Najib Ada Kawalan Sepenuhnya Dalam Pentadbiran Src Saksi


Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap pentadbiran syarikat SRC International Sdn Bhd berdasarkan pindaan kepada undang-undang tubuh syarikat.
Bekas Ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd, Tan Sri Ismee Ismail, 54, berkata demikian ketika Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusoff merujuk beliau kepada pindaan berkaitan Artikel 117 yang ditambah ke dalam Memorandum dan Artikel Penubuhan Syarikat oleh Najib, yang juga Advisor Emeritus SRC.

Loading… Ishak: Apakah implikasi Artikel 117 itu?
Ismee: Implikasi Artikel 117 itu ialah SRC perlu mengambil kira nasihat Advisor Emeritus dalam hal membabitkan perkara material dan strategik serta melaksanakan nasihat tersebut.
Ishak: Siapa Advisor Emeritus?
Ismee: Najib, yang juga Perdana Menteri ketika itu.
Ishak: Adakah Advisor Emeritus mempunyai kawalan dalam aspek pentadbiran Lembaga Pengarah SRC dan syarikat?
Ismee: Seharusnya ada kawalan.
Bagaimanapun, saksi pendakwaan ke-39 itu berkata beliau tidak dimaklumkan kenapa terdapat pindaan berhubung Artikel 117 dalam Minit Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) syarikat tersebut yang bertarikh 23 April 2012.
Sementara itu, semasa diperiksa balas oleh peguam Najib, Harvinderjit Singh, Ismee mengakui beliau tidak melihat sendiri Najib menandatangani minit EGM pada 23 April 2012 yang meluluskan pindaan kepada Memorandum Penubuhan Syarikat.
Pindaan itu dikatakan untuk memasukkan Artikel 117 ke dalam Memorandum Penubuhan SRC International, yang membawa kepada pelantikan Najib sebagai Advisor Emeritus syarikat.

Saksi itu juga mengakui bahawa beliau hanya bergantung kepada apa yang telah diberitahu oleh pengarah SRC International Nik Faisal Ariff Kamil kepada lembaga pengarah syarikat dalam satu mesyuarat pada 8 Jun, 2012.
Sementara itu, Ismee berkata beliau baru menyedari bahawa minit mesyuarat pada 2013 itu tidak mempunyai tandatangannya setelah ditunjukkan oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli, kepadanya.
Harvinderjit: Ada tidak pegawai SPRM meminta daripada kamu dokumen tertentu?
Ismee: Tidak, tetapi Rosli ada bertanya saya sama ada saya mempunyai dokumen-dokumen lain berkaitan SRC di rumah. Jadi, saya balik ke rumah untuk mencarinya dan saya menjumpai dokumen itu dalam beg bimbit saya.
Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/06/najib-ada-kawalan-sepenuhnya-dalam-pentadbiran-src-saksi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saksi Dedah Lembaga Pengarah Src Tak Pernah Mesyuarat Dengan Najib

Saksi Dedah Lembaga Pengarah Src Tak Pernah Mesyuarat Dengan Najib

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 359 hits
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa lembaga pengarah SRC International Sdn Bhd tidak pernah menyoal atau mengesahkan sama ada Ketua Pegawai Eksekutifnya Nik Faisal Ariff Kamil sememangnya satu satunya orang yang ada hubungan dengan b...
Nik Faisal Jadi Perantara Antara Src Dan Najib Kata Saksi Perbicaraan Ismee Ismail

Nik Faisal Jadi Perantara Antara Src Dan Najib Kata Saksi Perbicaraan Ismee Ismail

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 445 hits
KES NAJIB Nik Faisal Ariff Kamil adalah perantara antara lembaga pengarah SRC International dengan bekas perdana menteri Najib Razak kata saksi perbicaraan Ismee Ismail Ismee yang merupakan bekas pengerusi lembaga pengarah syarikat itu berk...
Peguam Najib Soal Saksi Sampai Lebam

Peguam Najib Soal Saksi Sampai Lebam

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 313 hits
Perbicaraan tuduhan rasuah salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan Najib Razak bersambung untuk hari ke 22 hari ini Semalam bekas pengerusi SRC International Sdn Bhd Ismee Ismail memberitahu mahkamah bekas perdana menteri itu ...
Najib Trial Day 22 Src Board Never Sought To Verify If Nik Faisal Was Link To Najib

Najib Trial Day 22 Src Board Never Sought To Verify If Nik Faisal Was Link To Najib

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 457 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters its 21st today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the...
Ahli Lembaga Src Lawat Sebuah Bank Di Switzerland Saksi

Ahli Lembaga Src Lawat Sebuah Bank Di Switzerland Saksi

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 286 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa semua Ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd membuat lawatan ke sebuah bank di Lugano Switzerland untuk memastikan dana milik syarikat itu disimpan dengan selamat pada...
Najib Amended Src Constitution To Gain Control Of The Company Says Ex Chairman

Najib Amended Src Constitution To Gain Control Of The Company Says Ex Chairman

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 390 hits
The High Court heard today that Najib Razak added a clause in the constitution of SRC International Sdn Bhd at an extraordinary general meeting to make him the adviser emeritus of the company The amendment also indirectly gave him control o...
Najib Trial Day 21 Src Board Went To Switzerland To Check If Money Still In The Bank

Najib Trial Day 21 Src Board Went To Switzerland To Check If Money Still In The Bank

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 434 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged misappropriation of funds from SRC International Sdn Bhd enters its 21st today at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the...
Najib Terkejut Sedih Bila Tahu Duit Masuk Akaun Peribadi Saksi

Najib Terkejut Sedih Bila Tahu Duit Masuk Akaun Peribadi Saksi

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 416 hits
KUALA LUMPUR Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan reaksi terkejut dan sedih apabila mengetahui ada seseorang telah memasukkan wang ke dalam akaun peri...
Najib Src Trial Najib S Minutes Were Not Instructions Kwap Ex Ceo

Najib Src Trial Najib S Minutes Were Not Instructions Kwap Ex Ceo

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 518 hits
The Kuala Lumpur High Court today yet again heard that former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak didn t exert any pressure to secure billion ringgit loans for SRC International Sdn Bhd Retirement Fund Incorporated former chief executive ...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Man City Bergaya Bedal Juventus

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual