Kalau Tak Nak Mata Anak Cepat Rosak Ibu Ayah Sila Ikut Tips Penjagaan Mata Ini


Ibu bapa sekalian pernah dengar tips penjagaan mata untuk kanak-kanak? Ini panduan paling utama- pemeriksaan mata anak! Mengapa?
Jangan fikir anak masih kecil, jadi mereka tidak perlu mendapatkan pemeriksaan mata. Ini kerana, ia sangat penting kerana kebanyakan masalah penglihatan yang muncul pada usia muda akan kekal sepanjang hidup kelak.

Persoalannya, bila waktu untuk pemeriksaan ini dilakukan dan bagaimana untuk ibu bapa bersedia? Jom teruskan membaca artikel dengan lebih lanjut!
Tips penjagaan mata anak yang paling utama
Terdapat 2 jenis pemeriksaan mata anak yang utama iaitu pemeriksaan penglihatan serta pemeriksaan mata komprehensif. Apa pula beza di antara kedua-duanya?
Pemeriksaan penglihatan adalah di mana kanak-kanak itu akan diperiksa oleh doktor jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan sistem penglihatan mereka.
Sekiranya anak anda ‘gagal’ ujian tersebut, ini bermakna mungkin ada masalah pada organ mata yang perlu untuk didiagnosis di dalam pemeriksaan seterusnya.
Pemeriksaan mata komprehensif adalah di mana mata kanak-kanak akan dibubuh cecair titis bagi doktor mendapatkan diagnosis yang lebih jelas.
Dalam erti kata lebih mudah, anak anda mungkin hanya perlu buat pemeriksaan penglihatan dan bukan pemeriksaan mata komprehensif selain dengan saranan pakar.
Pemeriksaan mata anak seperti yang disarankan
The American Association for Pediatric Ophthalmology dan The American Academy of Ophthalmology menyarankan pemeriksaan mata mengikut usia:
Bayi baru lahir: Selepas bayi lahir, doktor akan memeriksa mata bayi untuk mengenal pasti indikator berkaitan dengan organ ini
Sebelum hari lahir pertama: Pemeriksaan kedua perlu dibuat di antara 6 ke 12 bulan untuk memeriksa kedudukan dan pergerakan mata

Di antara 12 ke 36 bulan: Pemeriksaan ketiga perlu dibuat dengan cara menggunakan foto atau video bagi memeriksa sebarang masalah penglihatan
Di antara 3 ke 5 tahun: Pemeriksaan keempat perlu dibuat dengan cara menggunakan huruf atau angka pada carta untuk melihat kemampuan penglihatan mereka
5 tahun dan ke atas: Doktor akan melihat sebarang tanda ketidaksejajaran pada mata serta kerabunan, masalah mata paling biasa ketika di usia muda
Sekiranya pakar mata tidak menemui sebarang masalah, ibu bapa hanya perlu ikut panduan di atas namun ia perlu diubah dengan saranan doktor jika ada isu timbul.
Bersediakah ibu bapa mengikuti tips penjagaan mata anak?
Sudahkah anda sebagai ibu bapa bersedia untuk pemeriksaan mata si kecil? Berikut adalah beberapa tip yang mungkin boleh membantu jika ada sebarang kesulitan:
Tips penjagaan mata
1.Jangan lengahkan pemeriksaan mata anak
Tip pertama dan utama adalah jangan lengahkan pemeriksaan ini. Ingat, semakin cepat anda dapat mengesan masalah, semakin cepat isu itu dapat diselesaikan.
Jika anda tidak kenal dengan pakar mata di sekitar anda, jangan risau kerana doktor umum atau doktor kanak-kanak juga boleh mendiagnosis mata anak anda.
2. Bersiap sedia dengan butir peribadi anak
Sebelum membawa anak berjumpa doktor, pastikan anda telah menyediakan butir-butir peribadi yang penting. Berikut adalah senarai butir tersebut:
Masalah kesihatan umum anak anda Kewujudan sebarang alahan, jika ada Prosedur pembedahan yang pernah dibuat Senarai perubatan yang sedang diambil Rekod pemeriksaan mata anak terdahulu Sejarah keluarga, terutamanya yang berkaitan dengan organ mata 3. Bersiap sedia dengan soalan untuk ditanya
Pemeriksaan ini adalah waktu yang paling sesuai untuk bertanya kepada doktor berkenaan kesihatan mata mereka. Contohnya, tanya simptom yang dihadapi.
Jika ada sebarang pertanyaan aneh lagi ganjil berkenaan kesihatan mata si kecil, anda boleh bertanya kepada doktor untuk tahu sama ada ia normal atau tidak.
Pun begitu, soalan tersebut perlu lebih menjurus kepada selepas pemeriksaan, termasuklah:
Apa diagnosisnya? Bila kondisi akan bertambah baik? Bagaimana ia menjejaskan penglihatan anak? Bagaimana hendak tahu jika perubatan itu berkesan? Bila anak saya perlu berjumpa dengan doktor kembali? Kesimpulan
Akhir sekali, anda perlu tahu bahawa setiap metode untuk pemeriksaan ini adalah berbeza bergantung kepada beberapa faktor dalaman dan luaran.
Sebagai contoh, metodenya adalah bergantung kepada usia, kemahuan dan kemampuan mereka.
Kanak-kanak yang masih belum boleh membaca, mungkin hanya akan diberi gambar atau video.
Semasa pemeriksaan mata anak, doktor juga mungkin akan menggunakan sebuah alatan bernama ophthalmoscope yang akan menyebabkan ketidakselesaan.
Ia akan memancar cahaya yang boleh buat anak menjadi takut, sakit atau tidak selesa, jadi sila sentiasa berada di samping mereka semasa pemeriksaan ya.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
The post Kalau Tak Nak Mata Anak Cepat Rosak, Ibu Ayah Sila Ikut Tips Penjagaan Mata Ini! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-tak-nak-mata-anak-cepat-rosak-ibu-ayah-sila-ikut-tips-penjagaan-mata-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabar Je Lah Ibu Plan Nak Buat Bekalan Air Sekali Anak Dan Ayah Mandi Dalam Air Kolam Tadahan

Sabar Je Lah Ibu Plan Nak Buat Bekalan Air Sekali Anak Dan Ayah Mandi Dalam Air Kolam Tadahan

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 427 hits
Bermula 13 hingga 16 Oktober 2021 beberapa kawasan di negeri Selangor akan menghadapi kr1sis ketiadaan air ak1bat kerja kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset aset kritikal di Loji r4watan Air Sungai Selangor Fasa 1 Oleh hal yang demik...
Ibu Ayah Kena Jadi Superhero Anak Anak Kalau Nak Masa Depan Mereka Terjamin Mulakan Dari Sekarang

Ibu Ayah Kena Jadi Superhero Anak Anak Kalau Nak Masa Depan Mereka Terjamin Mulakan Dari Sekarang

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 287 hits
Sebagai ibu bapa pastinya kita inginkan masa depan yang cerah buat anak anak supaya kehidupan mereka lebih terjamin Tapi bagaimana caranya untuk kita merancang masa hadapan anak anak Ibu bapa tidak perlu risau lagi kerana ibu bapa boleh mer...
Hari Hari Gosok Gigi Anak Tapi Tetap Rosak Doktor Gigi Jelaskan Punca Yang Ibu Ayah Tak Tahu

Hari Hari Gosok Gigi Anak Tapi Tetap Rosak Doktor Gigi Jelaskan Punca Yang Ibu Ayah Tak Tahu

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 325 hits
Karies awal kanak kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak kanak di bawah umur enam tahun Ia melibatkan satu atau lebih batang gigi Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi akibat kehadiran plak dan air liur Kenapa i...
Video Gugvr Air Mata Si Ayah Berat Hati Nak Lepaskan Anak Pulang Ke Asrama

Video Gugvr Air Mata Si Ayah Berat Hati Nak Lepaskan Anak Pulang Ke Asrama

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 339 hits
Selalunya anak perempuan akan lebih rapat dengan ayahnya berbanding ibu Walaupun ibu adalah insan yang selalu ada untuk kita tidak kira susah dan senang tetapi bila sudah rapat dengan ayah selalunya ayah akan menjadi kawan kepada kita Kelem...
Ibu Ayah Nampak Anak Fokus Main Game Sebenarnya Silap Itu Dah Hyperfocus Bahaya

Ibu Ayah Nampak Anak Fokus Main Game Sebenarnya Silap Itu Dah Hyperfocus Bahaya

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 247 hits
Kebanyakan anak anak hari ini main game antara salah satu aktiviti masa lapang Tetapi tahu tak Anak kita yang nampak FOKUS masa main game kat smartphone tu sebenarnya bukan fokus biasa biasa tau Tapi HYPERFOCUS Dia terlalu fokus pada dunia ...
Lima Anak Kecil Yatim Piatu Ibu Ayah Meninggal Angkara Covid 19

Lima Anak Kecil Yatim Piatu Ibu Ayah Meninggal Angkara Covid 19

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 325 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul begitulah nasib lima beradik yang telah hilang tempat bergantung selepas kehilangan kedua ibu bapa mereka Difahamkan ibu kepada lima beradik itu disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajay...
Tak Perlu Beli Buku Mahal Ibu Ini Kongsi Tekniknya Ajar Anak Membaca Cepat

Tak Perlu Beli Buku Mahal Ibu Ini Kongsi Tekniknya Ajar Anak Membaca Cepat

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 290 hits
Ramai ibu merungut anak usia 6 tahun masih belum dapat membaca dengan baik Selain itu ada lagi yang tertukar suku kata Dah beli macam macam buku dari yang murah sampailah yang mahal pun anak tak menunjukkan minatnya Jika hanya risau tapi ti...
Anak Saya Tak Dengar Kata Doktor Kongsi 2 Tindakan Yang Berkesan Untuk Ibu Ayah

Anak Saya Tak Dengar Kata Doktor Kongsi 2 Tindakan Yang Berkesan Untuk Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 292 hits
Sebagai ibu bapa kadang kadang kita buntu apa yang harus dilakukan apabila anak anak susah nak mendengar kata Pelbagai cara sudah dilakukan dan semuanya tak jalan Apa lagi yang perlu dilakukan Ikuti perkongsian artikel ini Doktor anak saya ...
Nak Anak Kurang Berisiko Dapat Alahan Ibu Boleh Cuba Minum Lebih Banyak Susu Lembu

Nak Anak Kurang Berisiko Dapat Alahan Ibu Boleh Cuba Minum Lebih Banyak Susu Lembu

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 266 hits
Tahukah anda bayi kepada ibu yang kerap minum susu lembu ketika menyusukan anak kurang berisiko untuk mengalami alahan makanan apabila mereka menginjak dewasa Menurut kajian dari Chalmers University of Technology Sweden anak kepada ibu yang...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik