Najib Bayar Rm67 000 Bina Tangki Air Di Rumahnya Di Pekan



Bekas perdana menteri, Najib Razak telah membayar wang sebanyak RM67,000 kepada seorang kontraktor bagi membina dua menara tangki air di kediamannya di Pekan, Pahang, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Kontraktor syarikat binaan Syadilah Enterprise, Daud Muhammad, 53, yang bertanggungjawab membina menara tangki air itu, berkata Najib membuat bayaran melalui cek.

Loading...
“Pada tahun 2013, saya membuat sebut harga kepada penyelia rumah Datuk Seri Najib iaitu Encik Zainudin Abdul Aziz di Pekan.

"Pada tahun 2014, Zainudin menyatakan pada saya kerja-kerja boleh dilakukan, iaitu membina menara tangki air dua buah, satu tiga tingkat, satu lagi dua tingkat,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi pada hari keenam perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang membabitkan Najib.

Daud, yang merupakan saksi kelapan pendakwaan, berkata pembinaan kedua-dua menara mengambil masa kira-kira tiga bulan kerana ketika itu musim hujan.

Daud, yang juga pemilik syarikat pembinaan itu, berkata menara tangki dua tingkat dibina berhampiran dapur kediaman Najib manakala menara tangki tiga tingkat dibina berhampiran bilik tidur beliau dan anak-anaknya.

Menjawab soalan Muhammad Saifuddin adakah saksi itu menjalankan kerja lain di kediaman Najib, Daud berkata beliau turut melakukan pendawaian elektrik, membaiki pendingin hawa dan atap bocor serta membaik pulih tombol pintu dan singki dapur yang berharga RM10,300.

Saksi itu berkata selepas semua kerja selesai, beliau telah mengeluarkan invois kepada Zainudin untuk memaklumkan kos pembayaran.

“Ya, saya bagi invois, harga RM67,000 bagi dua menara tangki air, RM9,540 bagi pendawaian elektrik, membaiki penghawa dingin dan atap bocor serta RM760 bagi kerja membaik pulih tombol pintu dan singki dapur,” katanya sambil menambah Zainudin kemudian mengeluarkan tiga keping cek kepada beliau.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah, saksi itu berkata kapasiti tangki dua tingkat ialah 1,500 liter manakala tangki tiga tingkat berkapasiti 3,000 liter dan jumlah air dalam kedua-dua tangki boleh menampung keperluan kira-kira 1,000 orang.

Ketika ditanya apakah keperluan membina kedua-dua menara tangki air itu, Daud berkata ia bagi menampung keperluan orang ramai dan untuk kegunaan keluarga Najib.

Mengulas apa yang berlaku kepada tangki lama, Daud berkata ia telah usang dan sering dibaiki termasuk pam rosak serta tangkinya pernah dimasuki musang yang kemudian ditemui mati dalam tangki itu.

Kepada soalan Muhammad Shafee sama ada pembinaan tangki tersebut adalah satu keperluan mendesak atau satu kemewahan, saksi itu menjawab “keperluan mendesak."

Selain itu, Daud memberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam percakapannya sebanyak dua kali berhubung kerja pembinaan yang dijalankan di kediaman Najib.

Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung petang ini. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/najib-bayar-rm67000-bina-tangki-air-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kos Pembinaan 2 Tangki Tambahan Kediaman Najib Rm56 500 Kata Saksi

Kos Pembinaan 2 Tangki Tambahan Kediaman Najib Rm56 500 Kata Saksi

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 271 hits
BernamaNajib Razak KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa kos pemasangan 2 tangki tambahan di kediaman bekas Perdana Menteri Najib Razak berjumlah RM56 500 Saksi pendakwaan ke 7 pengarah urusan Syarikat MOZ Sdn Bhd Mohammed...
Najib Spent Rm156 000 On Plumbing Renovating Private Residence Court Told

Najib Spent Rm156 000 On Plumbing Renovating Private Residence Court Told

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 374 hits
Former prime minister Najib Razak KUALA LUMPUR The High Court heard today that renovation and plumbing works amounting to RM156 500 were carried out at the private residence of Najib Razak in Langgak Duta here ABS Trend Master Sdn Bhd recei...
Najib Bayar Rm3 49 Juta Selepas Bank Silap Proses Cek Kata Saksi

Najib Bayar Rm3 49 Juta Selepas Bank Silap Proses Cek Kata Saksi

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 573 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak telah membuat bayaran berjumlah RM3 49 juta kepada Firma Guaman Hafarizam Wan Aisha Mubarak selepas berlaku kesilapan ketika pemprosesan cek yang menyebabkan firma itu hanya memperoleh wang sebanyak RM3 500...
Najib Tuduh Kerajaan Ph Bayar Tentera Siber

Najib Tuduh Kerajaan Ph Bayar Tentera Siber

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 357 hits
Najib Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan telah meluluskan peruntukan untuk melatih lebih ramai tentera siber berikutan kekalahan dalam PRK Rantau Dalam hantaran Facebook pagi tadi Najib yang memetik sumber mendakwa PH memutuskan untuk ...
Tudia Najib Baiki Tangki Rm56 Ribu Untuk Kegunaan Budak Budak Tahfiz

Tudia Najib Baiki Tangki Rm56 Ribu Untuk Kegunaan Budak Budak Tahfiz

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 505 hits
TU DIA BAIKI TANGKI RM56 RIBU UNTUK KEGUNAAN BUDAK BUDAK TAHFIZ KATA NAJIBNaratif propaganda seperti yang dijangkakan Benda boleh tunggang agama buat apa tak tunggang Kan Cuba dia tunggang agama untuk ini pula 1 CEK RM100 RIBU UNTUK BUAT SE...
Asmadi Akui Najib Beri Cek Rm50 000

Asmadi Akui Najib Beri Cek Rm50 000

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 297 hits
foto sumber internetKUALA LUMPUR 22 April Ketua Umno Bahagian Padang Serai hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau telah menerima sumbangan cek bernilai RM50 000 daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bagi ...
Apa Motif Najib Tergesa Gesa Bayar Rm10 Bilion Kepada Cccc Soal Daim

Apa Motif Najib Tergesa Gesa Bayar Rm10 Bilion Kepada Cccc Soal Daim

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 425 hits
Daim Zainuddin menjawab hujahan Najib Razak mengenai projek ECRL China Foto Free Malaysia Today Tun Daim Zainuddin mempersoalkan sama ada wakil khas bekas perdana menteri yang bertindak secara sendirian telah terlibat dalam perbincangan dan...
Najib Bayar Firma Guaman Hafarizam Wan Aisha Mubarak Rm3 5 Juta

Najib Bayar Firma Guaman Hafarizam Wan Aisha Mubarak Rm3 5 Juta

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 413 hits
KUALA LUMPUR Seorang pengurus kanan Ambank mengesahkan Datuk Seri Najib Razak membuat pembayaran sebanyak RM3 5 juta kepada firma guaman Hafarizam Wan Aisha Mubarak Pengurus Kanan Bahagian Pemprosesan Cek Ambank Sdn Bhd Badrul Hisam Mohamad...
Trump Tuai Kecaman Karena Usulkan Padamkan Api Di Notre Dame Dengan Tangki Air

Trump Tuai Kecaman Karena Usulkan Padamkan Api Di Notre Dame Dengan Tangki Air

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 247 hits
Penyataan Trump ini dikritik keras oleh pakar pemadam kebakaran Mereka menyebutkan bahwa penerapan cara itu hanya dilakukan untuk mengatasi kebakaran hutan Sebaliknya jika cara ini diterapkan di wilayah perkotaan akan berbahaya salah satuny...
Deputy Minister Defends Jalur Gemilang Badge Amid Criticism

Lokasi Kami Di Sini Segera Daftar Sebagai Agent Mobile Stokis

Dr Mahathir Urges Compassion For Cancer Stricken Jamal Yunos Says Past Grievances Should Be Set Aside

Pelancaran Vending Machine Itik Ke Ayam X Chef Dato Fazley Yaakob

Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

Business With Limited Resources

Buasir Otak Tv Roblox Tob Tobi Tob Tob Tobi Tob Obby Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hati Yang Kering Dan Karat Apa Sebabnya

Modul Kepimpinan Pengurusan Kurikulum Kpm

How Much Torque And Horsepower Does A Porsche M96 Engine Produce Engine Specs

Food Poisoning While Traveling What You Should Know

Mendamaikan 2 Pihak

Syawal Tanpa Keluarga Tiga Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata