Nak Ayam Goreng Macam Dalam Tv Pernah Tak Anak Minta Macam Ni Kalau Pernah Mama Ayah Kena Buat Sesuatu


“Mmm… sedapnya ayam goreng tu… Ibu, tengah hari nanti Alia nak makan ayam goreng macam dalam TV tu ya..”.
“Ayah..nanti bila ayah pergi kedai, tolong belikan Adam keropok macam dalam TV tu ya..”.

Pernahkah anda mendengar ayat-ayat seperti di atas keluar daripada bibir mungil anak-anak anda? Jika pernah, ini bermakna anak anda telah berjaya dipengaruhi untuk membeli makanan yang diiklankan.
Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh membiarkan sahaja senario ini berlaku dan tidak mengendahkannya kerana kajian telah membuktikan bahawa pendedahan terhadap iklan makanan boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap kanak-kanak, terutama yang berumur di bawah 12 tahun. Kenapa? Kerana mereka masih mentah dan tidak mengetahui tujuan sebenar pengiklanan makanan.
Pengaruh iklan makanan terhadap kanak-kanak
Iklan makanan boleh mempengaruhi pengetahuan pemakanan kanak-kanak.
Kajian telah membuktikan bahawa kebanyakan iklan makanan yang disasarkan kepada kanak-kanak adalah terhadap makanan yang kurang berkhasiat serta tinggi kandungan tenaga lemak, gula dan/atau garam.
Oleh kerana makanan ini sering diiklankan, kanak-kanak menganggap bahawa makanan ini adalah makanan yang berkhasiat.
Tetapi sebenarnya makanan tersebut adalah kurang berkhasiat dan tidak membantu mereka mendapat khasiat yang secukupnya untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal.
Pengaruh iklan makanan terhadap pemilihan makanan kanak-kanak
Pengiklan makanan menggunakan pelbagai teknik kreatif bagi menarik minat kanak-kanak terhadap makanan yang diiklankan, dalam usaha “memujuk” penonton untuk memilih makanan tersebut.
Teknik kreatif yang digunakan termasuk penggunaan watak kartun, watak “hero” yang gagah, lawak jenaka, suasana yang ceria dan muzik yang menggembirakan.
Kajian menunjukkan bahawa teknik-teknik kreatif yang digunakan ini berjaya “memujuk” kanak-kanak memilih makanan yang diiklankan ataupun meminta ibu bapa mereka membeli makanan tersebut.
Semakin terdedah seseorang kanak-kanak terhadap iklan makanan, semakin mudah mereka terpengaruh dengan “pujukan” iklan makanan tersebut.
Pengaruh iklan makanan terhadap pengambilan makanan kanak-kanak
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menonton televisyen lebih dari 2 jam sehari akan terdedah kepada 56 hingga 126 iklan makanan dalam tempoh seminggu.
Kanak-kanak yang menonton televisyen lebih dari 2 jam sehari ini didapati mengambil lebih banyak makanan segera, minuman manis dan snek yang manis ataupun masin, berbanding
kanak-kanak yang tidak menonton televisyen.
Kajian juga menunjukkan bahawa semakin banyak seseorang kanak-kanak itu terdedah kepada iklan makanan, semakin tinggi pengambilan tenaga (kalori) mereka.
Kanak-kanak yang terdedah kepada iklan makanan akan mengambil 45% lebih tenaga berbanding kanak-kanak yang tidak terdedah kepada iklan makanan.
Kajian yang lain pula menunjukkan bahawa diet yang mengandungi makanan yang diiklankan boleh membekalkan gula dan lemak yang melebihi saranan pengambilan (melebihi 100%), iaitu 2560% bagi gula dan 2080% bagi lemak.
Diet ini juga TIDAK boleh membekalkan buah-buahan, sayur-sayuran dan susu yang mencukupi, iaitu hanya 27% bagi buah-buahan, 40% bagi sayur-sayuran dan 32% bagi susu.
Dalam masa yang sama, diet ini TIDAK dapat membekalkan serat, vitamin A dan E, zat besi, kalsium dan potasium yang mencukupi untuk kanak-kanak.
Kajian-kajian di atas menunjukkan bahawa iklan makanan boleh memberi kesan yang buruk terhadap pengambilan makanan kanak-kanak.
Amalan pemakanan yang tidak baik semasa kanak-kanak ini boleh berterusan sehingga mereka dewasa.
Oleh itu, ibu bapa perlu mengawal anak-anak daripada pendedahan yang berlebihan terhadap iklan makanan, terutama di televisyen. Ini kerana televisyen merupakan medium utama bagi pengiklanan makanan.
Pengaruh iklan makanan terhadap kesihatan kanak-kanak
Seperti yang dinyatakan di atas, kebanyakan makanan yang diklankan adalah makanan yang kurang berkhasiat dan tinggi kandungan tenaga, lemak, gula dan/atau garam.
Pengambilan makanan yang kurang berkhasiat serta tinggi kandungan tenaga, gula dan lemak secara berlebihan bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak kepada obesiti dan masalah-masalah kesihatan seperti kolesterol dan lemak darah yang tinggi semasa kanak-kanak, malah turut mendedahkan mereka kepada penyakit-penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes ketika dewasa.
Hasil satu kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menonton iklan makanan selama 14 minit akan mengambil makanan yang lebih sebanyak 8.8 gram.
Perkara ini dijangka akan menambahkan pengambilan kalori sebanyak 94 kcal sekiranya kanak-kanak ini menonton iklan selama 30 minit sehari, dan peningkatan berat badan yang tidak diingini sebanyak 5 kg setahun.
Iklan makanan sememangnya boleh memberi kesan yang tidak baik terhadap kesihatan kanak-kanak.
Masa untuk kanak-kanak menonton TV akan “mencuri” masa mereka bermain dan menjalankan aktiviti fizikal.
Aktiviti fizikal membakar kalori berlebihan yang boleh menjaga berat badan.
Pengambilan makanan kurang berkhasiat yang sering diiklankan di televisyen boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi gemuk, di samping mengalami masalah kekurangan zat makanan mikro seperti anemia atau kekurangan zat besi.
Tips memahami mesej dalam iklan
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, anda perlu memberi tunjuk ajar kepada anak-anak tentang bagaimana menilai sesuatu iklan makanan.
Mereka perlu mengetahui bahawa maklumat yang disampaikan dalam iklan makanan TIDAK SEMESTINYA BETUL kerana tujuan utama iklan adalah untuk menjual produk, bukannya memberi pendidikan.
Kaedah bagi menyampaikan tunjuk ajar ini perlulah bersesuaian dengan umur kanak-kanak.
Kanak-kanak yang berumur kurang dari 7 tahun kebiasaannya sukar untuk memahami iklan makanan.
Mereka akan menerima sahaja maklumat yang disampaikan melalui iklan dan beranggapan bahawa iklan adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menghiburkan serta mempercayai sepenuhnya maklumat yang disampaikan.
Oleh itu, pada peringkat umur ini, perkara terbaik untuk dilakukan adalah mengawal jumlah masa kanak-kanak menonton televisyen bagi mengurangkan pendedahan kepada iklan makanan.
Kanak-kanak yang berumur melebihi 7 tahun mempunyai fikiran yang lebih matang dan boleh memahami sedikit demi sedikit iklan makanan. Semakin meningkat usia mereka, kefahaman mereka terhadap iklan akan semakin meningkat.
Pada umur 8 hingga 10 tahun, kanak-kanak telah mempunyai keupayaan kognitif untuk memproses iklan. Walau bagaimanapun, kebiasaannya mereka tidak berbuat demikian.
Pada usia dalam lingkungan 11 hingga 12 tahun, kanak-kanak akan lebih memahami iklan makanan dan boleh diberi tunjuk ajar mengenai cara menonton iklan makanan secara bijak.
Ini kerana, walaupun kefahaman mereka terhadap iklan makanan telah meningkat, mereka masih boleh terpengaruh terutama terhadap penonjolan perkara-perkara yang menjadi tumpuan mereka seperti penampilan dan identiti diri, serta kecantikan atau kekuatan.
Ketika menonton iklan makanan, beri tunjuk ajar dan galakkan anak-anak anda bertanya soalan-soalan berikut untuk menimbulkan kesedaran mereka tentang tujuan sebenar iklan makanan :
Siapa yang mengarang mesej yang disampaikan dalam iklan ini?
Maklumkan kepada anak-anak yang mesej dalam sesuatu iklan dihasilkan oleh sekumpulan pakar dalam bidang ini, dan pengeluar makanan itu sendiri yang menentukan apakah mesej yang ingin disampaikan.
Oleh itu, mesej tentang kesihatan yang disampaikan tidak semestinya benar kerana tujuan utama iklan adalah untuk menjual produk.
Jenis mesej pula bergantung kepada golongan sasaran dan medium iklan yang digunakan. Ketika menonton iklan makanan, tunjukkan kepada anak-anak anda jenama produk dan syarikat yang mengeluarkan produk tersebut supaya mereka lebih memahami siapakah pengarang mesej itu.
Maklumkan juga anak-anak bahawa makanan yang selalu diiklankan adalah makanan yang kurang berkhasiat dan tinggi kandungan tenaga (kalori), lemak, gula dan/atau garam.
Pengambilan makanan ini boleh menjejaskan kesihatan mereka.
Sebagai tambahan, anda juga boleh memaklumkan anak-anak bahawa selain daripada pengaruh iklan makanan, menonton televisyen merupakan aktiviti yang sedentari (tidak aktif) dan tidak baik untuk kesihatan.
Berat badan mereka boleh bertambah disebabkan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan dan kemungkinan snek akan dimakan ketika menonton televisyen. Jadi, berbanding menonton televisyen, adalah lebih baik jika mereka dapat melakukan aktiviti fizikal seperti bermain bola, badminton atau berbasikal di luar rumah.
Apakah teknik kreatif yang digunakan untuk menarik minat saya?
Pengiklan makanan menggunakan pelbagai teknik yang kreatif bagi menarik minat kanak-kanak terhadap makanan yang diiklankan.
Teknik tersebut seperti penggunaan bahasa yang menarik serta seni visual, teknik fotografi dan muzik yang boleh membangkitkan emosi dan khayalan kanak-kanak supaya suka kepada makanan yang diiklankan.
Pengiklan makanan juga menggunakan pelbagai teknik “memujuk” untuk mempengaruhi kanak-kanak. Imej yang lucu atau jenaka, watak yang kuat atau berkuasa, suasana persahabatan atau kekeluargaan, keseronokan, alam semula jadi atau penggunaan watak kartun merupakan sebahagian daripada strategi mereka.
Adakah semua orang mempunyai pemahaman yang sama terhadap iklan yang saya tonton ini?
Setiap orang yang menonton iklan makanan yang sama tidak semestinya mempunyai pemahaman yang sama terhadap iklan tersebut.
Pemahaman terhadap sesuatu iklan makanan bagi kanak-kanak tidak semestinya sama dengan orang dewasa. Pengiklan menggunakan konsep ini dalam membentuk mesej yang khusus untuk golongan tertentu.
Mereka terlebih dahulu menentukan golongan sasaran sebelum mengarang mesej iklan. Oleh itu, mesej yang disampaikan akan sampai tepat kepada kumpulan sasaran dan akan menjadi lebih berkesan.
Tekankan kepada anak-anak bahawa mesej yang disampaikan dalam iklan makanan yang disasarkan kepada kanak-kanak memang dibentuk khusus untuk mereka.
Walau bagaimanapun, maklumat yang disampaikan tidak semestinya benar dan mereka tidak boleh mempercayai sepenuhnya maklumat tersebut.
Apakah nilai dan gaya hidup yang ditonjolkan serta tidak ditonjolkan dalam iklan ini?
Kebanyakan iklan menonjolkan gaya hidup yang selesa dan mewah, lelaki dan wanita yang kacak atau cantik, kanak-kanak yang sihat dan pandai serta kegembiraan.
Kehidupan yang susah atau miskin, lelaki dan wanita yang tidak mempunyai paras rupa yang menarik dan suasana yang tidak menggembirakan jarang sekali dipaparkan dalam iklan.
Oleh itu, iklan hanya cuba menonjolkan nilai dan gaya hidup yang tertentu dan tidak menunjukkan atau mewakili realiti kehidupan yang sebenarnya.
Cuba jelaskan kepada anak-anak anda bahawa nilai dan gaya hidup yang cuba ditonjolkan dalam iklan makanan tidak menggambarkan realiti sebenar kehidupan. Begitu juga dengan makanan yang diiklankan, ia tidak semestinya baik sebagaimana digambarkan dalam iklan.
Kenapa mesej dalam iklan ini dikarang?
Terangkan kepada anak-anak anda bahawa tujuan mesej yang disampaikan dalam iklan makanan adalah bagi menjual produk.
Pelbagai kebaikan produk makanan yang dinyatakan dalam iklan tidak semestinya benar dan tujuan utamanya adalah untuk mempengaruhi kanak-kanak supaya menginginkan makanan tersebut.
Hak Pengguna
Sebagai pengguna yang bijak, kita harus melindungi anak-anak kita daripada terpengaruh dengan iklan makanan yang merupakan strategi komersial syarikat bagi menjual produk. Anak-anak perlu diberi pemahaman tentang iklan makanan dan kesan buruk iklan makanan terhadap kesihatan mereka.
Sebagai pengguna juga kita berhak untuk mengawal anak-anak kita daripada pendedahan yang berlebihan terhadap iklan makanan.
Kita juga berhak menyuarakan pandangan berkaitan pengiklanan makanan, contohnya mencadangkan supaya iklan makanan dilarang sama sekali semasa program televisyen kanak-kanak, melalui saluran-saluran yang bersesuaian.
Sebagai ibu bapa, kitalah yang membentuk masa depan anak-anak kita. Gunakanlah hak kita sebagai pengguna bagi melindungi generasi kita yang akan datang.
Kredit: MyHealth Portal
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Nak Ayam Goreng Macam Dalam TV” Pernah Tak Anak Minta Macam Ni? Kalau Pernah Mama Ayah Kena Buat Sesuatu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-ayam-goreng-macam-dalam-tv-pernah-tak-anak-minta-macam-ni-kalau-pernah-mama-ayah-kena-buat-sesuatu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Anak Membesar Jadi Anak Yang Hebat Mak Ayah Kena Biasakan 3 Ayat Magik Macam Ni

Nak Anak Membesar Jadi Anak Yang Hebat Mak Ayah Kena Biasakan 3 Ayat Magik Macam Ni

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 393 hits
Bukan mudah hendak membesarkan anak kecil Sejak kecil lagi sekecil kecil perkara mengenai adab kesopanan dalam tutur kata dan sebagainya penting ditunjukkan kepada anak agar anak menjadi seorang anak yang hebat dan baik budi pekertinya Jang...
Cara Masak Ayam Goreng Kunyit Sedap Macam Dekat Kedai Mudah Je Rupanya

Cara Masak Ayam Goreng Kunyit Sedap Macam Dekat Kedai Mudah Je Rupanya

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 401 hits
Menu Ayam Goreng Kunyit ni memang sangat ringkas dan mudah Satu hidangan cukup lengkap dengan sayur Jadi tak perlulah masak lauk banyak kali Anak anak pun suka lauk sebegini Untuk lebih enak sediakan kicap sambal belacan dan telur dadar Mem...
6123 Nabil Tak Nak Susahkan Ayah Anak Merana Kerana Ahlong Tv Ppim 02 12 2020

6123 Nabil Tak Nak Susahkan Ayah Anak Merana Kerana Ahlong Tv Ppim 02 12 2020

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 274 hits
Anda sebenarnya telah mengheret sekali keluarga anda ke lembah penderitaan apabila anda meminjam daripada ahlong Sekali anda meminjam selamanya anda diikat untuk terus membayar hutang Ahlong akan menggunakan apa saja kekerasan untuk menguti...
Anak Suka Melekat Dengan Ayah Sebab Pandai Melayan Amp Tidak Berdrama Macam Ibu

Anak Suka Melekat Dengan Ayah Sebab Pandai Melayan Amp Tidak Berdrama Macam Ibu

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 263 hits
Proses membesarkan anak anak merupakan cabaran terbesar buat ibu ayah Mana tidaknya mereka perlu diterapkan dengan nilai nilai baik setiap hari bagi membentuk keperibadian seorang anak yang hebat Tentu sahaja ada perbezaan dalam corak didik...
Ambilkan Mama Kasut Jangan Tunjuk Pandang Biar Anak Cari Cara Nak Tahu Anak Faham Arahan

Ambilkan Mama Kasut Jangan Tunjuk Pandang Biar Anak Cari Cara Nak Tahu Anak Faham Arahan

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 489 hits
Anak saya faham je arahan tapi tak bercakap lagi Ayat yang biasa disebut oleh parents bila ditanya mengenai anak faham atau tak Ya memang ada kanak kanak yang mmpunyai kefahaman yang sepatutnya dengan usia mereka tapi masih belum bercakap t...
Padunya Resipi Ayam Goreng Ala Ala Kyochon Ni Super Rangup Sedap Anak Anak Makan Berebut

Padunya Resipi Ayam Goreng Ala Ala Kyochon Ni Super Rangup Sedap Anak Anak Makan Berebut

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 587 hits
Memesan Ayam Goreng Kyochon di rumah pastinya tidak sama seperti menikmati ayam goreng rangup di restoran berkenaan Terasa tidak puas makan Ubah kelainan dan cabar diri untuk menyediakan sendiri Ayam Goreng Kyochon ini yang rupanya cukup mu...
Pernah Tengok Anak Cakap Sendiri Bersungguh Seperti Sedang Berlakon Tanda Anak Sangat Bijak

Pernah Tengok Anak Cakap Sendiri Bersungguh Seperti Sedang Berlakon Tanda Anak Sangat Bijak

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 399 hits
hello ye haaa okay okay sambil bercakap sendiri seolah olah sedang berinteraksi dengan orang lain di dalam telefon bimbit tetapi tiada sesiapa Ataupun sering kali pernah terlihat anak sedang bermain main sendiri dan bercakap cakap seolah ad...
Baba Can U Read That For Me Ali Nak Masuk 4 Tahun Dah Makin Bijak Saharul Ridzwan Beli Buku Garis 3 Ajar Anak Menulis

Baba Can U Read That For Me Ali Nak Masuk 4 Tahun Dah Makin Bijak Saharul Ridzwan Beli Buku Garis 3 Ajar Anak Menulis

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 388 hits
Seronok melihat perkembangan anak anak depan mata Dari bayi sampailah mereka mula berjalan bercakap dan seterusnya Pelakon Saharul Ridzwan di Instagram miliknya berkongsi tentang anak lelakinya Ali yang bakal berumur 4 tahun pada tahun hada...
Anak Dah Setahun Lebih Masih Tak Bercakap Faktor Ini Mungkin Penyebab Ibu Ayah Kena Cepat Bertindak

Anak Dah Setahun Lebih Masih Tak Bercakap Faktor Ini Mungkin Penyebab Ibu Ayah Kena Cepat Bertindak

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 329 hits
Bertindak segera jika bayi berusia 12 18 bulan masih belum boleh menuturkan perkataan bermakna itu petanda awal masalah pertuturan Bertindak awal lebih baik Menurut Nawal Mohd Shafie Juruterapi Bahasa dan Pertuturan Pediatrik Sunway Medical...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya