Najib Sokong Anwar Ini Jawapannya



Oleh: Najib Razak
Ada media portal yang laporkan seolah-olah saya mendesak semua ahli parlimen UMNO untuk sokong Anwar jadi PM.
Ini kurang tepat.
Mesyuarat hari ini adalah untuk semua ahli parlimen membincang halatuju parti dalam krisis Covid hari ini dan kita diberi peluang untuk mengeluarkan pandangan masing-masing.
Cadangan pertama saya adalah untuk UMNO mendesak satu tarikh yang tetap untuk Pilihanraya Umum pada masa hadapan selepas Covid terkawal.
Membubar parlimen untuk mengembalikan kuasa kepada Rakyat untuk memilih semula juga pilihan parti semasa PM7 letak jawatan pada bulan Februari lalu.
Saya berpendapat ini adalah pilihan terbaik untuk negara sebab majoriti yang tipis kerajaan PN adalah punca politik tak stabil pada ketika ini dan ini juga akan menyebabkan pelabur tak yakin dengan negara sebab mereka akan bimbang untuk melabur jika kerajaan akan tumbang pada bila-bila masa.
Saya juga berpendapat bahawa PM8 telah mencorak langkah yang salah untuk meminta darurat dalam usaha kekalkan kuasa dan saya bimbang bahawa permintaan dia yang ditolak YDP Agong dan Raja-raja Melayu boleh menyebabkan UMNO disalahkan pengundi.
Cadangan kedua saya ialah jika cadangan pertama ditolak PN maka UMNO perlu terbuka kepada rundingan dengan parti-parti politik lain termasuk parti Anwar jika UMNO masih tak berpuas hati dengan layanan dalam kerajaan PN selepas apa yang berlaku di Sabah.
Namun, cadangan saya ada syarat bahawa kerjasama dengan Anwar tidak akan melibatkan parti DAP. Ini ditegas beberapa kali dalam mesyuarat hari ini.
Saya lihat kita boleh bekerjasama dengan Muhyiddin dan Azmin pada bulan Februari lalu walaupun pada masa itu PPBM merupakan musuh kita yang banyak mengambil ahli-ahli parlimen UMNO, kenapa kita tidak boleh runding dengan Anwar untuk bekerjasama bersyarat sehingga PRU15?
Syarat-syarat ini termasuk membuka jalan untuk UMNO mengambil peranan dalam hala tuju kewangan dan ekonomi melihat pada masa kini PPBM memonopoli jawatan PM, Menteri kanan yang paling kanan, menteri kewangan, menteri ekonomi dan Majlis Tindakan Ekonomi tanpa sebarang wakil dari parti UMNO, PAS atau mana-mana parti lain.
Dengan ini kita boleh merangka pelan bantuan dan rangsangan ekonomi yang lebih effektif seperti melanjutkan moratorium pinjaman serta mempercepatkan pakej bantuan khusus untuk Sabah yang amat diperlukan segera tetapi gagal dikeluarkan sejak sebulan dahulu walaupun impak kepada Sabah pada masa kini adalah amat parah.
Follower FB saya juga faham bahawa saya sudah beberapa kali sudah meluahkan kekecewaan saya dengan pengendalian Covid kerajaan PN terutamanya untuk kluster-kluster penjara yang menyumbang bahagian paling besar kes Covid dalam gelombang ketiga ini.
Walaupun UMNO tak terlibat dalam kementerian tersebut, UMNO tentu akan disalahkan. Dan jika kita diberikan peranan lebih besar, kita boleh menyumbang kepada usaha untuk menyelesaikan kelemahan ini.
Saya juga terbuka kepada pilihan untuk teruskan sokongan bersyarat kita kepada kerajaan PN sehingga PRU15 tetapi kita perlu berunding semula syarat-syarat supaya UMNO dan BN diberi peranan lebih besar terutamanya dalam hal-ehwal berhubung rancangan ekonomi.
Apapun, itu antara cadangan dan pendapat saya dalam mesyuarat hari ini. Terpulang kepada parti untuk menilai dan membincang cadangan-cadangan ini.
Sebagai orang parti, saya akan terus menyokong keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang sedang bermesyuarat malam ini.

NOTA: Entah siapa portal MalaysiaNow yang diurus adik Latheefa Koya ini? Lapor yang bukan-bukan.
Tiada sesiapapun yang serang saya dalam mesyuarat hari ini. Noh Omar tak serang saya dan Nazri tak serang saya. Nazri tak hadir dalam mesyuarat hari ini pun sebab dia ada di Kelantan.
Sumber: FB NajibRazak
The post Najib sokong Anwar, ini jawapannya appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/26/najib-sokong-anwar-ini-jawapannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buang Parti Pemimpin Lain Juga Sokong Anwar Secara Terangan Kata Najib

Buang Parti Pemimpin Lain Juga Sokong Anwar Secara Terangan Kata Najib

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 270 hits
projekmm comRabu 28 Okt 2020 10 50 AM MYTOLEH HASBULLAH AWANG CHIKPenasihat Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak memberi cadangan kepada parti itu untuk bekerjasama dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Foto oleh Shafwan Zaid...
Umno Tak Akan Hukum Zahid Najib Sekiranya Mereka Sokong Anwar Kata Penganalisis

Umno Tak Akan Hukum Zahid Najib Sekiranya Mereka Sokong Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 383 hits
freemalaysiatoday com October 21 2020 12 31 PMUmno tidak mungkin mengambil tindakan disiplin terhadap Presiden Zahid Hamidi dan bekas presiden Najib Razak sekiranya benar kedua duanya menyokong usaha Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana ment...
Najib Sokong Keputusan Biro Politik Umno Bentang Realiti Politik

Najib Sokong Keputusan Biro Politik Umno Bentang Realiti Politik

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 318 hits
Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Mohd Najib Razak Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Mohd Najib Razak tampil menzahirkan sokongan beliau kepada keputusan Biro Politik UMNO semalam dan menyifatkan ia satu keputusan yang mengambil kir...
Portal Berita Dedah Surat Zahid Hamidi Sokong Anwar Tuntut Jadi Tpm

Portal Berita Dedah Surat Zahid Hamidi Sokong Anwar Tuntut Jadi Tpm

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR Suhu politik negara nampaknya belum menunjukkan keredaan selepas terbaharu satu pendedahan mengejutkan membabitkan isi kandungan surat Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di Pertuan Agong baru baru ini Me...
Isu Sokong Anwar Umno Pecah

Isu Sokong Anwar Umno Pecah

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 289 hits
Mesyuarat MP BN Hishammuddin Mastura tolak cadangan sokong Anwar Cadangan bahawa UMNO dan Barisan Nasional mempertimbangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seterusnya disahkan telah dibangkitkan oleh seorang Ahli Parlimen y...
Anwar Dakwa Lebih 120 Ahli Parlimen Sokong Beliau Agong Akan Jumpa Dengan Ketua Parti

Anwar Dakwa Lebih 120 Ahli Parlimen Sokong Beliau Agong Akan Jumpa Dengan Ketua Parti

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 428 hits
KUALA LUMPUR Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Yang di Pertuan Agong akan menemui pemimpin parti politik dalam beberapa hari ini selepas beliau menyerahkan dokumen untuk membuktikan sokongan ahli Parlimen kepada Sultan Abdu...
Lebih 120 Anggota Parlimen Sokong Beri Ruang Ydpa Untuk Menelaah Dokumen Anwar

Lebih 120 Anggota Parlimen Sokong Beri Ruang Ydpa Untuk Menelaah Dokumen Anwar

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 338 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat sokongan lebih dari 120 Anggota Parlimen dan bukti itu disertakan dalam dokumen yang dipersembahkan kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahma...
Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Indian Youth Ngo Condemns Racist Hawker S Sign In Sepang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers

Apa Itu Virus Hmpv Dan Gejalanya


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Pengertian Tawakal Dan Ayat Hadits Yang Menjelaskannya

Tissue Or Handkerchief Which Is Better

Guan Eng Akmal Call For Punishment Against Racist Corn Seller

Aide Accuses Steven Sim Of Backstabbing Guan Eng At Kit Siang S Appreciation Dinner

Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya