Umno Tak Akan Hukum Zahid Najib Sekiranya Mereka Sokong Anwar Kata Penganalisis


Nicholas Chungfreemalaysiatoday.com
-October 21, 2020 12:31 PM

Umno tidak mungkin mengambil tindakan disiplin terhadap Presiden Zahid Hamidi dan bekas presiden Najib Razak sekiranya benar kedua-duanya menyokong usaha Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.
PETALING JAYA: Dua penganalisis politik ragu-ragu Umno akan mengambil tindakan disiplin terhadap presidennya, Zahid Hamidi dan bekas presiden, Najib Razak, sekiranya betul kedua-duanya antara ahli Parlimen yang menyokong usaha Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania percaya mereka paling berpengaruh dalam Umno.

Berkenaan Zahid, katanya, beliau yang melantik orang yang menganggotai jawatankuasa disiplin parti itu.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura tidak percaya Umno akan bertindak terhadap presidennya.

“Sememangnya, sebagai pemimpin parti, beliau berhak mengarahkan parti ke arah politik mana pun yang dilihatnya bermanfaat bagi kepentingan parti,” katanya kepada FMT.

“Individu seperti Tengku Razaleigh Hamzah mungkin tidak setuju dengan hala tuju baru, namun mereka boleh berikan pandangan atau tinggalkan parti.”

Chin dan Oh mengulas cadangan Razaleigh bahawa mana-mana ahli parti yang menyokong parti pembangkang perlu dikenakan tindakan disiplin, termasuk dibuang daripada parti itu.

Tengku Razaleigh berkata pemimpin parti tidak boleh terkecuali daripada tindakan disiplin sekiranya benar mereka antara yang menyokong pembangkang.

Komentar beliau muncul selepas timbulnya spekulasi mendakwa Zahid dan Najib antara ahli Parlimen yang menyatakan sokongan kepada pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim, dalam usahanya untuk menjadi perdana menteri.

Oh menyifatkan kenyataan Razaleigh itu sebagai swadiri, mengatakan veteran parti itu nampak seperti mahukan jawatan perdana menteri.

Katanya, dakwaan mengatakan Umno tidak boleh bekerjasama dengan pembangkang adalah pelik kerana Umno sudahpun bekerjasama dengan pesaingnya, iaitu PAS dan PPBM.

“Saya rasa Ku Li dapati sukar untuk meraih perhatian dari parti untuk menyokongnya menjadi perdana menteri, jadi mahu jadi ‘gung-ho’ untuk cuba meraih sokongan,” tambahnya.

Chin bersetuju Razaleigh mungkin cuba menarik sokongan kepada dirinya.

Namun, kebanyakan ahli Umno yang dihubunginya merasakan ahli Parlimen Gua Musang itu sudah melepasi zamannya, namun itu tidak akan menghalang beliau daripada cuba mendapatkan jawatan tertinggi parti.

Beliau mendakwa Razaleigh “selalu bermimpi” untuk menjadi presiden Umno.

“Tapi saya tak rasa ada yang menganggapnya serius,” katanya. “Orang kata kalau Dr Mahathir Mohamad boleh buat, mengapa Ku Li tidak boleh?

“Perbezaannya adalah Mahathir ‘one-off’. Saya tak rasa Ku Li seorang ahli politik yang unik.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/umno-tak-akan-hukum-zahid-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Akan Sokong Apa Saja Keputusan Zahid Kata Penganalisis

Umno Akan Sokong Apa Saja Keputusan Zahid Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 442 hits
Seorang penganalisis politik berkata Ahmad Zahid Hamidi mendapat sokongan kebanyakan cawangan dan bahagian Umno PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berkata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi akan mendapat sokongan partinya atas sebaran...
Dap Hilang Sokongan Cina Jika Sokong Kerajaan Melayu Islam Anwar Kata Penganalisis

Dap Hilang Sokongan Cina Jika Sokong Kerajaan Melayu Islam Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 548 hits
malaysianow comOct 10 2020 8 05 AM Penganalisis mengatakan Amanah hanya akan mengikut keputusan bakal diambil DAP Semua senario berkata Anwar mungkin tidak menjadi Perdana MenteriParti terbesar Pakatan Harapan DAP akan kehilangan sokongan p...
23 Ahli Parlimen Umno Tak Sokong Anwar Kata Nazri

23 Ahli Parlimen Umno Tak Sokong Anwar Kata Nazri

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 520 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Umno Nazri Aziz berkata tiada seorang pun daripada 23 ahli Parlimen parti itu yang menyokong rancangan ketua pembangkang Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru Ahli Parlimen Padang Rengas itu menolak laporan FMT s...
Surat Didakwa Sokong Anwar Palsu Kata Pegawai Zahid

Surat Didakwa Sokong Anwar Palsu Kata Pegawai Zahid

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 542 hits
October 17 2020 4 29 PMPada 23 Sept lalu Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru majoritinya wakil rakyat Melayu dan Islam PETALING J...
Umno Won T Punish Zahid Najib Even If They Back Anwar Say Analysts

Umno Won T Punish Zahid Najib Even If They Back Anwar Say Analysts

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 468 hits
Umno is unlikely to take disciplinary action against its president Ahmad Zahid Hamidi and his predecessor Najib Razak if it is true the two are backing Anwar Ibrahim s bid to become prime minister PETALING JAYA Two political analysts have v...
Khalid Samad Kata 30 Dari Umno Sokong Anwar

Khalid Samad Kata 30 Dari Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 539 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai jumlah sokongan yang jelas termasuk 30 ahli parlimen Umno ketika beliau mempersembahkan bukti sokongan itu kepada Yang Dipertuan Agong kata Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad Khalid satu satunya pemim...
Mengikut Sumber Umno Berpecah Dua Kem Zahid Najib Dan Kem Ku Li

Mengikut Sumber Umno Berpecah Dua Kem Zahid Najib Dan Kem Ku Li

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 416 hits
Sejurus Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti lebih 120 ahli Parlimen pada satu sidang media 23 September lalu ia dilihat telah mencetuskan bibit perpecahan dalam kalangan parti UMNO 1 Mengikut...
Tale Of Two Presidents Parallels From Lbj S Vietnam War Visit

Plot Twist As Legal Eagle Casts Doubt If Rhb Bank Has Pursued Right Procedures In Axing Hardcore Pas Staff

Hawkers Small Traders Key To Economic Growth Says Anwar

Anwar Cancels Pahang Trip Due To Back Pain Doctors Recommend Rest

Johor Bahru Residents Bathe In Rain And Mosques As River Pollution Cuts Water To Nearly 2 Million

Klang Valley Johor And Pahang Under Thunderstorm Warning Metmalaysia Urges Caution Amid Flash Flood Risks

Angkara Dendam Pekebun Cedera Di Perut Ditikam Kenalan

Deputy Comms Minister Hopes Malaysian Media Council S First Agm Will Boost Professionalism And Dispute Mechanisms


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Kentang Putar Homemade

Rasa Gembira Makan Borenos Di Keningau

Irresistible Healthy Yogurt Recipes For Breakfast

Semoga Allah Melindungi Kita

Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Pengerusi Mais Ppim 28 10 2025

Aktiviti Lawatan Ke Pusat Raudhoh Tahfiz Al Quran Ppim 02 11 2025