Najib Sokong Labur Rm1 5 Bilion


Bekas perdana menteri Najib Razak pada 2011 menyokong keputusan SRC International Sdn Bhd untuk melaburkan RM1.5 bilion di luar negara, kata bekas pengerusi lembaga pengarah syarikat itu Ismee Ismail hari ini

Beliau yang menjadi saksi ke-39 pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Najib menyokong keputusan itu ketika pertemuan dengan CEO Nik Faisal Ariff Kamil pada 7 September tahun itu

Ia selepas SRC International mendapat pinjaman RM2 bilion Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pada 29 Ogos 2011. KWAP meluluskan pinjaman RM2 bilion lagi pada Mac tahun berikutnya

Empat lagi ahli lembaga pengarah diberi taklimat oleh Nik Faisal berkenaan pertemuannya dengan Najib dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 13 September

"Saya minta salinan minit daripadanya. Saya tak ingat sama ada dia menunjukkannya kepada lembaga pengarah," kata Ismee ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ishak Mohd Yusoff

Ismee berkata, Nik Faisal juga memberi taklimat kepada ahli lembaga pengarah bahawa syarikat itu patut melapor secara terus kepada perdana menteri

Menurutnya lagi, Najib merupakan penasihat emeritus SRC International dan bertanggungjawab mengambil atau memecat pengarah syarikat, seperti yang dinyatakan dalam memorandum dan tataurusan persatuan syarikat itu


Ismee IsmailTerdahulu, pihak pendakwaan cuba menjadikan minit mesyuarat 7 September itu sebagai bahan bukti tetapi dibantah pihak pembelaan yang berkata dokumen itu "palsu", kerana tidak diketahui bagaimana minit itu diperolehi

Kedua-dua pihak berbalas hujah, dengan pihak pendakwaan berkata minit mesyuarat 13 September itu menyokong kandungan minit mesyuarat 7 September

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian memutuskan minit mesyuarat 7 September itu tidak boleh dijadikan sebagai bahan bukti selati pegawai siasatan SPRM yang merampas dokumen itu - hanya dikenali sebagai "Rosli" - dipanggil mahkamah

Pihak pendakwaan tidak memperincikan tentang wang RM1.5 bilion itu serta apa yang berlaku kepada baki RM500 juta. Difahamkan ia akan diketahui dalam perbicaraan nanti

Malaysiakini tidak dapat melihat minit mesyuarat 13 September itu, yang diterima sebagai bukti

Sementara itu, Ismee juga berkata pada 14 Februari 2012, lembaga pengarah menerima - melalui Nik Faisal - arahan bertulis pemegang saham untuk memindahkan hak milik SRC International kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc)

Ketika itu SRC International adalah subsidiari 1MDB yang dimiliki MOF Inc. MOF Inc pula dikawal oleh menteri kewangan ketika itu iaitu Najib

Kata Ismee, arahan pemindahan hak milik itu mengandungi tandatangan Najib

Beliau berkata lembaga pengarah tidak boleh berbuat apa-apa kerana perkara itu tertakluk kepada pemegang saham

Ishak: Bolehkah lembaga pengarah pertimbang semula perkara ini

Ismee: Saya rasa ini untuk pemegang saham

Ishak: Jadi boleh atau tidak (lembaga pengarah mengubah keputusan)

Ismee: Kami tak boleh. Kerana ia untuk pemegang saham, bukan pengarah SRC. (Because it was the issue for shareholder, not for SRC directors)
Dalam keterangannya, Ismee turut berkata ketika mesyuarat 14 Februari, lembaga pengarah membincangkan satu lagi cadangan Nik Faisal untuk meminjam RM2 bilion lagi daripada KWAP. Pinjaman itu disalurkan pada 28 Mac tahun sama

Ismee memberitahu beliau meletakkan jawatan sebagai pengarah pada 2014 kerana tidak setuju dengan cara Nik Faisal menguruskan syarikat

Antara 2006 hingga 2016, Ismee menjadi pengarah urusan dan CEO Tabung Haji. Beliau dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif 1MDB pada 2009

Pada Januari 2011, beliau menyertai lembaga pengarah SRC International bersama-sama Suboh Md Yasin, Che Abdullah @ Rashidi Che Omar, Shahrol Azrol Ibrahim Halmi dan Nik Faisal

Pada 2017, beliau dilantik sebagai pengerusi Media Prima Bhd dan meletakkan jawatan pada Mei 2018. - mk





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/



Iklan












>

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/06/najib-sokong-labur-rm15-bilion.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Catat Hasil Rm1 2 Bilion Setakat 7 Jun Kata Mb

Selangor Catat Hasil Rm1 2 Bilion Setakat 7 Jun Kata Mb

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 207 hits
Selangor catat hasil RM1 2 bilion setakat 7 Jun kata MB Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 15 Jun 2019 11 02PM
Najib Sokong Pelaburan Src Di Luar Negara

Najib Sokong Pelaburan Src Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 275 hits
Najib sokong pelaburan SRC di luar negaraPosted By on June 12 2019Bekas perdana menteri Najib Razak pada 2011 menyokong keputusan SRC International Sdn Bhd untuk melaburkan RM1 5 bilion di luar negara kata bekas pengerusi lembaga pengarah s...
Hamza Bendelladj Hacker Yang Mendermakan Rm1 17 Bilion Kepada Palestin

Hamza Bendelladj Hacker Yang Mendermakan Rm1 17 Bilion Kepada Palestin

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 704 hits
Bergantung kepada siapa yang anda bertanya Hamza Daniel Bendelladj dianggap sebagai Robin Hood atau penjenayah siber alaf baru seorang penggodam komputer berasal dari Algeria menggunakan kod nama BX1 dan telah diberikan nama julukan Smiling...
Kalau Anak Lemah Dalam Pembelajaran Jangan Marah Tapi Sokong Mereka Ini Caranya

Kalau Anak Lemah Dalam Pembelajaran Jangan Marah Tapi Sokong Mereka Ini Caranya

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 329 hits
Sebagai ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang Percaya atau tidak dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa anak anak mampu mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran Ibu bapa mempunyai tanggungjawab ...
Isu Zakir Naik Ngo Lancar Petisyen Sejuta Tandatangan Sokong Dr M

Isu Zakir Naik Ngo Lancar Petisyen Sejuta Tandatangan Sokong Dr M

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 175 hits
News Diterbitkan Hari ini 7 04 malam Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan sejumlah NGO lain melancarkan petisyen sejuta tandatangan untuk menunjukkan sokongan kepada kerajaan berhubung isu ekstradisi Zakir Naik Presiden Mapim Mo...
Salah Umno Pas Sendiri Belia Sokong Pakatan Kata Syed Saddiq

Salah Umno Pas Sendiri Belia Sokong Pakatan Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 329 hits
Salah Umno PAS sendiri belia sokong Pakatan kata Syed Saddiq Dikemas kini 52 minit yang lalu Diterbitkan pada 15 Jun 2019 1
Akar Umbi Teguh Sokong Umno Yakin Bangkit Pertahan Perjuangan Agama Bangsa Dan Negara

Akar Umbi Teguh Sokong Umno Yakin Bangkit Pertahan Perjuangan Agama Bangsa Dan Negara

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR 12 Jun Setiausaha Kerja UMNO Negeri Terengganu Razali Bidin menjelaskan kesungguhan yang dilakukan oleh ahli akar umbi dalam memastikan kelancaran persidangan tahunan mesyuarat Cawangan UMNO yang berakhir baru baru ini membukti...
Asri Ajak Umat Islam Sokong Pendirian Dr M

Asri Ajak Umat Islam Sokong Pendirian Dr M

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 291 hits
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pendirian perdana menteri mengenai status penceramah yang dikehendaki kerajaan India Zakir Naik menunjukkan beliau enggan tudun kepada kezaliman dan penindasan Memuji pendirian kerajaan Mohd A...
Hormat Sultan Tetapi Pkr Johor Tetap Sokong Akmal

Hormat Sultan Tetapi Pkr Johor Tetap Sokong Akmal

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 383 hits
Selepas sultan Johor mengkritik Akmal Nasir berbuka puasa di Gurdwara Sahib Pengerusi PKR Johor Hassan Karim tampil mempertahankan ahli parlimen Johor Bahru Hassan berkata beliau menghormati Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan sebagai ketua ...
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Pengalaman Kerja Sambil Belajar

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Terkejut Dr M Rakib Sampai Di Pelabuhan Udara Bandung

Cara Atasi Rambut Gugur Dengan Mudah

Medical Follow Up With Dato Dr Marina Di Kpj Seremban

Sarapan Di Kacang Pool Haji Larkin