Najib Boleh Hadir Parlimen Jika Penjara Benarkan Speaker


malaysiakini.com
Zikri Kamarulzaman
Diterbitkan: Oct 3, 2022 1:00 PM
PARLIMEN l Najib Razak (BN-Pekan) yang sedang menjalani hukuman penjara masih dibenarkan menghadiri persidangan Parlimen, kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.

Namun begitu, katanya ini jika dengan kebenaran Jabatan Penjara.

Azhar berkata demikian ketika menjawap soalan Hanipa Maidin (PH -Sepang) bertanya sama ada bekas perdana menteri yang telah disabitkan kesalahan itu boleh dibawa ke Dewan Rakyat dalam keadaan bergari untuk "dilihat oleh semua".

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya dalam kes penyelewengan dana SRC International.

Dia dibenarkan keluar dari penjara adalah untuk menghadiri kes mahkamah jenayah lain yang dihadapinya, dan ketika mendapatkan rawatan perubatan.

Azhar berkata prinsip umum ialah semua ahli Parlimen dibenarkan memasuki Dewan Rakyat, dan dia tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mereka.

“Tetapi persoalannya sekarang adakah dia boleh hadir. Itu bukan bidang kuasa saya, kerana dia bukan dalam jagaan saya.

“Dia dalam tahanan Jabatan Penjara, jadi terpulang kepada mereka untuk melepaskannya daripada tahanan mereka,” katanya.

Tambahnya, jika jabatan itu membenarkannya keluar dari penjara untuk menghadiri Parlimen, jabatan itu boleh menetapkan syarat dan peraturan untuk dipatuhi.

Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) kemudian menyoal mengapa status Najib sebagai ahli parlimen tidak terbatal susulan sabitan kesalahan.

Azhar menjawab: "Hukum sebagaimana adanya, bukan sebagaimana semestinya, dan tidak pula sebagaimana ia sepatutnya".

Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menetapkan seseorang itu boleh hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen jika disabitkan kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun, dan denda lebih RM2,000.

Walau bagaimanapun, jika petisyen untuk pengampunan difailkan dalam tempoh 14 hari dari sabitan dan hukuman, atau selepas pelupusan mana-mana rayuan atau prosiding mahkamah berhubung sabitan dan hukuman, kehilangan kelayakan itu hanya berkuat kuasa apabila petisyen itu dilupuskan, di bawah Perkara 48(4)(c).

Najib telah memfailkan pengampunan diraja dalam tempoh 14 hari selepas sabitannya.

Khalid berkata usul perlu difailkan untuk meminda undang-undang "seperti yang sepatutnya". Azhar berkata ahli parlimen itu bebas berbuat demikian.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/najib-boleh-hadir-parlimen-jika-penjara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Mohon Hadir Ke Sidang Parlimen Tetapi Ditolak Oleh Jabatan Penjara

Najib Mohon Hadir Ke Sidang Parlimen Tetapi Ditolak Oleh Jabatan Penjara

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 173 hits
Ahli Parlimen Pekan Najib Razak yang dipenjara 12 tahun atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd dilaporkan ada membuat permohonan pada 19 September lalu untuk hadir pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula pada hari ini ...
Najib Dalam Keadaan Baik Boleh Ke Penjara Kajang Semula

Najib Dalam Keadaan Baik Boleh Ke Penjara Kajang Semula

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 209 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 23 2022 4 42 PMHospital Rehabilitasi Cheras menjelaskan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang mendapatkan rawatan rehabilitasi dan pemantauan lanjut kini dalam keadaan baik dan telah diberikan ...
Alahhhhh Jabatan Penjara Bagi Ja Dia Hadir Dengan Tangan Bergari Itu Dasar Penjara Malaysia Bagi Ja Dia Ke Parlimen

Alahhhhh Jabatan Penjara Bagi Ja Dia Hadir Dengan Tangan Bergari Itu Dasar Penjara Malaysia Bagi Ja Dia Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 179 hits
Jabatan Penjara tolak permohonan Najib hadir ke Dewan Rakyat kata Shafee October 3 2022 Najib Razak kini menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dalam kes SRC International KUALA LUMPUR Peguam Na...
Najib Pertimbang Tindakan Undang Undang Jika Tak Dibenar Hadir Parlimen

Najib Pertimbang Tindakan Undang Undang Jika Tak Dibenar Hadir Parlimen

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 211 hits
malaysiakini comPeguam yang mewakili Najib Razak memberi masa sehingga jam 12 tengah hari esok kepada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin untuk menjawab rayuan supaya ahli parlimen Pekan itu dibenarkan hadir ke parlimen Jika tidak pasukan ...
Hadir Sidang Dewan Rakyat Najib Fail Permohonan Cabar Keputusan Jabatan Penjara

Hadir Sidang Dewan Rakyat Najib Fail Permohonan Cabar Keputusan Jabatan Penjara

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR 5 Okt Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan tindakan undang undang bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara yang menolak permintaannya untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat Bekas perdana menteri itu memfailkan permohonan men...
Semua Berkenaan Kes Najib Di Londehkan Kenapa Siasatan Terhadap Tommy Thomas Tidak Boleh Didedahkan

Semua Berkenaan Kes Najib Di Londehkan Kenapa Siasatan Terhadap Tommy Thomas Tidak Boleh Didedahkan

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 242 hits
Oleh Adam MalikApa jenis undang2 yang diamalkan di Malaysia atau apa jenis sistem pengadilan dipraktiskan Ketika hendak mengenakan Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semua hal berkaitan nya didedahkan kepada umum Ini konon nya ata...
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

Kkv Alamanda

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

Ramai Yang Skeptikal

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Ukjk Ptd Pada Tahun 2019

Inside Romania S Movile Cave A Toxic Ecosystem Thriving Without Sunlight

Hay Cafe Sekincahan Tempat Santai Dengan Pemandangan Sawah Yang Memukau

10 Resepi Best Guna Air Fryer 2025 Dari Sarapan Sampai Dinner

Viktario Berpura Pura Bahagia Chord

Letak Jawatan Sebagai Ajk Pibg Sekolah