Nak Anak Jadi Penghafaz Al Quran Rupa Rupanya Ibu Ayah Boleh Mulakan Usaha Dari Bayi Lagi


Ibu ayah yang mempunyai impian melihat anak menjadi penghafaz Al-Quran rupanya boleh mulakan usaha sejak anak masih bayi lagi. Perkongsian ibu ini tentang tip yang digunakannya kepada anaknya boleh anda praktikkan.
Sejuk perut bila melihat anak kecil sudah mula membaca Al-Quran. Apatahnya menjadi penghafaznya. Tidak perlu tunggu lama, boleh mulakan usaha daripada bayi lagi!
Menurut Lina Karim dari Islamic Parenting Network, yang juga mempunyai dua orang anak yang menghafaz Al-Quran, ada tiga langkah yang boleh dilakukan sejak bayi di alam rahim lagi.

#1 MULAKAN DARI DALAM KANDUNGAN
Ia boleh dimulakan ketika bayi masih dalam kandungan. Ketika bayi masih janin telinganya sudah pun terbentuk dan mampu berfungsi pada umur lima bulan. Dia sudah boleh menangkap bunyi-bunyian dari luar rahim. Oleh sebab itu, hidangkanlah alunan bunyi-bunyian yang indah seperti bacaan Al-Quran daripada audio atau mp3.
Walaupun yang terbaik adalah memperdengarkan suara ibu atau bapa itu sendiri atau sekurang-kurangnya alunan Al-Quran daripada audio. Ini adalah usaha yang paling sedikit tetapi mempunyai impak yang besar di kemudian hari.
#2 IBU BAPA MENGAJAR
Mana ada guru khas yang boleh mengajar anak Al-Quran ketika mereka berusia enam bulan dan tentunya guru pertamanya adalah ibu bapa sendiri. Guru mengajar Al-Quran selalunya akan menerima kanak-kanak mengaji pada umur lima hingga enam.
Jika kita menunggu guru, kita akan mensia-siakan masa “emas” anak. Maka, ibu dan bapa sahajalah yang mengajar mereka ketika bayi.

#3 MAINKAN BERULANG KALI
Bayi belajar dengan mendengar sesuatu secara berulang. Jika 30 juzuk dimainkan, kita susah bertemu dengan titik ulangan kerana sangat panjang. Beliau menyarankan untuk memainkan beberapa surah.
Contohnya surah-surah penting seperti Al-Fatihah, Surah Luqman, Surah Yassin, Surah Sajadah, Surah Mulk, dan Al Kahfi ( 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir).

AL-QURAN KEPADA ANAK
Setiap surah ada manfaatnya. Contohnya surah Al Kahfi (10 ayat awal dan 10 ayat terakhir) adalah supaya kelak bila anak itu lahir mudah untuk dia menghafal dan mengamalkannya. Ia adalah perlindungan yang dijanjikan Allah dari Dajjal.
Kebanyakan ibu bapa mengeluh yang mereka menjaga anak mereka sebaik mungkin semasa kecil tetapi bila sudah masuk alam persekolahan dan mula bergaul, seolah-olah kuasa kita mengawal dan melindung mereka sudah berkurangan.
Hanya dengan pertolongan Allah sahaja anak kita akan terlindung dari segala anasir yang tidak baik ketika di luar. Kita perlu akui hakikat kehidupan, walau bagaimana sayang pun pada anak, kita tidak boleh melindungI mereka 24 jam. Berbaliklah pada Allah dengan janjinya.
 
The post Nak Anak Jadi Penghafaz Al-Quran? Rupa-Rupanya Ibu Ayah Boleh Mulakan Usaha Dari Bayi Lagi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/nak-anak-jadi-penghafaz-al-quran-rupa-rupanya-ibu-ayah-boleh-mulakan-usaha-dari-bayi-lagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Jadi Ibu Ayah Tak Marah Anak Ini 5 Perkara Anda Mesti Lakukan

Nak Jadi Ibu Ayah Tak Marah Anak Ini 5 Perkara Anda Mesti Lakukan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 484 hits
Ibu bapa mana yang tak pernah marahkan anak Kalau boleh sebenarnya semua ibu bapa tidak mahu marahkan anak tetapi kadang kala bila sudah hilang kesabaran termarah juga si anak Lepas marah anak anda mesti rasa menyesal dan kasihan dengan si ...
Nak Ajar Bayi Jadi Bijak Tak Semestinya Guna Flashcard Je Ibu Ini Kongsi 3 Perkara Yang Ibu Ayah Patut Buat

Nak Ajar Bayi Jadi Bijak Tak Semestinya Guna Flashcard Je Ibu Ini Kongsi 3 Perkara Yang Ibu Ayah Patut Buat

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 552 hits
Flashcard atau kad imbasan memaparkan gambar objek huruf atau nombor selalu digunakan kepada bayi Ia sangat bermanfaat kerana boleh memperkayakan tatabahasa si manja Tapi adakah memperkenalkan flashcard seawal usia masih bayi itu tepat seda...
Seawal Dalam Pantang Selalu Berborak Dengan Bayi Boleh Merangsang Otak Anak Jadi Bijak

Seawal Dalam Pantang Selalu Berborak Dengan Bayi Boleh Merangsang Otak Anak Jadi Bijak

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 598 hits
Jika anda ingin melahirkan anak yang bijak anda perlu mula merangsang otak anak sejak bayi lagi Bagaimana caranya Cuba lakukan kaedah ini bersama bayi anda Cara ini bukan sahaja boleh menggalakkan fungsi otak bayi bahkan juga dapat merapatk...
4 Tips Elak Marah Anak Anak Yang Boleh Dijadikan Panduan Ibu Bapa

4 Tips Elak Marah Anak Anak Yang Boleh Dijadikan Panduan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 501 hits
Mengawal marah apabila berhadapan dengan perangai anak anak adalah satu perkara yang sangat mencabar Lagi mencabar apabila ini berlaku ketika ibu atau bapa keletihan selepas pulang daripada kerja atau pemikiran kusut akibat isu lain Kami ko...
Pergilah Sayang Ibu Dan Ayah Redha Bayi Meninggal Dunia Gara Gara Terhidu Asap Rokok

Pergilah Sayang Ibu Dan Ayah Redha Bayi Meninggal Dunia Gara Gara Terhidu Asap Rokok

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 596 hits
Pergilah sayang ibu dan ayah redha Bayi meninggal dunia gara gara terhidu asap rokokBerat hati kita membaca berat lagi hati mereka yang menghadap dan menanggung dugaan ini Sudah dinasihatkan berkali kali jangan sesekali menyentuh mendekati ...
Ibu Kena Peka Dengan Pergerakan Bayi Dalam Kandungan Boleh Kurangkan Risiko Bayi Meninggal Semasa Lahir

Ibu Kena Peka Dengan Pergerakan Bayi Dalam Kandungan Boleh Kurangkan Risiko Bayi Meninggal Semasa Lahir

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 504 hits
Pemantauan ibu kepada pergerakan bayi dalam kandungan sangat penting agar dapat mengelakkan risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan atau still birth Menurut Dr Dharmini Veerakumaran Pakar Perbidanan Sakit Puan Pertubuhan Kesihatan Sedunia m...
Diamkan Anak Dengan Gajet Memang Memudahkan Tapi Ia Juga Punca 4 Masalah Ibu Ayah Please Take Note

Diamkan Anak Dengan Gajet Memang Memudahkan Tapi Ia Juga Punca 4 Masalah Ibu Ayah Please Take Note

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 613 hits
Tak dinafikan gajet memberikan banyak manfaat kepada semua Tapi pendedahan yang dalam jangka masa yang lama dan tidak kena dengan masanya boleh mengundang kemudaratan Jangan gunakan alasan mahu ketenangan di meja makan dengan memberikan gaj...
Cuba 3 Kaedah Dari Si Ayah Ini Supaya Kurang Rasa Nak Mengamuk Dekat Anak

Cuba 3 Kaedah Dari Si Ayah Ini Supaya Kurang Rasa Nak Mengamuk Dekat Anak

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 359 hits
Makin dimarah makin melampau Inilah apa yang dialami oleh ibu bapa apabila menegur anak anak yang degil dan buas Kalau anda nak tahu situasi ini berlaku adalah kerana anak anak lebih cenderung untuk ikut apa yang ibu bapa buat Kerana itulah...
Buang Tabiat Beri Gajet Masa Makan Anak Boleh Diam Tapi Kesannya Buat Mak Ayah Menyesal

Buang Tabiat Beri Gajet Masa Makan Anak Boleh Diam Tapi Kesannya Buat Mak Ayah Menyesal

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 779 hits
Memberikan gajet ketika di meja makan tak kiralah di rumah atau di restoran luar mampu memberikan ketenangan yang sekejap kepada ibu bapa Tapi memberi implikasi yang negatif untuk jangkamasa panjang Di meja makan anak anak mampu Melatih ski...
Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

It Takes More Than Just A Badge To Instil Patriotism

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Joker123th 100

Dior188

Turning Your Startup Dream To Reality

Tarikh Masa Dan Lokasi Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Selangor Bersama Pm

Ayah Jangan Nangis

Pasaran Memerlukan Bukti