Najib Perdana Menteri Ke 8 Sesuatu Yang Mungkin Atau Mustahil




Lim Kit Siang dalam suatu kenyataan kempennya semalam membayangkan kemenangan calon BN di Cameron Highlands pada 26 Januari nantii akan memungkinkan Najib Razak kembali sebagai Perdana Menteri semula selepas PRU15 akan datang.


Tambahnya, dengan kembalinya Najib sebagai Perdana Menteri, bermakna akan memberinya kekebalan untuk terlepas daripada semua skandal 1MDB telah didedahkan selama ini.


Veteran DAP itu turut mengaitkan kemungkinan tersebut dengan keputusan Najib melanjutkan masa kempennya di Cameron Hihglands daripada dua hari kepada empat hari.


Sebelum itu, dalam suatu paparan video di media sosial, Najib sendiri dilihat tersenyum lebar apabila namanya dibayangkan akan kembali sebagai Perdana Menteri ke-8.


Secara tidak langsung bermaksud Najib sendiri teringin mahu kembali semula menduduki Seri Perdana bersama keluarganya.


Persoalannya, adakah mungkin Najib mampu kembali sebagai Perdana Menteri ke-8 atau ia sesuatu yang mustahil?


Dalam hal ini, Lim Kit Siang tidak seharusnya terlalu obses dengan cuba mengaitkan keputusan pilihanraya kecil Port Dickson dengan kemungkinan Najib kembali sebagai Perdana Menteri.


Lagi pun, kerusi Cameron Highlands memang sudah milik BN sebelum ini dan menang atau sebaliknya, ia tidak memberi sebarang kelebihan kepada Najib.


Blog ini sudah menulis pada minggu lalu bahawa secara realistiknya adalah sukar untuk Najib muncul sebagai Perdana Menteri ke-8 berikutan penghalang utamanya ialah pemimpin UMNO sendri.


Oleh kerana Najib bukan lagi Presiden UMNO dan katalah jika BN mampu menewaskan Pakatan Harapan dalam PRU15 akan datang, sudah tentu yang akan menjadi Perdana Menteri ialah Presiden UMNO ketika itu.


Jika Mohamad Hassan jadi Presiden UMNO, beliaulah yang akan jadi Perdana Menteri, begitu kalau Hishammudidn Hussein atau Khairy Jamaluddin yang jadi Presiden UMNO, merekalah yang bakal menduduki kerusi paling berkuasa itu.


Tentulah agak mustahil kiranya sesiapa yang menjadi Presiden UMNO, tetapi mereka masih sedia bermurah hati memberi laluan kepada Najib menduduki kerusi Perdana Menteri itu buat kali yang kedua.


Mungkin ada sebahagian ahli UMNO atau rakyat biasa yang masih menyokong dan bersimpati kepada Najib, tetapi yang menentukan siapa harus jadi Perdana Menteri ialah para pemimpin UMNO, bukannya ahli bawahan yang banyak menghabiskan masa di media sosial.


Di mana logiknya Najib yang sudah diletakkan sebagai beban atau punca kekalahan BN dalam PRU14 lalu mahu diberikan semula jawatan Perdana Menteri oleh pemimpin-pemimpin yang menguasai UMNO.


Habis, bagaimana caranya Najib boleh kembali jadi Perdana Menteri ke-8?


Oleh kerana melalui UMNO ternampak mustahil untuk mencapai tujuan itu, Najib dalam hal ini perlu menubuhkan sebuah parti baru untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang sebagaimana yang dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad.


Di waktu yang sama, memandangkan blok politik negara ini sudah terbahagi kepada dua - parti pemerintah iaitu Pakatan Harapan dan pembangkang yang secara tidak rasminya merangkumi BN dan Pas yang telah berkahwin secara senyap-senyap, parti baru Najib juga tidak boleh terasing daripada dua blok yang ada itu.


Pilihannya ialah sama menyertai Pakatan Harapan atau BN.


Untuk menyertai Pakatan Harapan, lebih-lebih lagi sebelum PRU15 akan datang, rasanya boleh dikata suatu kemustahilan yang sudah nyata.


Pakatan Harapan bukan saja akan menjauhi Najib, malah ketika ini sedang berusaha untuk memenjarakannya berkaitan skandal 1MDB yang telah menyebabkan negara menanggung hutang yang tinggi.


Maka, adalah mustahil Najib yang menyebabkan BN hilang kuasa mahu dibawa pula ke dalam Pakatan Harapan, kecuali untuk menambahkan kesengsaraan yang ada.


Najib sendiri juga tentunya tidak mahu bergabung dengan Pakatan Harapan yang ada sekarang.


Jalan yang mungkin ada cahaya bagi Najib ialah memilih menyertai BN dan berusaha keras untuk menumbangkan Pakatan Harapan. Tetapi oleh kerana UMNO adalah "abang besar" dalam BN, laluan Najib untuk muncul sebagai calon Perdana Menteri hanya akan tiba jika partinya mampu memenangi lebih banyak kerusi Parlimen berbanding  UMNO itu sendiri.


Jika tidak, calon Perdana Menteri pilihan BN tetap daripada siapa yang menjadi Presiden UMNO.


Jika parti Najib memilih bertanding bersendirian pula dalam pilihanraya akan datang yang menyaksikan berlakunya pertandingan tiga penjuru, kemungkinan untuk partinya menang satu kerusi pun akan jadi mustahil.


Kalau tidak mampu menang satu kerusi pun, sudah tentu kuasa untuk tawar menawar sama ada kepada Pakatan Harapan atau BN, terkubur dengan sendirinya.


Jadi, bagaimana Najib mampu muncul sebagai Perdana Menteri ke-8?


Barangkali hanya keajaiban yang benar-benar ajaib saja mampu merealisasikan angan-angan itu menjadi kenyataan. (ShahbudinHusin 18/01/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/najib-perdana-menteri-ke-8-sesuatu-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Hanya Perdana Menteri Sementara Tolonglah Jangan Mengada Ngada

Tun Mahathir Hanya Perdana Menteri Sementara Tolonglah Jangan Mengada Ngada

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 360 hits
Daripada semua kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin pemimpin Pakatan Harapan berhubung kedudukan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri satu kesimpulan yang nyata ialah beliau hanyalah sementara saja sifatnya dalam memegang jawata...
Jika Bersatu Tidak Menghormati Janji Baiklah Shafie Sokong Anwar Cepat2 Jadi Perdana Menteri

Jika Bersatu Tidak Menghormati Janji Baiklah Shafie Sokong Anwar Cepat2 Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 445 hits
Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal sekali lagi mengingatkan Bersatu agar tidak melebarkan sayapnya ke negeri itu sebagaimana janji yang pernah dilafazkannya sebelum ini Kata beliau pihaknya sentiasa berpegang kepada perkara itu dan berharap B...
Peguam Negara Menari Dengan Menteri Beri Penjelasan Atau Letak Jawatan

Peguam Negara Menari Dengan Menteri Beri Penjelasan Atau Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 284 hits
PETALING JAYA Peguam bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan jika tidak dapat memberi penjelasan munasabah terhadap tindakannya menari bersama beberapa menteri di khalayak ramai Hani...
Timbalan Perdana Menteri Dedah Perbuatan Agong Ini Yang Dia Akan Ingat Sampai Bila Bila

Timbalan Perdana Menteri Dedah Perbuatan Agong Ini Yang Dia Akan Ingat Sampai Bila Bila

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 357 hits
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kesedihannya susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di Pertuan Agong hari ini Beliau berkata ini kerana tuankulah yang berkenan memberi pengampunan penuh kepada ...
Color Code Atau Kod Warna Media Sosial Popular Yang Mungkin Sesuai Dengan Blog

Color Code Atau Kod Warna Media Sosial Popular Yang Mungkin Sesuai Dengan Blog

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 424 hits
Color Code Atau Kod Warna Untuk Media Sosial Popular Yang Mungkin Sesuai Dengan Blog Ada pendapat blogger otai luar negara mengatakan warna memainkan peranan sebagai brand sesebuah blog atau website Jika kita biasa tengok Maybank kita mesti...
Najib Kwsp Terima Amaran Dari Pengerusi Lembaga Getah Lantikan Menteri Dap

Najib Kwsp Terima Amaran Dari Pengerusi Lembaga Getah Lantikan Menteri Dap

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 238 hits
Giliran KWSP pula hari ini untuk menerima amaran dari pengerusi Lembaga Getah Malaysia lantikan menteri DAP Ini berikut dari tindakan KWSP mengeluarkan kenyataan bahawa pembelian tanah LGM dilaksanakan dengan cara profesional serta pada nil...
Kelantan Mundur Kerana Rakyatnya Sendiri Tidak Menyumbang Kepada Pembangunan Perdana Menteri

Kelantan Mundur Kerana Rakyatnya Sendiri Tidak Menyumbang Kepada Pembangunan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 491 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa musykilnya mengenai kemampuan rakyat dari Kelantan yang boleh berjaya dalam pelbagai bidang terutama perusahaan dan perniagaan di tempat lain namun tidak dapat melakukannya atau menyumban...
Perdana Menteri Ugut Hentikan Produk Perancis Jika Paris Terus Sekat Minyak Kelapa Sawit

Perdana Menteri Ugut Hentikan Produk Perancis Jika Paris Terus Sekat Minyak Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 467 hits
MALAYSIA akan menggubal undang undang menyekat import produk produk dari Perancis sekiranya negara itu tidak menarik balik rancangan menyekat penggunaan minyak kelapa sawit dalam penghasilan biogas Kenyataan itu dikeluarkan oleh Perdana Men...
Menteri Mungkin Dapat Ilham Dari Langit Sebelum Umum Harga Telur Turun 2 Sen

Menteri Mungkin Dapat Ilham Dari Langit Sebelum Umum Harga Telur Turun 2 Sen

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 454 hits
6 Januari 2019Pukul 8 pagi ini saya berkunjung ke Pasar Datuk Keramat untuk bertemu serta bersarapan dengan beberapa peniaga dan penduduk di sana Ini papan harga telur di pasar pagi tadi Menteri kata harga telur turun tapi penjual kata naik...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator