Asmadi Akui Najib Beri Cek Rm50 000


foto sumber internet
KUALA LUMPUR, 22 April  — Ketua Umno Bahagian Padang Serai hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau telah menerima sumbangan cek bernilai RM50,000 daripada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi kegunaan parti di kawasan berkenaan.

Pesara guru, Datuk Asmadi Abu Talib, 50, atau dikenali sebagai Cikgu Madi, berkata cek itu diterimanya daripada Najib ketika mereka mengadakan pertemuan secara peribadi di pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 2014.

Loading...
Asmadi, yang memberi keterangan pada hari keenam perbicaraan kes Najib berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, berkata dalam perjumpaan itu, beliau telah menceritakan pengalaman dan perancangannya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Sebagai seorang guru, saya menjelaskan terdapat kekangan untuk saya menjalankan program parti termasuk dari segi masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya.

“Najib memberi semangat kepada saya dan memberi sumbangan untuk membantu Barisan Nasional (BN) di kawasan Padang Serai dalam bentuk cek bernilai RM50,000. Cek itu atas nama saya, Asmadi Abu Talib,” kata saksi kesembilan pendakwaan itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi.


Asmadi, yang pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), berkata beliau kemudian memasukkan cek itu ke akaun Maybanknya di cawangan Kulim Hi-Tech.

Menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Asmadi memaklumkan bahawa wang RM50,000 itu digunakan untuk membantu mangsa ribut dan banjir di kawasan berkenaan serta menjalankan program kemasyarakatan selain membantu pihak sekolah mengadakan kelas tambahan untuk pelajar.

Disoal Muhammad Shafee sama ada wang RM50,000 yang diterima saksi itu diiktiraf oleh akaun Umno Bahagian Padang Serai, Asmadi menjawab: “Tidak diiktiraf dalam akaun Umno Bahagian Padang Serai sebab takut ada masalah tetapi diketahui oleh kepimpinan parti.”

Muhammad Shafee: Adakah kamu pernah menerima apa-apa sumbangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir?

Asmadi: Saya tidak pernah mohon dan tidak pernah dapat sumbangan daripada Mukhriz. 

Semasa pemeriksaan semula oleh Muhammad Saifuddin, beliau menyoal saksi mengapa wang itu tidak dimasukkan ke dalam akaun Umno Bahagian Padang Serai.

Asmadi: Kalau masuk dalam akaun Umno, ia kena bentang dalam mesyuarat agung dan perlu disemak oleh juruaudit 1 & 2.

Muhammad Saifuddin: Ada atau tidak kamu minta Najib untuk masukkan wang ke dalam akaun Umno Bahagian Padang Serai?

Asmadi: Tidak.

Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung petang ini. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/asmadi-akui-najib-beri-cek-rm50000.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Balu Bekas Setiausaha Sulit Najib Akui Terima Cek Berjumlah Rm52 680

Balu Bekas Setiausaha Sulit Najib Akui Terima Cek Berjumlah Rm52 680

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 376 hits
foto sumber internetSeorang balu kepada bekas setiausaha sulit kepada Najib Razak mengaku menerima tiga keping cek berjumlah RM52 680 daripada Najib bagi membiayai pendidikan dua anaknya selepas kematian suaminya Manisah Othman 55 isteri ke...
Saksi Dana Rm400 000 Najib Untuk Kebajikan Bukan Peribadi

Saksi Dana Rm400 000 Najib Untuk Kebajikan Bukan Peribadi

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 358 hits
Seorang daripada empat pemegang amanah Rumah Penyayang Tun Abdul Razak di Pekan Pahang hari ini memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa cek bernilai RM400 000 yang diterima oleh organisasi itu pada 2015 daripada bekas perdana menter...
Bicara Najib Src Pegawai Bank Sahkan Rm50 Juta Dikreditkan Ke Ihsan Perdana

Bicara Najib Src Pegawai Bank Sahkan Rm50 Juta Dikreditkan Ke Ihsan Perdana

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 533 hits
foto sumber internetKUALA LUMPUR Seorang Pegawai Pemprosesan Affin Bank mengesahkan bank tersebut telah mengkreditkan wang tunai ke akaun pelanggannya Ihsan Perdana Sdn Bhd daripada akaun AmIslamic Bank Syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd se...
Ahmad Maslan Akui Tak Cium Tangan Najib Mahu Cium Tangan Dr Mahathir

Ahmad Maslan Akui Tak Cium Tangan Najib Mahu Cium Tangan Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 449 hits
PM Dr Mahathir menyindir Ahmad Maslan tidak menegur isu Felda ketika di zaman Najib Razak BOSSKU Foto Watan Online Ketika sesi perbahasan isu kertas putih Felda di Parlimen MP Pontian Ahmad Maslan mengaku beliau hanya mencium tangan bapanya...
Najib Bayar Rm67 000 Bina Tangki Air Di Rumahnya Di Pekan

Najib Bayar Rm67 000 Bina Tangki Air Di Rumahnya Di Pekan

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 373 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak telah membayar wang sebanyak RM67 000 kepada seorang kontraktor bagi membina dua menara tangki air di kediamannya di Pekan Pahang Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini Kontraktor syarikat binaan Syadi...
Najib Spent Rm156 000 On Plumbing Renovating Private Residence Court Told

Najib Spent Rm156 000 On Plumbing Renovating Private Residence Court Told

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 407 hits
Former prime minister Najib Razak KUALA LUMPUR The High Court heard today that renovation and plumbing works amounting to RM156 500 were carried out at the private residence of Najib Razak in Langgak Duta here ABS Trend Master Sdn Bhd recei...
Cegah Angka Meninggal Bertambah Idi Kaltim Cek Kesehatan 3 000 Petugas Kpps

Cegah Angka Meninggal Bertambah Idi Kaltim Cek Kesehatan 3 000 Petugas Kpps

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 290 hits
IDI telah mendapat kabar tidak sedikit petugas penyelenggara Pemilu bersama dengan petugas kepolisian yang jatuh sakit hingga meninggal dunia akibat kelelahan Ini kami sayangkan
Umno Terima Bayaran Cek Rm1juta Dan Rm300 00 Dari Akaun Najib

Umno Terima Bayaran Cek Rm1juta Dan Rm300 00 Dari Akaun Najib

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 373 hits
Foto sumber internet KUALA LUMPUR 18 April Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan Umno Bahagian Johor Baru menerima pembayaran melalui cek masing masing berjumlah RM1 juta dan RM300 000 daripada a...
Najib Bayar Rm3 49 Juta Selepas Bank Silap Proses Cek Kata Saksi

Najib Bayar Rm3 49 Juta Selepas Bank Silap Proses Cek Kata Saksi

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 602 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak telah membuat bayaran berjumlah RM3 49 juta kepada Firma Guaman Hafarizam Wan Aisha Mubarak selepas berlaku kesilapan ketika pemprosesan cek yang menyebabkan firma itu hanya memperoleh wang sebanyak RM3 500...
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Man City Bergaya Bedal Juventus

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual