mengesahkan isterinya Wawa Zainal kini hamil anak keempat ...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law

Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar