Gadai Barang Kemas Terakhir Demi Anak Nak Masuk Darjah 1 Selepas 20 Tahun Ibu Seb4k Dapat Sarung Semula Cincin Di Jari


“ADIK ganti balik cincin yang mak gadai untuk sekolahkan adik.”
Begitulah kata-kata seorang anak yang ingin membalas semula pengorbanan si ibu.
Rakaman video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan memaparkan dia menghulurkan sebuah kotak yang berisi sebentuk cincin kepada ibunya.
Berkongsi kisahnya dengan mStar, Norhayati Nordin berkata, 27, berkata, ibunya Salamah Sudin yang berusia 65 tahun melakukan dua kerja demi kelangsungan hidup keluarga setelah kehilangan suami akib4t kemal4ngan motosikal pada 1995.
     View this post on Instagram           A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Tambahnya lagi, ibunya sudah mula berniaga nasi lemak di stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Tapah Road, Perak sejak tahun 1985.
“Kami berasal dari keluarga yang susah, ibulah yang bekerja siang malam mencari duit selepas ayah men1nggal dunia. Waktu siang ibu kerja kedai makan, malam pula dia menjual nasi lemak di stesen kereta api.

Salamah (kanan) menggadaikan cincin perkahwinannya bagi membolehkan Yatt ke sekolah.
“Sedikit demi sedikit ibu mula menggadaikan barang kemas yang ada untuk menampung perbelanjaan rumah,” katanya yang menetap di Kampung Changkat Besar, Perak.
Mesra disapa Yatt, katanya, ibunya menggadaikan barang kemas terakhir iaitu cincin perkahwinannya sewaktu dia mula bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Phui Chen, Tapah, Perak.
Tambahnya lagi, pendidikan merupakan satu-satunya kemewahan yang ibunya mampu berikan kepadanya ketika itu.
Video berdurasi 20 saat itu meraih hampir 10,000 tontonan di aplikasi TikTok.
“Waktu nak masuk darjah satu, ibu gadaikan cincin terakhir dia. Cincin tu pula cincin kahwin ibu, dia dapat RM300 sahaja selepas digadaikan
“Dengan duit tu la ibu guna untuk beli pakaian, buku, yuran dan kelangkapan sekolah saya. Masa tu saya rasa sedih sebab ibu terpaksa gadaikan cincin yang dia paling sayang.

Salamah (kiri) bergelar ibu tunggal selepas kehilangan suami pada tahun 1995.
“Ibu kerja keras untuk pastikan saya bersekolah. Dia selalu nasihatkan untuk belajar betul-betul sebab itu je yang dia mampu untuk bagi pada saya,” ujarnya yang merupakan anak jati Perak.
Yatt mengambil alih gerai ibunya pada tahun 2014 setelah tiga tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Jalan Tapah.
Dalam masa lima bulan, dia berjaya mengumpul wang dan menghadiahkan sebentuk cicin belah rotan buat ibu tersayang.
“Alhamdulilah, tahun ni rezeki saya semakin murah. Hasil dari duit berniaga nasi lemak dan kuih muih, saya belikan ibu cincin yang hampir sama.
Sekarang dia dah banyak berehat di rumah sebab kami tak bagi dia buat kerja berat, lebih-lebih dengan keadaan ibu yang sudah berusia.NORHAYATI NORDIN“Waktu saya nak bagi cincin tu, ibu terkejut dan dia rasa nak menangis sebab dapat rasa pakai cincin hasil titik peluh anaknya sendiri. Ibu ucapkan terima kasih dan mendoakan semoga dimurahkan lagi rezeki.
“Saya seronok sangat waktu tu sebab dapat hadiahkan sebentuk cincin pada ibu sebagai tanda membalas jasa dan pengorbanannya dahulu,” katanya sambil menambah, ibunya merupakan seorang yang garang tetapi peramah.
Menurut anak bongsu daripada lima beradik ini, sudah tiba masa untuk ibunya berehat dan giliran anak-anak pula mencari rezeki.
“Dulu ibu saya banyak berkorban, siang dan malam kerja mencari duit untuk sara keluarga kami.

Yatt (tudung hitam) kini mahu ibunya berehat di rumah setelah bertahun bekerja keras untuk mereka sekeluarga.
“Sekarang dia dah banyak berehat di rumah sebab kami tak bagi dia buat kerja berat, lebih-lebih dengan keadaan ibu yang sudah berusia.
“Pada yang masih ada ibu, hargailah mereka selagi masih boleh rasa kasih sayang seorang ibu,” katanya.
 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar


Sumber: Sinar Viral

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thetrendingnow.blogspot.com/2021/10/gadai-barang-kemas-terakhir-demi-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Masuk Tahun Satu Anak Masih Tak Lancar Membaca Cikgu Ini Kongsi 7 Tekniknya

Nak Masuk Tahun Satu Anak Masih Tak Lancar Membaca Cikgu Ini Kongsi 7 Tekniknya

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 322 hits
Tentu ibu bapa mula bimbang dengan keadaan anak yang tidak dapat membaca dengan baik tetapi dah nak masuk Tahun Satu Kebanyakan ibu ayah risau kerana silibus tahun satu tak seperti dulu Malah jika anak belum lancar membaca risau akan keting...
Suka Tengok Hrithik Roshan Semasa Hamil Ibu Kongsi Anak Lahir Dengan 11 Jari Subhanallah Anugerah Allah Paling Terindah

Suka Tengok Hrithik Roshan Semasa Hamil Ibu Kongsi Anak Lahir Dengan 11 Jari Subhanallah Anugerah Allah Paling Terindah

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 539 hits
Gara gara suka melihat Hrithik Roshan sepanjang kehamilannya seorang ibu terkejut apabila bayi lelaki yang dilahirkan mempunyai 11 jari sama seperti aktor Bollywood itu Menerusi platform TikTok seorang ibu yang dikenali sebagai Reeen berkon...
Dah Besar Tapi Masih Nak Melekat Anak Nak Berkepit Manja Sampai 6 Tahun Biarkan

Dah Besar Tapi Masih Nak Melekat Anak Nak Berkepit Manja Sampai 6 Tahun Biarkan

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 243 hits
Anak kita nak manja berlebih kita mulalah rasa rimas Jangan rimas dulu ini baik untuk perkembangan anak kita Itu tanda anak percaya pada kita walaupun umurnya sudah menjangkau usia enam tahun Parenting Influencer berkongsi mengenai perihal ...
Seb4k Waktu Nak Bersalin Suami Dan Nurse Bacakan Surah Yasin Elly Mazlein Cerita Proses Lahir Anak Kedua Haider Mateen

Seb4k Waktu Nak Bersalin Suami Dan Nurse Bacakan Surah Yasin Elly Mazlein Cerita Proses Lahir Anak Kedua Haider Mateen

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 483 hits
Bintang versatil Elly Mazlein yang telah pun selamat melahirkan anak kedua pada 23 Oktober lalu di pusat perubatan Andorra h0spital Selangor melu4hkan rasa teruja kerana dikurniakan bayi lelaki Haider Mateen Menurut Elly 41 atau nama sebena...
Ibu Masih Menetek Anak Umur Lima Dan Enam Tahun

Ibu Masih Menetek Anak Umur Lima Dan Enam Tahun

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 462 hits
LONDON Seorang ibu yang masih menyusukan dua anaknya masing masing berumur lima dan enam tahun memberitahu bahawa dia tidak akan berhenti memberikan susu badan sehingga mereka bersedia meninggalkan tabiat tersebut lapor laman berita Mail On...
Bila Masuk 2 Tahun Anak Yang Behave Bertukar Sikap Kenali Fasa Terrible Two Yang Terjadi Pada Anak 2 Tahun Ke Atas

Bila Masuk 2 Tahun Anak Yang Behave Bertukar Sikap Kenali Fasa Terrible Two Yang Terjadi Pada Anak 2 Tahun Ke Atas

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 333 hits
Bila anak masuk umur 2 tahun ke atas sikapnya yang behave bertukar menjadi pemarah cepat sedih dan suka mengamuk jika permintaan tidak dituruti Itu bukan bermakna mereka mempunyai sikap buruk namun sebenarnya mereka sedang mengalami satu pr...
Masuk 3 Tahun Tapi Masih Tak Pandai Sebut Perkataan Pakar Pertuturan Kongsi 4 Teknik Mudah Bantu Anak Bercakap

Masuk 3 Tahun Tapi Masih Tak Pandai Sebut Perkataan Pakar Pertuturan Kongsi 4 Teknik Mudah Bantu Anak Bercakap

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 285 hits
Anak dah masuk usia 3 tahun tapi masih lagi tak mampu bercakap atau menyebut perkataan Sememangnya ibu ayah perlu risau Tapi bagaimana caranya untuk bantu anak supaya dapat menyebut perkataan bermakna Ikuti perkongsian daripada Puan Aishah ...
Dah Lali Soalan Bila Nak Ada Anak Izzue Bahagia Dengan Isteri 8 Tahun Bukannya Mudah

Dah Lali Soalan Bila Nak Ada Anak Izzue Bahagia Dengan Isteri 8 Tahun Bukannya Mudah

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 280 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pasti akan mengimpikan cahaya mata Namun rezeki anak semuanya ketentuan Allah Walaupun suami isteri tidak mengalami sebarang masalah tetapi andai belum sampai rezeki tersebut kita tak boleh menafikannya Ada ya...
Nak Tahu Perkembangan Anak Normal Atau Lambat Red Flags Ini Que Ibu Ayah Alert

Nak Tahu Perkembangan Anak Normal Atau Lambat Red Flags Ini Que Ibu Ayah Alert

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 461 hits
Bahaya kalau ibu ayah tidak ambil tahu Red Flags perkembangan anak Apa pula Red Flags ini kan Bendera merah kah Sebenarnya Red Flags ini macam que untuk ibu ayah ambil langkah segera untuk bantu perkembangan anak Kadangkala ibu ayah jadi lu...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl