Anak Kalau Menangis Je Cari Ibu Ayah Pun Sebenarnya Ada Peranan Ini 4 Tip Pakar Kongsi Nak Anak Lebih Rapat Dengan Ayah


Anak-anak kalau menangis atau sakit majoritinya akan mencari ibu untuk menenangkan mereka. Namun itu tak bermakna ayah tidak mempunyai kepentingan dalam mendapatkan kasih sayang dan juga menguruskan anak-anak.
Perkongsian yang dibuat oleh Puan Usawatun Hasanah, Konsultan Tangisan & Tidur Bayi Malaysia merungkai kenapa anak-anak lebih selesa dengan ibu berbanding para ayah. Dalam perkongsian tersebut juga Puan Uswatun memberikan tip untuk ayah turut melibatkan diri dalam urusan anak-anak sebagai usaha untuk hubungan yang lebih rapat dengan si kecil tersayang.

Ikuti perkongsian Puan Uswatun:
Persoalan pertama yang perlu di rungkai :
Kenapa majoriti anak lebih suka ibu berbanding ayah?
Anak telah hidup di dalam badan ibu selama 9 bulan. Ibu adalah individu paling anak kenal walau sebelum di lahirkan. Anak seawal 1 hari sudah boleh memaling muka ke arah span yang di rendam dengan susu ibu walau tidak pernah merasai susu ibu. Malah, boleh merangkak mencari kedudukan susu ibu bila di tiarapkan di atas badan ibu.
Hubungan bonding ibu-anak ini di lanjutkan dengan aktiviti breastfeeding. Ramai ibu BF menjadikan dada mereka bukan sahaja sebagai ‘tempat makan’ tetapi juga sebagai 1 stop center: makan, tempat bertenang, tempat tidur. Itulah kelebihan ibu.
Majoriti para ibu adalah pihak utama yang menguruskan kebajikan dan keperluan anak. Mereka menghabiskan lebih banyak masa bersama anak berbanding para bapa yang keluar mencari nafkah.
Kedua-dua sebab di atas bukanlah begitu pelik. Sifir mudahnya: anak lebih terikat dengan individu yang lebih terlibat langsung dalam hidup mereka: pandang, sentuh, bau dan dengar.

Maka, atas sebab yang sama, kita juga boleh melihat senario:
– Anak angkat yang sayangkan ibu angkat walau tidak di kandung dan di lahirkan oleh ibu angkatnya.
-Anak yang lebih rapat dengan nenek yang menjaganya berbanding ibu kandung yang pulang setiap hujung minggu akibat jarak tempat kerja.
-Anak yang terlebih manja dengan bibik.
Berbalik kepada topik asal, walaupun alasan di sebalik isu ini dapat di fahami, ia tetap buat sebahagian ayah rasa sedih, kurang yakin diri malah terpinggir dari anak. Dalam masa yang sama, ia buat si ibu mula stress dan penat bila perlu buat serba-serbi !
Berikut ialah 4 tips mudah untuk atasi hal ini.
Biarkan Ayah Turun Padang Hanya kerana ibu yang mengandungkan dan melahirkan anak, TIDAK bermakna ibu lebih tahu dan lebih berhak daripada ayah. Kata kuncinya: AYAH BUKAN PEMBANTU IBU. AYAH HARUS BERADA SAMA ARAS DENGAN IBU DALAM BAB PENJAGAAN ANAK.
Misalnya: Ibu susukan anak, ayah pula tenangkan dan tidurkan anak yang dah kenyang.
Ibu siapkan air mandi dan baju anak, ayah pula mandikan dan siapkan anak. Ganti giliran ini dengan adil.
Ibu masak makanan anak, ayah pula suapkan anak. Juga, ganti giliran ini dengan adil.
Ingat: adil BUKAN bermaksud sama bahagi. Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Maka susunlah tugasan ikut kesesuaian tuntutan hidup masing-masing asalkan keseimbangan dapat di capai.
Saya pernah menulis artikel berdasarkan dokumentari Netflix mengenai bayi bagi kajian kasih sayang (love) dan pasukan saintis buktikan, anak manusia akan jatuh cinta dengan SESIAPA saja yang sering menyingsing lengan menguruskan hidupnya!  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3320053918038667&id=126226717421419
Anak kecil tidak ‘bias’ /double standard’ (berat sebelah), anak kecil tidak ‘racist’ dan anak kecil tidak menghukum

2. Ibu Usah Asyik Nak Selamatkan Anak dari Ayah !
Ini pun satu hal juga. Ramai ibu(atau kaum perempuan) sukar menahan diri dari segera ambil anak yang menangis dari si ayah (kaum lelaki). Paling bikin frust, bila si ayah masih kelihatan mahu mencuba mengawal situasi namun anaknya bagai ‘di rampas’ darinya 
Bukankah ayah si bayi itu adalah pasangan hidup kita yang kita letak kepercayaan untuk habiskan hidup bersamanya?
Bukankah ayah si bayi adalah bapa kandung bayi?
Jadi kenapa sebahagian ibu bertindak seolah – olah: ‘awak tak tau cara diamkan dia macam saya’, ‘awak tak faham dia macam saya faham dia’, ‘awak tak pandai layan dia’…?
Seperti yang telah di nyatakan pada awal artikel, majoriti kaum ayah kurang dapat luangkan masa urus anak akibat tanggungjawab mencari nafkah dan ketiadaan payudara wanita sebagai 1 stop center: makan + tenang + tidur.
Maka tak hairan jika sebahagian bapa kurang skil. OLEH ITU, berilah masa untuk si ayah cuba kendalikan situasi dan cuba cari jalan untuk faham anak dan beli hati anak tak kisahlah berapa kuat anak menangis memanggil si ibu. Jika setiap kali anak BARU mula menjerit ibu dah datang selamatkan, bilakah ayah ada peluang untuk kawal anak ?
Jangan Amalkan Kritik Ayah Depan Anak (teraplikasi juga pada kenyataan: Jangan Amalkan Kritik Pasangan Depan Anak) ” Salah ni cara awak ikat rambut anak kita ni..”
” Bukan macam tu la cara bancuh susu dia! Letak la air dulu baru letak susu..”
” Dia tak suka minum terus dari cawan lah. Bagi la straw kat dia macam saya selalu buat..”
” Tu bukan baju untuk pakai kat rumah la. Tu baju pakai kalau nak gi jalan je. Bukak balik ! ”
” Awak tak basuh punggung dia guna air paip ke? Main lap dengan wet wipes je? ”
….dan senarai perbalahan isu remeh temeh berterusan. Hal yang kecil ini jadi besar kerana ia berlaku hampir setiap hari dan anak menyaksikan setiap satu darinya. Ini bukan saja buat anak keliru malah mengukuhkan idea bahawa salah seorang dari ibu/ayahnya memang kurang boleh di harapkan.
Soal ‘who get the job done’ itu lebih utama dari ‘who did a better job’ selama mana ia tiada merisikokan isu keselamatan, kesihatan dan kebajikan anak.
Parenting yang sempurna ialah bila dua orang manusia yang tidak sempurna berusaha sebagai satu pasukan untuk menjayakannya.
Peruntukan ‘Me Time’ Antara Ayah – Anak Sibuk bukan alasan. Bagi anak kecil: kualiti itu lebih besar dari kuantiti. Jika ayah hanya ada masa untuk melayan anak di awal pagi sebelum bergerak ke tempat kerja, maka jadikan waktu awal pagi, setiap hari sebagai masa istimewa ayah -anak. Peruntukan masa itu untuk benar- benar fokus dengan anak.
Jika ada mana-mana ibubapa berfikir berada bersama anak dari pagi hingga ke petang itu sudah memenuhi maksud meluangkan masa berkualiti dengan anak, mereka SILAP BESAR.
Berapa ramai dari kita yang benar-benar enjoy menguruskan anak? Yang benar-benar ambil masa: ‘be in the moment’ bila bersama anak?
Misalnya: Adakah kita rasa terpaksa bila kena main bersama anak? Jasad ada di depan anak namun riak muka, bahasa badan, intonasi suara dan fikiran sibuk memikir untuk segera pergi menguruskan hal lain? Rasa malas betul nak melayan permintaan anak yang mahu ke taman permainan. Jika anak bermain pun, si ibu atau ayah sibuk melayan telifon di tepi taman berbanding bermain bersama anak.
Adakah kita sering nak cepat-cepat bila memakaikan baju anak sepertinya ia cuma satu tugasan yang perlu di siapkan supaya kita dapat beralih ke tugasan lain? Kita marah-marah anak yang tak reti duduk diam untuk memakai lampin. Kita tak puji cantiknya rambut kerinting anak yang kita bantu sikatkan. Kita tak pandang mata anak dan puji betapa comelnya dia sambil membutang bajunya.
Tahukah anda menghabiskan masa bersama individu yang ‘tidak ada rasa’ untuk duduk bersama-sama dengan anak, sudah cukup untuk menaikkan kadar stress anak kecil seawal beberapa minit?

