Sokongan Di Melaka Boleh Ulangi Pencapaian Pru 14




Sokongan di Melaka boleh ulangi pencapaian PRU 14?Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: October 09, 2022
ShareKekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tahun lalu tidak menghalang gabungan itu untuk mendapatkan sokongan yang lebih baik dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, terdapat bukti yang relevan berlaku kebangkitan pengaruh PH di Selatan tanah air berdasarkan beberapa siri ceramah yang dianjurkan sejak kebelakangan ini.
Katanya, ceramah di Melaka minggu lalu yang menghimpunkan barisan pimpinan PH menyaksikan begitu banyak rakyat yang tidak lagi mahu diperkotak katikkan oleh BN – PN keluar menggema laungan Reformasi.
“Saya sering mengingatkan rakan rakan pada tahun 2018, pada PRU lalu, tidak ada satu umat pun menjangkakan Melaka akan berlaku perubahan kerana BN menang 2/3 majoriti di DUN.
“Tetapi beberapa hari sebelum mengundi kita menyaksikan satu himpunan dengan 70,000 masyarakat hadir. Orang berjalan 10 kilometer untuk mendengar ucapan pimpinan. Ketika itu ia satu gelombang yang tidak boleh ditahan oleh Idris Harus pada ketika itu sebagai Pengerusi BN.
“Hari ini dengan semangat yang sama, setelah PRN dan mereka lihat Kerajaan Negeri tidak ditadbir dengan meyakinkan. Jadi mereka ingin datang dan dengar. Inilah program pertama kali dibuat selepas PRN dan pandemik yang membariskan semua pimpinan PH.
“Kita lihat istilah Melaka bangkit. Saya harap rakyat Melaka dapat belajar dari kepedihan hilang kerajaan dan saya fikir anak muda Melaka akan bangkit kembali kalau mereka yakin dengan mesej perubahan dan mesej positif untuk masa hadapan negara serta masa hadapan mereka,” kata Shamsul dalam siri Borak Dahsyat, malam tadi.
Bagi Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN itu, gema dari Selatan ini membuktikan rakyat mula muak dengan propaganda membodohkan rakyat yang dipantakkan BN – PN dan mereka mahu sekali lagi melakukan perubahan.
Lebih daripada itu, katanya, rakyat tidak mahu negara menjadi lebih parah. Sedangkan cara untuk mengubat penyakit ekonomi dan sosial pula hanya mampu ditawarkan oleh PH.
“Rakyat telah melihat berlaku pengkhianatan dari PH, tertubuhnya PN dan kerajaan kembali kepada BN. Mereka telah membuat perbandingan keadaan mana lebih baik, mana lebih parah
“Sekarang ekonomi buruk. Inflasi kita mencapai 4.7%, meningkat. Muhyiddin lekat dalam kepala rakyat sebagai Perdana Menteri gagal. PM Ismail Sabri pula sibuk buat pengumuman dan berlaku pertembungan di Umno sibuk mendesak PRU, padahal kerajaan boleh mentadbdir setahun lagi.
“Umno kini diheret ke jurang yang dalam oleh presiden mereka kerana beliau mempunyai kes dan tidak boleh bertanding (jika didapati bersalah oleh mahkamah).
“Jadi, sudah sampai masanya rakyat menilai dan melihat pasukan mana yang betul betul serius untuk masuk gelanggang politik dan memulihkan negara serta mengembalikan keyakinan masyarakat antarabangsa kepada negara kita,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/sokongan-di-melaka-boleh-ulangi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Tiada Sokongan Melayu Mahu Elak Pru Segera Zahid

Ph Tiada Sokongan Melayu Mahu Elak Pru Segera Zahid

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 187 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 27 2022 12 00 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa isu banjir adalah naratif dan mitos yang sengaja dibawa pembangkang bagi mengelak pilihan raya umum ke 15 diadakan dalam masa terdekat kerana sedar so...
Najib Boleh Bertanding Pru 15

Najib Boleh Bertanding Pru 15

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 388 hits
bharian com myOleh Oktober 12 2022 12 40pmBekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib RazakKUALA LUMPUR Persoalan berbangkit di Mahkamah Tinggi hari ini sama ada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara ...
Sokongan Melayu Merudum Punca Umno Terdesak Pru Awal

Sokongan Melayu Merudum Punca Umno Terdesak Pru Awal

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 225 hits
MalaysiakiniTimbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata penurunan sokongan orang Melayu terhadap Umno merupakan sebab mengapa parti yang diterajui Ahmad Zahid Hamidi itu begitu terdesak untuk mengadakan pilihan raya umum awal Pada kempen Ayu...
Manusia Apa Pertaruh Nyawa Rakyat Buat Pru Masa Banjir

Manusia Apa Pertaruh Nyawa Rakyat Buat Pru Masa Banjir

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 168 hits
Manusia apa pertaruh nyawa rakyat buat PRU masa banjir Posted By on October 12 2022Pilihan Raya Umum ke 15 yang dipaksakan kepada rakyat akan diadakan pada musim tengkujuh tahun ini Bagi Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim tindakan m...
Umno Mahu Pru Awal Kerana Penjenayah Nak Elak Hukuman Kata Dr Mahathir

Umno Mahu Pru Awal Kerana Penjenayah Nak Elak Hukuman Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 329 hits
Pengerusi Pejuang itu berkata tidak ada gunanya menyalahkan 12 menteri Perikatan Nasional yang menulis surat kepada raja Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad hari ini menjawab kritikan Ismail Sabri Yaakob terhadap anggota Kabinet Perikatan...
Mufti Terkesima Dengan Ucapan Menang Pru Untuk Elak Kes Rasuah

Mufti Terkesima Dengan Ucapan Menang Pru Untuk Elak Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 281 hits
MalaysiakiniMufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata dia terkesima mendengar ucapan orang politik berkaitan keperluan menang pilihan raya bagi mengelakkan pertuduhan rasuah Terkesima mendengar bagaimana secara terang orang politik bo...
Kenapa Umno Nak Pru Musim Banjir

Kenapa Umno Nak Pru Musim Banjir

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 186 hits
PRU BANJIR Tadi sembang2 dengan seorang pengamat politik Best juga info dia Kenapa UMNO nak PRU ketika banjir Pengundi luar tak boleh pulang Harapkan pengundi tegar UMNO yang tinggal di kampung Itu 38 base mereka Itu pada mereka sudah cukup...
Pru Banjir Salahkan Menteri Pn

Pru Banjir Salahkan Menteri Pn

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 147 hits
PRU banjir salahkan Menteri PN Posted By on October 13 2022Oleh Hassan Abdul KarimPada petang Khamis 6 Oktober 2022 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terselamat di dalam sepak terajang silat politik Malaysia Tanpa memuji berleb...
Pembangkang Buang Masa Jika Tidak Menang Di Pru Ini

Pembangkang Buang Masa Jika Tidak Menang Di Pru Ini

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 260 hits
Jika gabungan ini boleh duduk semeja walau apa syarat sekalipun BN boleh ditewaskan dengan majoriti lebih besar dengan mencalonkan Shafie Afdhal dan Rafizi sebagai calon PM TPM Nama ini boleh menjadi penawar kepada golongan muda dan atas pa...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

User Acquisition And Retention

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Video Chinese Journalists Commended For Speaking Fluent Malay While Enjoying Nasi Kandar

Pemandu Kereta Dakwa Tak Bersalah Sebabkan Kematian