Tak Mampu Nak Besarkan Anak Wanita Tinggalkan Bayi Baru Lahir Di Kaki Lima


Seorang bayi yang baru lahir telah dilaporkan ditemui ditinggalkan di sebuah kaki lima di China selepas ibunya yang berusia 19 tahun menyatakan bahawa dia belum berkahwin dan tidak mampu membesarkan anaknya itu, lapor Daily Mail.
Bayi yang berada dalam keadaan tanpa seurat benang itu telah ditemui dibungkus di dalam sebuah beg plastik hitam oleh seorang pejalan kaki yang terdengar suara bayi menangis di wilayah timur China, Zhejiang.
Bayi yang berusia sekitar dua hari itu telah dibawa ke hospital tempatan untuk pemeriksaan, kata polis.

Ibu kepada bayi itu dilaporkan telah ditahan pihak polis kerana disyaki membuang bayi berkenaan. Bayi tersebut kini dipercayai sedang dijaga oleh ahli keluarga wanita terbabit.
Bayi perempuan tersebut telah ditemui oleh seorang penduduk setempat yang dikenali dengan nama Luo, di bandar Zhuji pada 16 Ogos lalu.
Menurut media tempatan, ketika Luo sedang berjalan menuju ke sebuah kilang tempatnya bekerja, dia secara tiba-tiba telah terdengar suara tangisan bayi.
Ketika menghampiri suara tangisan tersebut, dia telah terkejut apabila mendapati bahawa terdapat seorang bayi yang sedang berada dalam keadaan telanjang dibungkus di dalam beg plastik hitam bersama dengan beberapa helai pakaian di tepi jalan.

Sejurus selepas itu, pihak polis terus dipanggil ke tempat kejadian dan kemudiannya membawa bayi tersebut ke hospital tempatan untuk melakukan pemeriksaan lanjut.
Doktor menyatakan bahawa bayi itu berada dalam keadaan sihat dan baru dilahirkan kurang 72 jam yang lalu.

Semasa siasatan dijalankan, pegawai polis telah berjaya mengenal pasti ibu kepada bayi berkenaan menerusi rakaman kamera CCTV.
Susulan daripada itu, wanita tersebut telah mengakui perbuatannya itu selepas pihak berkuasa berjumpa di tempat kerjanya.
Difahamkan, Pekerja migran yang berusia 19 tahun itu telah berpindah ke bandar timur China dari tengah China untuk mencari pekerjaan tahun lalu.

Sebelum meninggalkan kampung halamannya, wanita terbabit dilaporkan telah berpisah dengan teman lelakinya. Namun selepas dari itu, wanita berkenaan baru mendapat tahu bahawa dia sedang menjangkakan kelahiran bayinya tidak lama setelah dia tiba di Zhuji.
Bimbang dengan reaksi keluarga dan rakan-rakannya terhadap dirinya yang belum berkahwin dan hamil, wanita tersebut telah bertindak menyembunyikan berkenaan perkara itu. Dia juga turut dilaporkan memakai pakaian yang bersaiz besar ke tempat kerja untuk mengelakkan daripada diketahui rakan-rakannya.
Pada 15 Ogos, air ketuban wanita tersebut tiba-tiba pecah semasa dia sedang bekerja di tempat kerjanya. Dia kemudiannya telah meminta bosnya untuk cuti dan bergegas balik ke flat sewaannya.
Ibu muda itu akhirnya melahirkan anak perempuannya itu di rumah. Dia bahkan memotong tali pusat tersebut dengan menggunakan pisau lipat yang terdapat di rumahnya sendiri.
Susulan daripada itu, wanita berkenaan telah memutuskan untuk meninggalkan bayi terbabit kerana dia tidak mampu untuk membesarkan anak itu sendirian. Dia kemudiannya telah bertindak membungkus bayi yang baru lahir itu di dalam beg plastik dan membuangnya di kaki lima selepas beberapa jam bersalin.

Bekas teman lelaki wanita berkenaan dilaporkan enggan menjaga bayi tersebut berikutan kejadian itu. Keluarganya telah pergi ke Zhuji untuk menyelesaikan perkara itu dan menjaga bayi perempuan terbabit, menurut laporan.
Wanita tersebut kini telah ditahan oleh pihak polis selepas dia disyaki meninggalkan bayi berkenaan, kata pihak berkuasa. Siasatan lanjut sedang dijalankan.
Sumber: Daily Mail
The post “Tak Mampu Nak Besarkan Anak”, Wanita Tinggalkan Bayi Baru Lahir Di Kaki Lima appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/tak-mampu-nak-besarkan-anak-wanita-tinggalkan-bayi-baru-lahir-di-kaki-lima/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Baru Lahir Di Probolinggo Terkonfirmasi Positif Covid 19

Bayi Baru Lahir Di Probolinggo Terkonfirmasi Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 247 hits
Menurutnya sebanyak sembilan orang terkonfirmasi positif Covid 19 itu masuk ke dalam Klaster Pelangi karena penularannya terjadi secara horizontal dan tidak jelas sumbernya dari mana
Tiba Di Sekatan Jalan Raya Bayi Nak Keluar Suami Jadi Bidan Sambut Anak

Tiba Di Sekatan Jalan Raya Bayi Nak Keluar Suami Jadi Bidan Sambut Anak

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 411 hits
Orang kata pengalaman bersalin setiap anak lain lain Ada yang mudah ada yang ambil masa lama Tapi semua itu menjadi kenangan buat seorang ibu dan juga ayah melihat bagaimana kuatnya isteri melalui cabaran itu Perkongsian dari seorang suami ...
Berawal Suara Tangisan Warga Temukan Bayi Baru Lahir Di Semak Semak

Berawal Suara Tangisan Warga Temukan Bayi Baru Lahir Di Semak Semak

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 233 hits
Bayi diduga baru lahir ditemukan disemak semak pada Senin malam Penemuan ini membuat geger warga Kampung Rawa Rotan Desa Babakan Asem Kecamatan Teluknaga Kabupaten Tangerang Kapolsek Teluknaga Polres Metro Tangerang Kota AKP Dodi Abdul Rach...
Hiburan Susah Kejap Kejap Periksa Cctv Sayang Tinggalkan Anak Punca Zizie Izette Sukar Nak Berlakon Kembali

Hiburan Susah Kejap Kejap Periksa Cctv Sayang Tinggalkan Anak Punca Zizie Izette Sukar Nak Berlakon Kembali

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 257 hits
Mendedahkan dirinya kini sudah mula keluar bekerja dan sering pulang rumah lewat pelakon Datin Zizie Izette memaklumkan pengalaman meninggalkan anak untuk keluar bekerja adalah perkara yang paling berat buatnya Menurut Zizie hasratnya yang ...
Obses Nak Anak Wanita Sanggup Belah Perut Kawan Yang Sedang Hamil Dan Larikan Bayinya

Obses Nak Anak Wanita Sanggup Belah Perut Kawan Yang Sedang Hamil Dan Larikan Bayinya

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 484 hits
Seorang wanita dari negara Brazil yang sedang sarat hamil 9 bulan ditemui maut dalam keadaan yang sangat tragis Perutnya telah dibelah dengan kejam oleh rakan sekolah semasa majlis baby shower yang dianjurkan mereka Perut dibelahMenerusi la...
Konon Nak Wangi Lepas Mandi Rupanya Bahaya Henti Sapu Bedak Pada Anak

Konon Nak Wangi Lepas Mandi Rupanya Bahaya Henti Sapu Bedak Pada Anak

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 403 hits
Barulah nampak macam mandi kalau pakai bedak Ayat ayat sebegini sudah sebati dalam masyarakat kita Bukan hanya pada muka bahkan bedak ini juga turut disapu pada seluruh anggota badan Tabiat menyapu bedak pada badan dan muka bayi ini sebenar...
Dunia Baru Je Nak Elok Video Viral Netizen Beng4ng Lepas Tengok Tindakan Resort Buang Air Kot0r Ke Dalam Laut

Dunia Baru Je Nak Elok Video Viral Netizen Beng4ng Lepas Tengok Tindakan Resort Buang Air Kot0r Ke Dalam Laut

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 357 hits
Semenjak dunia diser4ng pandemik COV1D 19 bumi dikatakan hampir pulih daripada pencemaran udara air dan alam sekitar Salah satu contoh ketara adalah sungai di Melaka ramai yang nampak perubahan yang berlaku Tapi sayang sikap menjaga alam se...
Nak Selamatkan Warga Emas Pengsan Tapi Dikecam Letak Bayi Atas Lantai

Nak Selamatkan Warga Emas Pengsan Tapi Dikecam Letak Bayi Atas Lantai

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 315 hits
Niat baik wanita cuba menyelamatkan warga emas yang pengsan di dalam sebuah lif sebaliknya menerima kecaman warganet selepas meletakkan bayinya di atas lantai Lapor People s Daily China seperti dipetik Sinar Harian rakaman kamera litar tert...
Tak Hiraukan Anak Menangis Rupanya Boleh Memudaratkan Therapist Kongsi Puncanya Cara Bagaimana Mak Ayah Nak Buat

Tak Hiraukan Anak Menangis Rupanya Boleh Memudaratkan Therapist Kongsi Puncanya Cara Bagaimana Mak Ayah Nak Buat

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 427 hits
Anak menangis disebabkan pelbagai punca Adakah anda pernah mengabaikan tangisan bayi anda Ikuti perkongsian juruterapi ini Sebenarnya tangisan bayi dan kanak kanak sama sekali tidak boleh diabaikan ibu ayah mesti disiasat puncanya Menurut s...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias