Ibu Kena Peka Dengan Pergerakan Bayi Dalam Kandungan Boleh Kurangkan Risiko Bayi Meninggal Semasa Lahir


Pemantauan ibu kepada  pergerakan bayi dalam kandungan sangat penting agar dapat mengelakkan risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan atau still birth.
Menurut  Dr. Dharmini Veerakumaran, Pakar Perbidanan & Sakit Puan , Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ialah 22 minggu. Namun, ini tertakluk kepada negara-negara yang mempunyai teknologi neonatal (bulan pertama kelahiran) yang tinggi iaitu kelengkapan ventilator, inkubator dan sebagainya seperti di Amerika dan Australia.

DEFINISI STILL BIRTH
Anda perlu faham definisi kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ini kerana jika bayi dilahirkan pada usia 20 minggu, dia dianggap gugur. Jika dilahirkan pada umur 24 minggu, barulah dia dikatakan sebagai lahir tidak bernyawa.
Dalam pada itu, terdapat dua jenis kelahiran tidak bernyawa yang perlu anda ambil tahu. Ia ada fresh still birth (FSB) di mana bayi meninggal dalam tempoh 48 jam sebelum kelahiran dan macerate still birth (MSB). MSB melibatkan bayi yang meninggal
lebih daripada 48 jam sebelum tarikh kelahirannya. Sehubungan itu, bagi kes-kes di mana si ibu tidak mengetahui usia sebenar kandungannya, maka mayat bayi yang beratnya 500 gram dianggap sebagai still birth.

CARTA PRGERAKAN BAYI ITU PENTING
Sewaktu kandungan mencecah usia 34 minggu, anda akan diminta untuk melakukan catatan di dalam carta pergerakan bayi. Biarpun kelihatan remeh, ia sangat penting untuk dititikberatkan.
Carta pergerakan yang anda perlu lakukan ini dapat dijadikan petunjuk sama ada bayi dalam kandungan sihat ataupun tidak.
PUNCA DARIPADA IBU
1.Umur
Masalah kematian bayi sewaktu dilahirkan sering terjadi di kalangan ibu yang terlalu muda iaitu umurnya bawah 20 tahun ataupun berusia (40 tahun ke atas).
2.Menghidap penyakit tertentu
Bagi anda yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan penyakit kronik yang lainnya, ketahuilah anda merupakan golongan berisiko terutamanya apabila tubuh tidak mampu lagi dapat meneruskan kehamilan.
3.Sindrom anti phospolipid (APS)
Ia merupakan sejenis penyakit di mana darah wanita hamil mudah beku. Apabila di dalam saluran darahnya mempunyai darah beku, ia boleh memasuki plasenta dan menyekat pengaliran darah, oksigen dan makanan kepada bayi.
4.Trauma
Kemalangan yang pernah berlaku seperti terjatuh, terhantuk dan yang seumpama dengannya boleh mendedahkan anda kepada risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan.
5.Tekanan 
Apabila mengalami tekanan, tubuh akan mengeluarkan hormon stres di dalam darah dan memberi tumpuan hanya pada bahagian organ-organ yang penting. Oleh sebab itu, kelenjar adrenalin akan menjaga otak, jantung dan buah pinggang dalam keadaan darurat dan kurang memberi perhatian kepada bahagian rahim. Secara tidak langsung ia mendatangkan mudarat kepada bayi.
6.Sosial ekonomi
Still birth juga didapati terjadi kepada golongan ibu hamil yang terlalu miskin atau tiada pengetahuan asas bagi menjaga kesihatan diri dan kandungan. Antara lain, jika ada di kalangan anda yang ambil alkohol atau dadah semasa hamil, ia bakal mendedahkan bayi kepada risiko still birth.

PUNCA DARIPADA BAYI
1.Pembesaran terbantut
Risiko still birth boleh  berlaku sekiranya bayi tidak mampu untuk membesar dengan kadar sempurna.
2.Pembentukan kongenital
Lazimnya ia boleh terjadi kepada bayi yang mengalami masalah pembentukan organ dalaman tubuh seperti jantung. Sama juga halnya dengan yang mengalami kecacatan akal.
3.Air ketuban
Anda perlu tahu bahawa air ketuban yang kurang ataupun terlalu banyak pun boleh menyumbang kepada risiko still birth.
4.Plasenta
Masalah yang berlaku kepada uri seperti abruption placenta atau uri lekang juga boleh menjadi penyebabnya. Ia terjadi kerana uri lekang terlebih dahulu sebelum bayi berjaya dikeluarkan. Jadi, ia tidak dapat memberi bekalan oksigen pada bayi lalu menyebabkannya meninggal.
Manakala placenta praevia pula berpunca daripada pendarahan. Setiap kali pendarahan berlaku, plasenta tidak boleh berfungsi dengan sempurna dan boleh menyebabkan nyawa bayi dalam kandungan terancam.

 
The post Ibu Kena Peka Dengan Pergerakan Bayi Dalam Kandungan, Boleh Kurangkan Risiko Bayi Meninggal Semasa Lahir appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/ibu-kena-peka-dengan-pergerakan-bayi-dalam-kandungan-boleh-kurangkan-risiko-bayi-meninggal-semasa-lahir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi Kes Bayi Baru Lahir Meninggal Akibat Ibu Bapa Menolak Suntikan Vitamin K

Lagi Kes Bayi Baru Lahir Meninggal Akibat Ibu Bapa Menolak Suntikan Vitamin K

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 614 hits
Banyak salah faham dalam kalangan ibu bapa antivaksin yang menyangka suntikan vitamin K yang diberi kepada bayi yang baru lahir adalah satu vaksin baru Tanggapan ini salah sama sekali Suntikan vitamin K diperkenalkan sejak 1961 bagi mengela...
Tali Pusat Bayi Baru Lahir Tak Di Jaga Dengan Betul Boleh Sebabkan Jangkitan Kuman Demam Panas

Tali Pusat Bayi Baru Lahir Tak Di Jaga Dengan Betul Boleh Sebabkan Jangkitan Kuman Demam Panas

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 1091 hits
Tali pusat adalah saluran kehidupan bagi janin semasa dalam kandungan Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru biruan Setelah bayi dilahirkan doktor akan menyepit dan memotong tali pusat itu Di tempat tali pusat melekat ke perut pul...
Nak Anak Jadi Penghafaz Al Quran Rupa Rupanya Ibu Ayah Boleh Mulakan Usaha Dari Bayi Lagi

Nak Anak Jadi Penghafaz Al Quran Rupa Rupanya Ibu Ayah Boleh Mulakan Usaha Dari Bayi Lagi

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 611 hits
Ibu ayah yang mempunyai impian melihat anak menjadi penghafaz Al Quran rupanya boleh mulakan usaha sejak anak masih bayi lagi Perkongsian ibu ini tentang tip yang digunakannya kepada anaknya boleh anda praktikkan Sejuk perut bila melihat an...
Pergilah Sayang Ibu Dan Ayah Redha Bayi Meninggal Dunia Gara Gara Terhidu Asap Rokok

Pergilah Sayang Ibu Dan Ayah Redha Bayi Meninggal Dunia Gara Gara Terhidu Asap Rokok

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 572 hits
Pergilah sayang ibu dan ayah redha Bayi meninggal dunia gara gara terhidu asap rokokBerat hati kita membaca berat lagi hati mereka yang menghadap dan menanggung dugaan ini Sudah dinasihatkan berkali kali jangan sesekali menyentuh mendekati ...
Tak Semua Yang Melahirkan Pada Tarikh Jangkaan Ibu Hamil Perlu Tahu Risiko Kandungan Lebih Hari

Tak Semua Yang Melahirkan Pada Tarikh Jangkaan Ibu Hamil Perlu Tahu Risiko Kandungan Lebih Hari

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 702 hits
Ibu hamil yang menanti saat saat melahirkan tentu tidak sabar menanti cahaya mata setelah doktor memberi tarikh jangkaan bersalin Namun tidak semua melahirkan pada tarikh yang dijadualkan Ada yang awal dan ada juga yang melebihi tarikh jang...
Seawal Dalam Pantang Selalu Berborak Dengan Bayi Boleh Merangsang Otak Anak Jadi Bijak

Seawal Dalam Pantang Selalu Berborak Dengan Bayi Boleh Merangsang Otak Anak Jadi Bijak

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 576 hits
Jika anda ingin melahirkan anak yang bijak anda perlu mula merangsang otak anak sejak bayi lagi Bagaimana caranya Cuba lakukan kaedah ini bersama bayi anda Cara ini bukan sahaja boleh menggalakkan fungsi otak bayi bahkan juga dapat merapatk...
Mayat Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Tong Sampah

Mayat Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Tong Sampah

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 422 hits
Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampahMayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui dalam tong sampah di Pangsapuri Desa Ilmu Kota Samarahan Sarawak hari ini Dalam kejadian jam 1 30 tengah hari itu mayat bayi yang masih...
Bayi Mudah Dijangkiti Ruam Semasa Cuaca Panas Lakukan 5 Langkah Ini

Bayi Mudah Dijangkiti Ruam Semasa Cuaca Panas Lakukan 5 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 381 hits
Cuaca panas sekarang ini memang banyak memberi ketidakselesaan kepada semua orang terutamanya bayi yang masih kecil Antara risiko yang mudah terkena kepada si kecil akibat cuaca panas adalah masalah ruam Ruam sememangnya sangat sinonim deng...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game