Nak Anak Membesar Jadi Anak Yang Hebat Mak Ayah Kena Biasakan 3 Ayat Magik Macam Ni
Bukan mudah hendak membesarkan anak kecil. Sejak kecil lagi, sekecil-kecil perkara mengenai adab, kesopanan dalam tutur kata dan sebagainya penting ditunjukkan kepada anak agar anak menjadi seorang anak yang hebat dan baik budi pekertinya.
Jangan berkasar sebaliknya 3 ayat yang mempunyai kuasa magic ini wajib mak ayah cuba pada anak-anak. Menurut Dr Ahmad Lukman Bukhari, anak-anak belajar dan meniru semua perkataan melalui percakapan.
Jadi kitalah yang perlu menggunakan ayat terpuji ini untuk mendidik anak menjadi hebat dengan tinggi akhlaknya pada anak-anak kecil kita.

Biasakan sebut 3 ayat magic ni depan si kecil tu kalau nak dia membesar jadi anak yang hebat.
#1 – Sentiasa ucapkan “Minta Tolong” tiap kali kita nak minta si kecil tu tolong kita buat sesuatu.
#2 – Rendahkan diri kita untuk sebut “Minta Maaf’ sekiranya kita tersilap lakukan sesuatu yang tak betul walaupun mungkin perkara tu tak disengajakan pun.

#3 – Bila si kecil tu datang bantu kita siapkan kerja rumah atau dia puji masakan kita ni sedap, cepat-cepat kita ucap, “Terima kasih sayang sebab tolong ibu.”
Percayalah, Mirror Neuron dalam diri anak-anak kita tu akan membuatkan mereka belajar untuk meniru semua perkataan kita ni bila dah besar nanti.
Jadi makin kerap kita amalkan 3 ayat ni, makin mudahlah kita nak install communication skills yang sangat luar biasa ke dalam minda anak kesayangan kita tu dan ubah hidupnya jadi individu yang hebat suatu hari nanti.

Lepas baca terus amalkan ye pada anak masing-masing. InsyaAllah anak tu akan membesar jadi penyejuk mata yang berharga untuk dunia dan akhirat kita.
Dr Ahmad Luqman Bukhari.
Artikel berkaitan: Biar Anak Jadi Manusia, Tinggi Akhlaknya, 5 Perkara Kita Perlu Jaga Supaya Anak Tak Rosak
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
The post Nak Anak Membesar Jadi Anak Yang Hebat, Mak Ayah Kena Biasakan 3 Ayat Magik Macam Ni! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/nak-anak-membesar-jadi-anak-yang-hebat-mak-ayah-kena-biasakan-3-ayat-magik-macam-ni/