Selalu Cirit Birit Cuba Minum Susu Kultur Ada 9 Kebaikan Termasuk Kepada Kanak Kanak Ibu Hamil


Pasti anda pernah minum susu kultur, kan? Tetapi benarkah ia menawarkan manfaat buat kesihatan badan? Ini penjelasan yang perlu anda ketahui.
Apa itu susu kultur?
Susu fermentasi atau lebih dikenali sebagai susu kultur adalah produk susu yang diperam dengan sejenis bakteria dikenali sebagai Lactobacilli atau Bifidobacteria.

Fermentasi bermaksud sebahagian daripada susu tersebut dicerna oleh bakteria. Ia secara tidak langsung menjadikan produk susu ini lebih mudah diproses oleh sistem pencernaan badan.
Ini terutamanya bagi individu yang mempunyai alahan susu atau intoleransi laktosa. Proses fermentasi yang dilakukan juga dapat meningkatkan tempoh masa ketahanan susu ini daripada basi.
Umumnya, susu kultur adalah sejenis minuman yang sangat popular di negara seperti Jepun. Tetapi apakah kebaikan sebenar susu yang melalui proses fermentasi ini?
9 kebaikan susu kultur untuk kesihatan badan
Produk tenusu kultur ini dikatakan sangat baik untuk usus. Ini kerana ia dipercayai mampu meningkatkan tahap kesihatan badan. Berikut adalah antara beberapa kebaikan minuman kultur ini untuk kesihatan, iaitu:
Demam hay
Berdasarkan beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa susu fermentasi yang mengandungi Lactobacillus acidophilus mungkin dapat mengurangkan masalah hidung berair pada individu dewasa yang mengalami demam Hay – alahan bermusim. Dalam sesetengah kajian mengatakan, produk tenusu kultur ini dikatakan dapat mengurangkan risiko untuk mengalami demam Hay kanak-kanak dan remaja.
Masalah cirit-birit
Cirit-birit kesan ubat antibiotik
Produk tenusu kultur ini juga dikatakan dapat mengurangkan masalah sembelit bagi individu yang mengambil ubat antibiotik. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan susu fermentasi yang mengandungi bakteria Lactobacillus dan Bifidobacterium mengurangkan risiko terkena cirit-birit semasa mengambil antibiotik.
Cirit-birit pada kanak-kanak
Penyelidikan awal menunjukkan bahawa meminum susu yang diperam dengan Lactobacillus casei mengurangkan tahap cirit-birit pada bayi dan kanak-kanak. Kajian awal lain juga mendapati penggunaan produk susu fermentasi khusus – mengandungi pelbagai jenis bakteria – dapat mengurangkan jangka masa yang diperlukan untuk menghentikan cirit-birit pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun.

Cirit-birit akibat rotavirus
Beberapa bukti menyarankan pengambilan minuman susu Lactobacillus ini pada kanak-kanak dengan cirit-birit kesan rotavirus selama 5 hari akan dapat mengurangkan tempoh kesakitan mengalaminya.
Ekzema (dermatitis atopik)
Anda sedang hamil? Apa kata amalkan minum susu kultur. Daripada hasil kajian mendapati bahawa meminum susu fermentasi yang mengandungi pelbagai jenis bakteria semasa kehamilan dan setelah melahirkan mengurangkan kemungkinan anak kecil mengalami ekzema.

Selesema
Antara kebaikan susu fermentasi untuk kesihatan badan adalah ia dapat membantu mencegah masalah selesema bagi kanak-kanak prasekolah. Sesetengah produk tenusu kultur lain juga dapat membantu mengatasi selesema pada individu dewasa.
Saluran pencernaan
Jangkitan saluran pencernaan yang berpunca daripada bakteria Helicobacter pylori atau H. pylori boleh menyebabkan ulser. Namun melalui kajian yang dilakukan mendapati, pengambilan produk tenusu kultur yang mengandungi pelbagai jenis bakteria setiap hari selama 12 hingga 16 minggu bagus untuk kesihatan badan.
Ini kerana ia dapat memperbaiki gejala perut yang disebabkan jangkitan H.pylori. Manakala daripada hasil penyelidikan lain pula, menunjukkan bahawa mengambil produk susu fermentasi tertentu semasa menggunakan antibiotik untuk jangkitan H. pylori akan mempercepatkan proses penyembuhan.
Tekanan darah tinggi
Hasil daripada beberapa kajian mencadangkan bahawa susu kultur dapat menurunkan tekanan darah sistolik (nombor pertama) tetapi tidak diastolik (nombor kedua) pada individu yang mengalami tekanan darah tinggi.
Sindrom kerengsaan usus (IBS)
Masalah kerengsaan perut yang dialami untuk tempoh jangka panjang boleh meningkatkan risiko untuk mengalami sindrom kerengsaan usus (IBS). Beberapa kajian menyarankan pengambilan susu fermentasi 2x sehari selama tempoh 4 minggu dapat mengurangkan gejala IBS, termasuk rasa kesakitan dan gas.
Intoleransi laktosa
Ada masalah untuk mencerna laktosa gula dengan betul? Mungkin pengambilan produk tenusu kultur dapat membantu mengatasi masalah itu. Ini kerana hasil daripada beberapa penyelidikan menunjukkan, mengambil susu fermentasi yang mengandungi Lactobacillus casei dan Lactobacillus acidophilus mengurangkan kembung, cirit-birit, dan kesakitan pada individu yang mengalami intoleransi laktosa.
Kesan pendedahan radiasi
Susu yang menjalani proses fermentasi juga baik dalam membantu merawat masalah kesihatan kesan pendedahan radiasi. Hasil kajian mencadangkan pengambilan minuman yang mengandungi Lactobacillus acidophilus bermula 5 hari sebelum rawatan dengan radiasi mengurangkan cirit-birit dan kesan sampingan perut lain. Minuman ini juga dikatakan dapat mengurangkan ketidakselesaan perut selepas rawatan radiasi.
Mencantikkan kulit
Selain manfaat kesihatan badan yang disenaraikan di atas, susu kultur juga dipercayai menawarkan kebaikan untuk kulit. Semakin banyak bukti menunjukkan bahawa pengambilan produk susu yang dikultur dengan bakteria probiotik bukan sahaja dapat membantu anda mendapatkan usus sihat, tetapi juga keadaan kulit yang baik.
susu fermentasi
Malahan, saintis telah lama mengetahui bahawa kesihatan usus dan kulit adalah saling berkaitan. Pun begitu, masih banyak kajian yang diperlukan untuk mengesahkan mengenai manfaat susu kultur pada kesihatan badan serta kulit. Tetapi tiada salahnya andai anda menjadikan minuman susu fermentasi ini sebagai amalan harian.
Namun jika terdapat keraguan mengenai kesesuaian pengambilan minuman ini dengan keadaan kesihatan anda, dapatkan rujukan dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu, okay?
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
The post Selalu Cirit-birit? Cuba Minum Susu Kultur, Ada 9 Kebaikan, Termasuk Kepada Kanak-Kanak & Ibu Hamil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/selalu-cirit-birit-cuba-minum-susu-kultur-ada-9-kebaikan-termasuk-kepada-kanak-kanak-ibu-hamil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Mama Hamil Alah Bau Susu Jangan Skip Ambil Kalsium Boleh Cuba Sayur Bayam Atau Kailan

Kalau Mama Hamil Alah Bau Susu Jangan Skip Ambil Kalsium Boleh Cuba Sayur Bayam Atau Kailan

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 262 hits
Mengapakah pengambilan makanan sihat penting semasa hamil Tujuannya ialah untuk memastikan perkembangan janin yang sihat dan untuk mengekalkan kesihatan ibu Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesu...
Pemprov Dki Periksa Nakes Viral Lecehkan Ibu Hamil

Pemprov Dki Periksa Nakes Viral Lecehkan Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 192 hits
Sebelumnya terdapat video viral di media sosial Tiktok terkait adanya pelecehan yang dilakukan oleh oknum tenaga kesehatan di salah satu Puskesmas di Jakarta
Tak Masuk Akal Hakim Putuskan Perkataan Bapa Termasuk Ibu

Tak Masuk Akal Hakim Putuskan Perkataan Bapa Termasuk Ibu

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 265 hits
Bagaimana Hakim itu boleh memutuskan bahawa perkataan bapa juga termasuk ibu tidak masuk akal Kanak kanak umur dua tahun pun tahu perbezaan antara bapa dan ibu dan tidak pernah memanggil bapa kepada ibu dan sebaliknya Masakan penggubal Perl...
Dr Pesan Anak Selalu Demam Batuk Selesema Cuba Check Ada Tak Makanan Ini Anak Makan

Dr Pesan Anak Selalu Demam Batuk Selesema Cuba Check Ada Tak Makanan Ini Anak Makan

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 238 hits
Cara pemakanan sebenarnya antara salah satu penyebab anak anak kurang sihat Namun ramai ibu bapa masih belum mengetahui hal ini Menurut Dr Mazliana Mazlan jika anda perasan kadang bila anak kita sakit lambat betul dia nak sembuh Atau kadang...
Anak Selalu Demam Sejak Lahir Rupanya Ini Sebab Yang Ibu Bapa Terlepas Pandang

Anak Selalu Demam Sejak Lahir Rupanya Ini Sebab Yang Ibu Bapa Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 432 hits
Kebanyakan ibu bapa masih lagi tidak tahu bahawa bayi seawal usia enam bulan sudah boleh menerima makanan selain bergantung pada susu ibu sahaja Bagi memastikan anak anak membesar dengan sempurna dan sihat aspek pemakanan haruslah dijaga su...
Susu Pekat Mengalir Keluar Dari Hidung Anak Tersedak Waktu Tidur Ibu Ini Kongsikan Detik Cemasnya

Susu Pekat Mengalir Keluar Dari Hidung Anak Tersedak Waktu Tidur Ibu Ini Kongsikan Detik Cemasnya

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 297 hits
Perkara yang kita risaukan apabila anak menyusu adalah tersedak susu kan Bahkan sudah banyak kes bayi atau anak kecil mengalaminya sehingga menyebabkan maut Memang menakutkan Namun seandainya diberikan peluang kedua sudah tentu ia akan menj...
6 Resipi Guna Susu Ibu Masukkan Dalam Makanan Anak Simple Cukup Khasiat

6 Resipi Guna Susu Ibu Masukkan Dalam Makanan Anak Simple Cukup Khasiat

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 219 hits
Menyedari tentang kebaikan susu ibu semakin ramai ibu ibu pada masa kini memilih untuk memberikan penyusuan semula jadi kepada anak Susu ibu mengandungi semua nutrien yang diperlukan bayi untuk membesar dengan sihat dan kuat seperti lemak g...
Isteri Menangis Tidur Selalu Mengigau Rindu Anak Azmi Saat Faham Kasih Seorang Ibu

Isteri Menangis Tidur Selalu Mengigau Rindu Anak Azmi Saat Faham Kasih Seorang Ibu

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 283 hits
Diuji dengan kehilangan cahaya mata sulung selepas tiga hari dilahirkan benar benar dirasai oleh vokalis Caliph Buskers Azmi Saat dan isterinya Nazira Muhammad Lagi sedih penantian 10 tahun itu bukan satu tempoh yang singkat Isteri menangis...
4 Tips Memilih Deodoran Untuk Ibu Hamil Nggak Bisa Asal Milih Komposisinya

4 Tips Memilih Deodoran Untuk Ibu Hamil Nggak Bisa Asal Milih Komposisinya

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 258 hits
Selain dari segi kenyamanan Moms perlu memperhitungkan keamanan saat memilih deodoran ya
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik