Saksi Dedah Lembaga Pengarah Src Tak Pernah Mesyuarat Dengan Najib


Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa lembaga pengarah SRC International Sdn Bhd tidak pernah menyoal atau mengesahkan sama ada Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Nik Faisal Ariff Kamil sememangnya satu-satunya orang yang ada hubungan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas ahli lembaga pengarah SRC, Tan Sri Ismee Ismail, 54, berkata sepanjang tempoh beliau bersama syarikat itu, tidak pernah ada mesyuarat antara lembaga pengarah dan Najib selaku penasihat emeritus SRC, tetapi semuanya menerusi Nik Faisal sebagai ‘penghubung’.

Loading… Saksi pendakwaan ke-39 itu berkata demikian dalam pemeriksaan balas oleh peguam Najib, Harvinderjit Singh pada hari ke-22 perbicaraan hari ini.
Harvinderjit: Saya ingin dapatkan fikiran kamu, adakah kamu fikir kamu mengikut Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan Diperbadankan atau penasihat emiritus?
Ismee: Perdana Menteri selaku penasihat emiritus.
Harvinderjit: Sebenarnya tidak pernah ada mesyuarat antara penasihat emiritus dan lembaga pengarah?
Ismee: Tidak.
Harvinderjit: Tidak pernahkah semasa kamu dalam SRC, lembaga (pengarah) berkata hendak mendapatkan nasihat daripada penasihat emiritus?
Ismee: Tidak
Harvinderjit: Jadi semuanya hanyalah kata-kata lisan Nik Faisal?
Ismee: Ya.

Harvinderjit: Jadi untuk mengatakan Najib mempunyai kawalan penuh ke atas seluruh syarikat adalah bercanggah dengan peruntukan dalam Memorandum Penubuhan SRC International.
Ismee: Ya.
Kepada satu soalan peguam sama ada Nik Faisal satu-satunya orang yang ada hubungan dengan Najib sebagai penasihat emiritus akhirnya telah diselesaikan, saksi itu berkata, “Tidak”.
Terdahulu, pada prosiding pagi, mahkamah diberitahu bahawa Najib yang juga Menteri Kewangan pada masa itu dan ketua Menteri Kewangan Diperbadankan, telah dilantik sebagai penasihat emeritus SRC International.
Harvinderjit: Sama ada Nik Faisal ada berbincang dengan Najib sebagai penasihat emeritus (SRC International), lembaga tidak pernah pada sebarang masa menulis untuk mendapatkan pengesahan?
Ismee: Tidak.
Harvinderjit: Adakah disebabkan kata-kata (Nik Faisal) bunyinya sangat meyakinkan, lembaga hanya menerima apa juga yang dikatakan oleh Nik Faisal? Bunyinya tidak seperti cakap meraban dan bunyinya macam betul?
Ismee: Ya.
Najib, 66, menghadapi tiga tuduhan pecah amanah jenayah, satu tuduhan salah guna kedudukan dan tiga tuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan yang berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/06/saksi-dedah-lembaga-pengarah-src-tak-pernah-mesyuarat-dengan-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nik Faisal Jadi Perantara Antara Src Dan Najib Kata Saksi Perbicaraan Ismee Ismail

Nik Faisal Jadi Perantara Antara Src Dan Najib Kata Saksi Perbicaraan Ismee Ismail

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 435 hits
KES NAJIB Nik Faisal Ariff Kamil adalah perantara antara lembaga pengarah SRC International dengan bekas perdana menteri Najib Razak kata saksi perbicaraan Ismee Ismail Ismee yang merupakan bekas pengerusi lembaga pengarah syarikat itu berk...
Ahli Lembaga Src Lawat Sebuah Bank Di Switzerland Saksi

Ahli Lembaga Src Lawat Sebuah Bank Di Switzerland Saksi

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 282 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa semua Ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd membuat lawatan ke sebuah bank di Lugano Switzerland untuk memastikan dana milik syarikat itu disimpan dengan selamat pada...
Najib Ada Kawalan Sepenuhnya Dalam Pentadbiran Src Saksi

Najib Ada Kawalan Sepenuhnya Dalam Pentadbiran Src Saksi

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 382 hits
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap pentadbiran syarikat SRC International Sdn Bhd berdasarkan pindaan kepada undang undang tubuh syarikat Bekas A...
Ahli Lembaga Pengarah Src Lawat Bsi Untuk Pastikan Dana Src Selamat

Ahli Lembaga Pengarah Src Lawat Bsi Untuk Pastikan Dana Src Selamat

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 363 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa semua Ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd membuat lawatan ke sebuah bank di Lugano Switzerland untuk memastikan dana milik syarikat itu disimpan dengan selamat pada...
Ahli Lembaga Pengarah Src Mungkin Diperdaya

Ahli Lembaga Pengarah Src Mungkin Diperdaya

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR Bekas pengarah SRC International Sdn Bhd Datuk Suboh Md Yassin mungkin bersepakat dengan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan ketika itu Nik Faisal Ariff Kamil untuk memperdayakan ahli lembaga pengarahnya berhubung perjan...
Lembaga Pengarah Src Mungkin Tahu Cadangan Pinjaman Rm3 95 Bilion

Lembaga Pengarah Src Mungkin Tahu Cadangan Pinjaman Rm3 95 Bilion

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 294 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd mungkin mengetahui tentang cadangan permohonan pinjaman berjumlah RM3 95 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini Tan Sri Ismee...
Saksi Kata Najib Terkejut Duit Masuk Akaun Peribadi Namun Tidak Minta Buat Laporan Polis Sprm

Saksi Kata Najib Terkejut Duit Masuk Akaun Peribadi Namun Tidak Minta Buat Laporan Polis Sprm

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 593 hits
Najib Razak tidak meminta untuk membuat laporan walaupun diberitahu bahawa seseorang secara tidak sengaja memindahkan RM42 juta ke akaun bank peribadi bekas perdana menteri itu Foto oleh Malay MailDatuk Seri Najib kelihatan terkejut selepas...
Hari Ke 20 Najib Kecewa Lepas Tahu Rm42 Juta Dipindah Ke Akaunnya Saksi

Hari Ke 20 Najib Kecewa Lepas Tahu Rm42 Juta Dipindah Ke Akaunnya Saksi

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 338 hits
Hari ke 20 Najib kecewa lepas tahu RM42 juta dipindah ke akaunnya Saksi LANGSUNG Bekas ketua pegawai eksekutif KWAP Azian Mohd Noh dijangka menyambung keterangan pada hari ini
Najib Terkejut Sedih Bila Tahu Duit Masuk Akaun Peribadi Saksi

Najib Terkejut Sedih Bila Tahu Duit Masuk Akaun Peribadi Saksi

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 413 hits
KUALA LUMPUR Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan reaksi terkejut dan sedih apabila mengetahui ada seseorang telah memasukkan wang ke dalam akaun peri...
Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

Traffic Reported Smooth On Major Highways

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Negara Ini Akan Lebih Aman Jika Mereka Ini Tidak Lagi Dalam Politik Negara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terbuka Indonesia Pearly Thinaah Tewas Di Tangan Beregu No 1 Dunia

Tiong Orders Pullout From Sibu Association Over Interference By Politician

Pkr S Wong Chen Takes A Break To Ponder His Future

Tips Menang Di Gudangtoto

Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Aktivis Dedah Pasaraya 96 Tipu Warga Kuantan Bukan Milik Penuh Bumiputera Tapi Premis Warga Asing Bangladesh