Najib Sokong Pelaburan Src Di Luar Negara



Najib sokong pelaburan SRC di luar negaraPosted By: Pentadbiron: June 12, 2019 Print EmailBekas perdana menteri Najib Razak pada 2011 menyokong keputusan SRC International Sdn Bhd untuk melaburkan RM1.5 bilion di luar negara, kata bekas pengerusi lembaga pengarah syarikat itu Ismee Ismail hari ini.Beliau yang menjadi saksi ke-39 pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Najib menyokong keputusan itu ketika pertemuan dengan CEO Nik Faisal Ariff Kamil pada 7 September tahun itu.Ia selepas SRC International mendapat pinjaman RM2 bilion Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pada 29 Ogos 2011. KWAP meluluskan pinjaman RM2 bilion lagi pada Mac tahun berikutnya.Empat lagi ahli lembaga pengarah diberi taklimat oleh Nik Faisal berkenaan pertemuannya dengan Najib dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 13 September.“Saya minta salinan minit daripadanya. Saya tak ingat sama ada dia menunjukkannya kepada lembaga pengarah,” kata Ismee ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ishak Mohd Yusoff.Ismee berkata, Nik Faisal juga memberi taklimat kepada ahli lembaga pengarah bahawa syarikat itu patut melapor secara terus kepada perdana menteri.Menurutnya lagi, Najib merupakan penasihat emeritus SRC International dan bertanggungjawab mengambil atau memecat pengarah syarikat, seperti yang dinyatakan dalam memorandum dan tataurusan persatuan syarikat itu.Terdahulu, pihak pendakwaan cuba menjadikan minit mesyuarat 7 September itu sebagai bahan bukti tetapi dibantah pihak pembelaan yang berkata dokumen itu “palsu”, kerana tidak diketahui bagaimana minit itu diperolehi.Kedua-dua pihak berbalas hujah, dengan pihak pendakwaan berkata minit mesyuarat 13 September itu menyokong kandungan minit mesyuarat 7 September.Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian memutuskan minit mesyuarat 7 September itu tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti selati pegawai siasatan SPRM yang merampas dokumen itu – hanya dikenali sebagai “Rosli” – dipanggil mahkamah.Pihak pendakwaan tidak memperincikan tentang wang RM1.5 bilion itu serta apa yang berlaku kepada baki RM500 juta. Difahamkan ia akan diketahui dalam perbicaraan nanti.Malaysiakini tidak dapat melihat minit mesyuarat 13 September itu, yang diterima sebagai bukti.Sementara itu, Ismee juga berkata pada 14 Februari 2012, lembaga pengarah menerima – melalui Nik Faisal – arahan bertulis pemegang saham untuk memindahkan hak milik SRC International kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).Ketika itu SRC International adalah subsidiari 1MDB yang dimiliki MOF Inc. MOF Inc pula dikawal oleh menteri kewangan ketika itu iaitu Najib.Kata Ismee, arahan pemindahan hak milik itu mengandungi tandatangan Najib.Beliau berkata lembaga pengarah tidak boleh berbuat apa-apa kerana perkara itu tertakluk kepada pemegang saham.Ishak: Bolehkah lembaga pengarah pertimbang semula perkara ini?Ismee: Saya rasa ini untuk pemegang saham.Ishak: Jadi boleh atau tidak (lembaga pengarah mengubah keputusan)?Ismee: Kami tak boleh. Kerana ia untuk pemegang saham, bukan pengarah SRC. (Because it was the issue for shareholder, not for SRC directors)Dalam keterangannya, Ismee turut berkata ketika mesyuarat 14 Februari, lembaga pengarah membincangkan satu lagi cadangan Nik Faisal untuk meminjam RM2 bilion lagi daripada KWAP. Pinjaman itu disalurkan pada 28 Mac tahun sama.Ismee memberitahu beliau meletakkan jawatan sebagai pengarah pada 2014 kerana tidak setuju dengan cara Nik Faisal menguruskan syarikat.Antara 2006 hingga 2016, Ismee menjadi pengarah urusan dan CEO Tabung Haji. Beliau dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif 1MDB pada 2009.Pada Januari 2011, beliau menyertai lembaga pengarah SRC International bersama-sama Suboh Md Yasin, Che Abdullah @ Rashidi Che Omar, Shahrol Azrol Ibrahim Halmi dan Nik Faisal.Pada 2017, beliau dilantik sebagai pengerusi Media Prima Bhd dan meletakkan jawatan pada Mei 2018

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/06/najib-sokong-pelaburan-src-di-luar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Suspek Utama Bunuh Adib Disembunyikan Kat Luar Negara Dan Kosnya Ditanggung Kerajaan Dakwa Peguam

4 Suspek Utama Bunuh Adib Disembunyikan Kat Luar Negara Dan Kosnya Ditanggung Kerajaan Dakwa Peguam

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 1033 hits
SEMASA Pada selasa Peguambela dan Peguamcara Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa empat suspek pembunuh Adib telah disembunyikan diluar negara dimana semua kos hidup mereka telah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Pihak polis juga katanya...
Najib Sokong Labur Rm1 5 Bilion

Najib Sokong Labur Rm1 5 Bilion

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 222 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak pada 2011 menyokong keputusan SRC International Sdn Bhd untuk melaburkan RM1 5 bilion di luar negara kata bekas pengerusi lembaga pengarah syarikat itu Ismee Ismail hari ini Beliau yang menjadi saksi ke 39 ...
Najib Trial Day 22 Src Board Never Sought To Verify If Nik Faisal Was Link To Najib

Najib Trial Day 22 Src Board Never Sought To Verify If Nik Faisal Was Link To Najib

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 347 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters its 21st today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the...
Najib Ada Kawalan Sepenuhnya Dalam Pentadbiran Src Saksi

Najib Ada Kawalan Sepenuhnya Dalam Pentadbiran Src Saksi

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 310 hits
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap pentadbiran syarikat SRC International Sdn Bhd berdasarkan pindaan kepada undang undang tubuh syarikat Bekas A...
Najib Amended Src Constitution To Gain Control Of The Company Says Ex Chairman

Najib Amended Src Constitution To Gain Control Of The Company Says Ex Chairman

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 292 hits
The High Court heard today that Najib Razak added a clause in the constitution of SRC International Sdn Bhd at an extraordinary general meeting to make him the adviser emeritus of the company The amendment also indirectly gave him control o...
Saksi Dedah Lembaga Pengarah Src Tak Pernah Mesyuarat Dengan Najib

Saksi Dedah Lembaga Pengarah Src Tak Pernah Mesyuarat Dengan Najib

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 281 hits
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa lembaga pengarah SRC International Sdn Bhd tidak pernah menyoal atau mengesahkan sama ada Ketua Pegawai Eksekutifnya Nik Faisal Ariff Kamil sememangnya satu satunya orang yang ada hubungan dengan b...
Najib Trial Day 21 Src Board Went To Switzerland To Check If Money Still In The Bank

Najib Trial Day 21 Src Board Went To Switzerland To Check If Money Still In The Bank

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 325 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters its 21st today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the...
Najib Src Trial Najib S Minutes Were Not Instructions Kwap Ex Ceo

Najib Src Trial Najib S Minutes Were Not Instructions Kwap Ex Ceo

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 314 hits
The Kuala Lumpur High Court today yet again heard that former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak didn t exert any pressure to secure billion ringgit loans for SRC International Sdn Bhd Retirement Fund Incorporated former chief executive ...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte