Jika Bersatu Tidak Menghormati Janji Baiklah Shafie Sokong Anwar Cepat2 Jadi Perdana Menteri




Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal sekali lagi mengingatkan Bersatu agar tidak melebarkan sayapnya ke negeri itu sebagaimana janji yang pernah dilafazkannya sebelum ini.


Kata beliau, pihaknya sentiasa berpegang kepada perkara itu dan berharap Bersatu juga sentiasa menghormati janji tersebut.


Serentak dengan itu, Shafie mahu Bersatu agar lebih menumpukan usahanya mengukuhkan kedudukan sendiri di Semenanjung saja dan membiarkan Warisan memberi tumpuan di Sabah.


Tetapi, bagaimana jika Bersatu memungkiri janji itu akhirnya?


Apalagi berdasarkan rekod Tun Mahathir Mohamad selama ini, beliau sentiasa licik mencipta alasan jika mahu memungkiri sesuatu janji itu.


Berkaitan janji manifesto PRU14 misalnya, disebabkan tidak mahu menunaikan janji-janji itu, Tun Mahathir dengan selamba mengatakan buku manifesto bukanlah "kitab suci", selain berdalih bahawa manifesto itu dirangka dengan keyakinan Pakatan Harapan tidak akan mampu menumbangkan BN.


Tidakkah sikap itu menunjukkan Tun Mahathir tidak benar-benar bertanggungjawab untuk menunaikan janji-janjinya, sedangkan rakyat sudah memberikan undi kemenangan kepada Pakatan Harapan?


Kiranya janji manifesto pun boleh dimungkiri, apakah tidak mungkin janji tidak mengembangkan sayapnya ke Sabah juga bakal dimungkiri?


Hanya ada satu pilihan saja bagi Shafie jika Bersatu akhirnya berhasrat melebarkan juga sayapnya ke Sabah, mungkin disebabkan untuk memenuhi hasrat bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang sudah keluar parti itu - inilah masanya beliau harus menyatakan sokongan lebih kuat dan lantang agar penyerahan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim tidak harus lagi dilengah-lengahkan.


Dengan Anwar menjadi Perdana Menteri dan bukan lagi Tun Mahathir, tidak akan timbul lagi apa-apa isu berkaitan perlunya Bersatu dikembangkan ke Sabah atau tidak.


Apabila Anwar yang menjadi Perdana Menteri juga, bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang keluar parti itu pun tentunya tidak bernafsu lagi terhadap Bersatu.


Titik. Selesai masalah bila Anwar jadi Perdana Menteri. Warisan selamat dan Pakatan Harapan juga terus mantap. (ShahbudinHusin 07/01/2019).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/jika-bersatu-tidak-menghormati-janji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Sabah Sokong Pendirian Shafie Tidak Benarkan Bersatu Masuki Sabah

Dap Sabah Sokong Pendirian Shafie Tidak Benarkan Bersatu Masuki Sabah

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 310 hits
THE MALAYSIAN TIMES KOTA KINABALU Pengerusi DAP Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt hari ini berkata parti itu menyokong pendirian Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak melebarkan sayap ke neger...
Protes Azmin Langkah Awal Untuk Halang Anwar Jadi Perdana Menteri

Protes Azmin Langkah Awal Untuk Halang Anwar Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 445 hits
Tindakan Azmin Ali secara terbuka mengkritik dan menolak beberapa perlantikan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim bagi pengisian jawatan dalam PKR dengan jelas menunjukkan beliau kini tidak lagi sebulu dengan Presiden PKR itu Ikut hukum berparti...
Anwar Perlu Lalui 4 Proses Sebelum Jadi Perdana Menteri

Anwar Perlu Lalui 4 Proses Sebelum Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 366 hits
Oleh Manirajan Ramasamy PROF Madya Dr Shamrahayu Ab AzizKUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melalui beberapa proses untuk menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri walaupun sudah ada perjanjian Pakatan Harapan Pak...
Anwar Bakal Meratapi Kerusi Perdana Menteri Untuk Kali Ke

Anwar Bakal Meratapi Kerusi Perdana Menteri Untuk Kali Ke

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 315 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan kesukaran sekiranya proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri tidak dimuktamadkan secara rasmi Walaupun bergelar presiden namun Anwar tidak mampu memperluaskan pengaruhnya kerana tiada dal...
Sesalan Di Pulau Langkawi Masyarakat Di Sana Diketepikan Sekalipun Mp Mereka Merupakan Perdana Menteri Malaysia

Sesalan Di Pulau Langkawi Masyarakat Di Sana Diketepikan Sekalipun Mp Mereka Merupakan Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 528 hits
Minggu lalu saya berkunjung ke Pulau Langkawi Peluang itu turut saya gunakan untuk bertemu dengan ramai penduduk tempatan serta dengan ahli ahli parti UMNO dan MIC di sana Saya sempat bertemu pengusaha kedai pemandu teksi pengusaha pelancon...
Bersatu Mesti Pegang Pada Janji Tak Perlu Nak Runding Apa2 Lagi Dengan Warisan

Bersatu Mesti Pegang Pada Janji Tak Perlu Nak Runding Apa2 Lagi Dengan Warisan

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 403 hits
Cehhh tunduk juga akhirnya Bersatu kepada nafsu dan kehendak bekas pemimpin pemimpin UMNO yang keluar parti baru baru ini Bukankah sudah ada persetujuan dengan Warisan sebelum PRU14 lagi bahawa Bersatu tidak akan dilebarkan sayapnya ke Saba...
The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Tak Perlu Tunggu Anniversary 10 Hadiah Yang Buat Suami Rasa Dihargai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia

Free Ferry Services In Penang For Wesak Day

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel