Perdana Menteri Ugut Hentikan Produk Perancis Jika Paris Terus Sekat Minyak Kelapa Sawit




MALAYSIA akan menggubal undang-undang menyekat import produk-produk dari Perancis sekiranya negara itu tidak menarik balik rancangan menyekat penggunaan minyak kelapa sawit dalam penghasilan biogas.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Presiden Perancis, Emmanuel Macron lapor Reuters.


Ahli Parlimen Perancis bulan lalu mengundi untuk menyingkirkan minyak kelapa sawit dari skim biogas negara itu bagi tahun 2020, berikutan kebimbangan berpanjangan terhadap kesan alam sekitar tanaman itu yang kebanyakannya dihasilkan di Indonesia dan Malaysia.

Kelapa sawit biasa digunakan sebagai bahan mentah untuk menghasilkan biodiesel, juga pelbagai lagi produk dari bahan masakan kepada sabun dan gincu.

Kumpulan aktivis alam sekitar mendakwa industri kelapa sawit punca penebangan hutan, yang juga menjejaskan hidupan liar dan komuniti orang asal.

Minyak kelapa sawit merupakan salah satu sumber utama Malaysia yang mana ia merupakan eksport kedua terbesar selepas minyak sayuran.

Dalam surat yang dihantarkan kepada Macron bertarikh 8 Jan itu, Tun Mahathir meminta pemimpin Perancis itu untuk menolak usul mengharamkan kelapa sawit di dalam penghasilan biodiesel.

Tambahnya hubungan dagang di antara kedua-dua negara bergantung kepada saling hormat terhadap komoditi milik kedua-dua negara.


"Kegagalan di dalam saling menghormati itu akan memaksa Malaysia untuk bertindak, termasuk, namun tidak terhad kepada, menggantung perbincangan dagangan bebas Malaysia-Eropah dan pelaksanaan perundangan serupa terhadap eksport Perancis," kata Tun Mahathir dalam surat berkenaan, yang mana salinannya telah dilihat oleh sumber berita Reuters hari ini.

Tindakan Perancis boleh membawa kepada "penyesalan ekonomi dan keburukan dagangan," kepada pengeksport minyak sawit Malaysia dan pengeksport Perancis kata Mahathir.

Seorang jurucakap pejabat Mahathir mengesahkan kebenaran surat berkenaan dan katanya surat itu telah dihantar melalui saluran diplomatik.

Menteri Industri Asas Utama, Teresa Kok juga telah mengesahkan ketulenan surat tersebut.

Seorang pegawai Presiden Perancis berkata sedang melihat perkara berkenaan.

Hubungan dagang dua hala di antara kedua-dua negara berjumlah EUR3.87 bilion (RM18.8 bilion) pada tahun 2017, kata Tun Mahathir dalam surat itu.

Menurut Mahathir yang dipilih menerajui kerajaan dalam bulan Mei tahun lalu, tindakan Perancis menyekat penggunaan kelapa sawit merupakan tindakan bersifat diskriminasi seolah-olah minyak sayuran tidak mengakibatkan penebangan hutan.

Rancangan Perancis menghadkan penggunaan kelapa sawit, merupakan tindakan susulan oleh ahli parlimen Eropah tahun lalu yang menyokong langkah-langkah menghadkan penggunaan kelapa sawit dalam biogas sebelum pengharaman secara penuh pada tahun 2030.

Gabungan Malaysia dan Indonesia menghasilkan sebanyak 90 peratus minyak kelapa sawit dunia.

sumber : milosuam.net © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/01/perdana-menteri-ugut-hentikan-produk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Akui 70 Peratus Produk Pengguna Sudah Turun Harga

Menteri Akui 70 Peratus Produk Pengguna Sudah Turun Harga

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 414 hits
KUCHING Sebanyak 70 peratus produk pengguna di 10 pasar raya dan pasar raya besar di Bandaraya Kuching menunjukkan penurunan harga susulan pengenalan semula cukai jualan dan perkhidmatan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehw...
Apa Maksud Duit Minyak Minyak Sawit Atau Minyak Wangi Wee Ka Siong

Apa Maksud Duit Minyak Minyak Sawit Atau Minyak Wangi Wee Ka Siong

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 373 hits
TANAH RATA 14 Jan Apa yang dimaksudkan dengan bagi duit minyak 8230 minyak sawit 8230 minyak wangi atau minyak apa Sebab semasa hari penamaan saya difahamkan Orang Asli ini datang naik bas ramai yang nampak Apakah yang berjalan kaki untuk n...
Menteri Kabinet Dinasihat Agar Tidak Terus Bergaduh Sesama Sendiri

Menteri Kabinet Dinasihat Agar Tidak Terus Bergaduh Sesama Sendiri

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 354 hits
SHAH ALAM Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin hari ini menasihatkan sesetengah menteri Kabinet supaya tidak terus bergaduh sesama sendiri secara terbuka kerana ini boleh menimbulkan rasa muak rakyat kepada kerajaan Beliau...
Menteri Melayu Ph Tidak Mampu Sekat Agenda Dap

Menteri Melayu Ph Tidak Mampu Sekat Agenda Dap

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 527 hits
KOMEN dari seorg Akauntan Kerajaan DAP PH sedar bahawa kadar financial literacy di kalangan rakyat Malaysia terutama Bumiputera dan Muslim adalah lemah Malah amat kurang Bumiputera dan Muslim yang betul betul faham erti sebenar sistem perak...
Gara Gara Kerana Terlalu Percayakan Aplikasi Waze Wanita Sesat Dalam Ladang Kelapa Sawit

Gara Gara Kerana Terlalu Percayakan Aplikasi Waze Wanita Sesat Dalam Ladang Kelapa Sawit

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 524 hits
Gara gara kerana terlalu percayakan aplikasi Waze Wanita Sesat Dalam Ladang Kelapa Sawit Anggota bomba membantu menolak kenderaan milik mangsa yang sesat dalam ladang kelapa sawit semalam Gara gara terlalu mengikut aplikasi navigasi Waze un...
Menteri Sofyan Djalil Janji Beri Kemudahan Pembebasan Lahan Pengeboran Minyak

Menteri Sofyan Djalil Janji Beri Kemudahan Pembebasan Lahan Pengeboran Minyak

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 212 hits
Menteri Agraria dan Tata Ruang Sofyan Djalil mengatakan saat ini kondisi produksi minyak Indonesia terus mengalami penurunan sehingga harus melakukan impor untuk memenuhi kebutuhan
Malaysia Negara Eu Bincang Isu Minyak Sawit

Malaysia Negara Eu Bincang Isu Minyak Sawit

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 360 hits
KUALA LUMPUR Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah mengulangi komitmen Malaysia terhadap pengeluaran minyak sawit secara mampan semasa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari negara Kesatuan Eropah dan anggota Parlimen blok ekonom...
Najib Perdana Menteri Ke 8 Sesuatu Yang Mungkin Atau Mustahil

Najib Perdana Menteri Ke 8 Sesuatu Yang Mungkin Atau Mustahil

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 389 hits
Lim Kit Siang dalam suatu kenyataan kempennya semalam membayangkan kemenangan calon BN di Cameron Highlands pada 26 Januari nantii akan memungkinkan Najib Razak kembali sebagai Perdana Menteri semula selepas PRU15 akan datang Tambahnya deng...
Kelantan Mundur Kerana Rakyatnya Sendiri Tidak Menyumbang Kepada Pembangunan Perdana Menteri

Kelantan Mundur Kerana Rakyatnya Sendiri Tidak Menyumbang Kepada Pembangunan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 586 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa musykilnya mengenai kemampuan rakyat dari Kelantan yang boleh berjaya dalam pelbagai bidang terutama perusahaan dan perniagaan di tempat lain namun tidak dapat melakukannya atau menyumban...
Rafizi Dedah Punca Anaknya Diserang

Dua Spy China Intip Mindef Ditahan

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Psm Pans Police Probe Into Deputy Chief Over Parliament Scuffle

Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil Solat Hajat Justice For Zara

Rafizi Ramli Maklum Ini 3 Kemungkinan Disuntik Pada Anaknya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


My 8 8 Haul Talking About Impulse Buying

Ultimate Corned Beef Recipe In The Crockpot

Montigo Botol Minum Bergaya Yang Jadi Pilihan

Ppim Tubuh Pusat Aduan Anti Buli Kosmo 14 08 2025

Lorry Driver Who Ran Over Cop With 4wd Charged With Attempted Murder

Resipi Roti Poket Big Mac Sedap Rasa Macam Makan Kat Fast Food Terkenal