Nak Anak Kurang Berisiko Dapat Alahan Ibu Boleh Cuba Minum Lebih Banyak Susu Lembu


Tahukah anda, bayi kepada ibu yang kerap minum susu lembu ketika menyusukan anak kurang berisiko untuk mengalami alahan makanan apabila mereka menginjak dewasa?

Menurut kajian dari Chalmers University of Technology, Sweden, anak kepada ibu yang gemar minum susu lembu kurang berisiko untuk mempunyai alahan berbanding ibu yang langsung tidak mengamalkan pengambilan susu lembu.
Mia Stråvik, penulis utama kajian ini berkata, ada kaitan yang jelas antara susu lembu dan juga alahan dalam kalangan bayi.
Walau bagaimanapun, itu bukanlah bermaksud minum susu lembu merupakan penawar alahan makanan.
Hipotesis kebersihan menerangkan faedah minum susu
Menurut Profesor Ann-Sofie Sandberg, penyelia kajian Mia Stråvik, sistem imun bayi mungkin jadi lebih matang disebabkan bahan yang terdapat di dalam susu ibu.
Sebenarnya, ada satu hipotesis yang bernama ‘the hygiene hypothesis’ yang boleh menyokong penemuan ini.
Menurut hipotesis berkenaan, bayi yang lebih awal terdedah dengan mikroorganisma tertentu boleh bertindak merangsang sistem imun bayi dan membuatkannya matang dengan lebih cepat.
Walau bagaimanapun, disebabkan kita sekarang hidup di dalam persekitaran yang lebih bersih, bayi tidak akan terdedah dengan banyak mikroorganisma semasa kecil dengan mudah.
Sebaliknya, sistem imun bayi akan terangsang dengan bahan-bahan yang terkandung di dalam susu ibu. Oleh sebab itu, Mia Stråvik berpendapat, diet ibu mempunyai pengaruhnya yang tersendiri terhadap sistem imun bayi.
Tambah beliau lagi, kajian ini bukanlah yang pertama menemui kaitan antara susu lembu dan pengurangan alahan makanan dalam kalangan bayi.
Sebenarnya, ada banyak kajian lain yang dapat menyokong dapatan kajian ini. Walau bagaimanapun, kajian lalu mungkin tidak berapa lengkap kerana ia melibatkan kaji selidik sahaja. Namun, kajian yang dilakukan oleh Mia Stråvik lebih teliti dan lengkap.
Pengambilan susu lembu oleh ibu ditentukan dengan kehadiran sejenis ‘biomarker’ tertentu manakala alahan anak mereka juga disahkan oleh seorang doktor yang pakar di dalam bidang alahan kanak-kanak.

Alahan makanan dalam kalangan kanak-kanak
Alergi merupakan salah satu penyakit kronik yang lazim berlaku kepada kanak-kanak.
Malah, jumlah kanak-kanak yang menghidap alahan kian bertambah hari demi hari lebih-lebih lagi di negara yang membangun.
Kajian ini dijalankan kepada 508 kanak-kanak di Sweden. Antara kanak-kanak tersebut, terdapat:
7.7% (39 orang) kanak-kanak yang mengalami alahan makanan ketika berumur satu tahun, selalunya terhadap susu atau telur 6.5% (33 orang) mempunyai ekzema dan jumlah yang sama juga mempunyai asma
23% kanak-kanak tersebut mempunyai alahan (termasuk alahan lain) pada umur 1 tahun Bagaimana susu lembu mengurangkan risiko alahan makanan?
Hingga ke hari ini, mekanisma sebenar masih belum dapat dikenal pasti. Tetapi, menurut Malin Barman, ada beberapa penjelasan yang logik untuk menerangkan kondisi ini.
Salah satunya mungkin disebabkan oleh kehadiran satu bahan di dalam susu lembu yang boleh mengaktifkan sistem imun kanak-kanak dan membantunya untuk membentuk toleransi terhadap makanan.
Bahan yang tidak diketahui ini mungkin merupakan sebahagian daripada lemak atau protein susu tersebut.
Selain itu, ada juga yang menganggap jumlah pengambilan susu lembu memainkan peranan yang penting.
Pengambilan susu yang lebih banyak akan memaksa badan mengurangkan pengambilan sejenis lemak yang dikenali sebagai lemak poli tidak tepu.
Lemak poli tidak tepu sudah lama terbukti mempunyai kesan yang negatif terhadap sistem imun kanak-kanak.
Oleh sebab itu, susu lembu di dalam diet ibu bertindak ‘membatalkan’ efek negatif tersebut dan membuatkan bayi kurang mengalami alahan makanan.
Adakah anak saya mengalami alahan makanan?
Kepada ibu-ibu, cuba periksa sama ada anak anda mengalami satu atau lebih reaksi alergi yang disenaraikan di bawah:
Cirit-birit atau muntah-muntah Batuk Sesak nafas Tekak gatal Tangan gatal Bibir membengkak Hidung berair Mata yang berair dan gatal-gatal Jika anak anda mempunyai simptom di atas, dapatkan rawatan daripada doktor secepat mungkin. Jangan sesekali bereksperimen dengan makanan tanpa pengetahuan doktor.
Bayi yang masih kecil memerlukan nutrisi yang tertentu untuk membesar dengan sihat. Oleh sebab itu, alahan boleh menyebabkan anak tidak mendapat nutrien yang mencukupi.
Untuk mengelakkan masalah ini, doktor mungkin akan mencadangkan agar anda berjumpa dengan ahli dietitik untuk mendapatkan nasihat pemakanan yang sesuai dengan keadaan anak anda.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
The post Nak Anak Kurang Berisiko Dapat Alahan? Ibu Boleh Cuba Minum Lebih Banyak Susu Lembu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-anak-kurang-berisiko-dapat-alahan-ibu-boleh-cuba-minum-lebih-banyak-susu-lembu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Anak Kembar Ni Makanan Untuk Dapat Anak Kembar Yang Boleh Cuba Amalkan

Nak Anak Kembar Ni Makanan Untuk Dapat Anak Kembar Yang Boleh Cuba Amalkan

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 635 hits
Terjumpa satu video di Tik Tok dari seorang mama yang ada anak kembar Ada orang tanya dengan mama kembar ni ada genetik ke dia dapat kembar Dia ada buat apa apa rawatan ke K fiezz berhenti scroll kat video mama ni sebab dia kongsi makanan u...
Selalu Cirit Birit Cuba Minum Susu Kultur Ada 9 Kebaikan Termasuk Kepada Kanak Kanak Ibu Hamil

Selalu Cirit Birit Cuba Minum Susu Kultur Ada 9 Kebaikan Termasuk Kepada Kanak Kanak Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 272 hits
Pasti anda pernah minum susu kultur kan Tetapi benarkah ia menawarkan manfaat buat kesihatan badan Ini penjelasan yang perlu anda ketahui Apa itu susu kultur Susu fermentasi atau lebih dikenali sebagai susu kultur adalah produk susu yang di...
Resipi Bubur Oat Savoury Simple Lepas Pantang Nak Diet Boleh Cuba Ni Sedap Sungguh

Resipi Bubur Oat Savoury Simple Lepas Pantang Nak Diet Boleh Cuba Ni Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 501 hits
Oat memang diyakini baik dan cukup sihat untuk kita Ibu yang mahu berdiet atau sedang berpantang begitu disarankan untuk mengambil oat jika ingin menggantikan nasi Bagaimana nak variasikan hidangan oat jadi lagi berselera Idea kreatif dari ...
Kalau Tak Nak Mata Anak Cepat Rosak Ibu Ayah Sila Ikut Tips Penjagaan Mata Ini

Kalau Tak Nak Mata Anak Cepat Rosak Ibu Ayah Sila Ikut Tips Penjagaan Mata Ini

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 276 hits
Ibu bapa sekalian pernah dengar tips penjagaan mata untuk kanak kanak Ini panduan paling utama pemeriksaan mata anak Mengapa Jangan fikir anak masih kecil jadi mereka tidak perlu mendapatkan pemeriksaan mata Ini kerana ia sangat penting ker...
Sabar Je Lah Ibu Plan Nak Buat Bekalan Air Sekali Anak Dan Ayah Mandi Dalam Air Kolam Tadahan

Sabar Je Lah Ibu Plan Nak Buat Bekalan Air Sekali Anak Dan Ayah Mandi Dalam Air Kolam Tadahan

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 426 hits
Bermula 13 hingga 16 Oktober 2021 beberapa kawasan di negeri Selangor akan menghadapi kr1sis ketiadaan air ak1bat kerja kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset aset kritikal di Loji r4watan Air Sungai Selangor Fasa 1 Oleh hal yang demik...
Anak Faham Boleh Ikut Arahan Tapi Susah Nak Bercakap Tipnya Mesti Buat Isyarat Ni

Anak Faham Boleh Ikut Arahan Tapi Susah Nak Bercakap Tipnya Mesti Buat Isyarat Ni

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 324 hits
Ada ibu bapa yang risau anaknya tidak bercakap tapi dia faham banyak perkara Dia boleh ikut arahan dia boleh tunjuk anggota badan boleh tunjuk gambar poster Tapi susahnya nak bercakap Salah satu kemahiran pra pertuturan ialah kemahiran meni...
Jangan Sedih Kalau Anak Perempuan Cuma Nak Ayah Dia Ibu Kena Bertenang Fahami Situasi

Jangan Sedih Kalau Anak Perempuan Cuma Nak Ayah Dia Ibu Kena Bertenang Fahami Situasi

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 293 hits
Sayang jom ibu dukung ujar Lia kepada anaknya Zara Tak nak Zara nak ayah yang dukung jawab si anak Aduh sedihnya hati ibu bila menerima jawapan sebegitu Bagaikan tamparan padu hinggap ke wajah Fahami situasi Mesti terkedu dan kecewa jika be...
Gadai Barang Kemas Terakhir Demi Anak Nak Masuk Darjah 1 Selepas 20 Tahun Ibu Seb4k Dapat Sarung Semula Cincin Di Jari

Gadai Barang Kemas Terakhir Demi Anak Nak Masuk Darjah 1 Selepas 20 Tahun Ibu Seb4k Dapat Sarung Semula Cincin Di Jari

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 263 hits
ADIK ganti balik cincin yang mak gadai untuk sekolahkan adik Begitulah kata kata seorang anak yang ingin membalas semula pengorbanan si ibu Rakaman video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan memaparkan dia menghulurkan sebuah kotak yang b...
Nak Buat Ikan Goreng Lagi Sedap Boleh Cuba Ramuan Istimewa Ni

Nak Buat Ikan Goreng Lagi Sedap Boleh Cuba Ramuan Istimewa Ni

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 238 hits
Kebiasaan kita kalau goreng ikan hanya lumurkan dengan garam dan kunyit saja Tapi kalau nak ikan goreng lagi sedap boleh cuba cara Ummi Hana Bahan perapan campuran istimewa bawang kunyit hidup garam cili kisar memang menjadikan menu ikan go...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids