Nak Anak Mudah Makan Ada Caranya Jangan Paksa Marah Lagi Susah


Dalam penyediaan makanan anak, kebanyakan ibu akan bertanya soalan, apa perlu prepare sebelum masak untuk anak? Ini kerana setiap anak, seleranya tak sama dan memerlukan ibu lebih kreatif dan pandai ‘tackle’.
Menerusi perkongsian Dietitian, Puan Norhafizah M.Sobri dalam E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat anjuran Pa&Ma baru-baru ini perkara penting untuk ibu tahu sebelum masak untuk anak adalah jenis makanan sesuai mengikut usia.
Contohnya fasa usia 6 hingga 8 bulan penting untuk tahu jenis makanan apa, tekstur, banyak mana, kuantitinya dan jenis resipi. Apabila meningkat usia 9 hingga 12 bulan pun sama sehinggalah anak semakin meningkat usianya.

Sebab itu ibu perlu tahu serba sedikit asas dalam penyediaan sebelum anak mula makan. Ilmu ini penting dan kita boleh nampak perbezaan ibu yang main redah tanpa ilmu dengan yang mempersiapkan dirinya dari awal.
Mungkin ada sesetengah ibu anggap menu untuk anak ini simple namun sebenarnya silap. Bila ibu ada ilmu, ibu akan tenang hadapi masa anak makan. Contoh anak tantrum, tak mahu makan dan sebagainya.
Berikut ada tiga asas utama ibu perlu tahu dalam bab penyediaan makanan iaitu menu, anak-anak dan diri ibu sendiri.
1) Menu
Dalam bab ini, ibu perlu tahu menu anak 2 tahun ke bawah sebab tempoh ini fasa pengenalan pada makanan selain susu ibu. Masa ni, kita nak tengok anak alergik apa, sama ada mereka suka atau tak makanan tu, selain untuk kenalkan buah dan sayur.
Selain itu, jangan risau kalau anak tak terima makanan masa awal-awal, sebab ada pakar jelaskan 10-15 kali perlu dikenalkan jenis makanan sama sebelum boleh lihat sejauh mana anak terima dengan baik.
Contoh lobak merah – kali pertama buat puri, selepas itu finger food, campurkan dalam bubur dan buat cucur. Sekurangnya satu jenis makanan itu, dipelbagaikan dalam bermacam resipi. Jangan fokus pada satu jenis sahaja.
Melalui cara ini, baru kita boleh nampak anak akan makan lebih berselera. Tak kira dari usianya 6 bulan sehinggalah besar. Paling penting penyediaan makanan itu mesti sihat dan seimbang.
Bukan itu sahaja, apabila anak usia 2 tahun ke atas pula, ibu boleh ajak anak sediakan makanan bersama-sama. Bila mereka buat sendiri, mereka akan cuba nak merasainya. Tak perlu beriya buat makanan yang susah penyediaannya. Ringkas pun tak apa janji lengkap nutrisi, sihat dan seimbang!

2) Anak
Apabila melibatkan anak kecil, mood memainkan peranan penting. Jika mood anak tak ok, waktu makan akan buat mereka rasa tak gembira. Masak sedap sekalipun, hias cantik-cantik, jika mood anak tak ok, tetap tak mahu makan.
Contoh waktu anak mengantuk paksa dia makan, memang tak akan habislah. Lepas tu jika anak sakit atau terjatuh, selesai masalah itu dulu. Bila anak sedih atau takut pun ia akan mempengaruhi mood.
Selain mood anak, waktu makan dan minum susu yang terlalu dekat juga boleh jadi anak dah kenyang untuk menikmati makanan. Oleh itu, ibu disarankan tidak memberi susu 2 jam sebelum makan.
Seandainya anak merengek lapar tetapi makanan belum siap, nak bagi boleh tapi kurangkan kuantiti daripada biasa. Contoh 8 auns anak minum, bagi dulu 4 auns.
Tip seterusnya juga, jangan paksa makan dengan cara memarahi anak. Anak kecil lagi kita marah, lagi memberontak dan susah makan. Kalau anak tak mahu makan lagi, letak siap-siap dalam pinggan dan cakap elok-elok pada mereka. Pasti dengan sendirinya anak lihat makanan itu, dia nak makan. Berbeza pula kalau anak leka dengan gajet, sebaiknya bagi masa dia perlu ‘stop’ sebab bila menghadap gajet, yang lapar pun boleh jadi kenyang.

3) Ibu
Emosi ibu memainkan peranan penting. Jika ibu stres, penat, mengantuk itu yang menyebabkan ibu tiada mood. Memasak ini perlukan mood yang happy. Jadi kalau ada ‘gajet’ untuk cepatkan masa memasak lagi mudah.
Nak mudah lagi, set menu untuk seminggu. Ini sesuai untuk ibu bekerja untuk jimatkan masa. Ambil masa hujung minggu untuk sediakan beberapa menu dan bekukan. Bila ada perancangan ini baru ibu ada masa rehat dan uruskan anak setelah balik kerja.
Untuk dapatkan perkongsian lanjut daripada panel jemputan mengenai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat boleh tonton video di bawah ini:

 
 
The post Nak Anak Mudah Makan, Ada Caranya. Jangan Paksa & Marah, Lagi Susah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-anak-mudah-makan-ada-caranya-jangan-paksa-marah-lagi-susah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Paksa Anak Puasa Kalau Tak Larat Dekatkan Ramadan Dengan Cara Ni Mudah

Jangan Paksa Anak Puasa Kalau Tak Larat Dekatkan Ramadan Dengan Cara Ni Mudah

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 228 hits
Malam ini pasti ada mak ayah yang masih lagi mencuba pelbagai usaha dan tip untuk mengajar si kecil berusia tujuh tahun untuk berpuasa esok hari Berpuasa tidak memerlukan paksaan namun harus dididik anak kecil kita malah didedahkan dengan a...
Anak Susah Makan Ubat Paling Mudah Masuk Ubat Ikut Punggung Bahaya Tak Ini Penjelasan Doktor

Anak Susah Makan Ubat Paling Mudah Masuk Ubat Ikut Punggung Bahaya Tak Ini Penjelasan Doktor

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 164 hits
Anak demam tapi susah nak makan ubat paling senang ibu masukkan ubat demam ikut punggung Tapi apakah cara ini boleh memudaratkan anak anak Nak tahu ia selamat atau tidak untuk digunakan pada si kecil ikuti penjelasan doktor BAHAYA KE MASUK ...
Resepi Mihun Sup Ayam Cheese Untuk Anak 7 Bulan Sedap Mudah Baby Makan Licin Semangkuk

Resepi Mihun Sup Ayam Cheese Untuk Anak 7 Bulan Sedap Mudah Baby Makan Licin Semangkuk

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 232 hits
Selain bubur nasi si kecil mama yang dah boleh makan juga boleh makan mihun yang khas untuk bayi Paling penting bahan bahan yang digunakan di dalam hidangan tersebut baik untuk di kecil ibu Resepi mihun sup ayam cheese yang dikongsikan Mama...
Ibu Gar4ng Tapi Comel Memb3bel Salahkan Anak Positif Cov1d 19 Lebih P4rah Nak Ke Tandas Masa Kuarantin Pun Susah

Ibu Gar4ng Tapi Comel Memb3bel Salahkan Anak Positif Cov1d 19 Lebih P4rah Nak Ke Tandas Masa Kuarantin Pun Susah

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 185 hits
SUDAH lumrah seseorang yang bergelar ibu sememangnya tidak lepas daripada sikap suka memb3bel Lebih lebih lagi apabila anak anak ada melakukan kesilapan atau sengaja mengundang peny4kit maka pastinya beb3lan si ibu makin menjadi jadi sebaga...
Chicken Pot Pie Guna Bahan Mudah Je Siap Makan Dengan Anak Anak Confirm Sedap

Chicken Pot Pie Guna Bahan Mudah Je Siap Makan Dengan Anak Anak Confirm Sedap

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 219 hits
Kalau anak dan ibu suka pastri Chicken Pot Pie ni boleh jadikan hidangan minum petang atau snek di hujung minggu mudah je nak buat guna pula bahan bahan segar Buat kecil kecil boleh simpan dalam peti beku untuk stok Nak tahu caranya ikuti p...
Anak Susah Makan Boleh Guna Produk Ini Untuk Naikkan Selera

Anak Susah Makan Boleh Guna Produk Ini Untuk Naikkan Selera

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 436 hits
Patut lah hari tu doctor ada kata anak anak ni kalau susah nak makan tak apa janji minum susu sebab khasiat susu ni dah cukup sgt utk anak anak Ni nak ada cerita sikit Hi mommies Ini sharing sy tentang susu Fernleaf utk anak sy yg picky eat...
Diam Jangan Mengada Anak Lepaskan Emosinya Dengan Tangisan Bantu Anak Bukan Marah

Diam Jangan Mengada Anak Lepaskan Emosinya Dengan Tangisan Bantu Anak Bukan Marah

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 185 hits
Hanya disebabkan kita sendiri berada dalam tekanan anak yang menangis kita minta dia berhenti kerana dikatakan mengada ngada Apa yang perlu mak ayah tahu anak menangis kerana dia mahu melepaskan emosinya Malah itu sajalah jalan baginya untu...
Jangan Asyik Fikir Nak Mengandung Sampai Stres Doktor Kongsikan Tip Mudah Hamil

Jangan Asyik Fikir Nak Mengandung Sampai Stres Doktor Kongsikan Tip Mudah Hamil

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 172 hits
Jadi buntu dibuatnya bila asyik berfikir hendak tambah anak Tambah pula jarak anak pertama begitu jauh jaraknya Lama lama jadi stres bila memikirkannya kenapa masih tak hamil lagi Jangan terlalu stress dan memikirkan hendak hamil setiap mas...
Bersatu Ingatkan Umno Jangan Jadi Haruan Makan Anak

Bersatu Ingatkan Umno Jangan Jadi Haruan Makan Anak

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 204 hits
MOHD ALI HASHIMBersatu ingatkan Umno jangan jadi haruan makan anak Umno dinasihatkan untuk tidak mementingkan diri sendiri sehingga sanggup mengkhianati gabungan yang mereka sertai sehingga tidak mengutamakan kepentingan rakyat yang sedang ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025