Anda pernah dengar tentang ‘still face experiment’? Ia satu eksperimen popular yang pertama kali dijalankan pada tahun 70an oleh seorang infant developmental psychologist, Dr Edward Tronick, yang membuktikan anak kecil sangat sensitif mengesan respon beremosi (emotional) VS respon tanpa emosi (non-emotional) yang dia dapatkan dari penjaganya.
Anak akan segera menjerit, menangis, bertantrum dan ‘buat perangai’ untuk menarik perhatian penjaga yang dia rasa ‘tidak berminat’ /tak beremosi bila bersamanya. Inilah antara asas kepada hakikat: anak yang bertantrum **salah satunya** akibat anak ingin menagih perhatian dan merasa tidak puas emosinya.
Sumber: Baby Language
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

The post Anak Kalau Menangis Je Cari Ibu, Ayah Pun Sebenarnya Ada Peranan. Ini 4 Tip Pakar Kongsi Nak Anak Lebih Rapat Dengan Ayah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-kalau-menangis-je-cari-ibu-ayah-pun-sebenarnya-ada-peranan-ini-4-tip-pakar-kongsi-nak-anak-lebih-rapat-dengan-ayah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Hiraukan Anak Menangis Rupanya Boleh Memudaratkan Therapist Kongsi Puncanya Cara Bagaimana Mak Ayah Nak Buat

Tak Hiraukan Anak Menangis Rupanya Boleh Memudaratkan Therapist Kongsi Puncanya Cara Bagaimana Mak Ayah Nak Buat

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 427 hits
Anak menangis disebabkan pelbagai punca Adakah anda pernah mengabaikan tangisan bayi anda Ikuti perkongsian juruterapi ini Sebenarnya tangisan bayi dan kanak kanak sama sekali tidak boleh diabaikan ibu ayah mesti disiasat puncanya Menurut s...
Rasa Jantung Nak Pecah Dua Minggu Tahan Rindu Shakilla Khoriri Menangis Jumpa Anak

Rasa Jantung Nak Pecah Dua Minggu Tahan Rindu Shakilla Khoriri Menangis Jumpa Anak

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 707 hits
Lumrah hidup sebagai ibu kalau boleh memang sentiasa nak bersama dengan anak anak Namun buat para ibu yang bekerja ada masanya mereka terpaksa memendam rindu dan akur dengan tuntutan kerja Begitulah yang berlaku kepada pelakon Shakilla Khor...
Pesan Pada Anak Kurangkan Perkongsian Perlatan Peribadi Di Sekolah Ibu Ayah Kena Pesan Bahaya Covid 19

Pesan Pada Anak Kurangkan Perkongsian Perlatan Peribadi Di Sekolah Ibu Ayah Kena Pesan Bahaya Covid 19

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 321 hits
Virus COVID 19 tidak mengenal sama ada usia darjat mahupun status seseorang di dalam masyarakat Di Malaysia selain daripada warga emas golongan kanak kanak merupakan antara golongan yang berisiko untuk dijangkiti wabak COVID 19 Memang benar...
Kalau Tak Ambil Lebih Kalsium Ibu Menyusu Boleh Hadapi Risiko Tulang Rapuh Ini Saranan Pakar Laktasi

Kalau Tak Ambil Lebih Kalsium Ibu Menyusu Boleh Hadapi Risiko Tulang Rapuh Ini Saranan Pakar Laktasi

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 375 hits
Ibu yang menyusukan anak ada yang khuatir dan gusar kerana kurang pasti tentang fakta ini Risiko tulang rapuh pada masa hadapan setelah menyusukan anak bertahun tahun adalah antara mitos yang perlu diperbetulkan dalam masyarakat Ada ibu yan...
Tak Perlu Gajet Bijak Pilih Mainan Pun Anak Boleh Duduk Diam Pakar Kongsikan 5 Tip

Tak Perlu Gajet Bijak Pilih Mainan Pun Anak Boleh Duduk Diam Pakar Kongsikan 5 Tip

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 400 hits
Pening juga dibuatnya bila mana anak tidak mahu duduk diam Paling lama anak mampu bertahan hanya 15 minit sahaja dalam satu tempoh Gajetnya jalan paling mudah yang boleh dilakukan oleh mak ayah untuk memujuk anak kekal berada di tempatnya k...
Macam Mana Tak Nak Garang Dengan Anak Pegang 3 Tip Ni Insya Allah Tenang

Macam Mana Tak Nak Garang Dengan Anak Pegang 3 Tip Ni Insya Allah Tenang

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 581 hits
Ramai ibu bapa yang bertanya macam mana tak nak jadi ibu bapa yang garang pada anak Walaupun dah cuba kawal tapi akhirnya terpaksa meletup juga bila tahap kesabaran itu hilang Ada sesetengah tu cakap kalau tak garang perangai anak lagi menj...
Kalau Tak Nak Perkembangan Anak Terbantut Mak Ayah Kena Buang Jauh Jauh 3 Sifat Toksik Ni

Kalau Tak Nak Perkembangan Anak Terbantut Mak Ayah Kena Buang Jauh Jauh 3 Sifat Toksik Ni

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 431 hits
Membesarkan anak anak memang bukan satu tugas yang mudah ibu dan ayah menjadi cermin untuk anak anak dalam mengukir keperibadian mereka Malah sifat yang ada pada ibu bapa juga jika menjadi toksik dalam kehidupan anak anak boleh menyebabkan ...
Anak Usia 3 4 Tahun Kuat Tantrum Suka Tipu Tipu Ini Cara Guru Kongsi Nak Elak Jadi Habit

Anak Usia 3 4 Tahun Kuat Tantrum Suka Tipu Tipu Ini Cara Guru Kongsi Nak Elak Jadi Habit

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 387 hits
Kanak kanak berumur 3 hingga 4 tahun memang selalu uji kesabaran ibu ayah Tantrum tabiat menipu sering kali menjadi tabiat Guru ini kongsi cara untuk mengelakkan ia daripada menjadi kebiasaan atau habit Pengasas TFA playschool berkongsi ten...
Terasa Hiba Bercampur Happy Dah Nak Jadi Suami Orang Anak Ibu Ni Jasmin Hamid

Terasa Hiba Bercampur Happy Dah Nak Jadi Suami Orang Anak Ibu Ni Jasmin Hamid

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 829 hits
Terasa hiba bercampur happy sebab tak lama lagi anak lelaki sulong saya akan tamatkan zaman bujangnya Semoga Allah permudahkan segala urusanmu dan menjadi khalifah yang terbaik untuk bidadari mus son source
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online