Najib Boleh Bertanding Pru 15


bharian.com.my
Oleh Faris Fuad - Oktober 12, 2022 @ 12:40pm
[email protected]
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib RazakKUALA LUMPUR: Persoalan berbangkit di Mahkamah Tinggi hari ini, sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara, dibenarkan menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) atau sebaliknya.

Ia berdasarkan keputusan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara tidak membenarkan Najib menghadiri persidangan Dewan Rakyat, yang mungkin memberi kesan secara langsung kepada peluang Najib bertanding pada PRU-15.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata perkara itu penting kerana bekas Perdana Menteri itu, mempunyai hak mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

"Najib mempunyai hak hadir ke Parlimen. Peruntukan undang-undang memberi hak kepada banduan untuk ditemani (dan hadir ke Parlimen).

"Namun, laporan mengatakan Parlimen dibubarkan, soalan berbangkit sama ada Najib boleh hadir ke tempat pencalonan dan dicalonkan (pada PRU-15).

"Perkara ini boleh dipertikaikan mengikut Perkara 48 dan sebab itu, saya cadangkan kes permohonan semakan kehakiman seawal Jumaat ini," katanya pada pengurusan kes itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, hari ini.

Terdahulu, Peguam Persekutuan, M Kogilambigai yang mewakili Jabatan Peguam Negara (AGC), memohon tarikh pendengaran kes itu ditetapkan sekurang-kurangnya seminggu dari hari ini.

Ia berikutan AGC memerlukan masa untuk meneliti permohonan difailkan bekas Perdana Menteri itu.

"Sekiranya terdapat bantahan (berhubung permohonan), pihak kami akan memaklumkan kepada mahkamah," katanya.

Mahkamah kemudian memutuskan 19 Oktober ini untuk pendengaran kes berkenaan.

Menerusi notis permohonan semakan kehakiman itu, Najib yang bertindak sebagai pemohon, menamakan Kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Jabatan Penjara sebagai responden.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon antaranya perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan Komisioner Jeneral Penjara, yang tidak membenarkannya mendapatkan akses kepada pegawai atau pembantu bagi tujuan menjalankan kerja di kawasan Parlimennya.

Najib juga memohon perintah sama untuk mengetepikan keputusan Komisioner Jeneral Penjara yang tidak membenarkannya hadir pada persidangan Dewan Rakyat.

Turut dimohon, perintah mandamus supaya responden mengambil semua langkah perlu untuk membenarkannya menghadiri sidang Dewan Rakyat pada tarikh yang sudah ditetapkan dan relif, perintah serta lain-lain arahan yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Dalam afidavit sokongannya, Najib berkata, Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara melalui Penjara Kajang pada 28 September lalu, menyampaikan keputusan menolak permohonannya untuk menghadiri sidang Parlimen atas alasan keselamatan.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Najib mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri pada 30 September lalu dan oleh kerana sidang bermula pada 3 Oktober lalu, beliau memohon supaya keputusan dipercepatkan.

Oleh kerana tiada sebarang jawapan, Najib memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman.

Katanya, berdasarkan Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan, beliau mempunyai kewajipan dari segi Perlembagaan untuk melaksanakan tugas dengan efektif sebagai Ahli Parlimen Pekan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/najib-boleh-bertanding-pru-15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebenarnya Najib Tak Boleh Bertanding Pru15 Ini

Sebenarnya Najib Tak Boleh Bertanding Pru15 Ini

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 294 hits
SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk bertanding dan mempertahankan kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke 15 kecuali mantan Presiden UMNO itu mendapat pengampunan diraja...
Hiburan Pelac R Betina Ko Pun Tak Tutup Aurat Lelaki Perli Caprice Sebab Ada Yang Mahu Dia Bertanding Pru

Hiburan Pelac R Betina Ko Pun Tak Tutup Aurat Lelaki Perli Caprice Sebab Ada Yang Mahu Dia Bertanding Pru

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 318 hits
Gara gara lantang bersuara mewakili mangsa mangsa gangguan seksual segelintir netizen mencadangkan agar penyanyi rap Caprice untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Perkara itu didedahkan sendiri oleh Caprice di mana dia memuat naik screens...
Pru 15 Belum Lulus Menyertai Bn Pbm Kini Sedia Untuk Bertanding Secara Solo

Pru 15 Belum Lulus Menyertai Bn Pbm Kini Sedia Untuk Bertanding Secara Solo

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR Parti Bangsa Malaysia akan bertanding solo memandangkan UMNO sudah menetapkan pendirian pilihan raya umum ke 15 harus diadakan tahun ini kata Ketua Pemudanya Na im Brundage Katanya tindakan itu dilakukan mengambil kira permohon...
Sokongan Di Melaka Boleh Ulangi Pencapaian Pru 14

Sokongan Di Melaka Boleh Ulangi Pencapaian Pru 14

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 211 hits
Sokongan di Melaka boleh ulangi pencapaian PRU 14 Posted By on October 09 2022Kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka tahun lalu tidak menghalang gabungan itu untuk mendapatkan sokongan yang lebih baik dalam Pilihan Raya ...
Di Mana Dia Bertanding Sila Benamkan Dia Tak Boleh Buat Kerja Merapu Saja

Di Mana Dia Bertanding Sila Benamkan Dia Tak Boleh Buat Kerja Merapu Saja

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 177 hits
PRU15 Wan Saiful mungkin tanding di Lembah Pantai atau Jerlun kata sumber October 4 2022 Wan Saiful Wan Jan dilihat mempunyai peluang cerah untuk menang jika bertanding di Jerlun atau Lembah Pantai yang kini dipegang oleh Mukhriz Mahathir d...
Najib Boleh Hadir Parlimen Jika Penjara Benarkan Speaker

Najib Boleh Hadir Parlimen Jika Penjara Benarkan Speaker

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 191 hits
malaysiakini comPARLIMEN l Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara masih dibenarkan menghadiri persidangan Parlimen kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun Namun begitu katanya ini jika dengan kebenaran Jabatan Penjara Azhar berkata...
Najib Tidak Layak Tanding Pru 15 Selagi Belum Mendapat Pengampunan Agong

Najib Tidak Layak Tanding Pru 15 Selagi Belum Mendapat Pengampunan Agong

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 169 hits
KUALA LUMPUR Tiada jalan lain untuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke 15 kecuali beliau mendapat pengampunan daripada Yang di Pertuan Agong melalui Lembaga Pengampunan Peguam Bela da...
Aura Najib Dari Dalam Penjara Pun Boleh Tewaskan Mahathir Yang Berada Diluar

Aura Najib Dari Dalam Penjara Pun Boleh Tewaskan Mahathir Yang Berada Diluar

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 263 hits
Oleh Adam Malik Dari kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir sejak kebelakangan jelas sudah nampak betapa desperado nya beliau menghadapi pilihanraya ke 15 Tindakan suka mengenakan lawan dengan kes mahkamah ketika ada kuasa s...
Najib Nak Juga Bertanding

Najib Nak Juga Bertanding

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 240 hits
BOLEHKAH BANDUAN BERTANDING TIDAKKAH NANTI IA MEMBURUKKAN LAGI NASIB UMNO BN DI MATA RAKYAT MALAYSIA HARI INI SUDAH ADA KENYATAAN YANG MENYEBUTAHLI UMNO SENDIRI YANG MEROSAKKAN UMNO RAKYAT SUDAH RAMAI YANG GELENG KEPALA MENGAPA AHLI UMNO TE...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Terbaru 2025 Hanya 1 Jalan

Trippy Bros Elevate Your Mind Embrace The Journey

Telur Dadar Rangup Dan Kematian Tidak Terima Alasan

Pg77 Top 75 By Porter Pg77 Pgslot77 Me Pgslot77 Pgslot 2 2025

777 40 777 Top 59 By May Punpro777 Bar 30 September 2025

Kelantan Ambil Nyawa Sendiri Lepas Pukul Anak Saudara Dengan Tukul