Nak Ajar Bayi Jadi Bijak Tak Semestinya Guna Flashcard Je Ibu Ini Kongsi 3 Perkara Yang Ibu Ayah Patut Buat


Flashcard atau kad imbasan memaparkan gambar objek, huruf atau nombor selalu digunakan kepada bayi. Ia sangat bermanfaat kerana boleh memperkayakan tatabahasa si manja. Tapi adakah memperkenalkan flashcard seawal usia masih bayi itu tepat, sedangkan mereka memerlukan rangsangan yang lebih dari itu?
Puan Farhan, ibu kepada dua orang anak dan juga bertugas sebagai kaunselor mempunyai pendapatnya mengenai perkara ini. Katanya, pada usia yang masih kecil, bayi mahu berinteraksi dengan ibu dan ayahnya.
Pengenalan kepada flashcard dilewatkan sehingga anak boleh bercakap sebaliknya lakukan 3 perkara ini terlebih dahulu.
Saya masih ingat, ketika saya mendapat anak pertama saya teruja untuk membeli bermacam jenis flashcard. Asal pergi ke kedai beli flashcard.
Ketika anak masih kecil, sibuk mengagah saya, tetapi saya pula sibuk guna flashcard. Konon nak jadikan anak pandai
Tetapi, setelah anak saya membesar flashcard yang saya beli ketika dia baby itu tidak mampu lagi menarik perhatian dia.
Dia lebih suka belajar dan meneroka alam sekeliling. Ketika itu saya baru sedar rupa-rupanya apa yang ada di sekeliling dia lebih menarik berbanding dengan kepingan kertas flashcard itu!

Mungkin ketika baby itu, kalau dia boleh bercakap dia akan cakap
“Boringnya ibu”
Orang nak tengok muka dia puas puas dia pergi tunjuk flashcard pulak.
Banyak juga kajian yang saya baca yang menyatakan bahawa flash card tidak lah membantu mengaktifkan otak baby pun. Lebih lebih lagi pada baby yang belum boleh bercakap.
Tapi tapi, biasalah bila tengok orang sekeliling beli flashcard kita akan rasa macam bersalah bila tak beli untuk anak.
Jadi, letak tepi flashcard dan abaikan dahulu benda tu.
Jadi, bagaimana kita mahu ajar anak kita kalau tak guna flashcard.
Untuk pengetahuan ibu dan ayah semua. Antara perkara yang paling membantu anak anak anda menjadi bijak adalah apabila anda…
SELALU BERCAKAP DENGAN ANAK ANAK Bercakap ini merupakan asas pembelajaran untuk anak anak. Anak akan belajar membina vocab dari apa yang keluar kita. Semakin kerap dan banyak kita berkomunikasi dengan anak anak, semakin banyak anak akan belajar dan mudah memahami apa yang kita ucapkan.

Apa yang kita sebut ini juga akan kekal dalam ingatan anak anak.
Seorang pakar psikologi bernama Anne Fernald ada menyatakan bahawa, keperluan untuk ibu ayah berkomunikasi dengan anak itu sama penting dengan beri susu/makanan untuk anak anak. Maknanya apa tu? Basic needs lah kan?
Tak nak cakap boleh je nak menyanyi ke nak mengaji ke…
Sukahati
GUNA APA YANG ADA DI SEKELILING Apabila kita mahu mengajar anak anak, adalah lebih baik kita menggunakan ‘real things’ yang ada di sekeliling. Itu lebih baik berbanding kita menggunakan keping kertas.
Katakan kalau kita mahu ajar ini apple, belikan buah epal.

Tunjuk pada anak, beri anak pegang, rasa dan bau. Pembelajaran itu akan lebih berkesan sekiranya segala deria anak digunakan. Maksudnya kita guna deria bau,mata, sentuhan dan sebagainya.
Bayangkan kalau kita beri sekeping flashcard, anak hanya akan nampak gambar.
Anak tidak dapat pegang dan rasa.
Apatah lagi untuk mencium baunya.
Adakah anak akan seronok?

Jadi, tugas anda selongkar kotak mainan anak, cari bahan di dapur, bilik air mahu pun stor untuk anak anak belajar.
Sambil sambil masak, tunjuk pada anak ini tomato, ini potato.
Macam saya sendiri, bila masak saya akn sebut satu satu.
Katakan nak masak sup
“Ok anak anak, hari ni ibu nak masak sup. Ini namanya potato. Ini chicken, ini bawang”
Tunjuk lah seketul seketul. Mulut mak mak memang bising kan Sambil tunjuk adalah yang akan ambil tomato tu dan gigit.
SELALU BERMAIN DENGAN MEMELUK ANAK Antara utama untuk anak belajar adalah bermain. Tugas anak kecil hanya bermain dan sudah pasti teman yang paling rapat untuk mereka bermain adalah ibu dan ayah.
Agah mereka, bergolek bersama sama.
Buat muka senyum, sedih, geram, marah untuk ajar tentang emosi. Gelak bersama sama ha-ha-ha.

 
Pegang tangan, kaki dan hidung anak anak, ajarkan tentang anggota tubuh.
Lompat , panjat dan berlari
Tunjukkan kereta lori dan bas saat di jalan raya.
Bawa mereka ke taman dan pantai.
Agar mereka dapat rasa bagaimana rasanya rumput dan pasir pantai.
Agar mereka dapat mencium bau rumput dan bunga
Agar mereka dapat melihat birunya air pantai…
Terlalu banyak sebenarnya untuk mereka belajar bersama kita di alam nyata.
Disitulah mereka akan belajar banyak hal. Ditambah pula kebersamaan ibu bapa, pastinya mereka akan lebih teruja untuk belajar.
Dalam masa yang sama bonding dan attachment yang terbina saat membuat aktiviti bersama juga akan membuatkan anak lebih menyerap ilmu di sekeliling( Apabila anak berasa selamat/disayangi mereka akan mampu untuk mempersiapkan diri mereka untuk belajar)
BUKAN ANTI FLASH CARD! Sebenarnya, saya bukan anti flashcard. Bukan!
dan saya tak kata flashcard itu memang tak bagus langsung
Cuma, anak kita perlukan lebih dari flashcard untuk belajar sesuatu yang lebih bermakna.
Untuk permulaan , letak tepi dahulu flashcard dan beri anak peluang untuk belajar dengan lebih menarik dan seronok mengikut usianya.
Apabila dia sudah besar sedikit, nak beli and nak ajar anak sambil dia main main boleh saja. Yang penting dia kenal lebih banyak benda yang real berbanding gambar di, atas kertas.

Nota kaki:
Flashcard ataupun buku sebenarnya tak ada masalah, cuma utamakan yang lebih penting dan jangan terlalu taksub dengan hal itu.
Kalau beli sekadar untuk anak tengok sambil main main pada saya ok sahaja. Yang jadi isu bila anak siapa ada waktu khas untuk belajar flashcard. Kesian otak anak yang masih baby. Banyak benda lagi dia nak isi tau.
Anak saya yang kedua, saya kenalkan apa yang ada disekeliling dahulu, ternyata dia lebih seronok apabila tengok buku, sebab dia dah lihat benda itu dunia sebenar.
Apa pun ini hanya sekadar perkongsian ilmu dan pengalaman. Saya tidak mengatakan pendapat ini sahaja yang benar benar terbaik. Cuma, lihat dan pandang anak dalam-dalam, anda akan tahu apa yang dia perlukan sebenarnya.
Sumber: Puan Farhan
The post Nak Ajar Bayi Jadi Bijak Tak Semestinya Guna Flashcard Je! Ibu Ini Kongsi 3 Perkara Yang Ibu Ayah Patut Buat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/nak-ajar-bayi-jadi-bijak-tak-semestinya-guna-flashcard-je-ibu-ini-kongsi-3-perkara-yang-ibu-ayah-patut-buat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Anak Jadi Penghafaz Al Quran Rupa Rupanya Ibu Ayah Boleh Mulakan Usaha Dari Bayi Lagi

Nak Anak Jadi Penghafaz Al Quran Rupa Rupanya Ibu Ayah Boleh Mulakan Usaha Dari Bayi Lagi

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 611 hits
Ibu ayah yang mempunyai impian melihat anak menjadi penghafaz Al Quran rupanya boleh mulakan usaha sejak anak masih bayi lagi Perkongsian ibu ini tentang tip yang digunakannya kepada anaknya boleh anda praktikkan Sejuk perut bila melihat an...
Nak Jadi Ibu Ayah Tak Marah Anak Ini 5 Perkara Anda Mesti Lakukan

Nak Jadi Ibu Ayah Tak Marah Anak Ini 5 Perkara Anda Mesti Lakukan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 468 hits
Ibu bapa mana yang tak pernah marahkan anak Kalau boleh sebenarnya semua ibu bapa tidak mahu marahkan anak tetapi kadang kala bila sudah hilang kesabaran termarah juga si anak Lepas marah anak anda mesti rasa menyesal dan kasihan dengan si ...
Pergilah Sayang Ibu Dan Ayah Redha Bayi Meninggal Dunia Gara Gara Terhidu Asap Rokok

Pergilah Sayang Ibu Dan Ayah Redha Bayi Meninggal Dunia Gara Gara Terhidu Asap Rokok

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 572 hits
Pergilah sayang ibu dan ayah redha Bayi meninggal dunia gara gara terhidu asap rokokBerat hati kita membaca berat lagi hati mereka yang menghadap dan menanggung dugaan ini Sudah dinasihatkan berkali kali jangan sesekali menyentuh mendekati ...
Kalau Nak Anak Bijak Jangan Buat 4 Perkara Yang Boleh Halang Perkembangan Positifnya

Kalau Nak Anak Bijak Jangan Buat 4 Perkara Yang Boleh Halang Perkembangan Positifnya

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 393 hits
Semua ibu bapa mahu anak masing masing membesar dengan bijak Tolong elakkan daripada buat perkara perkara yang boleh menghalang perkembangan positifnya Tanpa kita sedar sikap kita sendiri yang menyebabkan perkembangan anak untuk bereksplora...
Saya Tak Berniat Bunuh Baru Sebulan Bernikah Dah Bersalin Si Ibu Panik Tekup Mulut Bayi Sampai Mati

Saya Tak Berniat Bunuh Baru Sebulan Bernikah Dah Bersalin Si Ibu Panik Tekup Mulut Bayi Sampai Mati

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 961 hits
Saya tak berniat bunuh Baru sebulan bernikah dah bersalin si ibu panik tekup mulut bayi sampai matiPolis berjaya merungkai misteri penemuan mayat seorang bayi pada 10 November lalu yang dikuburkan di sebuah kebun di sebuah taman perumahan d...
Sedapnya Aiskrim Yogurt Buah Buahan Homemade Ibu Ini Kongsikan Resipi Sesuai Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

Sedapnya Aiskrim Yogurt Buah Buahan Homemade Ibu Ini Kongsikan Resipi Sesuai Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 946 hits
Aiskrim yogurt buah buahan selalunya ibu ayah akan tunda dulu kerana ia kaya dengan gula Tapi resepi yang dikongsikan ibu ini menggunakan buah buahan dan yogurt sebagai bahan tiada gula garam digunakan jadi ia mesra bayi Tidak salah jika an...
Tak Payah Ke Jepun Nak Tahu Atau Belajar Perkara Macam Ini Najib

Tak Payah Ke Jepun Nak Tahu Atau Belajar Perkara Macam Ini Najib

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 335 hits
Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan Mungkin hasil berjalan sampai ke Jepun inilah dia boleh terfikir idea bernas ini Tapi sebab terlalu hebat mengkaji beliau terlepas pandang bahawa Rancangan Makanan Tambahan ini sejak tahun 1979 la...
Bayi 8 Hari Maut Kerana Dipegang Amp Dicium Ibu Merayu Semua Ambil Pengajaran

Bayi 8 Hari Maut Kerana Dipegang Amp Dicium Ibu Merayu Semua Ambil Pengajaran

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 359 hits
Bayi baru lahir adalah insan yang mudah terdedah dengan penyakit kerana sistem imunisasi mereka masih lemah Baru baru ini seorang bayi baru lahir meninggal dunia kerana pelawat yang datang memegang dan menciumnya bawa virus selsema Bayi bar...
Guna Berus Gigi Jari Silikon Seawal Gigi Pertama Bayi Tumbuh Untuk Bersih Dan Urut Gusi

Guna Berus Gigi Jari Silikon Seawal Gigi Pertama Bayi Tumbuh Untuk Bersih Dan Urut Gusi

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 677 hits
Sebelum bayi keluar gigi pertama sebaiknya ibu bapa dah mula membersihkan gusi mereka dengan kain lembut yang dibasahkan atau berus gigi jari khas untuk bayi selepas menyusu dan sebelum masa tidur Ibu bapa perlu mula memberus gigi anak seba...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game